Assalamualaikum korang.
Dah lama tersimpan dalam draft. Baru terkial-kial nak publish. Maaf :P
Dah lama tak update pasal praktikal kan. For sure sebab
malas plus lagi broadband takde. Nak update kat ofis rasa macam tak sopan pulak
muahahahaha….
Meh aku nak update pasal beberapa event yang berlaku
sepanjang bulan ogos dan awal bulan September ni.
Memandangkan tengah musim raya, jadi event nya mesti la
penuh dengan attend sambutan hari raya n open house merata-rata.
Sambutan Hari Raya Yayasan Warisan Johor
15 Ogos lepas pihak YWJ mengadakan sambutan hari raya. Ada
la jemput ramai orang makan-makan. Tetamu VIP, Dato’ Khaled Nordin. Sebelum
event sebenarnya dato’ ada meeting dekat YWJ so kira jemput sekali la kan. Dari
bilik meeting siap berarak YB ke pentas utama siap naik beca lagi.
Makanannya semua best best. Ada kambing golek, ada nasi
arab, nasi briani, cendol, abc, sate ketupat n macam macam lagi la. Dia orang
buat style booth. So, aku merangkap anak-anak buah bahagian ICT n Kewangan ditugaskan
tolong tolong hias booth. Sebabnya…ada pertandingan menghias booth tercantik.
Gigih kak zira dengan kak hafzan perah kepala nak hias booth kita orang. At
last, tak menang pun. Booth bahagian seni persembahan jugak yang menang. Eleh
bukan cantik pun. Crowded dengan buah buahan besar gedabak…bwekkkk…hahaha gila
dengki kan..oppsss….
Macam biasa ada ucapan sikit, lepas tu ada tarian zapin
sikit (menari ala ala jek) ada sketsa sikit ada nasyid sikit. Lepastu ada jugak
perasmian logo 25tahun YWJ sempena Sambutan Jubli Perak Yayasan Warisan Johor.
Sambutan Hari Raya Yayasan Pelajaran Johor
Aku n Diba dengan tak semena-mena dapat juga attend open
house YPJ. Itu pun sebab kak hafzan kebetulan ajak kita orang sekali. Maklum
la, husband kak hafzan ornag YPJ. Datang dah petang jugak la. VIP kalau tak
silap pun Dato’ Khaled Nordin jugak tapi time kita orang datang tu YB tak habis
meeting lagi dari pagi sampai kita datang tu pun majlis belum dirasmikan lagi.
Tapi makanan semua dah nak habis. Apa cer??? Hahaha…tapi makanan memang sedap.
Dapat makan nasi beriani, laksa johor, rendang daging yang superb, ada abc, ada
cendol, ada kambing golek peh peh…Alhamdulillah…
Untuk kak hafzan n kak ina, thanks ajak kita orang =)
Sambutan Hari Raya Bahagian Permuziuman YWJ
23 ogos pulak ada sambutan hari raya dekat bahagian
permuziuman. Semua warga kerja YWJ dijemput. Memandangkan ofis aku dekat bawah
jek dengan bahagian muzium ni, jadi aku n diba telah tidak memalukan diri untuk
melantak sepuas puasnya..herherher…pagi datang makan lepas tu tengah hari pun
datang makan lagi. Ngehngehngeh…
Menu pun sedap gila. Ada laksa, pecel, ada kek ada kuih raya
ada macam macam lagi la, aku pun dah lupa. Thanks jugak kepada tuan rumah yang
menjemput.
Sambutan Hari Raya Bahagian Persuratan & Sejarah
Minggu lepas pulak, 6 september sempena hari terakhir raya, bahagian
persuratan n sejarah pun ada buat makan-makan. Tapi menu dia orang lagi lagi
sedap. Sebab??? Ada ketupat ada rending ada ayam masak merah ayam goring
berempah ada laksa ada mihun sup ada tomyam ada sate ada pudding ada kuih muih
buah-buahan peh banyak banyak. Eh ada jugak ketam masak lemak. Ahaaa…sedap,
kan!
Terima kasih jugak kepada tuan rumah yang menjemput.
****
Korang nak tahu tak, dengan attend program/event yang macam
ni la baru kita dapat kenal kenal dengan orang (aku as a practical student) n
mula nak rapat dengan staf YWJ. I’m gonna miss them.