Monday, September 19, 2011

Day 28 : In this past month, what have you learned?



Apa yg dah aku belajar/dapat dalam bulan ni...itu lebih kurang la tajuk challenge hari ni.



- Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Salah satu peristiwanya bila masa cuti Hari Malaysia hari tu aku dok plan nak balik kampung dengan junior (sebab deorang first time nak balik tak tahu cara nak balik kot). Plan keluar dari kolej punya la awal pagi pukul 8 pagi. 5 orang 1 teksi sampai Terminal Bandar Selatan (TBS). Sampai2 sana terus nak beli tiket dengan bangganya la. Tiba2 tiket tak ada. Yang ada tengah hari pukul 12.30 dgn pukul 1ptg. Giler lambat. Kepala dah serabut gelabah tak tahu macam mana. Terus pergi kat kaunter TBS beratur punya panjang berjela.



Akhirnya redha jek dapat tiket ke Batu Pahat pukul 12 tengah hari. Melangguk la dalam surau sementara tunggu pukul 12 lepas tu melantak KFC dulu sebab masing2 tak breakfast lagi. Moral of the story nya...plan la apa juga perkara dengan sebaiknya untuk memudahkan urusan kita tapi the first think kita kena ingat...Allah SWT telah tentukan macam mana kita akan hadapi hari2 kita walau sebaik mana pun kita rancang. Kerana segalanya adalah atas kehendak-Nya.



- Memang senang untuk stress/tension/pecah kepala/bla bla bla. Masuk jek sem baru melambak kerja baru aku dapat. Assingment tak ada lagi tapi kerja lain yg menimbun. Sem ni banyak pegang projek banyak pegang jawatan (bajet ko bagus sangat la!!!). Aku sangat TAK BAGUS dalam benda alah tu semua. Tapi dah orang dok sebok jugak nak bagi aku macam2 jawatan. Penat weiyhhhh...Stress...aku tak berapa nak reti handle2 projek ni. Satu belum setel dah tambah 1 lagi kerja lain. Tak tahu la pointer sem ni macam mana.



Thanks kepada cikgu Hasmah sebab sudi dengar rintihan hati ini...dapat la release sikit stress tu. Apa pun, aku tak boleh berdiri sendiri mesti perlukan kawan2 + lecturer2 untuk bantu. Seriously!!! Mungkin ini adat orang belajar kot. Kalau aku tak boleh handle JANGAN nak maki2 aku pulak. Memang aku nangis jek depan korang nanti...Tak tipu ni.



- Percaya dan sayang pada si dia itu perlu. Saya kenal sayang saya. Cewahhhh...nak jugak poyo2 letak sini. Lantak lahhh sebab dah tak tahu nak bebel apa pasal apa yang aku dapat.


Ok bubye...malas nak bebel panjang2 even banyak giler yg naik share lagi.

No comments: