Monday, September 12, 2011

Anda masih berhutang RM....


Tadi kawan bagitau yang duit PTPTipu dah masuk.

Terus aku cek akaun dekat umsisweb tu...

Aku berhutang weiyhhh..bukan sikit tapi sangat banyak.

Adoiii...apa pun tak boleh.

Memang PTPTipu ni bagi untuk bayar yuran jek la jawabnya...

So, pandai2 la berjimat cermat sem ni kawan2. Sangat kayap dah ni.




Semakan Baki Akaun

Maklumat Transaksi :-
Keterangan Akaun No. Dokumen Debit (RM) Kredit (RM)
OPENING BALANCE 0.00 14.00
7TH COLLEGE-ACCOMMODATION FEE - KK7 CAJ COLLEGE FEES SEM 1 2011/2012 20110813HSTL00101,210.00 0.00
7TH COLLEGE-JTK FEE - KK7 CAJ JTK FEES SEM 1 SESI 2011/2012 20110813HSTL001150.00 0.00
7TH COLLEGE-MISCELLANEOUS FEE - KK7 SERVICE CAJ SEM 1 SESI 2011/2012 20110813HSTL001210.00 0.00
ICT SERVICES FEE - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN0001100.00 0.00
INSURANCE - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN000112.00 0.00
WELFARE - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN000110.00 0.00
SPORTS AND RECREATION FACILITIES - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN000120.00 0.00
HEALTH SERVICES FEE - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN000120.00 0.00
LIBRARY MEMBERSHIP - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN0001100.00 0.00
ENGLISH LANGUAGE PROGRAM FEE - TUITION FEES SEM1 2011/12 20110907TUTN0001150.00 0.00
OUTSIDE FACULTY ELECTIVE FEE - TUITION FEES SEM1 2011/12 20110907TUTN0001150.00 0.00
TUITION FEE - TUITION FEES SEM1 2011/12 20110907TUTN0001533.00 0.00
Jumlah
2,365.00 14.00
Jumlah Sebenar
2,351.00

Status :Anda masih berhutang : RM 2,351.00



siap tepek besar gedabak lagi ni hah...


Sangat mahal tak awak awak??? UM-Universiti Mahal. Hurmmm...

Friday, September 9, 2011

7 Tips Beraya ke Rumah Si Dia

Assalamualaikum...


Sekarang ni tak tahu kenapa aku agak rajin nak share macam2 tips kat blog ni...Saja suka suki kot.


Tips ni untuk sesiapa yang konon nya tengah hangat bercintan cintun la, kan. Si dia ada mengajak awak awak ke rumah dia? Lagi2 time hari raya macam ni. Ada tak??? Kalau ada, apa perasaan awak awak sekalian? Nervous, takut, panik, gelabah, seronok atau apa??? Atau pun awak awak memang dah menunggu sekian lama detik hari untuk pergi ke rumah si dia? Maklum la...saat ni la awak nak diperkenalkan dengan keluarga si dia. Sama ada di reject atau tak.


Jaga penampilan.
Pakaian mesti la sesuai. Sebolehnya biar la berpakaian sopan sikit. Kalau biasa pakai t-shirt dengan jeans jek apa salahnya kalau ke rumah si dia kenakan pakaian yang sopan. Biar sejuk jek keluarga si dia tu tengok. Tak la awal-awal kena reject. Lagi2 ni tengah musim raya..apa salahnya pakai baju kurung ke kebaya ke atau apa2 fesyen baju raya awak awak tu. Kan manis dipandang.


Bawa teman.
Yang ni tak digalakkan sangat. Tapi kalau dah memang awak awak tu jenis yang nervous terlampau tu better bawa la teman. Tak la kaku sangat nanti bila dah sampai rumah si dia.


Kenal dengan ahli keluarga si dia.
Si dia mesti ada cerita pasal family dia kat awak awak, kan. Siapa ayah dia. Siapa emak dia. Berapa orang adik beradik. Siapa nama. Macam2 lagi la. So, untuk melihat betapa concern nya awak tentang perhubungan dengan si dia, awak kena lah ambil tahu sikit2.


Jaga adab sopan.
First impression teramat lah penting. Kalau baru first time datang dah nak tunjuk sombong, gelak tak ingat dunia, mencarut tak tentu pasal...style duduk pon dah sama macam duduk kat rumah sendiri...memang awal2 dah kena reject cik kak oiiiii.


Ramah mesra.
Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Tanya la mereka sihat ke tidak. Elakkan berbual kosong atau bertanyakan perkara yang boleh mengguris perasaan mereka.


Sentiasa tersenyum.
Senyum...tak perlu kata apa2.Ehhh...jangan macam tu. Jangan dok senyum jek memanjang. Sentiasa tersenyum tu maksudnya jangan la kita tunjuk muka masam or muka sedih or muka menyampah dekat mereka. Tunjukkan yang awak awak senang dengan mereka. Kadang2 senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri. Senyum tu kan sedekah.


Bawa buah tangan.
Ia tanda menghormati keluarga si dia. Sejuk jek mak ayah si dia bila tengok bakal menantunya sangat pemurah. Kan dah tak kena reject.


*kalau rasa nak follow tips ni...dipersilakan. Jangan jadi macam Mai bila mr.E ajak ke rumah dia..."Errrr....tak nak la." tu jek jawapannya.

Thursday, September 8, 2011

6 Langkah Mudah Rehatkan Perut

Memandangkan sekarang ni musim raya, sure la awak-awak semua dok balun jek makan melantak segala makanan yang ada depan mata. Tak cukup dengan kuih raya, dihidangkan pula dengan ketupat, rendang, kuah kacang yang sangat delicious. Tu baru satu rumah jek...kalau 5 6 rumah awak-awak pergi dalam satu hari, lepas tu dihidangkan pulak dengan makanan yang lebih kurang sama jek...mau tak meletup kebabommm perut awak-awak semua, kan.



So, nak share la jugak langkah mudah untuk rehatkan perut ni untuk saya dan awak-awak semua.


  • Makan secara sederhana. Boleh makan pelbagai jenis hidangan yang disediakan oleh tuan rumah, tapi kalau boleh biarlah bersederhana jek. Jangan dok tamak sangat sampai penuh pinggan dengan makanan. Dah macam esok tak nak makan lagi. Proses ni dapat membantu kantung perut awak-awak yang kecil tu supaya tak overloaded.

  • Pilih makanan yang kurang lemak, gula dan garam.

  • Banyakkan minum air kosong. Elakkan minum minuman yang bergas, bersoda, atau ais sebab ia mampu menghalang proses pencernaan.

  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Boleh dimakan bila perut kosong. Dikatakan dapat bertindak sebagai ejen nyah toksin.

  • Kunyah makanan secara perlahan-lahan. Proses ini akan memudahkan proses penghadaman. Ia juga merupakan sunnah Nabi mengunyah makanan sebanyak 40 kali.

  • Makanlah secara teratur. Ia dapat 'mengajar' badan untuk berfungsi dengan lebih baik dan cekap.

Saturday, September 3, 2011

Nak update pasal raya jugak...

Tengok ramai blogger dok sebok update cecite raya mereka. Aku pun nak jugak...walaupun raya tahun ni seakan kurangnya mood raya...tak tahu kenapa..


Rutin di malam raya...


- dengar pengumuman raya pastu takbir raya


- dari yang kecik sampai la yang besar start dari cucu cicit anak beranak mertua menantu segala keturunan yang ada...dok pompam dumdam euuuu kebabommmmm...main mercun wooo...tiap2 tahun. sama jek! yang jadi leader si pakcik2 ku sekalian. mana tak yang kecik2 ngikut jek. si kecik2 harus la main bunga api jek. tapi yang si besar2 tu dok main mercun yang bunyi dah macam bom meriam semua tu la...adoiiii. Kadang2 siap berlawan2 dengan ntah jiran sebelah mana ntah...yang tahu bunyi2 serang balas jek... (tapi aku terkecuali dari segala permainan ni)


- yang pompuan pulak dok sopan jek kat dapur sambil buat 'ketupat' sambil jugak isi kuih muih raya dalam balang




Rutin di pagi raya...


- lepas subuh biasanya ada buat baca tahlil sikit. Tapi tahun ni macam tak ada...


- yang lelaki pergi solat hari raya kat masjid... Yang pompuan dok rumah sebok kan diri sediakan juadah as sarapan di pagi raya. Wajib ada ketupat + kuah lodeh + kuah kacang + serunding + rendang +++ sangat delicious...yummy2


- mula babak sentap...bermaaf-maafan dengan saudara-mara. yang penting aku dapat duit raya...yeahhh...atok bagi duit raya <3


- dulu siap ada sesi bergambar lagi. siap buat video. sekarang dah tak ada...pupus sudah. maybe sebab tiap tahun makin sikit yang wujud pagi raya ni.


- sesi paling best... "siapa nak duit raya beratur sini cepat!" sepantas kilat semua dok beratur depan my 2 org pak cik. Siap beratur nak bagi duit raya. Dari yang kecik sampai yang besar sampai pak cik mak cik aku pun join sekaki... mesti dapat punya duit raya dari cik Asid & cik Ya.


- pergi beraya ke rumah2 saudara mara atok2 sedara kat kampung tu jugak...


1st day raya: baju kale oren


ni turn aku dapat duit raya dari cik Asid





tetiba boleh sama kale plop baju kita ek...


2nd day raya: baju kale purple (baju raya last year)


3rd year raya: baju kale oren lagi



jom layan video celoteh sepupu kecik aku, Biha yang suka sangat bercerita...enjoy ^_^




eerrrr...aku dah ditinggalkan keseorangan di pagi buta ni...mr.E kesayangan dah membuta dulu...katanya penat sebab beraya sakan hari ni. so, aku pun semakin ngantok... mau tidur jugak...okbubye