Saturday, August 20, 2011

Day 2: Your Favourite Movie

Dah masuk hari ke dua. Challenge pasal movie kegemaran pulak.


Ingat lagi aku start masuk wayang berfoya-foya dengan my bestfriends ever Elyia dengan Akmar. Masa tu tengok Upin & Ipin: Geng The Movie kot tajuknya (tahun 2009 kot). Lepas tu melarat la fenomena kegedikan tengok movie kat wayang. Tapi sebenarnya aku jarang sangat layan movie kat wayang tu. Beli CD jek. Cetak pon jadik jugak. Tak pun tunggu jek keluar kat tv or layan jek kat youtube. Banyak cara lain.


Alamak...terOVER pulak cerita...berbalik kepada tajuk...My favourite movie ever ialah...(bunyi drum roll sikit)


Laila Isabella


Boleh tengok kat youtube jugak...












Sinopsis:

Laila Isabella mengisahkan tentang seorang gadis biasa, lasak dan kasar ala-ala tomboy bernama Laila yang gemar bermain pool dan menaiki skuter. Laila berkawan rapat dengan Azam dan Azam menaruh hati kepada Laila tanpa pengetahuannya. Laila bertugas sebagai pembantu Azam di kedai menjual VCD. Kedai itu dimiliki oleh Azam, seorang graduan universiti yang tidak bergantung kepada kemewahan keluarganya. Mereka rapat tetapi kerap bergaduh. Laila dipaksa menjadi model kepada pereka fesyen dan menggunakan nama Isabella.


Ok fine...cerita ni memang dah berzaman lamanya. Tapi aku suka tengok cerita ni. Hero & Heroin yang bagi aku paling meletop la. Suka tengok Rosyam Nor dan Nasha Aziz berlakon. Nasha memang bagi aku macam natural beauty la.


Tak silap minggu lepas ada main kat astro. Aku dok syokk layan. Pastu siap search kat youtube lagi. Tengok ulang2 pun tarak bosan punye. Yang paling best...happy ending. Suka3...<3

No comments: