Sunday, August 15, 2010

Memori Tercipta...



Alhamdulillah…dah selesai satu hari kita berpuasa. Tapi, sedih la sikit sebab puasa tahun ni aaagak berbeza daripada puasa tahun2 sebelumnya. Tahun ni aku berpuasa bersama-sama rakan2 di kolej. Walaupun tidak berpuasa dengan keluarga, tapi aku seronok berada di samping rakan2 ku di sini. Semuanya sama seperti aku. Sama2 rindukan keluarga yg jauh. Tapi taka pa, Cuma sementara. Diharap, puasa kali ini lebih memberi banyak pahala dan kebaikan kepada kita semua. Amin… puasa, jangan tak puasa tau…
Aku nak cerita sikit tentang kehidupan aku dekat universiti ni. Minggu lepas (7-8ogos ’10) aku dan rakan sekumpulan dah pun selamat menjejakkan kaki ke Temerloh, Pahang. Tapi, kami pergi bukan sekadar suka-suka, kami ke Pahang atas urusan nak siapkan kajian untuk modul Hubungan Etnik tentang kegiatan ekonomi suku Jahut. Terlalu banyak memori dan kenangan yg terindah terlakar sepanjang 2 hari kami berkampung di sana.
Kisah bermula apabila kami bertolak dari kolej jam 7.30 pagi dan menaiki bas ke Temerloh. Kami tiba di stesen bas jam 10.15 pagi. Mamandangkan kami menggunakan khidmat orang luar, terpaksa lah kami tunggu. Sambil menunggu kakak Nahadiah utk menggambil kami, apa lagi merondalah kami 1 stesen bas. Sempat singgah di kedai2 membeli sedikit buah tangan sebagai penghargaan kpd mereka. Tapi, yg peliknya kami ni, beli buah sikit je, tangkap gambar je yg lebih. Posing sana- sini. Tunggu punya tunggu, kakak Nahadiah pun sampai jemput kami dalam jam 2 petang. Jenuh menunggu. Sampai ada yg belanja kami milo ais. Terima kasih la kpd encik yg belanja kami tu ye.

Nak dipendekkan cerita, sampailah kami kat rumah Farihan. Sampai2 je kami dijamu dgn makanan tengah hari. Teima kasih la kpd tuan rumah. Kenyang kami makan. Bila dah kenyang, its time to buat kerja.

Tugasan pertama nak selesaikan sesi soal selidik. So, kami pergilah terjah dari rumah ke rumah. Nasib baik la si Farihan ni ada. Kalau tidak…memang tak jalan kerjanya. Kami pergi ke rumah pak cik Fandi. Alhamdulillah, pak cik nib g kerjasama dekat kami. Macam2 kami tanya, semua dia jawab. Pak cik ni pun sudi tolong kami utk tunjukkan cara2 masyarakat di sini jalankan aktiviti ekonomi. Kiranya, pak cik ni sporting la.
Rumah kedua pula, agak terkilan sikit nak cerita. Huhuhu… kenapa? Sebab kena marah dgn mak cik Farihan. Siapa tak marah, masuk rumah orang lepas tu tergelak2 dgn sebuk tangkap gambar, dah macam orang tak tau adab, kan?? Ish3…minta maaf la mak cik. Kami ni sebenarnya excited je. Hahaha…lepas tu kami terasa serba salah pula. Tak apa la, benda dah lepas.

Kenangan yg paling best bila 10 orang sekaligus naik kereta GEN2 menuju dari tempat ke tempat yg lain. Dah macam ikan sadin pula kami ni. Terpaksa la berhimpit antara satu sama lain. Memang riuh la masa dalam kereta tu. Mana tak nya, macam2 bau ada, dgn keadaan yg sempit. Ada yg dapat space sikit, ada yg cangkung, ada yg duduk atas riba. Memang best memori la.

Bila dah maghrib apa lagi, semua pun balik. Syukur sangat dapat tempat tinggal yg selesa. Tidur pun nyenyak. Tapi, malam tu kami tetap teruskan kajian ke rumah Tok Batin kampung. Segala macam soalan kami Tanya tok batin. Sampai tok batin tu dah tak tahu nak jawab apa. Hahaha…yg penting, family tok batin pun sporting juga. Sama2 bagi kerjasama.
Dapat belajar bahasa orang asli la. “Nia’ suka’ imak” – saya sayang awak. Kalau selamat dating “ selamat tiba’ “ lepas interview tok batin, kami pun balik rumah Farihan dan dijamu dgn makan malam pula. Teramatlah kenyang semuanya dan its time to tidur sebab esok banyak lagi aktiviti yg nak buat.
Jam 7.30 keesokan paginya, kami bergerak ke kebun getah dan kebun2 hasil tanaman kaum Jahut yg lain. Lepas setel semuanya, kami berpeluang pergi ke sungai. Memang best la. Even aku tak merasa kesejukan air sungai tu, tapi tetap rasa ketenangannya.
kebetulan pula hari tu ada gotong –royong dekat surau. So, kami pun join la sekaki. Sambil2 tu, kami dgn muka tak malunya menggondolkan pokok2 rambutan yg ada. Hahaha…siapa tak geram nampak pokok rambutan yg menggayut2 dgn buah yg lebat. Kami pun petik la rambutan tu, dapat la seorang seplastik. Tu pun dah kira banyak. Bila dah penat isi rambutan, kami balik rumah dan bersih2 kan diri sebab pukul 3 petang dah nak bertolak balik UM. Huhuhu…rasa sedih pula nak tinggalkan kampung ni. Aman dan tenang jiwa duduk kat sini, walaupun ada banyak anjing. Hahaha…
Sampai dekat bustand Temerloh lebih kurang pukul 5.30 petang. Kira 1 jam perjalanan dari Kg. Penderas nak keluar ke pekan. Jauh tu… Sampai2 jek kat situ terus nak beli tiket. Bukan apa takut tak ada tiket lagi, sebabnya kami smapai pun dah lewat petang kan. Tanya punya tanya kat kaunter tiket tu, tiket pergi Kuala Lumpur semua dah habis. Arrggghhhhh….. aku nak balik UM!!! Huhuhu…. Apa boleh buat…terpaksalah beli tiket bas yg terakhir…jam 8.30 malam…menaun la nampaknya nak kena tunggu bas tu sampai. Sambil2 tunggu jam 8.30 tu, apa lagi kami pergi la mengisi perut yg lapar ( aku tak pergi makan pun…hahaha)
Bila bas sampai, semua pun serbu masuk. Dapat seat yg paling belakang pulak tu. Tapi tak kisah la. Janji aku dapat balik malam tu jugak. Huhuhu…sedih jek . dalam bas tu ingatkan boleh tidur. Huh!!! Tak ada maknanya nak tidur nyenyak. Sebabnya, group aku yg lain ni boleh pula memekak kat dalam bas tu. Almaklumlah, macam2 nak diceritakan. Kesian aku dekat penumpang2 lain. Hahahha…apa boleh buat. Dah perangai mereka macam tu. Ish3… Akhirnya, kami sampai kolej dalam jam 11.30 malam. Penat duduk dalam bas tu. Tapi orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Betul ke??? Lu piker la sendiri yek…
Jom kita terjah sikit kemeriahan gr0up kami…. Jangan jeles ye…








ini adalah holiday pertama yg terindah dgn korg semua...
hope lepas nie kite bleh plan pergi holiday yg lagi happening k...^_^

^_^
to Ain, Fana, Nana, Diah, Nad, Aisyah, Nad, Mirul & Man...
thank you for a happy 'holiday'...
love all of you with all my heart