Monday, October 24, 2011

(Gambar jek) Sesi berlensa-lensa dengan we'alls...


Hye hye uolls...hari ni dekat my fak ade sesi fotografi...klik klik tangkap gambar la senang cakap. Tangkap ke??? tak kesahhh...Janji posing mantapppp


kiri: aku(tetiba poyo nak berpink bagai), Diba, Tiya


dengan deorang la aku selalu pergi kelas, amek subjek yang sama, buat keje sama2, macam2 la yang sama




perempuan kalau jumpa kamera memang macam ni...semua nak menyelit jek




Di antara gadis-gadis seluruh dunia..tiada yang sehalus mulus ohhh setulus dia..hahaha...ni antara gadis2 jabatan seni.



ok...ni gambar full, semua classmate aku kat Jabatan Kesenian Melayu sesi 2010/2011






Fine!!! ni sebenarnya gambar sebelum sesi photoshoot yang sebenar...kata budak seni, kan!...harus laaa overrr!!! Jangan jealous ok...tak baik...

Saturday, October 22, 2011

Ilya Abdullah si novelist Coke and Sundae follow blog aku

Tengok tajuk jek dah tau aku teramat la sangat bajet poyo, kan??? Hahahaha...harus laa poyo mempoyo ni. Bukan calang-calang orang yang follow ni. Novelist ok!!! Korang ade??? Kalau ada duduk diam2. Tapi biasanya korang di 'follow' oleh artis jek. Aku apa ada heran...lantak la, kan..





Yang menjadi kemusykilan dihati dan keterujaan kat sini...aku di 'follow'...kenapakah???


To be honest laaa...aku memang gilerrr novel pun. Tak kisah la novel ke online jek ke. Yang penting aku suka baca novel. Fullstop!




Ini antara novel karya Ilya Abdullah...dua2 aku dah baca...sangat best woooo





Kepada sesiapa yang gilerr novel jugak boleh jek KLIK gambar atas tu untuk baca segala karya Ilya Abdullah...


Mungkin lepas ni, blog Ilya Abdullah jadi second part of my online novel lepas Penulisan2u

Thursday, October 13, 2011

Spontaneous Thursday - Sajak untuk Anak Johor


Yeahhh!!! sayalah anak johor <3


persoalannya: adakah saya seperti apa yang diperkatakan seperti dalam sajak di atas??? ngee~


Tuesday, October 11, 2011

Santai Seni main batu seremban + belajar main congkak

Kesibukan melanda tapi still gedix nak update blog...


Hari ni Santai Seni my group punya turn. Santai Seni ni salah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Kesenian dekat APM ni dan setiap hari Selasa. setiap group kena persembahkan apa2 jenis persembahan, permainan, or what ever yang berkaitan dengan seni. So, my group buat permainan tradisional.


Hari ni kami ada permainan batu seremban dan congkak. Sepatutnya ada jugak galah panjang, teng-teng dan cari cucu. Tapi tengok macam tak ada sambutan...better tak payah buat.


Malam tadi punya la jenuh aku dok siapkan batu seremban. Padahal bahan dah berzaman ada...cuma malas nak buat. Maklum laaa...aku memang suka buat kerja last minit!!!


bahan2 (kain perca, jarum, benang, kacang hijau-boleh jugak guna pasir, biji saga dsb...)


Senang jek nak buat batu seremban ni. Jahit simple2 jek ( mr.E kesayangan cakap saya cute-motif??? sebab jahit ni sambil tengok tengok cerita kat tonton.OK... SERIUOS TAK FAHAM! kenapa boleh jadi cute???



tadaaa...ni lah hasilnya.




Nasib baik abang Kahar ada...meriah la sikit main batu seremban ni. Yang lain siap kalah main dengan dia. Apa pun cannot la!


Ni tengah main congkak. Ok...pengakuan terbaik. Aku tak reti main congkak...huhuhu...tapi tadi Tiya dah ajar main congkak. So, hari ni first aku main congkak dan pandai la sikit2. At least dah pandai main sekarang. Orang kata better late than never, kan. Sekian ayat poyo dari aku.



Antara yang join together tengah hari tadi. Toche2...Jasamu dikenang.


Semakin hari semakin menimbun kerja yang agak kurang tak masuk dek akal. Ok, Tu jek nak bebel hari ni...bubye...

Wednesday, October 5, 2011

Cinta untuk Bella - Part 2

Sembang punya sembang sampai tak sedar yang sebenarnya mereka dah pun sampai di tempat yang dituju. Restoran Mak Nani. Order saja. Pasti semua ada. Itu yang membuatkan mereka selalu lepak di sana. Kenyang pun kenyang.Murah lagi.Memang tak rugi.Restoran itu sudah menjadi saksi persahabatan mereka berempat.
Seperti biasa, mereka mengambil tempat duduk di tepi yang indah dengan pemandangan air terjun.Mereka memilih menu seperti biasa.Begitu juga Bella.Oren jus menjadi pilihan.
“Mana kawan kau Akmal? Tak jadi datang ke?” tanya Noni dengan muka selamba.
“Entah la.Dia kata tengah on the way. Sekejap lagi sampai la tu.” Balas Akmal sambil melihat ke arah jam tangan Rolexnya yang diberikan oleh Bella sempena hari jadinya yang lalu.
“Kawan kau tu lelaki ke perempuan?” tiba-tiba Bella bertanya pendek.
“Kau ni pun satu la. Tadi kan aku dah cakap aku nak kenalkan dia dekat engkau. So, mestilah kawan aku tu lelaki.”Akmal membalas dengan dahi yang berkerut.
“Hoi…Tak kisah la kawan kau tu lelaki ke perempuan.Kenapa, kalau kawan kau perempuan kau tak nak kenalkan dengan aku ke?”Bella sengaja bertanyakan soalan yang menduga.
“Ekelehhh…kau ni. Aku nak kenalkan kau dengan member aku ni sebab kesian tengok kau ni ha. Umur dah meningkat tapi boyfriend pun tak ada.Mak kau siap minta tolong aku lagi. Tolong carikan calon menantu untuk dia. Kau nak tunggu apa lagi Bella? Kau dah habis belajar, kerja pun dah.Kereta pun dah ada.Bukan kecil.Tu huh, Honda City yang besar punya.Kau nak tunggu siapa lagi.Nak tunggu putera turun dari kayangan ke?Atau pun kau masih tunggu si jantan keparat tu?”
Akmal mula membebel panjang setelah melihat riak muka Bella yang berlagak selamba.Mana tidaknya, Bella sudahbosan mendengar orang sekelilingnya yang asyik bercakap tentang dirinya yang sampai sekarang masih lagi single. Tak cukup di rumah, ibunya sering bertanyakan bila agaknya Bella akan menamatkan zaman bujangnya. Di luar juga, semasa bersama-sama rakannya, sudah pasti topik itu akan menjadi perbualan antara mereka. Di tempat kerja?Sama saja.Di mana-mana pasti perihal dirinya yang solo menjadi perbualan.
“Amboi, kau Akmal! Berceloteh panjang mengalahkan mak nenek ea. Kau ni baru kenal aku semalam ke? tanya aku soalan-soalan basi macam tu. Penat la aku nak jawab. Jawapan aku tetap sama. Tak ready lagi.Lagi pun belum sampai seru.”
Akmal dan Noni mengajuk kata-kata Bella.“Tak ready lagi.Belum sampai seru.”
“Masa bila yang kau ni nak ready wahai Cik Isabella?Pasal jawapan belum sampai seru kau tu. Dulu aku nak dekat kau, kau tolak.Tengok la sampai sekarang kau tak ada siapa-siapa yang nak.”Tambah Akmal sambil tergelak nakal.
“Ewah ewah ewah. Leser betul mulut kau Akmal. Aku sumbat black paperni baru tahu. Kau tu kawan aku merangkap abang aku.Mana boleh ada feeling lebih-lebih. Sudah la, kita stop je cakap pasal benda ni. Rimas la aku.” tegas Bella.
“Tu pun member aku dah sampai.”Kata Akmal sambil melambaikan tangannya ke arah seseorang.
“Hai, lama tak jumpa kau.” suara itu datang dari arah belakang Bella.Sepertinya Bella seakan mengenali suara itu.Terus saja Bella menoleh tepat ke arah lelaki yang berdiri di hadapannya.Ternyata tekaannya tepat.
“Ni kawan aku merangkap best friends forever.Kenalkan, yang ini Noni dan ini Bella.” Reaksi Akmal memperkenalkan kami kelihatan seperti terlalu excited.
“Hai Bella. Tak sangka dapat jumpa awak dekat sini.”Sapa Aiman sejurus menghantar senyuman perkenalan kepada Noni.
Ya, Bella pasti dialah Aiman. Lelaki yang sebelum ini pernah meluluhkan hatinya dengan kata-kata puitis cinta. Lelaki yang cuba membuka pintu hatinya setelah dikecewakan oleh Nizam, kekasih pertamanya. Di saat Nizam meninggalkan dirinya dengan hati yang hampir hancur berkecai dek kerana cinta dan sayang yang dicurahkan setiap hari, kedatangan Aiman berupaya merawat hatinya. Tetapi tidak disangka bahawa Aiman juga sama seperti Nizam yang akhirnya pergi meninggalkan Bella di saat dia mula menyayangi Aiman.
Sejak itu dia menganggap bahawa semua lelaki sama sahaja. Tiada yang berbeza.Apa yang dikata wujudnya perempuan adalah daripada tulang rusuk lelaki sememangnya dikatakan sebagai pelindung. Tapi lihat saja apa yang terjadi dengan dirinya. Bella ditinggalkan oleh lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung bagi dirinya.Sejak itu juga dia mula mengatakan ‘tidak’ kepada lelaki. Kecuali Akmal dan Razif.
Kini, di hadapannya ada Aiman. Sekali lagi dia muncul dalam kisah hidup Bella. Tapi untuk apa? Untuk menambah luka yang kian sembuh? Tidak sama sekali Bella akan tunduk pada Aiman lagi.
Dek kerana serik diperlakukan seperti itu.Disayangi dan akhirnya ditinggalkan.Itulah sebabnya sehingga kini Bella masih solo.
“Bella?” tegur Akmal setelah melihat Bella terdiam tanpa membalas perkenalan Aiman.
“Oh, sorry. Aiman, right?” tanya Bella sambil menghulurkan tangan kepada Aiman.
“Yup. Saya Aiman. Awak apa khabar? Dah lama kita tak berjumpa, kan?” tanya Aiman tanpa mempedulikan sekeliling yang memandang.
“Bella macam ni la.Sihat.”Balas Bella ringkas sambil Aiman mengambil tempat duduk di sebelahnya.
Can I ask you something, Bella?” tiba-tiba Aiman memberanikan diri.
Sure.” Jawapan yang ringkas tapi penuh dengan tanda tanya.
“Bella, awak masih marahkan saya ke?Kalau awak masih marahkan saya, saya minta maaf banyak-banyak.Saya tahu saya yang salah.Saya tak patut tinggalkan awak hanya kerana Laila. Saya salah menilai antara intan dengan permata.Sekarang baru saya sedar yang Laila tak cintakan saya macam mana awak cintakan saya, Bella. Laila hanya cinta kan duit saya. Maafkan saya, Bella.”
‘Alamak, drama apa pula yang Aiman cuba buat ni? Kot ye pun nak minta maaf tak perlu nak open sangat dekat sini. Buat malu aku saja.Dah la siap meratap bagai. Pegang-pegang tangan aku pula tu. Huh, ini Bella la. Aku dah bosan dengan permainan lelaki macam kau ni. Macam tak ada modal lain jek nak mengayat orang. Bella mengomel sendiri.
“Sudah la tu Aiman. Awak ingat saya ni apa? Kayu tunggul yang suka-suka saja awak nak kutip buang.Kalau suka awak guna dah bosan awak buang.Saya benci orang macam awak.”Balas Bella memberanikan diri untuk bersuara.
Bukan niatnya untuk memarahi Aiman setelah melihat Aiman seakan beria meminta maaf. Bagi Bella, sejak dahulu lagi dia telah pun memaafkan Aiman. Tidak terniat langsung di hatinya membenci Aiman sekalipun menyimpan dendam. Cuma pertemuan mengejut pada hari ini mengingatkan kembali tentang apa yang telah berlaku antara Bella dan Aiman. Sangat pahit untuk ditelan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Akmal dan Noni yang sememangnya mengerti kisah lampau yang dialami oleh Bella merasa kasihan melihat sahabat baiknya yang seakan merana ketika ditinggalkan oleh Nizam dan Aiman.
Tetapi tidak disangka Aiman yang selama ini menjadi kekasih hati Bella rupa-rupanya teman sekerjanya. Setiap kisah antara Aiman dan Bella diceritakan kepada Akmal. Sebagai rakan, Akmal nekad membantu Aiman setelah mendengar kekesalan Aiman terhadap apa yang dilakukan kepada kekasihnya. Akmal menjadi kasihan sehinggalah suatu hari Akmal terlihat gambar Bella di dalam laptop Aiman. Ketika itu dia sudah tahu caranya untuk membantu Aiman kerana Bella juga merupakan sahabat baiknya.
Oleh sebab itulah Aiman berada di hadapan Bella.Dengan tujuan untuk menjelaskan segala perkara yang sebenarnya berlaku.Pasti juga ini idea Razif supaya menemukan Bella dengan Aiman. Usaha seterusnya terpulang kepada Aiman sendiri.
…….

Sedang Bella menghirup sisa jus oren yang tinggal, kedengaran bunyi dari handphone Bella. Tertera ‘1 message receive’. Butang view ditekan. Mesej daripada ibunya. Mak Mah seperti biasa akan mengingatkan anak tunggalnya supaya jangan pulang lewat. Kini jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang. Bella harus pulang.
“Korang aku kena balik, dah petang sangat ni. Akmal, tolong hantar aku balik.”Pertanyaan Bella seolah-olah dia ingin melarikan diri dari pada Aiman. Tetapi Aiman terlebih dahulu bertindak.
“Jom saya hantar awak balik.”Pelawa Aiman sambil menunjukkan riak muka gembira.
‘Ekelehhhh. Apa hal pulak mamat ni tiba-tiba nak hantar aku balik. Tak kuasa nak layan.’ Bebelan Bella seakan tidak terkeluar dari mulutnya.
“ Ahhh tak apalah. Akmal yang ambil Bella dekat rumah tadi. So, Akmal jugaklah yang kena hantar balik.” Jelas Bella.
Sorry la Bella. Kalau kau nak balik sekarang aku tak boleh hantar. Aku ada nak pergi tempat lain lepas ni. Ada barang mak aku pesan.Kau balik la dulu dengan Aiman. Nanti aku hantar Noni balik.”Balas Akmal.
‘Kurang asam jawa betul la Akmal ni. Kau memang saja nak kenakan aku kan.’ Bebel Bella seakan sudah tahu perancangan Akmal.
“Jom Bella. Saya hantar Bella sampai depan rumah.” Ajak Aiman.
Terasa bengang dengan Akmal, Bella bangun meninggalkan meja itu dan berlalu pergi menuju parking. Lagaknya memang menunjukkan rasa tidak puas hati.
Thanks Akmal, Noni. Aku gerak dulu.”Ucap Aiman atas pertemuan hari ini.
Bella berjalan laju di hadapan tidak mengendahkan Aiman. Padahal Bella tidak tahu di mana Aiman parking keretanya. Tiba-tiba Bella terlihat sekumpulan lelaki bermotor di hadapan itu yang lagaknya seakan lelaki macho mengganggu perempuan yang lalu-lalang di situ.Laju Bella mencari kelibat Aiman di belakang kerana takutkan kumpulan lelaki itu.Dari belakang Aiman hanya tertawa melihat gelagat gelabah Bella yang mencari dirinya.
‘Ingat berani sangat Bella ni. Penakut jugak. Sangkal Aiman dalam diam.
Terus saja Bella memaut lengan Aiman supaya dia terhindar daripada gangguan lelaki-lelaki itu.
“Sudah la tu. Dia orang tak kacau Bella pun.Tak payah takut sangat.”Kata Aiman sambil membukakan pintu kereta untuk Bella.
Terkejut dengan teguran Aiman, Bella terus melepaskan pegangan tangannya.
Sorry. Tak sengaja.” Kata Bella.
*bersambung...(kalau ada masa free baru boleh sambung =.=' )

Cinta untuk Bella - Part 1

“Bella, kau free tak sekarang?” tanya Akmal sebaik sahaja Bella mengangkat panggilan telefonnya.
“ Assalamualaikum. Kot ye pun nak gelabah semacam bagi lasalam dulu. Ni tak, main terjah jek.Aku free.Kenapa?” tergelak sendiri bila Bella memikirkan reaksi Akmal ketika ini.Pasti Akmal sedang menepuk dahinya sambil tersipu malu.Malu? Tidak sama sekali perkataan itu ada dalam kamus hidup Akmal. Padanya malu itu biarlah bertempat.
Akmal, merupakan kawan lelaki Bella yang sangat prihatin terhadap dirinya. Sama seperti Razif. Pada Bella, mereka berdua sudah dianggap sebagai abang sendiri kerana sudah sejak dari sekolah rendah mereka berkawan. Bukan tidak ada yang salah anggap terhadap hubungan Bella dengan Akmal dan Razif. Tetapi semua itu tidak dipedulikan. Apa yang penting bukanlah tanggapan orang sekeliling tapi hubungan ikhlas sebagai sahabat itu lagi bermakna.
“Hoi Bella, kau dengar tak aku tanya ni?” mula dah si Akmal ni memekik.
“Eh, aku dengar la.”
“Bagus.Kalau macam tu nanti kita jumpa dekat tempat biasa.”
“Tempat biasa?Apa ni? Tak faham.”
“Sah la kau ni mengelamun jek tak sudah-sudah. Cik Isabella, aku ni nak ajak kau keluar lepak-lepak dekat tempat biasa tu. Kau ajak Noni sekali.Nanti boleh aku kenalkan kau dengan member aku.”
“Arghhh, sudahlah kau. Ni yang aku tak suka ni. Ada saja pelan kau nak kenen-kenenkan aku dengan kawan-kawan kau, kan. Kau ni macam tak kenal aku pulak. Aku tak suka la. Lagipun aku malas nak drive keluar hari ni.”
“Kau ni tak sporting la. Bukan aku suruh buat apa pun. Kenal-kenal jek.Tak mati, pun. Lagipun dah lama kita tak lepak sama-sama, kan. Macam ni lah, kau siap-siap, sekejap lagi aku datang ambil kau dengan Noni. Bye”
“Akmal, aku …”
“Hishhh, siap kau Akmal nanti kalau aku jumpa kau.Suka hati dia jek nak paksa-paksa aku.Ingat aku ni desperate sangat ke nak berlaki?”
‘Alahai, malas betul aku nak keluar. Baju apa aku nak bedal ni?’ Bella mengomel sendiri.
Itulah sikap Bella.Entah kenapa dia sejak dari dulu memang tidak boleh marahkan Akmal dan Razif walaupun dia sering saja dibuli. Tapi bukannya buli yang gunakan kekerasan.Tapi sekadar gurauan sesama sahabat yang sudah dianggap sebagai abangnya sendiri.
…….
Kedengaran bunyi hon kereta di hadapan rumah.
“Bella, Akmal dah sampai ni.” Emak menjerit sebaik sahaja membuka pintu untuk melihat siapa gerangan kereta yang singgah di hadapan rumah.Melihat sahaja pada keretanya, Mak Mah tahu siapa yang datang. Kalau bukan Razif, sudah pasti Akmal.
Bukan sekali dua mereka datang ke rumah tetapi sudah berkali-kali sejak mereka berkawan baik.Itulah, kata orang ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak mereka berkawan.Begitu juga dengan Bella, siapa yang menjadi temannya pasti ibu dan ayahnya tahu.
“Ok, ibu. Bella keluar sekejap tau. Keluar dengan Akmal, Razif dan Noni.”Bella meminta izin sambil bersalaman dengan ibunya.
“Ibu tahu.Jangan balik lambat sangat.”
Sudah faham benar ibunya dengan keletah dan kerenah anak tunggalnya yang kini sudah pun hampir menjangkau usia 27 tahun itu.
Hari ini mereka cuma bertiga. Razif tidak ikut sama. Katanya ada kerja yang perlu disiapkan.Maklumlah, orang sudah nak kahwin.Pasti banyak perkara yang nak disediakan.
Sambil melangkah masuk ke dalam perut kereta, Bella terdiam melihat reaksi Akmal dan Nani.
“Korang ni dah kenapa? Tengok aku sampai ternganga mulut tu. Macam la tak pernah tengok aku.”
Kelihatan Noni sedang mencebik.
“Kejap.Aku tahu kenapa. Korang tengok aku sebab aku makin cantik, kan? Betul tak?” saja Bella menanyakan soalan yang pasti sudah tahu jawapannya.
“Elehhh…perasan lebih la Cik Isabella kita ni. Bajet cantik pulak. Aku dengan Noni tengok kau sampai ternganga ni sebab pelik bin ajaib je. Mana taknya, tadi aku dengar ada orang tu malas nak keluar hari ni. Tapi tup tup bila dah keluar, fuhhh amek kau. Meletup gila kau dressup.”
Baru saja Bella ingin membuka mulut Akmal cuba memotong.
“Aku tahu kau nak cakap apa.” Sememangnya Akmal sudah masak dengan perangai Bella yang bergaya mengalahkan model.
“Haruslah.” Sambung Akmal sambil membuat gaya ala-ala model. Sama seperti gaya Isabella a.k.a Bella de Fasionista.
“Hahaha. Sama la weiyh gaya kau dengan Bella.”Noni yang melihat aksi Akmal tergelak sehingga keluar air mata.
“Arghhh, sudah la korang ni. Aku tak jadi lepak dengan korang baru tahu.”Bella menjerit di dalam kereta itu membuatkan Akmal dan Noni menutup telinga.
“Alamak, dah keluar ayat merajuk Bella.Relaks la Bella.Gurau je.” Pujuk Noni.

*bersambung...