Sunday, March 30, 2014

First step | Lesen L

Assalamualaikum...

Yeah!!!! Lesen L kita dah keluar!!! First step done. Few step more to go. Nervous kemain. Cuak pun ada. Tadi pagi dah pergi booking kelas drving. Gila full bulan 4. Bulan 5 pun kosong sikit sikit jek. Nasib baik Sabtu Ahad ada yang kosong lagi. Dah la kita ni free nya sabtu ahad jek. So bulan 4 kita dapat attend 2 kelas jek n lagi 6 kelas tu dekat bulan 5. 

Harap-harap kita cepat pick up la belajar driving nanti. Maklumlah tak pernah nak pegang stereng kereta, kan! Takut nervous jek lebih. Macam cikgu-cikgu kat sekolah memandu tu cakap. Sebab nervous jek ramai yang banyak kali gagal masa test JPJ.  Oh kita dapat cikgu lelaki. Cikgu Rahman namanya. Haritu tengok cikgu tu ajar budak-budak lain macam cool jek. Harap harap dengan kita pun cool jugak la ye hehehehe...

Oh 14 april nanti kita start kelas driving. Doakan kita ye korang!

Satu keperluan. Sebenarnya lepas habis belajar haritu memang kita dah decide nak ambil lesen. Keperluan tu. Susah la nak ke mana-mana tak ada kenderaan. Muka dah naik malu asyik tumpang orang jek. Dah 23 tahun asyik menumpang orang jek. Sampai orang pun dah tak kuasa nak tumpangkan kita. Asyik menumpang jek kerjanya. Malu. Tapi mak kata mak tak malu sebab dah memang tu jek kemampuan kita. Haa sebab tu la kita nak ubah hidup family walaupun sikit-sikit. Mak nak pergi check-up pun kena naik teksi kadang-kadang jalan kaki jek. Kalau orang tengok, kau tak rasa malu ke? Nanti orang kata, alah anak dah besar tak kan nak tengok mak dia jalan kaki jek hari hari. Hoi aku pun ada maruah tau. Ada rasa tahu malu. Haaa terus guna 'aku' ni. Sentap. 

Target. Kita target inshaAllah dalam sebelum raya dah ada kereta kot. Tapi duit tak start kumpul lagi kakakaka...So siapa yang baik hati nak bagi kita pinjam duit buat down payment ke apa ke hehehe.Tak apa la inshaAllah kita boleh usaha sendiri. Kita tahu kita mampu. InshaAllah. Doakan kita ye korang. Thank you <3

Friday, March 14, 2014

Foot Patch Detox | Pelekat Membuang Toksin

Assalamualaikum...

Hai engkorang...pernah guna ni? 



Pelekat Membuang Toksin. Korang pernah gunakna produk ni? Serious best. Sebelum ni aku memang dah guna masa tu time dekat universiti lagi sebab ada roomate jual. 1 paket (10 pelekat) RM12 jek. Lepas tu beli sekali dua jek berhenti. Tapi effect nya memang best. Baru-baru ni pulak ada beli jenama De'Herbs punya. Agak mahal sikit. 1 paket (10 pelekat) RM28 kalau tak silap. Beli sekali jek sebab mahal sangat. Tapi effect memang best. Sampai emak suruh beli lagi sebab nak guna jugak. Tapi tak boleh la beli yang De'Herbs tu. Mahal. Kena cari sumber lain. Kali ni aku beli online jek. Murah jek. Kualiti penggunaan pun sama jek. Produk Jun Dong: Foot Patch. 



Beli 1 kotak (10 pelekat) =RM10.00

Kalau beli 3 kotak ke atas free postage. So, aku beli la 3 kotak terus. Jimat banyak. 

Kalau 1 kotak biasanya dapat guna dapat 5 hari la. Klik  link dekat bawah ni kalau korang nak buat tempahan jugak. Berbaloi-baloi tau. 


Ada 2 jenis: - White Foot Patch Detox =RM10

                   - Gold Foot Patch Detox =RM15 
                                   * tambahan untuk buang toksin + slimming


Fungsi dan kelebihan menggunakan Foot Patch Detox ni ialah;

  • Membantu mengurangkan rasa sakit dan lenguh pada kaki. Sesuai untuk korang yang peant bekerja seharian
  • Membantu meningkatkan kualiti tidur dan mendapatkan tidur yang lena
  • Membantu menghilangkan sakit kepala dan kepenatan
  • Membantu sistem limpa dan buah pinggang dalam pembuangan toksin dari badan
  • Membantu melancarkan pengedaran darah
  • Membantu menstabilkan metabolisme badan bagi memberikan semula tenaga

Macam mana nak gunakan Foot Patch Detox?

  • Sebelum gunakan Foot Patch Detox ni, bersihakn kaki dan keringkan kaki tu terlebih dulu
  • Lepas tu, tampalkan Foot Patch Detox dengan pelekat yang dah disediakan sekali dalam kotak tu (bahagian bertulisan kena lekatkan dekat pelekat)
  • Lepas tu baru lekatkan pulak dekat kaki
  • Tampalkan sekurang-kurangnya 6 - 8 jam semasa tidur. Kalau boleh tampalkan jek sebelum korang nak tidur tu. So, toksin-toksin tu boleh la bertindak masa korang tidur hehehe
  • Esok pagi korang bangun tidur confirm pelekat tu akan berubah warna, berlendir dan berminyak (itu bergantung kepada kandungan toksin yang ada dalam badan korang)
  • Cuci kaki sampai bersih dan buang pek yang dah digunakan tu
  • Cuba gunakan dalam masa seminggu dan korang akan nampak perubahan kandungan toksin pada Foot Patch Detox.

Aku cadangkan korang cuba gunakan foot patch detox ni. Klik SINI. :D 

***Aku segan nak post gambar foot patch selepas guna sebab teruk beno toksin nya hehehehe...korang boleh search kat google contoh gambar ea. TQ :)