Thursday, September 8, 2011

Day 17:How you hope your future will be like.



Masuk hari ke-17 bercerita tentang masa depan seperti apa yang diinginkan. (ok, ayat skema.)


Aku bukanlah seorang yang bercita-cita tinggi mengharapkan kesempurnaan yang terlampau dalam kehidupan tetapi aku juga mempunyai impian yang insyaAllah ingin ku capai bukan hanya untuk diri sendiri.


Sebagai anak sulung dalam keluarga, sememangnya adalah niat aku sejak dulu untuk membantu keluarga, mak dan abah supaya dapat hidup dengan suasana yang lebih baik. insyaAllah...tapi aku mesti habiskan belajar dulu. Macam mak cakap...apa2 pun belajar dulu. Lepas tu baru boleh dapat kerja baik. Bila dah ada kerja baik, hidup senang sikit, barulah 'orang' nak pandang.


Menjaga maruah keluarga adalah tanggungjawab aku.


Masa depan aku, aku tak tahu macam mana nanti. Apa yang penting aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Mungkin masa depan aku tu, dalam 3-4 tahun lagi aku dah pun bekerja. Kerja yang boleh membantu emak dan abah juga adik2. Nak jugak ada kereta sebuah, rumah sebuah dan macam2 lagi la...


InsyaAllah, kalau diikutkan perancangan umur aku 27 baru aku nak kahwin. Wahhhh...tetiba jek muncul pasal kahwin. Kenapa 27 ??? Entah...tapi kalau jodoh awal, Alhamdulillah...setiap manusia inginkan kehidupan sebuah keluarga yang bahagia, kan. Aku pun sama. Nak suami yang sayangkan kita. Nak anak2 yang comel comel. (ok, merepek!) Tapi tak salah merancang, kan.


Apa yang diharapkan...masa depan tu nanti akan dapat aku tempuh sebab aku tahu setiap hari berganti hari, cabaran semakin payah kita dihadapi.


Aku bersyukur atas segala apa yang aku ada hari ini.


mood: insaf <3

No comments: