Friday, June 25, 2010

C U D IPT (see you di ipt)



Alhamdulillah...
Beberapa minggu lepas aku dah boleh menarik nafas lega. Sebab? Sebabnya, keputusan permohonan kemasukan IPTA dah keluar. Yang happy nya aku dapat tempat dekat Universiti Malaya. Course Pengajian Melayu. Hihihi… bukan main happy lagi. Tapi dalam kegembiraan pasti ada kesedihannya kan. Kebetulan pulak ada classmate aku yg dapat UM. Lagi la gumbira dihati. Fifi, Carmen, Siew fang. Walaupun tak sama kolej, at least ada la peneman tika hidup tak keruan. hahaha...

Anyway, aku nak ucapkan tahniah juga kat kawan –kawan aku yg lain yg dapat masuk universiti. Tapi, yg mana belum berjaya lagi tu, jangan putus asa. Mungkin korang belum ada rezeki lagi. Korang jangan lupa buat rayuan. InsyaAllah Tuhan akan perkenankan segala usaha kita.

Bila dah dapat tawaran masuk universiti ni, mulalah semua orang nak bertanya. ‘eh, ko dapat mana?’
Kadang-kadang tu sampai penat nak menjawab benda yg sama je. Tapi, tak pe la. Itu maksudnya orang sekeliling masih prihatin tentang diri kita. Tak kurang juga ada yg ucapkan tahniah . Terima kasih semua.

Tibalah masanya untuk aku menyediakan segala bagai keperluan yg nak dibawa. Dari sekecil-kecil benda ke sebesar-besar barang. Entah apa yg nak dibawa pun aku tak tahu. Hahaha…naik bingung kepala aku dibuat nya. Tension… stress…naik angin pun ada. Macam-macam la perasaan dalam 2 3 minggu nie. Mana tak nya, semua benda nak kena selesai dalam masa terdekat. Tak ke huru-hara hidup.

Aduhhhh…pening-pening…berserabut kepala. Nak kena buka akaun Bank Islam, pastu bayar yuran lagi.
Nak kena apply PTPTN lagi. Bukannya senang. Nak mohon online pulak tu. Ade orang kata online berjam-jam pun tak siap lagi apply. Nasib baik aku online tengah malam. Laju jek proses. Sebelum apply tu pulak kena beli no. pin. Dah tu kena beli setem Hasil la pulak. Tak ke leceh tu namanyer. Aduyaiiii…
Boleh dikatakan tiap-tiap minggu kena pergi sekolah sebab nak mintak cop pengesahan yg tak setel lagi. Adoiiii. ..complicated betul la.

Busy betul. Sampai pening kepala dibuatnya. Tapi cikgu Asmah kata, sebuk-sebuk ni la yg seronok nyer. Betul jugak cakap cikgu tu. Bila lagi kita nak rasa pengalaman macam ni kan. Entah-entah sekali seumur hidup. Takpe la…dugaan hidup…

Gembira dapat masuk universiti. Tapi dalam masa yg sama tetap ada rasa sedih nak berpisah dengan kawan-kawan kat sini. Banyak kenangan kat batu pahat ni. Kenangan pahit, kenangan manis. Semuanya ada. segalanya bermula kat batu pahat. Mesti aku rindukan semua tu nanti. Lepsa ni jarang la jumpa kawan2 lagi. Masing-masing dah pergi sambung study. Good luck untuk korang semua. I LOVE YOU ALL WITH ALL MY HEART.

Aku lapor diri kat UM 4 julai ni. Tinggal berapa hari jek lagi. Rasa macam berat hati pulak nak tinggalkan semuanya, walaupun bukan selamanya. insyaAllah, mai doakan semua kawan mai sihat, mudah belajar dan kita sama2 berjaya...

So, to all my friend wish you good luck in your new life. SEE YOU DI IPT….

^_^ I LOVE ALL MY FRIEND WITH ALL MY HEART....
Selalu2 la ingat kat Mai dimana jua anda berada...
C U D IPT...