Saturday, July 16, 2016

Selamat hari raya!

Assalamualaikum.

Salam syawal ke-10.

Selamat hari raya maaf zahir batin.

Macam mana dengan hari raya korang? Mesti excited pergi beraya sana sini, kan? Baguslah. Atok kita kata ziarah menziarahi semasa hari raya ni sunah. Yang dah besar besar tu dapat duit raya lagi tak? Bagus la kalau dapat. Rezeki ku. Simpan dalam tabung ea.

Kita raya tahun ni sama je dengan raya tahun sebelum sebelumnya. Sehari sebelum raya balik kampung. Raya pertama kedua pergi beraya rumah saudara mara. Raya ketiga dah balik rumah. Mereput dekat rumah sampai habis raya. Bukan tak nak pergi beraya. Dah orang tak bagi pergi beraya. Suruh mereput tidur 24/7 je. Keluar pergi kerja balik kerja pergi kerja. Tu je. *tepuk tangan*

Orang ajak ajak pergi beraya kita bagi macam macam alasan. Eii sakit hati kita tau. Huh malas nak fikir dah.


Ohh bulan puasa haritu kita terlebih rajin boleh buat bisness awak! Tak tahu kenapa macam ter-rajin pulak. Tapi its a good start jugak la. Kita buat popia nestum tau. Homemade!! Nanti la kita share pasal bisness tu okay. Memandangkan dapat sambutan yang baik,  InshaAllah tahun depan kena sambung bisnes ni.

Ok la kita sambung di entri akan datang.

Nah gambar ootd raya



Bye...

No comments: