Saturday, September 3, 2011

Nak update pasal raya jugak...

Tengok ramai blogger dok sebok update cecite raya mereka. Aku pun nak jugak...walaupun raya tahun ni seakan kurangnya mood raya...tak tahu kenapa..


Rutin di malam raya...


- dengar pengumuman raya pastu takbir raya


- dari yang kecik sampai la yang besar start dari cucu cicit anak beranak mertua menantu segala keturunan yang ada...dok pompam dumdam euuuu kebabommmmm...main mercun wooo...tiap2 tahun. sama jek! yang jadi leader si pakcik2 ku sekalian. mana tak yang kecik2 ngikut jek. si kecik2 harus la main bunga api jek. tapi yang si besar2 tu dok main mercun yang bunyi dah macam bom meriam semua tu la...adoiiii. Kadang2 siap berlawan2 dengan ntah jiran sebelah mana ntah...yang tahu bunyi2 serang balas jek... (tapi aku terkecuali dari segala permainan ni)


- yang pompuan pulak dok sopan jek kat dapur sambil buat 'ketupat' sambil jugak isi kuih muih raya dalam balang




Rutin di pagi raya...


- lepas subuh biasanya ada buat baca tahlil sikit. Tapi tahun ni macam tak ada...


- yang lelaki pergi solat hari raya kat masjid... Yang pompuan dok rumah sebok kan diri sediakan juadah as sarapan di pagi raya. Wajib ada ketupat + kuah lodeh + kuah kacang + serunding + rendang +++ sangat delicious...yummy2


- mula babak sentap...bermaaf-maafan dengan saudara-mara. yang penting aku dapat duit raya...yeahhh...atok bagi duit raya <3


- dulu siap ada sesi bergambar lagi. siap buat video. sekarang dah tak ada...pupus sudah. maybe sebab tiap tahun makin sikit yang wujud pagi raya ni.


- sesi paling best... "siapa nak duit raya beratur sini cepat!" sepantas kilat semua dok beratur depan my 2 org pak cik. Siap beratur nak bagi duit raya. Dari yang kecik sampai yang besar sampai pak cik mak cik aku pun join sekaki... mesti dapat punya duit raya dari cik Asid & cik Ya.


- pergi beraya ke rumah2 saudara mara atok2 sedara kat kampung tu jugak...


1st day raya: baju kale oren


ni turn aku dapat duit raya dari cik Asid





tetiba boleh sama kale plop baju kita ek...


2nd day raya: baju kale purple (baju raya last year)


3rd year raya: baju kale oren lagi



jom layan video celoteh sepupu kecik aku, Biha yang suka sangat bercerita...enjoy ^_^




eerrrr...aku dah ditinggalkan keseorangan di pagi buta ni...mr.E kesayangan dah membuta dulu...katanya penat sebab beraya sakan hari ni. so, aku pun semakin ngantok... mau tidur jugak...okbubye

2 comments:

ishiko said...

selamat hari raya ^^

MAI'sarah said...

selamat hari raya jugak utk aWAK =)