Saturday, August 24, 2013

Our First Anniversarry


Hai uolls...lama tak update benda merepek, kan. Gila boring seharian duduk terperap dalam rumah ni. Better aku update something.

n yeahhhh...alhamdulillah my relationship dengan Jojo dah pun setahun.

Kalau ikut kalender Islam, awal raya hari tu (9 Ogos) dah genap setahun n kalau ikut kalendar biasa 19 Ogos hari tu baru genap setahun. n apa yang penting this month is our first anniversarry. Yeahhh!!! Love you so much bucuk!!! n 25 Ogos ni pulak my birthday...hoyeahhhh can i get a big hug from you as my present agagaggaga...LOL


Oh Tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku...aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia....


Haaa betul kata Judika dalam lirik lagu dia. Thanks Ya Rabb...Andai dia yang Kau kirimkan untuk masa depanku akan aku setia dengannya selagi dia setia dengan diri aku dan janji-janjinya.


Jujur aku cakap, this is my relationship yang gila best n gila rileks n i love him so much. Tu jek yang boleh aku cakap. I love him just because he is Jojo. Thats all. I love youuuuuuuuu bucuk... Gila tak best kan, sepanjang kita orang bersama boleh dikira dengan jari berapa kali jek kita orang bergaduh. Tu pun gaduh pasal hal yang serious jek. Oh memang gila best. 

Orang kata jauh di mata dekat di hati. Aku terlalu jauh dengan dia. Mungkin dugaan aku dah berupa itu. Dalam jauh jauh pun dia selalu ingatkan aku apa yang perlu. I think he's really the one that i need n like he said, i'm the one that he need. n yang paling penting dia tak manjakan aku untuk menjadi manja n gedik gedik punya girlfriend. 

I love youuuuuuuuuuuuu bucuk walaupun you tak hensem (macam la i kisah) 
tapi hati you hensem harharhar...

btw, i miss Jojo soooooooo much!!! lama gila tak jumpa dia. rindu time nak keluar jenjalan sama sama makan sama sama tengok movie sama sama. i really miss him so much (bertitik titik air mata jatuh) :'( 
Ya Rabb, jagakan dia untuk aku...


i trust you my dear, i will keep your promise n please don't make banana fruits two time hahahaha joking lohhh...simple word for you...please be mine, forever...



Sunday, August 11, 2013

Minggu ke-4 | New environment

Bismillahirrohmanirrohim…

Ini cerita pasal minggu keempat aku praktikal. Again cerita basi.


Kena transfer ke Unit ICT

Macam yang aku mention dekat previous entry, minggu ni aku dah kena tukar dekat bahagian pentadbiran Yayasan Warisan Johor. Tuan pengarah yang suruh tukar. Sobsss…maka berakhirlah kisah praktikal aku di Galeri Seni dan bermulalah kisah baru dunia praktikal di bawah unit ICT dekat bahagian pentadbiran.
Unit ICT??? Pelik? Bukan aku seorang jek yang pelik. Rata-rata staf yang tanya kita orang pun pelik. Apa belajar pengajian Melayu praktikal ICT. Terasa macam dari FSKTM pulak. Belasah jek la. Janji buku report penuh.


Kerja di bawah Abang Enal

First day kena transfer bawah unit ICT dah ada kerja. Dekat unit ni banyak kerja sikit tapi tak apalah. Pada aku tak kisah buat kerja yang tak selari dengan course pun. Kata nak timba pengalaman, kan. At least dalam belajar banyak benda baru. Dekat bawah unit ni kita orang diketuai oleh Abang Enal. Staf –staf kat yayasan ni semuanya dah biasa panggil akak abang jek. Tak payah formal sangat dia orang kata.

First day kerja abang enal explain kat kita orang  pasal apa sebenarnya yang kita orang kena buat dekat bawah unit ICT ni. Sebenarnya kita orang kena siapkan n update website yayasan yang baru tu. Abang enal kata website yang lama dah kena hack. Jadah la orang gila tak memasal nak hack website yayasan. Tak ada motif langsung. So, aku n diba yang ada basic computer yang ala-ala ni pun ternganga-nganga nak update n isi apa yang patut dalam website tu. Tapi abang enal ajar la apa yang patut.

So far abang enal ni menjadi ketua yang baik n sangat happening. Mana tak nya, asyik gelak jek. Sebelum ni pun sebenarnya abang enal ni seorang2 jek handle bahagian website ni plus dengan jaga bahagian asset. Gila tak stress kerja melambak tapi sempoi gila gidup asyik gelak jek macam tak stress langsung. Respect gila weh.

Back to the story. Dari first day sampai la jumaat kita orang kena key ini segala maklumat pasal buku terbitan yayasan ke dalam website. Konon-konon untuk memudahkan orang awam akses buku-buku tu n kalau-kalau ada yang nak beli. Seminggu baru buat buku terbitan yayasan jek belum lagi buku-buku yang lain. Dalam seminggu jek rasa dah macam boleh hafal siapa pengarang, editor buku-buku tu. Sambil-sambil key ini buku tu boleh jugak belek-belek buku apa yang patut. Nak lebih kenal Johor kononnya. Maklumlah aku ni buta sejarah. blerghhh…


Cerita Batu Putih
Haritu dapat baca buku pasal isu Batu Putih tu. Rasa macam seronok pulak. At least aku tahu cerita sebenarnya. Sebab dulu pun dengar isu tu kat tv sikit-sikit jek. 


Program Bubur Lambuk Yayasan Warisan Johor

Hari jumaat 26 Julai haritu yayasan ada buat masak-masak bubur lambuk. Program tu berlarutan seminggu sampai khamis next week. Lebih banyak cerita pahit dari cerita manis masa aku n diba join sekali program ni. So sad you know. Sobsss… kalau ikutkan rasa sakit hati ni, rasa macam nak luahkan jek semua dekat dalam entry ni. Tapi….hmmm biarlah tersimpan jauh dalam hati. Tapi bila Nampak luka di jari, rasa sakit hati tu membuak-buak. Kuang hajo bak hang…

Nak dipendekkan cerita, aku n diba kena la follow abang enal sebagai ahli rumah biru yang bertugas pada hari jumaat tu untuk program bubur lambuk tu. So dari pagi sampai petang la kita orang terpacak dekat Rumah Limas yayasan tu. Macam-macma kerja aku n diba buat. Potong-potong bawang, carrot, basuh-basuh, tolong susun-susun bekas lepastu tutup bekas bubur tu lepastu last sekali tolong la basuh periuk belangga yang besar gedabak tu. Sebab kita orang di bawah unit kebersihan. Sepanjang haritu jek aku dah boleh paham budaya kerja orang yayasan yang…yang… yang yang yok la her her her…

Haritu jek yayasan buat lima periuk besar bubur lambuk n diagihkan dekat surau n masjid berdekatan kalau tak silap. Semoga perkara yayasan diperoleh pahala yang setimpal tetapi dalam bab2 yang buat hati aku sakit tu juga diberikan ganjaran yang setimpal.



p/s: Kepala nakal kata yang orang yayasan ni sakit mata kot sebab Rozita che wan n Tiz zakiah ada dekat yayasan. Muahahahaha…nasib badan la woiiii