Monday, April 30, 2012

Intra Za'ba Sport 2012 [entry bergambar]

Assalamualaikum...

Aktiviti: Intra Za'ba Sport (IZS)
Tarikh: 28 & 29 April 2012
Tempat: Kolej Kediaman Ketujuh (Za'ba), UM


Hye hye awak! Entry kali ni nak post gambar jek. Kalau Yuna kata dalam setiap gambar pasti ada lagu kannn...tapi kata saya, dalam setiap gambar ada ceritanya...ngee~~ enjoy!


Lets scroll down babe ^^

on 28 Apr '12 (malam)


antara yang terlibat dalam explorace. we won!!! yuhuuu...



games dekat beberapa checkpoint



floor 200!!! auummmm....
*out trademark :P




on 29 April '12



acara tarik tali perempuan



me... n kawan2 menghancurkan buah dalam acara gubahan buah.
saya buat snowman tu dengan kapal samudera tu. kemain hodoh lagi...bhahaha...



ada jugak acara lari dalam guna *tapi guna plastik sampah hitam yang besar gila tu. plastik koyak kira batal...cisscake betul!



our team...auuummmm!



acara cari gula-gula dalam tepung



lastly, me! dengan hasil gubahan yang ntah hape2 tu


By the way lupa nak story sikit pasal IZS ni. Nampak baju kita orang yang warna oren tu? tu menunjukkan kami tu dari floor 200 dari setiap blok. Then, dalam IZS ni kami kena lawan dengan floor lain macam 100, 300 dan 400... Lawan secara sihat jek. n lastly, keseluruhannya, F300 yang menang n F200 dapat second place jek. Tahniah!!!



till then, bubye...tired...krokkkkk *ngantok!


Tree Planting *again [entry bergambar]

Assalamualaikum...


Program: Shah Alam Tress for Life 2012
Tempat: Space U8, Shah Alam
Tarikh: 29 April 2012



Semalam sekali lagi saya dan kawan2 join aktiviti tanam pokok under UM Cares tapi anjuran NGO Shah Alam kot...tak sure... First time saya join ada tulis kat sini. Macam biasa, kumpul kat bustop main library around 7.30 pagi lepas tu gerak ke Bukit Jelutong dengan 2 bas sekolah (bukan bas UM). Gerak agak lewat so sampai pun agak lewat. Tengok2 dah start briefing. Tapi kita orang sampai jek terus breakfast sandwich dulu.


Then, kena tunggu Menteri Besar Selangor dulu ala-ala macam perasmian gituhhh... Tapi bila MB datang terus masing2 kerumun sebab nak tangkap gambar jek pun. hahaha...sentap!


So, awak2 sekalian hanya akan dijamu dengan gambar sepanjang tree planting tu jek. ngee~~ sorry banget dehhh...malas nak taip. Tak ada idea...



kami...












bergambar jek lebih. Tanam pokok setakat berapa jek la...hahaha



orang kuat UM Cares



we green





ada lucky draw. dua orang student UM dapat.
kiri: Affan *orang kuat UM Cares



inside the mall



menuju ke jalan pulang...penat! but we enjoy it



UM Cares



yang penting masuk paper The Star 30 April hokeyyy...kau ada??? bhahaha....


gambar lagi kat SINI


Thanks baca ...Daaa... :)







Kenduri kesyukuran Dr. Azlin

Assalamualaikum...


Entry ciput jek ye. Susun sepuluh cari, maaf dipinta sesangat nihhh...


28April hari tu our lecturer, Puan Nor Azlin ada jemput ke rumah dia. Buat kenduri akikah sekali dengan majlis kesyukuran sebab puan dah pun habiskan phd dia. Kira dah dapat doktor la sekarang ni. So, kena panggil Dr Azlin la lepas ni. Kena biasakan diri jugak ni.


Maklum laaa...as a student, kenderaan pun tak ada. Terpaksalah pergi ke sana naik public transport. Naik KTM ke Subang Jaya. Rasa macam first and last time jek naik KTM tuhhh...tak sanggup dah...Kita orang pergi berlima jek. Wakil dari kawan2. Kalau tak pergi macam tak elok pulak orang dah jemput kannn...


Sampai2 sana terus makan jek. Sebab orang pun dah tak ada. Tapi dapat jumpa Puan Mar (*dulu Cik Mariana as our tutor). Rindu sangat2. Sejak2 dah kahwin ni, memang dah tak jumpa la. Nasib baik ada jodoh jumpa la kami kat sini. Makan sekali dua trip kau. Dah makan nasi makan bubur lagi. Nasib baik tak makan mee kari. Kalau tak memang meletop perut. Bila nak balik tu siap tapau lagi makanan tu. Haishhh....teruk!


Errrr...tak tahu nak bebel dah. Tengok gambar jek la.




Kak Det, Diba n Ain




hohoho...saya la tu :P



dengan anak Dr. Azlin, Awin
*mula-mula malu. tapi bila dah tangkap gambar, terover pulak posing nya...hehehe





Awin dengan Zaki *our classmate




atas: time tapau makanan. *malu weyhhhh....




we got this!!! Thanks Dr.



Wednesday, April 25, 2012

Shooting kat Taman KLCC


Assalamualaikum...


Tengah hari 21 April aku dengan 2 orang roomate aku saja pergi jenjalan dekat Taman KLCC tu. Plus si roomate nak habiskan voucher Roxy deorang tu. Aku tukang teman jek. Maklum la, tengah kayap. Tujuan utama pergi taman tu sebenarnya saja-saja jek nak tangkap gambar sebab pemandangan kat sana macam best.


Tetiba rasa macam nak praktikkan skill tangkap gambar ala-ala photographer gituhhh...


Sebenarnya aku suka tengok photographer tangkap gambar. Aku selalu tengok Annas Easkey punya gambar photoshoot or photographer mana-mana pun. Cantik...tapi aku cuma pakai olympus jek. Tak adalah DSLR macam kamu. Tapi aku suka edit-edit gambar.


Ni hasil photoshoot aku plus dengan edit. Tak cantik mana pun.
InsyaAllah bila-bila nanti kalau ada peluang, rasa macam nak belajar photography jek...




si roomate... Linda n Ain












aku: siapa suruh kau ambil laki aku...
ain: aku pun tak ingin nak ambil laki kau la...

hahahahha...dialog dari si kawan dekar facebook





nak buat love pun susah daaa...




berlatarbelakangkan KLCC



apa yang awak nampak???
saya gemuk atau kurus???
confius sebab kawan2 kata saya semakin kurus...hahaha
penangan makan hati yang teramat kot :P


Monday, April 16, 2012

Fieldwork ke Kg. Morten, Melaka



Assalamualaikum...


Kesibukan diri menyebabkan saya agak tak berkesempatan nak update current aktiviti. Jadi, untuk entry kali ni just nak share sikit gambar masa saya dan kawan pergi ke Kg. Morten kat Melaka untuk tujuan fieldwork kami bagi subjek Seni Bina dan Ragam Hias Melayu.


By the way, saya ceritakan sedikit apa yang berlaku. Sikit jek. I'm sorry... (bajet macam ada orang baca blog aku sangat ==' )


Firstly, saya tak pasal2 kena handle pasal bas untuk ke sana. Dari isi borang online sampailah ke buat bayaran dekat Bendahari UM tuh. Fuhhh....pengalaman sangat. Thanks to tutor sebab bagi chance yang tak seberapa tapi saya belajar benda baru juga. Walaupun sikit.


Kami bertolak dari UM dalam pukul 8.00 pagi lepas semua berkumpul kat bustop. Lepastu sampai2 sana dalam lebih kurang 10 lebih kot. Kot la...dah lupa plak. I'm sorry again... Sampai2 sana jek terus ronda2 cari rumah untuk dikaji. Hokeyyyy...nak cerita sikit. Sebenarnya fieldwork ke Kg. Morten ni kami kena cari satu rumah Melayu tradisi dan kaji rumah tu dari sejarah rumah tu didirikan, bahan2 rumah yang digunakan, motif2 Melayu yang ada kat rumah tu dan semua yang berkaitan dengan seni bina rumah tu. Senang cakap, semua dari atas tanah sampai la ke atas bumbung rumah tu kami kena kaji. Lepastu siapkan laporan untuk 20% markah.


Kat Kg. Morten tu sebenarnya memang kesemua rumah kat situ adalah rumah melayu tradisi. Memang cantik sangat. Siap kerajaan bagi dana untuk baiki rumah tu untuk tujuan pelancongan.


Fine...kata nak share gambar jek plus cerita sikit, tapi dah terbanyak bebel pulak. Gasak kau...


Jom layan...



Bergambar kat pintu gerbang Kg. Morten



Antara rumah melayu tradisional yang ada di Kg. Morten



Pak cik Yusof dengan Mak cik Hajar

** pakcik pesan, kahwin la dengan orang Melaka,
nanti boleh selalu datang sini...hahahha...sentap weyhhh



sesi temu ramah makcik Hajar




Tetiba kagum. Mereka lalu kat depan rumah tu...wowww
terasa macam ada kat zaman dulu-dulu pulak...hehehe~~




Makcik Hajar panggil ni kura-kura. Sebab jalan lembap sesangat.
Orang yang jalan kaki kat bawah tu lagi laju kot.hahah...



Lepas dah habis menyembang dekat rumah pakcik tu, kami dipelawa untuk petik buah pelam kat depan rumah tu. wweee~~ main jolok-jolok la kat depan rumah tu.




tak gentalman langsung suruh makcik tu yang jolok buah tu...


Bila kerja dah siap, tibalah masa untuk berjimba-jimba. Pergilah kami kat shopping mall kat situ. Tak best langsung. Dah macam kat bustand BP jek. Kosong. Hampeh...Lepastu pergi jenjalan merayap ntah ke mana. Katanya nak ke tempat yang best2 sikit boleh tangkap gambar tapi macam jauh pulak plus cuaca sangat terik masa tu. Jadi, kami sempat ke masjid Kg. Hulu jek. Masjid la tuhhh...








Hari pun dah petang. Plan nak gerak balik dalam pukul 3 macam tu tapi ada yang tak setel lagi. So, sambil2 tunggu makan dari en. Faizal (tutor) sebab dia yang handle, kami lepak2 kat tepi sungai (Melaka river cruise) tu dulu dok tengok orang lalu-lalang naik cruise tu. Plan memang teringin nak naik tapi macam tak best jek.hahahha...jahat mulut :P




Lebih kurang pukul 4 lebih macam tu, kami pun gerak balik ke KL.


Lagi gambar kat SINI


Done! Selamat membaca entry basi. muahahaha....

Lawatan ke Yayasan Restu

Assalamualaikum...


Sebenarnya dah agak lama cerita ni tergendala dekat dalam draft. Tak berkesempatan nak menulis. Sibuk sikit kebelakangan ni.


Nak dijadikan cerita, 14 April hari tu saya dan kawan-kawan pergi melawat Yayasan Restu (YR). YR ni dekat Shah Alam jek. Kami pergi dengan 3 buah kereta dan ada yang naik public transport. Siap sesat-sesat lagi sebab tersalah ikut kereta. Ingatkan kereta pensyarah, harap warna jek sama tapi no plat lain. Dah menjajau cari jalan. Nasib baik jumpa. hahaha...


Lawatan kami tu sekali dengan pelajar-pelajar dari UIA. Planning awal, kami nak ke YR dalam pukul 10 pagi. Tapi disebabkan budak UIA pun ada sekali dan mereka pun plan nak sampai awal dalam 8.30 pagi, kami terpaksa gerak awal pagi. 7.30 pagi dah gerak. Lepas tu, dah la saya dengan kawan tersesat plus sampai lambat, sampai-sampai sana budak UIA tak sampai lagi rupanya. Mana tak hangin weyhhh...


Tujuan kami melawat ke sana untuk tengok-tengok motif-motif Melayu yang digunakan dalam penulisan khat sebenarnya. Tapi sebenarnya kami bukanlah ambil subjek seni khat, cuma nak mengetahui jenis-jenis motif atau hiasan yang digunakan jek. Dekat dalam YR tu tak boleh ambil gambar sebenarnya. Jadi, tak dapatlah saya nak tunjukkan karya-karya yang cantik-cantik dari YR tu sendiri. Memang kagum yang teramat sangat.



Disebabkan gambar karya tak boleh ambil, memang kamera penuh dengan gambar kami jek la. Selamat membaca awak ^^




Penerangan dari petugas Yayasan Restu. Semua tu budak UIA jek.

**UIA??? dengar nama UIA jek tetiba memang rasa geram plus hangin yang teramat...
(maaflah. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga)




Baju ni menampakkan saya gemok :'(




dengan kawan2 sejabatan




bersama pensyarah, Dr. Norazlin dengan tutor, En Zahamri