Assalamualaikum...
Aku student IPT, so wajib la dapat voucher buku, kan. n yeahhh naik sem hari tu {sekarang dah nak cuti mid sem...baru reti nak update] aku dapat RM250 voucher buku. Terima kasih kepada yang memberi. Atas alasan apa aku tak mahu ambil peduli. Asalkan ianya beri sedikit manfaat kepada penerimanya. Seperti yang dikata, tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima.
Kalau tak silap seminggu lepas tu aku dan kawan-kawan [skema tak ayat wa wa wa wa] terus pergi shopping buku kat MPH Mid Valley. Peh shopping buku siot. Nampak sangat kau student kat situ. kah kah kah
First shopping voucher buku, aku dapat habiskan almost RM150 termasuklah buku plus alat-alat tulis macam pen, liquid paper dan highlighter yang warna warni tu. Seronok!
Beli punya beli, kemain nak cukupkan RM150 tu. Bila dah sampai kaunter nak bayar, aku excited nak guna voucher plus kad siswa [ada 10% diskaun]. Disebabkan excited terlebih, tak kira yang 10% tu, main kira nak cukupkan RM150 jek. Last-last kat kaunter terpaksa ambil highlighter yang warna warni plus mahal terover tu untuk cukupkan semuanya. Peh agak rugi sikit kat situ. But then, disebabkan aku guna RM150 voucher, aku dapat lagi RM5 voucher dari MPH. Hey, aku kaya dengan voucher!
Nilai voucher yang RM150 tu
Dengan RM150 tu aku dapat la jamah beli buku-buku yang rata-rata harganya agak mahal [tapi berbaloi]. Tapi dengan voucher, aku boleh borong banyak buku. Haa aku dapat beli 2 buku ala-ala motivasi, 4 buku panduan dan 1 novel saja. [SATU JEK NOVEL]
Novel: Jangan Lupakan Aku
Penulis: Iza Safiya
Harga: RM22
Kesian dah aku ni sekarang macam tak ada feeling jiwang nak baca novel. Novel ni pun beli lepas serabut pilih-pilih tak tahu nak beli novel apa tapi still nak cukupkan RM150 tu. Kalau dulu pantang masuk kedai buku mesti belek novel mesti nak beli novel. Tak beli satu mesti dua. Tapi sekarang ni agak liat sikit. Kenapa pun tak tahu. Mungkin sebab kurang masa terluang kot untuk baca.
Tajuk: Amalan 24 Jam Wanita Haid
Penulis: Fahrur Muis
Harga: RM6.50
Buku ni simple huraiannya dan aku senang faham. Sekali baca jek lepas tu tak buka lagi dah.
Apa pun tak boleh =='
Tajuk: 1) Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Taharah (Bersuci)
Penulis: Mohd Azrul Azlen Abd Hamid, Azhar Mohamed
Harga: RM20
2) Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Solat 2
Penulis: Rohidzir Rais
Harga: RM19.90
3) Soal Jawab Remeh-temeh Tentang Seks
Penulis: Zahazan Mohamed, Rohidzir Rais
Harga: RM19.90
Macam biasa, aku minat baca buku motivasi. Tapi baca berkala la. Tak selalu. Untuk motivate diri jek. Kan aku nak jadi kuat. Tapi buku ni tak sempat nak baca lagi.
Macam biasa, aku suka baca tulisan Dr. Tuah (:
Tajuk: Belailah Kalbu
Penulis: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj
Harga: RM19.90
Tajuk: Tuhan Sedang Menguji Kita
Penulis: Ustaz Kazim Elias
Harga: RM19.90
*****
Second time shopping buku - RM50 + RM5 voucher MPH
Dapat grab buku-buku ni
Tajuk: The Choice Debat Islam & Kristian [Volume 1 dan 2]
Penulis: Ahmed Deedat
Harga: RM22.50
Aku pun tak tahu kenapa aku beli buku ni. Tapi masa dekat MPH tu nampak pekerja tengah susun buku-buku baru n lepas tu terus nampak buku ni n terus ambil buku ni tanpa baca sinopsis. Entah la...tapi rasa buku ni macam menarik. Tapi tak ada kesempatan lagi nak baca buku ni.
Tajuk: Men Are From Mars, Women Are From Venus [versi BM]
Penulis: JOhn Gray
Harga: RM35
Pasal buku ni pulak. Dah lama aku nak beli tapi asyik habis stok jek. So, bila dah nampak baik terus beli jek daripada nanti habis lagi ternganga kat situ. Buku ni pun tak sempat nak baca lagi. In sha Allah nanti ada betul-betul masa terluang baru boleh baca. Ah sekarang aku ada lagi RM50 voucher buku tu. Kena guna sebelum bulan lima kalau tak silap. So, nanti kena borong buku lagi.
Ah rasanya aku macam nak create entry pasal buku-buku dekat blog aku ni. Saja untuk share apa buku yang aku ada dan baca. So, orang lain boleh la rujuk kalau nak dapatkan buku. In sha Allah kalau masa itu ada.
Till then, salam Jumaat.
Ah rasanya aku macam nak create entry pasal buku-buku dekat blog aku ni. Saja untuk share apa buku yang aku ada dan baca. So, orang lain boleh la rujuk kalau nak dapatkan buku. In sha Allah kalau masa itu ada.
Till then, salam Jumaat.