Assalamualaikum.
Hai dah lama kita tak update blog. Tak ada masa. Laptop problem. Internet problem. Plus nothing interesting to update. Oh by the way, hari ni saja nak update cerita pasal haritu kita pergi holiday ke Melaka. Bukan apa, dah 2 tahun kerja so saja la nak reward diri sendiri. Memandangkan 1 Mei hari pekerja dan jatuh pada hari Ahad, so kita plan holiday untuk 2 hari 1 malam. Pergi sabtu balik ahad. Kita plan holiday ni dekat 2 bulan sebelum jugaklah. Sebab banyak benda nak kena survey plus planning pergi dengan Kak Yanti n Rosma (officemate).
Hai dah lama kita tak update blog. Tak ada masa. Laptop problem. Internet problem. Plus nothing interesting to update. Oh by the way, hari ni saja nak update cerita pasal haritu kita pergi holiday ke Melaka. Bukan apa, dah 2 tahun kerja so saja la nak reward diri sendiri. Memandangkan 1 Mei hari pekerja dan jatuh pada hari Ahad, so kita plan holiday untuk 2 hari 1 malam. Pergi sabtu balik ahad. Kita plan holiday ni dekat 2 bulan sebelum jugaklah. Sebab banyak benda nak kena survey plus planning pergi dengan Kak Yanti n Rosma (officemate).
30 April 2016, Sabtu bertolak pagi dari rumah. Memandangkan suami Kak Yanti yang drive, so ke Bandar Hilir Cuma makan masa 2 jam kalau tak silap. Sampai sampai jek terus dapat parking (untungla jugak sebab public holiday time tu so parking seriously full). Firstly sampai terus pergi shopping kat depan Dataran Pahlawan tu beli souvenir apa yang patut. Since sampai pun dah tengah hari, terus pergi lunch dekat area situ saja. Mahal teruk kat situ. Makan nasi putih ayam goreng dengan sayur tempe jek pun.
Menara Taming Sari
Lepas jek lunch, terus pergi beli tiket untuk naik Menara Taming Sari. Masa tu tak ramai orang. Nasib baik la. Sebenarnya kita adalah orang yang paling takut ketinggian. Tapi bila naik Menara Taming Sari ni, fuhh rasa diri tu hebat. Seronok wehhh… dapat tengok pemandangan sekitar bandar Melaka.
Harga tiket naik Menara Taming Sari tu cuma RM15.00 untuk dewasa. Kanak-kanak lupa pulak charge berapa. Nanti akan dapat goodies bag jugak.
Muzium Samudera
Lepas dah puas naik menara, kita jalan ke kawasan belakang sikit, kita jumpa 2 buah muzium. Muzium Samudera dengan Muzium TLDM.
Untuk ke muzium ni korang nak jalan kaki pun boleh, nak naik beca pun boleh. Tapi kawasan dia memang dekat dekat jek semua tempat. Tapi kalau nak merasa naik beca apa salahnya, kan.
Tiket untuk masuk Muzium Samudera Cuma RM5.00 untuk dewasa.
Dekat dalam tu biasalah…muzium..ada banyak cerita dan gambaran tentang kapal samudera. Sejarahnya kita tak berapa tahu sangat. Walaupun subjek sejarah kita cap jempol kakakaka…
Cuaca panas tambah dengan public holiday pehhh orang kemain sesak. Sila banyakkan bersabar kepada siapa yang pergi masa public holiday. Tapi nasib baik jugak la dalam tu ada aircond (walau tak kuat mana pun).
Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)
Muzium ini terletak berdepan sahaja dengan Muzium Samudera. Senang cari. Masuk percuma. Panas wooo dalam ni. Tak boleh masuk lama lama. Tapi yang best dalam ni banyak tahu pasal TLDM la. Kalau korang nak tahu, boleh singgah sini kay nanti. Alaaa percuma jek, kan. Pergi tau!!!
906 Boutique Hotel
Kita booking 2 bilik. 1 Kak yanti n husband n baby. 1 lagi kita dengan Rosma. So boleh la share separuh. Hehehehe…jimat!
Ini gambar masa nak check out. Tu yang bersepah sikit hehee…kondisi sebenar tak macam ni. BTW sangat selesa. Sejuk pun sejuk. Boleh pergi lagi time honeymoon nanti agaggaga…
Check in hotel. Lepak-lepak tidur kejap petang pukul 5 keluar sambung jalan jalan lagi. Petang tu plan pergi The Shore Tower dengan River Cruise. Itu kita sambung next entry jek okay. Sebab menaip awal pagi, so mata dah mengantuk (typing on 1.15 a.m.).
Kepada yang dah baca. Thank you so much.
No comments:
Post a Comment