Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Tuesday, June 25, 2013

Review: Sebenarnya Saya Isteri Dia

Bismillahirrohmanirrohim...


Dah baca novel Sebenarnya Saya Isteri Dia (SSiD)? Confirm since novel ni dah jadi drama mesti jadi best saller dekat MPH or Popular kan. Semua pun berebut rebut nak cari dan baca novel ni. Macam dekat Festival Buku hari tu. Sebab nak tahu apa ending cerita ni. Betul tak? Mengaku jek la. Aku pun sama jugak hoi. Hee~~


Disebabkan minat baca novel dah semakin berkurang tapi dalam diri tu tetap nak tahu ending cerita SSiD ni, so kena lah beli jugak. Oh by the way, aku beli novel ni guna voucher jek. 


 


Nak review sinopsis novel tapi aku rasa semua orang pun dah tahu novel ni pasal apa, kan. Alright better kita tengok apa persamaan atau perbezaan yang ada antara cerita dalam novel dan drama on tv. 


Watak for both dalam novel dengan drama of course sama. Firash Arshad n Syafa Aqira. Kalau ada 100%, boleh kira 80 peratus jalan cerita sama tapi ada beberapa scene yang agak berlainan sikit. Mungkin kelainan itu perlu untuk disesuaikan dengan situasi dan keadaan kot. They know better. Macam ada satu scene yang mana watak tu berada di kampung rumah Tok wan. Dalam novel, scene tu adalah scene watak tengah buat persediaan untuk hari raya pada esok hari. Tapi dalam tv, scene tu dibuat tentang persiapan untuk membuat kenduri kalau tak silap. So mungkin perubahan skrip itu perlu. Tapi tetap releven ok. Babak babaknya masih lagi sama cuma latar masa agak berlainan. Lagi scene masa Syaf kena kejar dengan kereta masa malam dia balik kerja lewat tuh. Dalam novel Syaf kena kejar n langgar dengan motorsikal but again babak n skripnya masih sama. 


Overall, novelnya best dan drama tv nya pun lagi best. Nak lagi feeling bila dah keluar drama tv lepastu dapat baca novelnya boleh la bayangkan pelakon tu dalam novel. So, it will look real, babe. Serious. Tiz n Izzue bawa watak memang terbaik. Dah nama pun novel, kan. Of course la happy ending. Kalau dalam novel nantinya Syaf pregnant dapat kembar hokayyy. Ferran Syidqie dengan Fareeyal Syairiss. Apa pesen nama pun tak tahu la. Lepastu pregnant lagi. And the best part is si Firash tu adalah blogger. Siap menang Top Blogger Award lagi tuh. Cayalah. 



Sekarang ni dekat tv baru episod 11 n dalam novel, scene ni dalam bab 72.


Kalau nak tahu lebih lanjut memang korang kena beli novel ni. Tak puas sangat kalau tengok drama jek. Haritu ternampak si Hafiz (my friend) pun dah beli novel ni. Tengok! Yang tak minat novel pun boleh beria-ia beli novel SSiD jugak. Perempuan dan lelaki tak terkecuali. 

*btw, since aku kena pindah JB untuk praktikal so tak dapat la nak tengok SSiD sebab tv tak ada. Broadband pun tak ada. Sebab tu kena baca novel ni. At least dapat tahu what's going up next. Selamat membaca dan menonton. Jadilah penonton yang beretika dan pengkritik yang bertatasusila. Hee~~


Wednesday, May 1, 2013

Last Shopping RM50 Voucher Buku | KLiBF A Place YOu Must Go

Assalamualaikum dan hai...

Selamat Hari Buruh, Malaysia.


Disebabkan hari ini cuti umum dan kuliah pun tak ada, maka aku berpeluang untuk pergi ke Kuala Lumpur Internantional Book Fair (KLiBF) yang bertempat di PWTC sejak 26 April sehinggalah 5 Mei nanti. Semangat waja betul nak pergi pesta buku. A place you must go. Wajib pergi.


Sebagai balas dendam untuk beli novel since hari tu cuma beli buku motivasi dan islamik. Macam biasa, hanya gunakan voucher buku. Berbaki RM50. Pada masa yang sama, aku tak nak lepaskan peluang merasa untuk menjejakkan kaki ke sana yang seingat aku untuk kali yang ke dua. Beberapa tahun lepas pernah pergi juga. Manfaatkan masa selagi masih ada di Kuala Lumpur.


Meh nak cerita sikit suasana di pesta buku. Speachless sebenarnya. Sangat sesak. Millions of people. Boleh aku kata mereka ini pengemar buku-ulat buku-love to read atau apa-apa saja. Allah pesan. Iqra. Bacalah. Bacalah selagi kita mampu untuk membaca. Tambahlah ilmu. Carilah ilmu. Semoga kita semua berada dalam lingkungan mereka itu. Mereka yang sentiasa mencari ilmu. Tidak kira apa-apa jua ilmu. Insha Allah...


Macam aku cakap tadi, nak balas dendam. So, hanya manfaat voucher yang ada. Dapatlah tiga buah novel yang sangat-sangat diidamkan (sebenarnya dua saja). Alhamdulillah.




Memang aku dah plan awal-awal nak masuk sini. Untuk novel yang diidamkan tu. Setiap novel dekat sini diskaun RM5. 




Akhirnya. Setelah bersesak-sesak. Yang atas dan bawah ialah novel yang diidamkan itu.



Harga: RM21

Disebabkan pengaruh kawan un tuk baca novel ni maka aku pun terpengaruh untuk beli. Sebab best plus menarik. Lain dari yang lain. ahaks...


Sinopsis sikit. Nanti aku buat priview sikit kalau sempat ye.


Harga: RM21

Dikhabarkan novel ni pun akan dijadikan drama or filem. Tnegok dekat bunting kat sana tadi macam Akim dengan Nad Zainal yang berlakon. Macam seronok. Harap-harap jangan indah khabar dari rupa ya. Harap harap la.


Maaf ini faktor kamera. Nanti aku buat priview sikit di next entry. Insha Allah


Harga: RM30


Ohhh sememangnya inilah novel yang paling ingin dimiliki. Setiap minggu menunggu nak tengok drama nya dekat tonton. Tapi sedih. Last week punya episod tak ada. Tak apa. Novel dah ada. Pasal lembab sangat nak tunggu drama. Haa padan muka.


By the way, Tiz dengan Izzue sangat sesuai pegang watak masing-masing. 



Dapat percuma kalendar.


Manfaat daripada voucher yang TERAKHIR.sobsss....


Entah bila dapat habiskan baca tiga-tiga ni. Sekarang tengah busy dengan assignment. Tak macam dulu. Se-busy mana pun tetap sanggup habiskan baca. Tapi tidak untuk masa sekarang. Ah bukan lagi peminat tegar rupanya.


Kepada sesiapa yang masih belum pergi ke Pesta Buku tu aku syorkan kalian jejakkan kaki ke sana. PWTC -KLiBF: A place you must go.


psttt: Aku masih berkira-kira sama ada mahu balik ke rumah atau tidak. Menangis telefon emak abah bertanya boleh atau tidak aku balik. Ada perasaan takut yang teramat tiba-tiba. Ah aku cuma rindu sebenarnya. Ini pengakuan. Titik.


Friday, March 29, 2013

Voucher Buku | Manfaat

Assalamualaikum...

Aku student IPT, so wajib la dapat voucher buku, kan. n yeahhh naik sem hari tu {sekarang dah nak cuti mid sem...baru reti nak update] aku dapat RM250 voucher buku. Terima kasih kepada yang memberi. Atas alasan apa aku tak mahu ambil peduli. Asalkan ianya beri sedikit manfaat kepada penerimanya. Seperti yang dikata, tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. 

Kalau tak silap seminggu lepas tu aku dan kawan-kawan [skema tak ayat wa wa wa wa] terus pergi shopping buku kat MPH Mid Valley. Peh shopping buku siot. Nampak sangat kau student kat situ. kah kah kah 

First shopping voucher buku, aku dapat habiskan almost RM150 termasuklah buku plus alat-alat tulis macam pen, liquid paper dan highlighter yang warna warni tu. Seronok! 

Beli punya beli, kemain nak cukupkan RM150 tu. Bila dah sampai kaunter nak bayar, aku excited nak guna voucher plus kad siswa [ada 10% diskaun]. Disebabkan excited terlebih, tak kira yang 10% tu, main kira nak cukupkan RM150 jek. Last-last kat kaunter terpaksa ambil highlighter yang warna warni plus mahal terover tu untuk cukupkan semuanya. Peh agak rugi sikit kat situ. But then, disebabkan aku guna RM150 voucher, aku dapat lagi RM5 voucher dari MPH. Hey, aku kaya dengan voucher!


                                                           Nilai voucher yang RM150 tu


Dengan RM150 tu aku dapat la jamah beli buku-buku yang rata-rata harganya agak mahal [tapi berbaloi]. Tapi dengan voucher, aku boleh borong banyak buku. Haa aku dapat beli 2 buku ala-ala motivasi, 4 buku panduan dan 1 novel saja. [SATU JEK NOVEL]




 Novel: Jangan Lupakan Aku
Penulis: Iza Safiya  
Harga: RM22            


Kesian dah aku ni sekarang macam tak ada feeling jiwang nak baca novel. Novel ni pun beli lepas serabut pilih-pilih tak tahu nak beli novel apa tapi still nak cukupkan RM150 tu. Kalau dulu pantang masuk kedai buku mesti belek novel mesti nak beli novel. Tak beli satu mesti dua. Tapi sekarang ni agak liat sikit. Kenapa pun tak tahu. Mungkin sebab kurang masa terluang kot untuk baca.



Tajuk: Amalan 24 Jam Wanita Haid
Penulis: Fahrur Muis
Harga: RM6.50 

    Buku ni simple huraiannya dan aku senang faham. Sekali baca jek lepas tu tak buka lagi dah. 
Apa pun tak boleh =='


Tajuk: 1) Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Taharah (Bersuci) 
Penulis: Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Azhar Mohamed
Harga: RM20

2) Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Solat 2
Penulis: Rohidzir Rais
Harga: RM19.90

3) Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Seks
Penulis: Zahazan Mohamed, Rohidzir Rais
Harga: RM19.90



 Macam biasa, aku minat baca buku motivasi. Tapi baca berkala la. Tak selalu. Untuk motivate diri jek. Kan aku nak jadi kuat. Tapi buku ni tak sempat nak baca lagi. 


 Macam biasa, aku suka baca tulisan Dr. Tuah (:

Tajuk: Belailah Kalbu
Penulis: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Harga: RM19.90


Tajuk: Tuhan Sedang Menguji Kita
Penulis: Ustaz Kazim Elias
Harga: RM19.90




*****

Second time shopping buku - RM50 + RM5 voucher MPH

 Dapat grab buku-buku ni 


 Tajuk: The Choice Debat Islam & Kristian [Volume 1 dan 2]
Penulis: Ahmed Deedat
Harga: RM22.50


Aku pun tak tahu kenapa aku beli buku ni. Tapi masa dekat MPH tu nampak pekerja tengah susun buku-buku baru n lepas tu terus nampak buku ni n terus ambil buku ni tanpa baca sinopsis. Entah la...tapi rasa buku ni macam menarik. Tapi tak ada kesempatan lagi nak baca buku ni. 



Tajuk: Men Are From Mars, Women Are From Venus [versi BM]
Penulis: JOhn Gray
Harga: RM35


Pasal buku ni pulak. Dah lama aku nak beli tapi asyik habis stok jek. So, bila dah nampak baik terus beli jek daripada nanti habis lagi ternganga kat situ. Buku ni pun tak sempat nak baca lagi. In sha Allah nanti ada betul-betul masa terluang baru boleh baca. Ah sekarang aku ada lagi RM50 voucher buku tu. Kena guna sebelum bulan lima kalau tak silap. So, nanti kena borong buku lagi.


Ah rasanya aku macam nak create entry pasal buku-buku dekat blog aku ni. Saja untuk share apa buku yang aku ada dan baca. So, orang lain boleh la rujuk kalau nak dapatkan buku. In sha Allah kalau masa itu ada.


Till then, salam Jumaat. 

Saturday, October 22, 2011

Ilya Abdullah si novelist Coke and Sundae follow blog aku

Tengok tajuk jek dah tau aku teramat la sangat bajet poyo, kan??? Hahahaha...harus laa poyo mempoyo ni. Bukan calang-calang orang yang follow ni. Novelist ok!!! Korang ade??? Kalau ada duduk diam2. Tapi biasanya korang di 'follow' oleh artis jek. Aku apa ada heran...lantak la, kan..





Yang menjadi kemusykilan dihati dan keterujaan kat sini...aku di 'follow'...kenapakah???


To be honest laaa...aku memang gilerrr novel pun. Tak kisah la novel ke online jek ke. Yang penting aku suka baca novel. Fullstop!




Ini antara novel karya Ilya Abdullah...dua2 aku dah baca...sangat best woooo





Kepada sesiapa yang gilerr novel jugak boleh jek KLIK gambar atas tu untuk baca segala karya Ilya Abdullah...


Mungkin lepas ni, blog Ilya Abdullah jadi second part of my online novel lepas Penulisan2u

Saturday, April 16, 2011

Novel: Doktor Cinta

Yeahhh...novel time!
ni lah hobi aku bila masa yang ada saja disepah buang. hihihi..
Actually, ni memang my truly hobi.. membaca novel cinta.
baca jek. bercinta nyer tidak sama sekali.

Macam biasa la...dalam masa 2 hari je Mai boleh habis baca novel yang tebal bagai tu kan. hihihi...syiokkk

Novel kali ni pinjam my friend je (Tiya).

Giler best la novel ni. Asyik tergelak je baca novel ni. Apa tak nyer...watak si Mazliana yang giler sempoi tu buat Mai nak tergelak jek. Nasib baik tak tergelak guling-guling. Pandai penulis ni create sesuatu yang funny. Seriously best. thumbs up la!!!

Nak tahu story nyer macam mana? Apa tunggu lagi? Pergi la terjah MPH cari novel ni.

Owkeyz gurlz. got to go...Nak start study pulak (kot la :)) ...Selamat membaca ^___^

Monday, November 15, 2010

Coke And Sundae

"Kau tu perempuan. Kalau dah berkenan sangat ayah pinangkan Syakir untuk kau. Apa salahnya kan?"

wakaka...kelakar yang teramat la sangat..penat aku gelak..

terbaiklah novel ni..
walaupun baru baca sampai bab 20, jalan cerita novel ni kelakar sangat-sangat. Asyik gelak je bila baca...

watak Syakir dengan Azyan memang kelakar sangat. Pantang jumpa je, mesti nak bertengkar.

"hah!! gorilla kau nak apa?"

nak beli jugak la novel ni. Rugi kot kalau tak baca. syiokkk....

JOm2...tergelak sama dalam Coke and Sundae

"Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak dikejar pun gunung tu takkan lari jugak"

Saturday, November 13, 2010

Apam Balik Nutella


Hollaaaa...

sharing is caring...

so, let me share bout my second most interesting online novel ...i just read it..don't be jealous, owkeyz...

btw, want to know more about this novel?

Lets check it out babe...Apam Balik Nutella



... kerana apam balik nutella... kau dan aku jatuh cinta


bout this novel...best sangat2 awak...^_^ need to buy this novel,ok..

mission: the next novel will be???