Friday, December 31, 2010

Dapat Tugasan Baru

Assalamualaikum...Haiii...

Jam sekarang menunjukkan pukul 2.30 pagi...Hmmm...sememangnya aku tak boleh nak lelapkan mata lagi...Haishhh...susah benau nak tidur ni weiyhhh...Pagi2 ni tak tahu nak post entry apa...

Uit2..tadi tiba2 dapat mesej dari akak Mimi ...dia ketua unit Pendaftaran & Publisiti untuk projek MALTIS..alaaa...Malam Tautan Kasih APM tuhhh... Semestinya aku bawah dia...hohoho...aku jadi AJK projek MALTIS...seram juga nak handle event besar macam tu. Tapi...mesti best...mesti banyak pengalaman, kan??? Kata orang...tak kenal maka tak cinta. kan3???

Naik je semester baru ni semua AJK dah kena mula bergerak...Cayok2...jom...mulakan gerak kerja kita... dalam team kitaorang ni, of course la kena handle bahagian pendaftaran & macam mana nak buat publisiti untuk event tu supaya nampak gempak...cayalah!!! nervous pula tiba2...apa2 pun, kerjasama semua AJK mestilah power!!!

Bab tugasan kitaorang pula...meh share sikit kat sini...

1. Listkan semua nama pelajar & lecturer
2. Senarai nama tu mesti ikut jabatan
3. Hantar surat jemputan kepada lecturer & tutor
( untuk 'confirm'kan kehadiran je)
4. Yang penting!!! kutipan duit...rm100 (rm50x2)

Semua ni kena setelkan dalam sebulan...fuh!!! sempatkah???? kah3...

By the way...tema untuk event MALTIS ni belum di'announcement'kan lagi...dalam banyak2 tema yang dicadangkan masa meeting yang lepas tu, tema apa agaknya yang tersangkut ek?Hmmm...Tak sabaq cek nak tunggu...

Last but not least...aku belum arif tentang nak handle2 majlis nie...so, kepada senior2...tunjuk ajar kalian amatlah diperlukan...hihihi

Dengan ini akan bermulalah kembali ke'busy'an diriku di dunia tuntutan ilmu...

^_^Enrty terakhir untuk 2010...

Wednesday, December 22, 2010

Cikgu kata...


Malam semalam…Tengah syok duduk termenung sebelum tidur ni, tiba-tiba teringat kisah2 lama…zaman2 sekolah. Alangkah indahnya. Macam2 ragam. The best memory ever ialah masa aku form 6 dekat HSBP. Terlalu banyak kenangan. Cikgu2 dekat sana sporting sangat2. Kami pun enjoy je belajar. Nak dipendekkan cerita, rata2 cikgu yang mengajar kelas kita orang mesti akan bagi ‘syarahan’ masa waktu mengajar. Wakakaka…syarahan tuhhhh!!! Opsss…jangan salah sangka…ianya cuma nasihat untuk kemudian hari.

Tak tahu la kenapa dalam banyak2 nasihat, yang satu ni jek terlintas dekat kepala otak malam2 buta ni. Let me share it here, owkeyzs…

Jom flash back sekejap.

Pn Asmah, our cikgu sejarah yang meletup comel lagi cun punyalah semangat berkobar2 ajar kita orang dalam kelas. Berceloteh panjang la senang cakap. Rasa macam comel sangat! Macam2 cerita keluar. Kadang2 tu sampai terkeluar topik. Suka sangat dengar. Macam2 nasihat cikgu bagi. Semuanya tentang kehidupan masa depan. Aku terlalu respect Pn. Asmah ni. Sayang sangat2 cikgu. Nak habak mai sat…ni lah the only cikgu yang panggil aku ‘Sarah’…haishhh… I like it

Satu hari tu, dua masa sejarah cuma habis dengan nasihat cikgu jek. Tapi…jangan tak tahu…satu kelas horayyyy!!! Sebab tak belajar..nakal kan kami? Topik nasihat hari tu? Of course tentang memilih pasangan hidup. Adushhh…pedih jek nak dengar…tapi kalau nak diikutkan, best juga slot macam ni. Menyejukkan halwa telinga. Pesan cikgu…sekarang ni tak payah la dok sibuk nak couple2 sana-sini, tup-tup…putus…tak ke hampeh namanya? Apa yang penting? Kerjasama…wakaka..dah macam wonderpet pulak…bukanlah, apa yang penting…just focus on study, then dapat result yang gempak…for sure ada je yang beratur depan rumah.

Cikgu kata kalau nak cari pasangan biarlah lebih kurang sama tarafnya. *thinking…betul jugak… jangan isteri lebih tinggi tarafnya daripada suami. Taraf kat sini maksudnya jawatan korang la yek..sebabnya…suatu hari nanti ‘taraf’ ni akan jadi isu dalam rumah tangga korang. Senang cakap jadi punca korang bertikam lidah. Tak pun…mungkin boleh jadi sebab berlakunya penceraian. Haishhhh…tak nak aku! Tapi…kalau lelaki pula…tak apa taraf lebih tinggi dan isteri tak kerja. Sebab memang dah tugas suami kena menampung segala makan pakai keluarga. Tak gitu???

Point yang ni agak penting… cikgu kata, kita ni janganlah dok kalut sangat nak cari pasangan yang terlalu cantik…terlalu hensem…semua yang ‘terlalu’ lah…sebabnya…yang hensem/cantik ni lah yang semua orang dok sibuk nak kejar. For sure la susah korang nak target orang tu kan. Cari yang sedap mata memang sudahlah. Janji…hati mahu baik!!!

Cikgu kata, kalau nak kenal dengan someone tu, cuba ajak makan dekat kedai mamak. Lepas tu, tengok reaksi dia macam mana. Kalau dia ok, just go on with the relation, tapi kalau jenis yang “hey, I tak suka la tempat ni. Boleh tak kita pergi tempat lain?” confirm orang ni jenis materialistik. Ehem…jangan ingat materialistik ni perempuan je, ok…tak baik tau…lelaki ke…perempuan ke…sama je…2 x 5. Lepas tu, test dia dekat restoran pula. Then, tengok reaction dia. Tengok dia pilih makanan apa. Kalau yang mahal2 tu of course awal2 dah korang akan reject. Betul tak? * thinking again…aku macam tu ke? Tak kot…makan kat warung2 pun ok jek… lagi best. Baru terangkat beb…

Cikgu kata…kalau perempuan ni kena pandai masak, buat kerja rumah, kemas2, & macam2 la. Senang cakap semua kerja perempuan. Cakap fasal ni…aku agak terasa la juga. Kenapa? Sebab…aku tak berapa nak pandai masak. Bukan tak pandai, ok…Cuma malas je. Hihihi…bilanya nak rajin entah. Cikgu pun cakap perempuan ni jangan terlalu percaya sangat dekat lelaki 100%. INGAT!!! Jangan bagi lelaki ‘semua’ hak milik kita… sebab ia akan merosakkan diri kita sendiri. Nanti dah terhantuk baru nak tengadah. Dah tak ada guna lagi. Ini peringatan untuk diri aku sendiri juga. InsyaAllah…

Cikgu kata lagi, kita ni jangan terlalu memilih sangat bila nak cari pasangan. Tapi…patut la kan? Kalau dah graduate dari universiti pun umur 28 tahun…tak ke desperate nama nya? Terpaksa searching for our Mr. Right…sebab (arghhh…paham2 sendiri sudah la ye)…andartu. Opsss.. tapi lelaki lain, umur makin tua pun masih laku. Orang kata, nampak matang la konon…hmmm…lelaki kaya? Of course senang dapat calon. Beratur lagi. Tapi, bila kahwin dua tiga bulan…cerai. Tak guna langsung.

Tapi, zaman semakin maju. Perempuan pun makin maju. Bertambah bijak. Boleh dikatakan hampir setaraf dengan lelaki. So, tak payah susah fikir. Perempuan boleh atur kehidupan sendiri. Sekarang pun dah ramai kat luar sana tu perempuan berkerjaya yang kahwin lambat. Yang tak nak kahwin pun ada. Tapi, kurang elok la kan…

Point yang ni aku suka. Cikgu kata, perempuan ni jenis yang setia. Kalau dah suka dekat seseorang tu, tu jek la yang dia suka. Aku? Arghhh..abaikan. tapi, kalau lelaki ada peluang yang luas. Kalau dia suka dekat si A, lepas tu duduk dekat luar negeri jumpa dengan si B yang lebih cantik, mesti dia suka dekat si B. tapi tak semua lelaki macam ni. Segelintir je…

Lastly, cikgu kata…PERSONALITI pun penting, ok! So, hiasilah diri, baikilah peribadi. Pasti sesuatu yang baik akan anda miliki.

Itulah saja apa yang cikgu kata…

Sayonara…

Friday, December 17, 2010

Friends Giveaway


Giveaway??? lagi??? dan lagi???
Yeah!!!! i like it...

Meh kita join together gather...jom2!!!


MAIsarah's tag:

Due date: 10 Jan 2011



Chocolate Giveaway

Owkeyzs girls...Giveaway contest lagi...

aku seolah-olah dah kena rasuk dengan hantu 'Giveaway' agaknya...
Sekarang nie dok sebok join contest jek...
Hmmm...ke'boring'an la katakan...

so...ape lagi??? jom kita join sama2...
Menang...kalah...belakang kira...owkeyzs!!!!



HmmHmm...its so delicious...yup!!! i do love chocolate...
BUT...taklah terlalu suka sampai jadi favourite of mine...

Syarat-syaratnya:
2. Buat entry pasal GA nie dengan tajuk Chocolate Giveaway
3. Then...letakkan banner atas ni dekat sidebar & entry korang (linkkan sekali)

opsss...due date nyer...25-12-2010

Hadiah menarik menanti korang...cepat2!!!

1st Giveaway Tinie (Zon2u)

Haiii...just a litle bit about my bored day...

tengah syiokkk searching blog yg best..tiba2...
I found this!!!! jom join sekaki...



Syaratnya??? senang jek....

1. Jadi follower Tinie....(aku terus jek follow..even tak kenal....wakaka)
2. Buat entry pasal GA ni. Jangan lupa abadikannya di sidebar beserta link
3. If all done, bagitahu Tini (the owner) di ruangan komen
4. Lastly...tagkan 2 orang rakan


5. Tarikh tutup penyertaan 14/1/2011 (pukul 12.00 tengah hari)

DONE ALREADY!!!

anyone nak join??? jom2...saya join jugak...

aja2 fighting!!!!




Sunday, December 5, 2010

Gonna love you...Kesenian



Akhirnya…keputusan majoring untuk program ijazah aku dah pun keluar. Aku dengan diri yang selamba yang boleh dikata tak ada rasa nervous langsung masa nak pergi tengok keputusan. Tapi, sampai2 je dekat APM Dr. Zahir kata keputusan akan ditampal petang. Patut la aku tak ada rasa apa2…hihihihi…
Tengah sedap2 melelapkan mata dekat bilik B213 tiba2 my friend, Ain call kata aku dapat Jabatan Kesenian. Perghhhh…memang terkejut beruk aku masa tu. Macam nak nangis jek waktu tu. Mana boleh tak nangis… sedih yang teramat.
Aku dah lah tak ada basic tentang seni… lagi nak suruh aku study fasal benda tu. Haishhh…hangin satu badan jadinya. Macam2 dah aku fikir masa tu. Apa aku nak jadi kalau aku dalam course ni? Artis? Pelakon drama? Teater? Penyanyi? Designer? Pengarah? Wowww….tak sanggup aku…Mati2 aku ingat tak dapat kesenian. Course ni la yang aku reject awal masuk APM. Bak kata Diya, terkenan agaknya. Huhuhu…
Persoalannya…macam mana pula aku boleh tersangkut dengan Jabatan Kesenian??? Sepanjang hari asyik fikir benda ni je. Last2 dah tak boleh fikir. Mulalah aku nak redha je ni…pelan punya baik. Nak buat surat rayuan la, jumpa Dr. Zahir lah. Sampai2 hari tu aku dah macam operator je asyik angkat call orang sebab nak tukar jabatan. Haishhhhh…
Kawan? Inilah masanya kawan berfungsi. Nak share dengan ‘dia’ busy memanjang... hmmm…anyway, thanks a lot kepada kawanku, Hazwan sebab bagi pendapat & sudi dengar rintihan hatiku. Hahaha…
Yeahhhh!!! This was my last decision… Im gonna accept this challenge. Fikir punya fikir ada kebaikan dan keburukan bagi apa yang aku kecapi sekarang ni. Mungkin inilah jalan masa hadapn aku. Siapa tahu???
So, akan bermulalah kisah cinta aku dan kesenian pada semester depan. Just wait and see paper ape yang aku nak ambil untuk course ni nanti. Owkeyzs!!!
Kesenian…wait 4 me owkeyzs…

Monday, November 15, 2010

Coke And Sundae

"Kau tu perempuan. Kalau dah berkenan sangat ayah pinangkan Syakir untuk kau. Apa salahnya kan?"

wakaka...kelakar yang teramat la sangat..penat aku gelak..

terbaiklah novel ni..
walaupun baru baca sampai bab 20, jalan cerita novel ni kelakar sangat-sangat. Asyik gelak je bila baca...

watak Syakir dengan Azyan memang kelakar sangat. Pantang jumpa je, mesti nak bertengkar.

"hah!! gorilla kau nak apa?"

nak beli jugak la novel ni. Rugi kot kalau tak baca. syiokkk....

JOm2...tergelak sama dalam Coke and Sundae

"Takkan lari gunung dikejar, tapi kalau tak dikejar pun gunung tu takkan lari jugak"

Saturday, November 13, 2010

Apam Balik Nutella


Hollaaaa...

sharing is caring...

so, let me share bout my second most interesting online novel ...i just read it..don't be jealous, owkeyz...

btw, want to know more about this novel?

Lets check it out babe...Apam Balik Nutella



... kerana apam balik nutella... kau dan aku jatuh cinta


bout this novel...best sangat2 awak...^_^ need to buy this novel,ok..

mission: the next novel will be???

Monday, November 1, 2010

Jangan Mencari Terlalu Sempurna




credit to: Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmudan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga ......... Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang.... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....

Sunday, August 15, 2010

Memori Tercipta...



Alhamdulillah…dah selesai satu hari kita berpuasa. Tapi, sedih la sikit sebab puasa tahun ni aaagak berbeza daripada puasa tahun2 sebelumnya. Tahun ni aku berpuasa bersama-sama rakan2 di kolej. Walaupun tidak berpuasa dengan keluarga, tapi aku seronok berada di samping rakan2 ku di sini. Semuanya sama seperti aku. Sama2 rindukan keluarga yg jauh. Tapi taka pa, Cuma sementara. Diharap, puasa kali ini lebih memberi banyak pahala dan kebaikan kepada kita semua. Amin… puasa, jangan tak puasa tau…
Aku nak cerita sikit tentang kehidupan aku dekat universiti ni. Minggu lepas (7-8ogos ’10) aku dan rakan sekumpulan dah pun selamat menjejakkan kaki ke Temerloh, Pahang. Tapi, kami pergi bukan sekadar suka-suka, kami ke Pahang atas urusan nak siapkan kajian untuk modul Hubungan Etnik tentang kegiatan ekonomi suku Jahut. Terlalu banyak memori dan kenangan yg terindah terlakar sepanjang 2 hari kami berkampung di sana.
Kisah bermula apabila kami bertolak dari kolej jam 7.30 pagi dan menaiki bas ke Temerloh. Kami tiba di stesen bas jam 10.15 pagi. Mamandangkan kami menggunakan khidmat orang luar, terpaksa lah kami tunggu. Sambil menunggu kakak Nahadiah utk menggambil kami, apa lagi merondalah kami 1 stesen bas. Sempat singgah di kedai2 membeli sedikit buah tangan sebagai penghargaan kpd mereka. Tapi, yg peliknya kami ni, beli buah sikit je, tangkap gambar je yg lebih. Posing sana- sini. Tunggu punya tunggu, kakak Nahadiah pun sampai jemput kami dalam jam 2 petang. Jenuh menunggu. Sampai ada yg belanja kami milo ais. Terima kasih la kpd encik yg belanja kami tu ye.

Nak dipendekkan cerita, sampailah kami kat rumah Farihan. Sampai2 je kami dijamu dgn makanan tengah hari. Teima kasih la kpd tuan rumah. Kenyang kami makan. Bila dah kenyang, its time to buat kerja.

Tugasan pertama nak selesaikan sesi soal selidik. So, kami pergilah terjah dari rumah ke rumah. Nasib baik la si Farihan ni ada. Kalau tidak…memang tak jalan kerjanya. Kami pergi ke rumah pak cik Fandi. Alhamdulillah, pak cik nib g kerjasama dekat kami. Macam2 kami tanya, semua dia jawab. Pak cik ni pun sudi tolong kami utk tunjukkan cara2 masyarakat di sini jalankan aktiviti ekonomi. Kiranya, pak cik ni sporting la.
Rumah kedua pula, agak terkilan sikit nak cerita. Huhuhu… kenapa? Sebab kena marah dgn mak cik Farihan. Siapa tak marah, masuk rumah orang lepas tu tergelak2 dgn sebuk tangkap gambar, dah macam orang tak tau adab, kan?? Ish3…minta maaf la mak cik. Kami ni sebenarnya excited je. Hahaha…lepas tu kami terasa serba salah pula. Tak apa la, benda dah lepas.

Kenangan yg paling best bila 10 orang sekaligus naik kereta GEN2 menuju dari tempat ke tempat yg lain. Dah macam ikan sadin pula kami ni. Terpaksa la berhimpit antara satu sama lain. Memang riuh la masa dalam kereta tu. Mana tak nya, macam2 bau ada, dgn keadaan yg sempit. Ada yg dapat space sikit, ada yg cangkung, ada yg duduk atas riba. Memang best memori la.

Bila dah maghrib apa lagi, semua pun balik. Syukur sangat dapat tempat tinggal yg selesa. Tidur pun nyenyak. Tapi, malam tu kami tetap teruskan kajian ke rumah Tok Batin kampung. Segala macam soalan kami Tanya tok batin. Sampai tok batin tu dah tak tahu nak jawab apa. Hahaha…yg penting, family tok batin pun sporting juga. Sama2 bagi kerjasama.
Dapat belajar bahasa orang asli la. “Nia’ suka’ imak” – saya sayang awak. Kalau selamat dating “ selamat tiba’ “ lepas interview tok batin, kami pun balik rumah Farihan dan dijamu dgn makan malam pula. Teramatlah kenyang semuanya dan its time to tidur sebab esok banyak lagi aktiviti yg nak buat.
Jam 7.30 keesokan paginya, kami bergerak ke kebun getah dan kebun2 hasil tanaman kaum Jahut yg lain. Lepas setel semuanya, kami berpeluang pergi ke sungai. Memang best la. Even aku tak merasa kesejukan air sungai tu, tapi tetap rasa ketenangannya.
kebetulan pula hari tu ada gotong –royong dekat surau. So, kami pun join la sekaki. Sambil2 tu, kami dgn muka tak malunya menggondolkan pokok2 rambutan yg ada. Hahaha…siapa tak geram nampak pokok rambutan yg menggayut2 dgn buah yg lebat. Kami pun petik la rambutan tu, dapat la seorang seplastik. Tu pun dah kira banyak. Bila dah penat isi rambutan, kami balik rumah dan bersih2 kan diri sebab pukul 3 petang dah nak bertolak balik UM. Huhuhu…rasa sedih pula nak tinggalkan kampung ni. Aman dan tenang jiwa duduk kat sini, walaupun ada banyak anjing. Hahaha…
Sampai dekat bustand Temerloh lebih kurang pukul 5.30 petang. Kira 1 jam perjalanan dari Kg. Penderas nak keluar ke pekan. Jauh tu… Sampai2 jek kat situ terus nak beli tiket. Bukan apa takut tak ada tiket lagi, sebabnya kami smapai pun dah lewat petang kan. Tanya punya tanya kat kaunter tiket tu, tiket pergi Kuala Lumpur semua dah habis. Arrggghhhhh….. aku nak balik UM!!! Huhuhu…. Apa boleh buat…terpaksalah beli tiket bas yg terakhir…jam 8.30 malam…menaun la nampaknya nak kena tunggu bas tu sampai. Sambil2 tunggu jam 8.30 tu, apa lagi kami pergi la mengisi perut yg lapar ( aku tak pergi makan pun…hahaha)
Bila bas sampai, semua pun serbu masuk. Dapat seat yg paling belakang pulak tu. Tapi tak kisah la. Janji aku dapat balik malam tu jugak. Huhuhu…sedih jek . dalam bas tu ingatkan boleh tidur. Huh!!! Tak ada maknanya nak tidur nyenyak. Sebabnya, group aku yg lain ni boleh pula memekak kat dalam bas tu. Almaklumlah, macam2 nak diceritakan. Kesian aku dekat penumpang2 lain. Hahahha…apa boleh buat. Dah perangai mereka macam tu. Ish3… Akhirnya, kami sampai kolej dalam jam 11.30 malam. Penat duduk dalam bas tu. Tapi orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Betul ke??? Lu piker la sendiri yek…
Jom kita terjah sikit kemeriahan gr0up kami…. Jangan jeles ye…








ini adalah holiday pertama yg terindah dgn korg semua...
hope lepas nie kite bleh plan pergi holiday yg lagi happening k...^_^

^_^
to Ain, Fana, Nana, Diah, Nad, Aisyah, Nad, Mirul & Man...
thank you for a happy 'holiday'...
love all of you with all my heart