Sunday, November 27, 2011

Wanita dan Azab - Kursus Pra Perkawinan Part 1

Assalamualaikum...


Kiranya diri ini telah mengikuti hari pertama Kursus Pra Perkahwinan...niat dihati sekadar ingin menimba ilmu yang baru...bukan pasal gatal merenyam nak kahwin dah...lelaki pun tak ada, nak kahwin apa nya...maklum laa...baru jek tuttttttt...


Hari pertama banyak perkara dibincangkan...walaupun terasa seperti "elehhh! aku dah tahu la...sekolah agama dulu dah belajar!" fine...memang dah belajar pun...tapi ada korang ingat ke semua tu? tak, kan? Manusia sentiasa lupa dan lalai...aku juga tergolong di dalamnya...


Ingin dikongsi sedikit slotnya berkenaan:
  • perkhidmatan runding cara di Jabatan Agama Islam
  • Pembubaran perkahwinan
  • Pengurusan stress/konflik & Pengurusan Kesihatan
  • Akhlak & hubungan dalam keluarga
  • Akidah & Ibadah

Nampak macam remeh, bukan?


MasyaAllah!!! sebenarnya banyak sangat yang aku belajar hari ni...berdebar + gemuruh + takut...macam2 perasaan ada...insaf sejekap (aikk!! kejap jek ke???) disoal dengan macam2 perkara...rukun Islam, rukun Iman, rukun solat dan macam2 lagi...walaupun ianya hanya perkara yang asas sahaja...Alhamdulillah...sedikit sebanyak menyedarkan aku semua itu teramat la penting...kerana aku sering alpa...


Apa yang ingin dikongsi sebenarnya berkenaan wanita dan azab

Rasulullah SAW bersabda:

" Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara' (orang2 fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita." - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim


"... dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita."
Para sahabat pun bertanya: Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?
Baginda SAW menjawab: Kerana kekufuran mereka.
Kemudian ditanya lagi: Apakah mereka kufur kepada Allah?
Baginda menjawab: Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan2 nya. Kalaulah engkau berbuat baik terhadap salah seorang di antara mereka selama waktu yg panjang kemudian melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak disukai) nescaya dia akan berkata : "Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu."
- Hadis riwayat Imam al-Bukhari

Wanita dan azab neraka


## Wanita digantung rambutnya, otaknya mendidih - wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga dapat dilihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya


## Wanita yang ditergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke umbun- umbunnya dihulurkan dengan ular & kala jengking - wanita yang tidak taat pada suaminya. Keluar rumah tanpa izin suami. Wanita yang tak mahu mandi suci haid & nifas


## Wanita memakan dagingnya sendiri - Wanita berhias bukan untuk lelaki bukan muhrimnya. Suka mengumpat


## Wanita yang digantung buah dadanya - Isteri yang 'mengotori' tempat tidurnya


## Wanita yang kepalanya seperti **** dan badannya seperti himar - Wanita yang sukan mengumpat & pendusta


## Wanita yang menyerupai anjing - Wanita yang suka memfitnah & membenci suami


Jenis - jenis nafsu

1. Amarah - bangga bila berbuat kemungkaran
2. Lawamah - nafsu yg sedar bila berbuat kemungkaran
3. Marhamah - nafsu yg telah membuang sifat mazmumah tapi masih kritik diri sendiri
4. Mutmainah - nafsu yg lemah lembut / dapat ketenangan & hilang gelisah di jiwa
5. Raudiah - berusaha melatih diri utk makfirah dgn Allah SWT
6. Kamaliah - nafsu yg sempurna/ para nabi
7. Mardiah - nafsu yg paling diredhai Allah SWT


aku bukanlah ustazah yg nak menyekolahkan kalian...aku bukanlah malaikat yg sentiasa berbuat baik...tapi aku juga ingin berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya...insyaAllah...


formula kesihatan dan diri...

pokok panggal nye ialah hati...semuanya bermula dengan hati, awak...dengan hati tu tanamkan la niat yang baik...

No comments: