Sunday, February 26, 2012

Shah Alam River & Trees for Life 2012


Assalamualaikum


Program: Shah Alam River & Trees for Life 2012
Tempat: Sg. Renggam, Seksyen 15, Shah Alam
Tarikh: 26 Feb 2012, Sabtu




Hokkeyyy hari ni aku join jadi volunteer untuk UM Cares untuk aktiviti tree planting. Yeahhh tanam pokok. Walaupun kat rumah tak pernah nak tanam pokok. Malas. Gigih common room bangun pepagi menapak ke bustop Main Library. Naik satu bas jek. Aku ni tahu la yang program tu nak tanam pokok tapi ingatkan tu projek UM Cares sendiri. Rupa-rupanya sampai jek kat Karangkraf. fuyoooo ramainya orang. Universiti lain pun ada jugak. Macam UiTM Puncak Alam, Sunway College tu jek yang aku ingat.


Sampai jek UMians (errrr betul kot aku guna) terus dapat breakfast. Lepas tu kena dengar penerangan dari organizer. Peserta dibahagikan kepada beberapa plot untuk tanam pokok. UMians dapat plot 8. Agak besar jugak kawasan tu. Sebab UMians ramai. Fine!


Gigih aku dengan yang lain cedok air kat lubang tanah tu (sebab semalam hujan). Lepas tu buka polibag terus letak dalam lubang. Timbus dengan tanah. Done! as simple as that. Tak perlu nak gali tanah sebab dah siap sedia tanah tu organizer gali. Melainkan kalau tanah tu tak berapa nak dalam. Orang kata, yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjiing. Buat sama-sama, cepat jek siap.









Lepas dah siap tu, UMians dapat lunch pulak. Lepas makan singgah kat perkarangan Karangkraf kejap. Ada autoshow katanya. Tapi tak best pun. Aku just masuk kedai buku Karangkraf jek. Dapat la beli Dara.com. Ada 20% diskaun.


Antara yang ada kat dalam kedai buku Karangkraf


Pak cik cakap 11.15 datang ambil kteorang. Berzaman tunggu kat tepi jalan tu. Dah macam PATI pun ada jugak kot. hohoho...tunggu punya tunggu pakcik pun sampai. Awak tu lambat seminit jek pun. Kalau tak, saya balik dengan awak hokeyyy tak naik bas. Nyampah!

UM Cares



No comments: