Thursday, August 25, 2011

Day 7: A photo of an animal you'd love to keep as a pet.

Birthday pun birthday jugak. Challenge kena buat jugak. Hari ke-7 pasal gambar haiwan peliharaan.




Nampak gambar kat atas ni? Yeahhh...kucing...Aku suka bela kucing.


Tapi jenis kucing yang macam mana? Aku suka kucing warna hitam yg pakai stokin putih jek, ok. Wakaka...kucing pon pakai stokin ke. Ehhh...mesti la, kan. Ingat orang jek pandai pakai stokin. Kucing hitam yang tak pakai stokin putih aku tak suka nak bela. Serius tak tipu. Sebab kucing tu malas nak pergi sekolah. Dia malas nak pakai stokin. Macam mana nak pandai...hahaha..dah start merepek.Bold


Tak tahu kenapa sejak dulu lagi memang aku suka sangat2 kucing hitam pakai stokin putih. Dulu rumah aku banyak bela kucing. Tak terkira kot. Tak kisah la kucing apa pun. Lepas mati satu beranak lagi satu. Lepas hilang satu beranak lagi banyak2. Perghhh... Pastu membuang sepah2. Aku pulak jenis tahu bela tapi malas nak bagi makan. Makan pulak demand tuuuu...Nak makan nasi dengan ikan. Ikan bilis tak nak. Memilih betul.


Ingat lagi kucing aku yang paling last sekali bela. Komeng kot nama dia. Buat hal jek. Sampai naik lemak dah dia tu...Perghhhh...abah dah tak tahan sangat. Kesian komeng kena buang kat pasar tau. Masa tu aku menangis gila2 komeng kena buang. Sedih tau. Aku siap doa2 kot-kot la komeng tahu jalan balik rumah. Huhuhu...Lepas komeng dah tak ada aku dah tak bela kucing lagi.


Seingat aku la dulu aku ada lebih kurang 3 4 ekor jugak kucing hitam berstokin putih ni. Tapi silih berganti la. Sebab aku suka kucing hitam jek. Ada gemol, Sitam, gemuk, putih pun ada jugak dan yang last sekali Sitam. Yang lain2 tu tak ingat nama dah.


p/s: sayang komeng sangat2...

No comments: