Tuesday, May 10, 2016

Bercuti ke Bandar Hilir, Melaka – Part 2 | The Shore Sky Tower

Assalamualaikum…


Ada masa terluang ni saja nak sambung update. Takut kalau tinggal lama nanti memang tak kuasa dah nak update. Hahaha…

Kita sambung previous entry tau. Siapa terlepas boleh tekan link dekat atas tu. Thank you.
Lepas saja check in hotel petang tu lepas dah rehat rehat segarkan diri, dalam lepas asar macam tu kita orang sambung keluar jalan lagi. Kali ni plan nak pergi The Shore Sky Tower. Alaa..yang tempat yang tinggi.

Senang jugak nak cari The Shore ni. Pusing pusing jek dah sampai. Terror betul abang Ijan.
Kalau naik Menara Taming Sari tadi acah acah gayat jek. Tapi pergi The Shore Sky Tower ni memang gayat habis. Mana taknya, tingkat teratas bangunan shopping complex The Shore. Tingkat 43. Cuba bayangkan. KLCC yang atas atas tu pun kita tak naik lagi tetiba dah nak The Shore ni. Serious gayat. Mula-mula sampai tingkat 43 tu kena beli tiket la.

Tiket masuk RM18 untuk dewasa. Kanak-kanak tak pasti berapa. Tapi Han FOC. Untung Han. Hahaha…

Lepas tu baru boleh check in. On the way nak ke tingkat atas tu dia guna transparent kaca yang warna hijau tu jek untuk kita seberang ke tingkat atas tu. Gila tak gayat. Sampai loya loya tekak bila pandang ke bawah. Bayangkan la korang macam seberang atas transparent kaca tu. Kalau terjatuh…siapa nak jawap!! Hahahaha no worry la. Architecture dia bagus kot! So kita suggest kalau sepsis yang memang gayat tak payah la naik. Seram!

Tapi bila dah sampai atas, fuhhhh kau rasa macam kau hero! Puas. Lega. Seronok woo…kau boleh tengok seluruh kawasan Melaka ( I guest). Kau akan rasa macam kau mendaki bukit n dah sampai ke puncak. Hahaha…plus dapat tengok sunset! Subhanallah. It’s so amazing! BTW salah satu lagi pengalaman baru. Jangan lepaskan peluang tau!

 

 





  
Lepas saja pergi The Shore, ingat nak masuk Aquaria dia dekat tingkat 2. Tapi mahal nauzubillah. RM20. Cancel terus. Hahaha…

Lepastu terus cari tempat makan. Kira-kira tempat makan dalam tu confirm mahal. Baik keluar cari tempat makan lain. Makan simple jek. Makan dekat foodcourt jek. Tapi lupa nama shopping mall tu. Memandangkan seminggu sebelum pergi ada survey tempat makan best tapi semuanya asam pedas belaka. So kita orang decide terjah jek mana mana kedai makan yang Nampak best dan kenyang. Haaa kenyang itu penting.

Lepas jek selesai makan, planning nak pergi naik River Cruise. Tapi si baby Han meragam kemain. So hantar Kak Yanti balik hotel n kita dengan Rosma sambung jalan jalan. Kengkonon nak pergi River Cruise dengan Pirate Park la. Pusing punya pusing tak jumpa jumpa. Sampai tersalah masuk jalan asyik jumpa jalan yang sama dua tiga kali. Last last decide balik hotel jek.

Helloooo it is a holiday. You should go somewhere instead of just stay in hotel. Blurghhh…don’t know what to say!!!

So, konklusinya…tak dapat pergi River Cruise, tak dapat pergi Pirate Park, makan sea food and so on.

So habislah cerita jalan jalan Melaka untuk hari pertama. It was fun! Hari kedua punya cerita minta sambung next entry ye.


Assalamualaikum. Bye. 

Bercuti di Bandar Hilir, Melaka - Part 1

Assalamualaikum.

Hai dah lama kita tak update blog. Tak ada masa. Laptop problem. Internet problem. Plus nothing interesting to update. Oh by the way, hari ni saja nak update cerita pasal haritu kita pergi holiday ke Melaka. Bukan apa, dah 2 tahun kerja so saja la nak reward diri sendiri.  Memandangkan 1 Mei hari pekerja dan jatuh pada hari Ahad, so kita plan holiday untuk 2 hari 1 malam. Pergi sabtu balik ahad. Kita plan holiday ni dekat 2 bulan sebelum jugaklah. Sebab banyak benda nak kena survey plus planning pergi dengan Kak Yanti n Rosma (officemate).

Ok tak baik banyak bebel. Let’s start my short vacation’s story.



30 April 2016, Sabtu bertolak pagi dari rumah. Memandangkan suami Kak Yanti yang drive, so ke Bandar Hilir Cuma makan masa 2 jam kalau tak silap. Sampai sampai jek terus dapat parking (untungla jugak sebab public holiday time tu so parking seriously full). Firstly sampai terus pergi  shopping kat depan Dataran Pahlawan tu beli souvenir apa yang patut. Since sampai pun dah tengah hari, terus pergi lunch dekat area situ saja. Mahal teruk kat situ. Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur tempe jek pun.

Menara Taming Sari
Lepas jek lunch, terus pergi beli tiket untuk naik Menara Taming Sari. Masa tu tak ramai orang. Nasib baik la. Sebenarnya kita adalah orang yang paling takut ketinggian. Tapi bila naik Menara Taming Sari ni, fuhh rasa diri tu hebat. Seronok wehhh… dapat tengok pemandangan sekitar bandar Melaka.

Harga tiket naik Menara Taming Sari tu cuma RM15.00 untuk dewasa. Kanak-kanak lupa pulak charge berapa. Nanti akan dapat goodies bag jugak.

Jom layan gambar gegedik masa dekat menara.








Muzium Samudera
Lepas dah puas naik menara, kita jalan ke kawasan belakang sikit, kita jumpa 2 buah muzium. Muzium Samudera dengan Muzium TLDM.
Untuk ke muzium ni korang nak jalan kaki pun boleh, nak naik beca pun boleh. Tapi kawasan dia memang dekat dekat jek semua tempat. Tapi kalau nak merasa naik beca apa salahnya, kan.
Tiket untuk masuk Muzium Samudera Cuma RM5.00 untuk dewasa.
Dekat dalam tu biasalah…muzium..ada banyak cerita dan gambaran tentang kapal samudera. Sejarahnya kita tak berapa tahu sangat. Walaupun subjek sejarah kita cap jempol kakakaka…
Cuaca panas tambah dengan public holiday pehhh orang kemain sesak. Sila banyakkan bersabar kepada siapa yang pergi masa public holiday. Tapi nasib baik jugak la dalam tu ada aircond (walau tak kuat mana pun).

Jom layan gambar lagi…







Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Muzium ini terletak berdepan sahaja dengan Muzium Samudera. Senang cari. Masuk percuma. Panas wooo dalam ni. Tak boleh masuk lama lama. Tapi yang best dalam ni banyak tahu pasal TLDM la. Kalau korang nak tahu, boleh singgah sini kay nanti. Alaaa percuma jek, kan. Pergi tau!!!
Kita tak banyak gambar dekat muzium ni pulak.

  

  

Memandangkan jalan punya jalan jam sudah pun nak dekat pukul 2.00 pm. Sudah kena check in hotel. Disebabkan hotel tu pun tak pasti area mana, jadi kena gerak awal untuk cari hotel tu. Google map tunjuk macam jauh sangat dari Bandar Hilir, tapi rupanya dekat saja. Tapi disebabkan jam teramat sangat, tiu yang jadi jauh. Well, itu adalah normal. Booking hotel dah 2 3 minggu awal. Takut fully book. Yelah. Public holiday, kan. Sia sia kang tak booking hotel terus walk in kang tak ada bilik kosong. Tidur la kau dekat dalam kereta. Kakakaka…

906 Boutique Hotel
Murah pun murah. Harga berpatutan. RM90 untuk weekend dan RM80 untuk weekday. Alhamdullilah sangat berbaloi. Bilik bersih cantik. Perfecto!!!

Kita booking 2 bilik. 1 Kak yanti n husband n baby. 1 lagi kita dengan Rosma. So boleh la share separuh. Hehehehe…jimat!




Ini gambar masa nak check out. Tu yang bersepah sikit hehee…kondisi sebenar tak macam ni. BTW sangat selesa. Sejuk pun sejuk. Boleh pergi lagi time honeymoon nanti agaggaga…



Check in hotel. Lepak-lepak tidur kejap petang pukul 5 keluar sambung jalan jalan lagi. Petang tu plan pergi The Shore Tower dengan River Cruise. Itu kita sambung next entry jek okay. Sebab menaip awal pagi, so mata dah mengantuk (typing on 1.15 a.m.).

Kepada yang dah baca. Thank you so much.