Showing posts with label Health | Beauty Review. Show all posts
Showing posts with label Health | Beauty Review. Show all posts

Thursday, January 11, 2018

Himalaya Herbals - My current skin care product

Assalamaualaikum! Selamat tahun baru 2018 guys!!!

Wah lama sangat tak coret sesuatu dekat blog. Rasa rindu pulak. Ni ada masa terluang sikit tu yang cuba rajin rajinkan diri share sesuatu.

and yes, harini nak share review aku produk himalaya yang totally aku dah pakai hampir lebih 6 bulan kalau tak silap. Semua orang tahu produk Himalaya ni sangat bagus dan sangat berkesan. Kisahnya sebelum ni pakai produk Safi Rania Gold hampir 3 tahun but then terpengaruh nak cantik kemain pergi gatal tukar Tati Skincare. and yes! aku pakai tati sangat berkesan. Tapi since ada berita Tati ni ada merkuri terus stop pakai. Tapi yang bersyukurnya masa aku stop tu tak ada pulak kesan kesan teruk yang macam media sosial viralkan tu. Alhamdulillah.

Tapi sebelum terlambat, better stop dulu, kan! Then saja try this Himalaya produk.





HIMALAYA PURIFYING NEEM FACE WASH


Aku start pakai dengan face wash dia. Best gila! Korang akan rasa fresh jek kulit muka bila lepas cuci. Face wash ni sangat sesuai untuk korang yang kulit muka jenis berminyak dan senstiif. Face wash ni ada dua jenis. Satu jenis foam satu lagi jenis gel. Aku pakai yang gel (macam gambar atas). Harga boleh kata mahal sikit, tapi worth it! Kadang kadang beli yang tube kecil jek. Kalau ada duit lebih beli yang besar. Lagi jimat dan tahan lama.



Aku beli dekat watson jek. Harga tube kecik (50ml) dalam RM11 macam tu la. Kalau yang besar 150ml harga lebih kurang RM34 macam tu. Tapi kalau jenis pandai jimat, belilah masa sale hehehe


Fungsi face wash ni? Ok sabajab!


Overall, fungsinya untuk membersihkan wajah dari lebihan minyak dan membantu mengurangkan jerawat jugak tau. Kalau korang nak tahu, face wash ni dia kurang berbuih. Korang picit sikit saja dekat tapak tangan dah mencukupi untuk satu kali cucian muka. Walaupun kurang buih tapi sebenarnya itu yang terbaik. Kadang kadang aku bilas dengan air 2 3 kali sebab rasa macam tak besih jek. Padahal muka dah bersih.

Jerawat cepat kering. Yang ni paling best. Aku pulak kalau jenis datang bulan tu memang jerawat akan naik dua tiga ketul. So standby dengan face wash ni jek la. Kadang kadang tu rasa nak cuci muka 2 3 kali sehari sebab nak cepat kecutkan jerawat punya pasal. Nasib bau dia wangi uollss hehehe


Jangan risau produk Himalaya ni dah terkenal dekat India dan ia dermatological tested. So sangat risau sebab ia setanding dengan produk produk antarabangsa yang lain. Tapi macam biasalah produk-produk macam ni akan ambil masa sikit untuk beri kesan yang terbaik. Bukan ke itu lebih baik? daripada pakai produk X tapi dah nampak kesan seminggu, rupa rupanya ada bahan bahan yang kurang elok. Kadang kadang beauty is pain tu tak boleh pakai jugak hehehe...


HIMALAYA NOURISHING SKIN CREAM 

Bahan dia: Aloe Vera dan Winter Cherry

Fungsi dia, "Nourishes, moisturizes and protects" haaa gituuu.

Harga kat watson kalau tak silap dalam RM19 macam tu.





Cream ni pun best jugak. Macam aku cakap dulu aku pakai safi rania gold (1 set tau, pencuci, kirm malam, krim siang). So sejak sejak dah tak pakai safi rania kena cari pelembab baru la kan. Yes sekali terjebak dengan cream himalaya ni. Bau dia masyaAllah wangi uolls. Yang penting dia tak melekit. Tapi kalau untuk yang jenis kulit berminyak, aku syorkan tak payah tepek banyak sangat. Nanti nampak lagi berminyak.

Fungsi cream ni dia memelihara dan melembabkan kulit kita sepanjang hari. Aku kalau pergi kerja bangun pun dah lambat memang tak dan la nak tepek foundation makeup bagai. Sapu jek cream ni lepas tu satu bedak compact. Siap. Wangi pun wangi. Sejuk jek muka. Sis suka!!

Ni nak share sikit khasiat bahan2 yang digunakan.

Aloe vera atau lidah buaya

  • Terkenal dengan sifat penyembuhannya, kaya dengan enzyme, polysaccharides dan nutrien yang mempamerkan tindakan antibakteria dan antikulat. Perencat UV semula jadi, ciri-ciri pelembab yang melembutkan, melembutkan dan menyerap menyerap kulit.


Pokok Kino India 
  • Mempunyai sifat astringent yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk nada dan meremajakan kulit wajah.

Winter Cherry 
  • adalah agen anti tekanan yang berkesan. Dalam penjagaan kulit, tumbuhan ini digunakan untuk tindakan antioksidannya, yang membantu pertumbuhan semula sel kulit.

Pennywort India 
  • Dianggap sebagai ubat terbaik untuk masalah kulit seperti ulser kronik dan ekzema yang berterusan.

Cara guna?

Sapukan pada muka dan leher dua kali sehari, selepas cuci muka. Untuk hasil yang terbaik, boleh gunakan secara kerap. Haa itu best! wangi wooo

Jangan risau.  Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit. Juga boleh digunakan sebagai asas untuk make-up. Macam yang aku cakap tadi malas nak pakai makeup, sapu jek cream ni. Selamat!


HIMALAYA NEEM FACE PACK

Apa pulak ni kan? 

Yang ini ialah mask. Best gila pakai dia. Aku suggest pakai seminggu dua kali jek. Tak payah pakai hari hari.



Sebenarnya aku pun keliru antara Himalaya Neem Fack Pak dengan Himalaya Purifying Neem Mask. Tengok ciri dan bahan sama jek. Mungkin face mask ni jenis packaging lama dan purifying mask tu packaging baru kot. 




Bahan dia Neem (daun herba Neem yang terkenal dalam perubatan India) dan Tumeric (kunyit). Daun neem tu dikatakan sangat bagus dan berkesan untuk membersih dan mencegah jerawat. Kunyit pulak membanu mencegah bakteria penyebab kepada jerawat. 


Sebelum ni memang pakai mask jenis biasa yang dok tinggal tepek kat muka tu jek. Ni mengada nak try jugak jenama lain nak bagi helokk sikit kulit muka ni haa. Try la beli. Mask ni baru jek pakai. Haritu window shopping dekat KLCC ternampak kedai Himalaya fuhhh seronok tengok melambak produk dia. Tu yang TER beli satu hehee takpe  pelaburan kecantikan gituuu

So far aku pakai nak habis setengah  tube la. Best sangat sangat mask ni. Tapi minta maaf cakap bau herba dia sangat kuat. Macam bau daun daun segar gitu haaa. Yelaa kan bahan dia tadi daun neem. Tapi bila kau sekali dah pakai rasa mask tu macam melekat habis kat muka. Tenang nau nau rasa nak bercakap pun payah hahahaha. Warna dia macam hijau lumut macam tu. Tapi so far memang puas hati pakai bau herba tu pun boleh terima lagi hehehe. Sesuai sangat untuk kulit berminyak 


Cara pakai mask ni senang jek. Sapu dekat bahagian muka, biarkan selam 10 - 20 minit lepas bilas dengan air. Bilas bersih bersih tau. Disebabkan mask ni tadi macam melekat habis kat muka kira macam cuci habis kulit kau tu yang kena cuci bersih bersih n opkos la cuci pakai face wash tadi. Lagi fresh muka kau! 


Sejak sejak dah kerja ni la baru mampu nak beli cleanser dan skincare yang mahal sikit. Bukan kata yang murah tu tak bagus, tapi kurang berkesan. Dah macam macam produk bertukar. InsyaAllah kalau konsisten dengan himalaya ni confirm kulit bersih. Tapi yang penting aku nak try usha produk untuk pudarkan bekas jerawat pulak. Haritu dah beli Hiruscar n sekarang dalam proses percubaan lagi. Kalau ok, nanti boleh update review berkesan ke tidak. 


Till then, Assalamualaikum 

Wednesday, June 4, 2014

Fantabulous Beaute Skincare

Assalamualaikum...


nanti ada masa terluang kita update pasal ni. 


Kalau ada sesiapa nak order boleh tengok2 testimino kat page Na_Fantabulous kat SINI. 

Saturday, April 5, 2014

Bilberry Eyebright Plus

Assalamualaikum...

Seharian menghadap komputer dah tentu mata kita akan letih, bukan? Oh sudah pastinya kita perlukan supplement yang boleh membantu mengatasi masalah mata yang letih, penat dan kurang sihat. Untuk kesihatan mata yang berterusan, kita pun mulalah ambil supplement Bilberry Eyebright Plus. Dengan izin Allah akan dapat membantu masalah keletihan mata selepas seharian menghadap komputer bagai nak rak hehehehe...

Bilberry Eyebright Plus cuma perlu ambil 2 kapsul, 2 kali sehari. 1 botol murah jek cuma RM48. Boleh dapatkannya di Cosway atau mana-mana farmasi yang terpilih. Jom hidup sihat =)


Daun Manis | Hidup Sihat Tanpa Gula

Assalamualaikum...

Malam semalam kita dengan mak saja jenjalan pergi Dataran Batu Pahat ada pameran FAMA. Macam biasa la ada banyak booth buka. Yang paling best ada pameran dan jualan arnab. Comel gila arnab-arnab tu. Kalau beli lepastu buat bantal peluk tidur pun sodap sebab gemuk gemuk gila arnab tu plus comel teramat. Kat situ ada dibuat macam kandang jugak la. So siapa siapa yang nak masuk kandang tu n pegang n main main dengan arnab kena bayar RM2. Kalau tak nak bayar, boleh jek tengok dari luar. 

Jalan punya jalan punya jalan ada satu booth ni dari Daie Global Solutions kalau tak silap, akak tu (ala-ala promoter) bukan main excited explain kat emak pasal produk dia produk Daun Manis. Produk sebagai penganti gula. Mula mula mak malas la nak layan tapi kita orang ni jenis tak boleh nak menghampakan orang...cewahhhh...akak tu siap kata "kalau tak percaya akak cuba la dulu air kosong ni lepastu saya titiskan dengan daun manis ni". Sekali mak pun minum air masak yang akak tu bagi lepas tu akak tu titiskan 2 titik daun manis tu n mak pun minum dan kita n adik pun minum jugak. Sekali manis gila kau! Haaa hanya 2 titik daun manis jek dah boleh memaniskan minuman tanpa menggunakan gula seperti biasa. Maklum la sekarang ni pengambilan gula yang kerap pun boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan badan, kan. So, produk daun manis ni penganti kepada gula.

Explain punya explain kita dengan mak pun terpengaruh untuk beli satu hahahaha...alah murah jek. RM25 jek. Tapi mak yang bayar hehe... 

Mesti korang nak tau produk daun manis ni diperbuat dari bahan apa, kan? Akak promoter tu bagitau yang produk daun manis ni adalah daripada daun stevia. Akak tu kata lagi banyak kajian dah dibuat tentang daun stevia ni untuk kebaikan kesihatan badan. Dan banyak testimoni dari pengguna tentang kesan pengambilan daun manis ni. Kalau korang nak tau korang search google jek ea. Tapi kat sini kita nak kongsikan khasiat sebenar daun manis ni.

100% dari Daun Stevia :-
  • Pemanis semula jadi
  • Menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai untuk orang yang ada penyakit kencing manis)
  • Melawaskan kencing
  • Menurunkan tekanan darah
  • Membunuh bakteria
  • Membunuh kulat
  • Membunuh virus
  • Mengurangkan keradangan
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Meningkatkan kadar tenaga kepada tubuh badan
  • Melicin dan memutihkan kulit serta awet muda
  • Meningkatkan stamina dan mencergaskan minda

Yang best nya, 1 titik Daun Manis bersamaan dengan 3 sudu besar gula. 



Untuk lebih info boleh klik SINI

Friday, March 14, 2014

Foot Patch Detox | Pelekat Membuang Toksin

Assalamualaikum...

Hai engkorang...pernah guna ni? 



Pelekat Membuang Toksin. Korang pernah gunakna produk ni? Serious best. Sebelum ni aku memang dah guna masa tu time dekat universiti lagi sebab ada roomate jual. 1 paket (10 pelekat) RM12 jek. Lepas tu beli sekali dua jek berhenti. Tapi effect nya memang best. Baru-baru ni pulak ada beli jenama De'Herbs punya. Agak mahal sikit. 1 paket (10 pelekat) RM28 kalau tak silap. Beli sekali jek sebab mahal sangat. Tapi effect memang best. Sampai emak suruh beli lagi sebab nak guna jugak. Tapi tak boleh la beli yang De'Herbs tu. Mahal. Kena cari sumber lain. Kali ni aku beli online jek. Murah jek. Kualiti penggunaan pun sama jek. Produk Jun Dong: Foot Patch. 



Beli 1 kotak (10 pelekat) =RM10.00

Kalau beli 3 kotak ke atas free postage. So, aku beli la 3 kotak terus. Jimat banyak. 

Kalau 1 kotak biasanya dapat guna dapat 5 hari la. Klik  link dekat bawah ni kalau korang nak buat tempahan jugak. Berbaloi-baloi tau. 


Ada 2 jenis: - White Foot Patch Detox =RM10

                   - Gold Foot Patch Detox =RM15 
                                   * tambahan untuk buang toksin + slimming


Fungsi dan kelebihan menggunakan Foot Patch Detox ni ialah;

  • Membantu mengurangkan rasa sakit dan lenguh pada kaki. Sesuai untuk korang yang peant bekerja seharian
  • Membantu meningkatkan kualiti tidur dan mendapatkan tidur yang lena
  • Membantu menghilangkan sakit kepala dan kepenatan
  • Membantu sistem limpa dan buah pinggang dalam pembuangan toksin dari badan
  • Membantu melancarkan pengedaran darah
  • Membantu menstabilkan metabolisme badan bagi memberikan semula tenaga

Macam mana nak gunakan Foot Patch Detox?

  • Sebelum gunakan Foot Patch Detox ni, bersihakn kaki dan keringkan kaki tu terlebih dulu
  • Lepas tu, tampalkan Foot Patch Detox dengan pelekat yang dah disediakan sekali dalam kotak tu (bahagian bertulisan kena lekatkan dekat pelekat)
  • Lepas tu baru lekatkan pulak dekat kaki
  • Tampalkan sekurang-kurangnya 6 - 8 jam semasa tidur. Kalau boleh tampalkan jek sebelum korang nak tidur tu. So, toksin-toksin tu boleh la bertindak masa korang tidur hehehe
  • Esok pagi korang bangun tidur confirm pelekat tu akan berubah warna, berlendir dan berminyak (itu bergantung kepada kandungan toksin yang ada dalam badan korang)
  • Cuci kaki sampai bersih dan buang pek yang dah digunakan tu
  • Cuba gunakan dalam masa seminggu dan korang akan nampak perubahan kandungan toksin pada Foot Patch Detox.

Aku cadangkan korang cuba gunakan foot patch detox ni. Klik SINI. :D 

***Aku segan nak post gambar foot patch selepas guna sebab teruk beno toksin nya hehehehe...korang boleh search kat google contoh gambar ea. TQ :)