Sunday, March 27, 2011

MALTIS '11

Alhamdulillah...selesai sudah 1 projek...hilang la sikit stress di kepala dengan segala bagai program kat sini... sekarang tengah menunggu projek2 lain beransur pergi dari diari hidup aku...

semalam telah berlangsungnya MALTIS (dinner untuk 3rd APM student)...aku as one of the AJK yang terlibat...*terlibat la sangat, kan! Btw, sangat enjoy malam semalam...even, dinner tu untuk senior, tapi kteorang krew ni buat macam kteorang punya dinner pulak, kan...ish3...terlebih sudah...

Apa pun, aku happy bekerjasama dengan senior2...deorang memang giler2 jek...

tema: Klasik (zaman P.Ramli)


dengan abang Kahar

Nad & Kak Aida

bersama pengarah En. Fufu

BFF gituhhhh

kenangan bersama senior jabatan kesenian

Bersama Kak Mimi & Kak Naz


Nad & Kak Jee

giler sempoi Dr. Saiful


nak tengok lagi banyak? Klik sini...

Monday, March 21, 2011

Contest I ♥ My Friend



Alahai...contest lagi...contest lagi :(
Hihihi...nampak je busy, kan...tapi menyempat jek join contest ni...
Apa nak buat...aku di tag lagi ^__^

meh cerita sikit pasal gambar kat atas ni...
ni gambar semester lepas...
gambar di di snap lepas kteorang keluar makan2 sebab sambut birthday Diya...
really miss that moment..

let me introduce gurlz semua...
dari kiri: Fana, Ain, Aku, Nad, & Diya...

Dulu kteorang selalu together gather...
Tapi sekarang .... :(
Sedih saya...
Semuanya macam dah buat haluan sendiri, kan...
Kesian saya sendirian...
Almaklum...semua dah buat majoring lain2...
Tapi, tak apa...korang semua sebuk study, kan...
Study rajin2 ye ^__^
Apa yg penting...Mai sayang korang...

*_* alamak..entry touching plop...

nak join jugak ? meh KLIK SINI

nak tag: Aifa & Shapurple

Sunday, March 20, 2011

Aku dan Kaca Mata


sesungguhnya aku telah di tag oleh tuan punya contest...cik Fara

nampak tajuk entry? Alamak!!!
aku tak pakai cermin mata pun...apa kes?
Hmmm...tetiba terjumpa plak gambar yang dulu suka suki snap tu, kan...

Apa lagi...nah sebijik

* aku tak suka spect ni sebenarnya...
sebab spect ni pun aku cilok pinjam adik aku punya kejap :P

nak tag: Wawa, Aida, Kak Mimi

jom join sekali ^___^ KLIK SINI

Friday, March 11, 2011

Jika BELUM siap...cintailah dalam DIAM


Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah cintai dia dalam diam..
kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,
kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..

Kerana diammu...
itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu..
menghindarkan dirimu dari hal- hal yang akan merosak izzah dan iffahmu..

Kerana diammu...
itu dapat menunjukkan bukti kesetiaanmu padanya..
kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH SWT pilihkan untukmu...

Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah

Sahabat...
kerana dalam diammu tersimpan kekuatan..
kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata
hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...

Bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya?
dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam...
kerana...
jika dia memang bukan milikmu, dengan izin Allah , melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat untukmu...

Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
kerana yakinlah...
Allah akan memberikan ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
bersabarlah dalam diammu...

credit to: Nadiatul Husna (fb)

Wednesday, March 9, 2011

Jangan Pandang Camera Contest

Hari ni aku update blog dgn join contest lagi...lagi???
Owhhh...memang sangat banyak contest yg aku join...
tapi, it just for fun jek...

Kali ni aku ditag lagi oleh cik Cheeya
thanks sangat2...

nak tau apa syarat2 penyertaan korang?
KLIK sini jek

due date: 29 April '11

nak tag: Wawa, Aifa, Cik Natrah

so...aku pilih gambar ni utk this contest...

wish me luck, owkeyzs ^___^

Tuesday, March 8, 2011

Intra Za'ba Sports '11

Hai korang ^___^

First of all, nak wish Happy Women's Day kepada semua wanita yang ada kat Malaysia terutamanya. Semoga kita mampu sama2 bangkit dan terus berusaha untuk berdiri sama tinggi dgn golongan Adam dalam membangunkan diri kita sendiri. InsyaAllah...

Owkeyz..nak cerita sikit pasal apa yg berlaku last weekend.
Intra Za'ba Sports (IZS)...
Apakah? Sebenarnya IZS ni hari sukan Kolej Za'ba
berlangsung selama 2 hari...Sabtu & Ahad
Macam2 acara ada...
Macam2 gelagat & ragam senior dgn junior
yg penting! IZS ni kira boleh merapatkan hubungan senior junior kolej yg maybe selalunya terlalu busy dgn kuliah bagai tu, kan.
SO, dgn adanya IZS ni, warga kolej boleh turun beramai2 utk join aktiviti yg dijalankan
Honestly...memang teramat la seronok
btw, aku hanya mampu jadi tukang sorak jek :P
demi floor 200 gitu!!!

Antara aktiviti yg ada futsal, bola tampar, sukaneka, tarik tali, anyaman ketupat, ukiran buahan, hiasan khemah, cium2 manja dan kerusi muzik...
Banyak kan??? Serius memang best sangat2...
Kolej korang ada??? Tak ada, kan!!! Hahaha...jealous sudah...

Apapun tahniah pada floor 100 yg menang
Btw, kami floor 200 tak akan menyerah macam tu jek...
Kita jumpa next year, owkeyz ^____^
Tapi...pada aku, floor 200 tetap menang...
Menang dari segi berlensa2 bagai tuh :P
Menang sorak...sebab nak bg support ( tak macam floor lain)
Menang dari segi kerjasama & team work
yang penting... kteorg memang ngam wa cakap lu!!!

Let me share keriangan disebalik IZS ni...check it out, babe



futsal...saat floor 200 lawan 100

jejaka futsal

gadis futsal pulak

gubahan buah

dam ular gergasi

gadis2 explorace

gadis2 tarik tali...semua kecik2 jek

2 orang pun dah cukup utk tarik tali...

go 200!!!

semangat sukan...hujan pun redah jek main bola tampar

menang anyaman ketupat ^__^

keriangan jelas terpancar di setiap sudut lensa bila bergema bunyi klik...
apa2 pun...Bersukan Bersama...Za'ba Bersatu...

Friday, March 4, 2011

Itulah Cinta

Tuhan memberikan kita...
dua kaki untuk berjalan...
dua tangan untuk memegang...
dua telinga untuk mendengar...
dua mata untuk melihat...


Tapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Tuhan telah memberikan sekeping hati lagi pada seseorang untuk kita mencarinya...
Itulah cinta...


Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat.