Monday, July 25, 2016

#projekraya | Crispy Popia

Assalamualaikum dan Salam syawal ke-19.

Korang dah habis beraya ke? Raya nak habis dah ni. Kalau belum baik luang-luangkan masa ok. 

Previous entry kita ada bagitau yang bulan puasa hari tu kita ada buat bisnes sikit kan. Ya ya ya kita buat homemade popia nestum. Kita bagi la nama special sikit kan bagi customer tengok woww hahhaha #CrispyPopia .




#Crispy Popia ni ada Ada 3 flavour tau. Nestum. Coklat. Cheese. 

Siap buat label lagi kau. Label adik yang design. Nasib ada kawan kerja kedai print sticker label. 



Resepi popia nestum ni boleh google je. Bersepah resepi dan cara nak buat. (Kalau sempat kita boleh share sini)



Buat dia sumpah senang gila. Tapi menduga kesabaran dan keimanan korang sebenarnya. Mana taknya...nak gulung2 kulit popia tu kena hati yang kentanl tapi tangan nak laju bak mesin penggulung. First plan konon nak try jual 50 balang saja, sebab beli balang pun 50 jek (beli borong dekat Pasaraya Cowboy). Sebabnya waktu sangat terhad. Aku handle bab gulung n packing. Adik handle bab goreng. Pulaknya waktu terluang cuma lepas kerja jek. Apa lagi, balik kerja, lepas waktu buka puasa mulakan operasi menggulung popia.

Gulung pun gulung goreng punya goreng, siapkan 20 balang dulu. Minta sepupu jualkan. Pulaknya sepupu tu memang kaki bisnes. Laku keras uollss...esoknya dah minta tambah stock lagi. Waduhhh..confirm kena tingkatkan kelajuan menggulung dan kesabaram hati. Apa lagi siapkan la balance 30 balang tu. Siap je terus hantar ke sepupu. Esok esoknya pulak sepupu minta stock lagi awak!!! Tu tak masuk dengan yang order last minit lagi. Nak ambil tengah malam lagi hahahaha. Dia kata buat lagi banyak banyak. Kita pun apa lagi tingkatkan usaha dan kurangkan membuta huhuhuu...






Alhamdulillah...plan awal yang cuma nak jual 50 balang je akhirnya dapat siapkan n jual 150 balang untuk 3 minggu. Berhempas pulas juga la dengan waktu yang sangat limited. Itu pun tak cukup sebenarnya. Nak disuruhnya kita tambah stock lagi. Tapi takpela jangan tamak2. Ikot daya kemampuan je.

And yeahhh our #projekraya is awesome bebeh.
Thank you kepada customer yang beli #CrispyPopia kita. Thank you pada yang terlibat secara langsung n tak langsung terutama sepupu kita Cici cicot sebab melakukeraskan #CrispyPopia kita.

InsyaAllah next Ramadhan boleh buat comeback dengan lebih banyak perisa baru wehuuu...

Jumpa #CrispyPopia tahun depan ok. Muahciked. Byeee....

Saturday, July 16, 2016

Selamat hari raya!

Assalamualaikum.

Salam syawal ke-10.

Selamat hari raya maaf zahir batin.

Macam mana dengan hari raya korang? Mesti excited pergi beraya sana sini, kan? Baguslah. Atok kita kata ziarah menziarahi semasa hari raya ni sunah. Yang dah besar besar tu dapat duit raya lagi tak? Bagus la kalau dapat. Rezeki ku. Simpan dalam tabung ea.

Kita raya tahun ni sama je dengan raya tahun sebelum sebelumnya. Sehari sebelum raya balik kampung. Raya pertama kedua pergi beraya rumah saudara mara. Raya ketiga dah balik rumah. Mereput dekat rumah sampai habis raya. Bukan tak nak pergi beraya. Dah orang tak bagi pergi beraya. Suruh mereput tidur 24/7 je. Keluar pergi kerja balik kerja pergi kerja. Tu je. *tepuk tangan*

Orang ajak ajak pergi beraya kita bagi macam macam alasan. Eii sakit hati kita tau. Huh malas nak fikir dah.


Ohh bulan puasa haritu kita terlebih rajin boleh buat bisness awak! Tak tahu kenapa macam ter-rajin pulak. Tapi its a good start jugak la. Kita buat popia nestum tau. Homemade!! Nanti la kita share pasal bisness tu okay. Memandangkan dapat sambutan yang baik,  InshaAllah tahun depan kena sambung bisnes ni.

Ok la kita sambung di entri akan datang.

Nah gambar ootd raya



Bye...