Thursday, January 1, 2015

Masam Manis 2014

Assalamualaikum.


Selamat tahun baru 2015 semua. Macam mana dengan tahun 2014 korang? Mesti banyak cerita suka duka. Oh, terlebih dahulu ucapan takziah kita ucapkan kepada mereka yang terlibat dengan banjir baru-baru ni. Allah does not burden a soul beyond that it can bear. Peganglah pada itu.

Masam Manis 2014

Alhamdulillah banyak perkara berlaku dalam tahun 2014. Masam ada manis pun ada. Its normal, babe. Ada juga impian dan harapan kita yang dah tercapai. Alhamdulillah kita dah kerja selama setahun. Kerja kerani dekat pejabat peguam jek. Kerja tak ada la mencabar sangat cuma sakit otak hari-hari dengar bos bebel pot pet pot pet. Even dah setahun, i really can't stand it, babe. Sesak. Tak apa. Cuba bertahan. Ah, tak nak cerita pasal kerja. Panjang sangat,. Tapi alhamdulillah sebab kerja ni la kita dapat kumpul duit untuk ambil lesen (D2). Dengan bangganya bulan Jun kita dah dapat lesen P. Dan sebab kerja ni jugaklah kita dapat beli kereta. Walaupun second tapi bersyukur sangat sangat. Terima kasih kepada yang membantu. So sekarang kita pergi kerja dah drive sendiri. Tak tumpang officemate lagi. Tak apa, pelan pelan kayuh, babe.

Oh dalam tahun 2014 jugak kita berjaya memberanikan diri ini untuk pergi ke Taiping, Perak jumpa family Jojo. Plus kenduri kahwin abang Jojo. Peh nervous kalau ingat balik. Alhamdulillah everything goes well. Family Jojo pun ok family besar Jojo pun ok sangat sangat. Yang penting, opah pun ok sangat sangat sangat. Triple sangat tu hehe...Yang paling sweet sour tu opah siap excited nak bergambar dengan kita. Sama la macam mak Jojo. Kesimpulannya, dia orang semua baik. Terima kasih untuk jemputan dan layanan itu. So, harapannya untuk tahun 2015 ni nak kena working hard kumpu duit banyak banyak preparing for our future. Macam Pak We (pak cik Jojo) cakap, kalau ada jodoh insha Allah jadilah tahun depan tu. Wuuuuu takut kita, awak!!!

   

     


Tahun 2014 jugak, Cica dah dapat adik perempuan. We call her, Yaya. She's  very the 'pau' baby. Alif pun baru jek dapat adik. Perempuan jugak. Nama belum tahu sebab belum dapat tengok baby girl lagi. Confirm 'pau' baby jugak hehehe...Kita suka baby =) Sebab tu la gatal nak kahwin dah. Ni semua penangan officemate yang dah kahwin lepastu mencarut carut dekat ofis hahaha...i will miss them damn so much. Kak Yanti, Cik Yati, Khaty, Fika, Rosma.



Masam Manis 2015

Hari ni dah masuk 1 Januari. Ada 364 hari lagi untuk buka buku nota kecil n catit semua planning untuk dicapai tahun ni. Harapnya tahun ni akan lebih murah rezeki. Kita nak cuba cari kerja lain yang lebih stabil dan bulan-bulannya lebih berpatutan masyuknya. Insah Allah rezeki ada di mana-mana.

Kita juga doakan orang orang dekat sekeliling kita berjaya dalam mengharungi kehidupan setiap hari. Semoga segala apa yang dirancang akan menjadi kenyataan tapi mestilah dengan usaha yang setimpal ya, awak.



Till we meet again, babe =)

No comments: