Saturday, May 24, 2014

Homestyler | Home sweet home

Assalamualaikum...


Godeh godeh laptop adik aku tetiba jumpa gambar2 ni. Dia bukan tau un aku godeh laptop dia hahaha... Gila superb cantik. Baca SINI nak tengok banyak gambar lagi. Ermmm inshaAllah kalau ada duit nanti ada jugak terniat nak renovate rumah mak ni. Buat masa ni plan nak cari duit untuk harta2 sendiri untuk masa depan. Harap dipemudahkan.

Jom layan gambar yang adik kita design. =)


























Thursday, May 22, 2014

Second step | Lesen P

Assalamualaikum...

SINI part yang berkaitan.

Isnin lepas (19.5.2014) aku ada test JPJ. Yuhuuu nervous kemain. Ce tengok tajuk. Second step, belum last step lagi. Paham maksud aku? Hahaha wat lek wat pis jek.Semalam tak dapat tidur dok hafal step nak driving test. Bangun pepagi excited plus nervous sampai la kat kedai aku daftar driving class tu. Tapi tahap nervous tu tak la berapa sangat sampai la giliran aku datang. Sampai jek sekolah memandu tu kena daftar nama n ambil nombor n dapat baju sekali. Aku dapat nombor 14E n dapat sesi ke 3. Ohhh yang huruf E kat belakang tu refer pada calon yang first time ambil test. Maksudnya bukan yang repeat. Turn aku bahagian 2 (dalam litar) dalam jam 11.30 pagi n bahagian 3 (jalan raya) jam 3 petang.




Sambil tunggu turn aku, dapat la aku tengok calon buat test. Cuak jugak sebenarnya tapi at least aku dapat tahu apa yang betul n tak betul n tingkatkan level confident aku. Tapi jangan over confident. Tunggu punya tunggu sampai la turn aku. Selama driving class ni aku pakai kereta kancil yang lama tapi tetiba test ni dapat kereta kancil baru. Berplastik lagi kau. Opkos la clucth n minyak dia kena tekan kuat sikit, takut tak pas pulak kan. Kat situ jek dah buat aku down 1%. Tapi wat lek wat pis jek la.

Test naik bukit.
Dari start belajar sampai nak test, dekat bukit ni la yang aku tak confident. 2 3 kali belajar ada fail jugak tapi day by day aku ada improvement jugak. Ada tiga perkara penting nak pas dekat bukit. 1-Tayar mesti kena dekat line kuning tu. Tapi kalau tak lepas, boleh undur n repeat lagi sekali tapi kalau tayar tak pas kat line kuning tapi korang dah angkat tangan dah kira batal. Cuak cuak cuak. Aku ingat apa yang cikgu kata. Side mirror kena sama dengan tiang yang first (at least) tapi kalau korang tengok tayar dah jejak line kuning n pegawai JPJ dah consider korang ok, layankan jek. JPJ always right kau tau. 2-Kena pandai n tahu imbangkan minyak n clucth. Ini sumpah aku selalu fail time belajar. Naik fed up cikgu aku ajar. Tapi lama-lama aku paham n banyak tanya kat cikgu, kawan2 n Jojo jugak macam mana nak balance kan minyak n clutch tu. Bila time ujian, alhamdulillah aku berjaya dengan bergayanya hahaha...

Side Parking
Bab parking ni pun cuak sebenarnya. Bukan apa, takut terlangga tiang. Dah la kat situ cuma 3 minit jek. Tapi aku separuh confident la untuk buat side parking ni. Yang penting hafal n ikut step yang cikgu dah ajar. Tapi yang kelakarnya time ujian sebenarnya masa baru masukkan bontot kereta tu sikit then kena pusingkan stereng ke kanan sampai habis  untuk masuk terus ke dalam kotak parking tu tetiba enjin boleh mati. Mampos aku hoi. Cuak kebebeh. Tapi nasib baik encik JPJ tu tak nampak, so aku cepat cepat hidupkan enjin n terus buat next step hahahhaha kelakar kau tahu. Mungkin juga sebab kereta baru, so kena tekan clucth lebih sikit kot. Meh share sikit cara nak buat side paking. 1) Tengakkan dulu kereta. Then tukar gear Reverse, lepaskan clutch sikit2 sampai tiang pertama tu kau nampak kat cermin tempat duduk belakang, then stop. 2) Gunak gear Reverse n pusingkan stereng ke kiri sampai habis. Then lepaskan clutch sikit2 sampai tayar belakang kena pada tanda garisan putih (kalau korang punya ada tanda la) then brek -boleh tengok guna side mirror. 3) Pusingkan pulak stereng ke kanan sampai habis. Then lepaskan clutch sikit2 sampai kereta masuk dalam kotak (masuk sikit pun takpe, kira halal tu) -pastikan takde terlanggar mana2 tiang. 4) Tukar gear 1 then kekalkan jek stereng tu pusing ke kanan n lepaskan clutch slow2 sampai tiang pertama nampak kat cermin tempat duduk depan (separuh cermin) then brek. 5) Pusingkan stereng ke kiri dan lepaskan clutch sikit2 n pandai2 korang la adjust kereta tu supaya tegak n yeahhhh korang pas bahagian side parking.

Parking 3 Penjuru
Hohoho nak nangis rasa bila teringat balik. Lagi sikit nak lulus tetiba terkantoi jugak. Bab yang ni memang aku tak confident langsung. Aik tapi nampak gayanya macam semua tempat tak confident. Nak dipendekkan cerita aku terlanggar tiang. Ini la yang menyebabkan aku gagal. Tapi sebenarnya bukan terlanggar pun cuma tiang tu tergoyang jek. Ah tak aci betul. Memang celaka tiag tu. Tapi memang ramai yang gagal dekat parking 3 penjuru ni. Kat sini cuma ada masa 5 minit n cuma perlukan 3 pergerakkan jek. Pergerakan masuk, reverse n keluar. Tapi aku fail tang keluar tu. Nak bagi step pun aku tak berapa faham macam mana nak buat sebenarnya.

Disebabkan aku gagal parking 3 penjuru aku kena la ulang ujian bahagian B ni semula dari bukit, side parking n 3 penjuru. Apa la malang sangat. Ada jugak tanya encik JPJ tu macam mana, dia kata nanti repeat yang parking jek. Tapi aku tanya orang2 lain semua kata repeat semua, bukan parking JEK. Apa pun tak boleh.

Jalan raya
Bila parking 3 penjuru tak pas maka ia memang bagi effect yg teruk untuk aku teruskan test kat jalan raya. Hurmmm...plus pulak muka encik2 JPJ garang kemain. Bertambah cuak hoi. Sambil tunggu turn tu dapat jugak tengok gelagat calon lain. Ramai yang lulus n ramai jugak yang gagal. Kita orang (calon2) dok perhati jek kereta yang keluar n masuk. Kalau kereta yang masuk tu calon yang bawak, kira calon tu lulus. Tapi kalau kereta yang masuk tu kemain laju n encik JPJ yang bawak, kompom calon tu gagal. Bila nampak jek encik JPJ yang bawak masuk, semua makin cuak. Mana tak nya, mesti kat kepala dok fikir "hishhh mesti garang gila JPJ ni. Mesti susah nak lulus ni". Yang aku pun makin la nervous. Tak tahu nak fikir apa dah. Redha jek apa yang akan datang hahaha...

Bila turn aku jek, fuhhhh...tarik nafas panjang2. Dapat JPJ yang muka half garang. Bila time belajar dah biasa drive 30-40 km/h  opkos la time ujian pun copy paste kan. Tetiba JPJ bunyi "Awak ni bawak slow sangat, bilanya nak sampai. Tekan minyak lagi, bawak laju sikit." Hurmmm...Terus aku tekan minyak, kau hahaha...tetiba muncul pulak bajak kat depan. Hah menyumpah aku dalam hati. Tetiba JPJ tu bunyi lagi. "Hah tengok tu awak lambat sangat, kan dah kena tunggu bajak tu pulak." Mampos aku macam ni. Down gila kau. Tapi dah Allah nak tolong agaknya, tetiba bajak tu belok kiri hahaha selamat aku. Terus pecut laju n teruskan perjalanan macam biasa. Tak kenal maka tak cinta. Eh, kaitan ke? haha jangan disangka muka garang tu mulutnya lantang haha..encik JPJ tu baik kau tau hahaha...salute la! Mana tak nya, aku ni tak berapa pandai nak agak bila traffic light tu nak hijau, so bila agak2 nak hijau tu encik JPJ tu cakap "masuk gear cepat" hahaha tiap2 kali berhenti kat simpang encik JPJ cakap macam tu hehe...Dalam2 tengah fokus drive tu boleh pulak encik JPJ tu sembang2 dengan aku tanya itu tanya ini. Mungkin saja jek nak tengok calon tu boleh fokus tak semasa memandu walaupun tengah berbual.Dalam pada dah nak sampai garisan penamat tu tetiba fokus hilang sikit. Time nak belok masuk ke driving school tu aku terlambat belok, so terlanggar garis putih pembahagi jalan tu. Terus aku cakap "alamak encik, saya tersilap la". Lepas tu encik JPJ tu cakap "dah2 biarkan jek cepat sikit tekan minyak banyak sikit". fuhhhh...lega yang teramat time tu n terus pecut ke garisan akhir hehehe...alhamdulillah...akhirnya lulus lah aku untuk bahagian C. Cuma kena repeat bahagian B jek la.

Pengajaran kat sini, hafal n ingat apa yag cikgu ajar. Tapi aku bersyukur sangat sebab cikgu Rahman tu ajar step by step dengan betul. Sebab aku nampak calon2 lain (masa belajar) dia orang main hentam tarah jek buat, takde step sangat n cikgu dia oang pun macam rileks rileks jek. Walaupun cikgu aku nampak garang (sebenarnya tegas) tapi ia membuatkan aku lebih ingat apa yyang dia ajar *walaupun fail kat parking hehehe...

so next 2 week aku kena ready untuk repeat bahagian 2. Ntah ingat ntah tidak. Tapi nanti kena tanya siapa2 cikgu dekat agensi jugak macam mana nak buat ikut step yang betul (memandangkan cikgu aku cuti sakit lagi).



muka time remaja kau hahaha...suci jek...


Oh kepada yang nak ambil test JPJ jugak, good luck untuk korang. Do your best tapi jangan OVER CONFIDENT!

Sunday, May 11, 2014

Hari Jubah | Gambar Sekitar Hari Jubah

Assalamualaikum....

Ini sebenarnya gambar basi juga sekitar majlis graduasi kita. Tahun lepas. Rakan-rakan dalam kenangan. They are my best friend forever. Sayang korang semua!


Kita jamu korang denga gambar masa dekat dalam DTC ok. Tapi gambar sikit jek. Itu pun ihsan dari kawan-kawan hehe....





Ok ni pulak gambar first selepas keluar dari dewan. Fuhhh gemuksss





They are my friends.

















Ni pulak shoot sehari selepas graduate. Tumpang kamera kawan. Thanks Izzah...Nicely shoot...



















Tahniah buat kawan-kawan yang lain. Maaf tak dapat bergambar bersama. Tapi korang tetap dalam ingatan kita. Selamat bergraduasi kawan-kawan. Semoga tabah dalam cabaran hidup yang seterusnya. Semoga berjaya, semua <3




Pasca Graduasi | Outdoor Photoshoot


Assalamualaikum...


Dah hampir 6 bulan konvo baru teringat nak update gambar masa photoshoot haritu. Dasar manusia pemalas. Nah kita sajikan gambar yang basi untuk kalian. Eh kalau takde orang tengok pun takpe. Saja nak pos buat kenangan. Kot kot la nanti boleh tunjuk ke anak-anak gambar ibu dia konvo. Kakakaka...


Kita tak tempah photographer mahal-mahal pun hahaha kita suruh adik kita jadi photographerr tak berbayar kakaka shoot guna ipad mini dia jek. Pon boleh kau hehehe...


Fisrt sekali pergi shoot kat padang golf. Jemput tengok.







ohh kita paling suka gambar yang ni






 
                                  Ready nak lompat                                          Yehaaaaaaa...

 Gian menari kau hahaha...


Dah puas kat padang golf, pergi shoot kat Pantai Minyak Beku pulak...fefiling angin sepoi sepoi bahasa gitu. Dasar perempuan over, kan




















Nah...officially graduated. Thank you semua =)