Monday, September 5, 2011

Day 14: Who are you?

30 days challenge... tentang siapa saya.




Nama diberi Siti Maisarah. Kawan2 panggil Mai jek. Sedara mara panggil Siti.

Kak long dari 3 orang adik beradik.

Umur saya baru jek masuk 21 tahun. Baru jek??? sangat bajet muda, ok!

D.O.B saya pada 25 Ogos dan menetap di Batu Pahat, Johor since baby sampai la sekarang ni.

Perangai buruk saya..pemalu + pemalas + suka berangan + shopaholic +++ tapi sentiasa inginkan yang terbaik untuk orang sekeliling

Saya seorang yang sangat pentingkan kawan2. Sebab tanpa mereka siapalah saya.

Sayangkan mr.E kesayangan jugak <3

Suka baca novel cintan cintun jek! plus majalah Dara.com dll

Sangat tak suka dipuji.

Sangat tak suka bila ada yang kata 'awak terlalu baik'

Favourite warna harus la purple.

Makanan favourite saya ialah nasi lemak emak saya dan semua masakan emak. sangat delicious...yummy2 (sebab saya tak berapa reti nak memasak. pengakuan yg sangat jujur!)

Sekarang sambung degree dekat UM. InsyaAllah next week dah kena balik KL. cuti semester 4 bulan dah habis lol...



Style update entry ni serious macam buat biodata zaman sekolah kecik2 dahulu kala...hahaha...



p/s: nak tahu siapa saya. macam mana perangai saya. tingkah laku saya. kenalilah saya...baru korang tahu siapa saya yang sebenar-benarnya.


No comments: