Thursday, September 8, 2011

6 Langkah Mudah Rehatkan Perut

Memandangkan sekarang ni musim raya, sure la awak-awak semua dok balun jek makan melantak segala makanan yang ada depan mata. Tak cukup dengan kuih raya, dihidangkan pula dengan ketupat, rendang, kuah kacang yang sangat delicious. Tu baru satu rumah jek...kalau 5 6 rumah awak-awak pergi dalam satu hari, lepas tu dihidangkan pulak dengan makanan yang lebih kurang sama jek...mau tak meletup kebabommm perut awak-awak semua, kan.



So, nak share la jugak langkah mudah untuk rehatkan perut ni untuk saya dan awak-awak semua.


  • Makan secara sederhana. Boleh makan pelbagai jenis hidangan yang disediakan oleh tuan rumah, tapi kalau boleh biarlah bersederhana jek. Jangan dok tamak sangat sampai penuh pinggan dengan makanan. Dah macam esok tak nak makan lagi. Proses ni dapat membantu kantung perut awak-awak yang kecil tu supaya tak overloaded.

  • Pilih makanan yang kurang lemak, gula dan garam.

  • Banyakkan minum air kosong. Elakkan minum minuman yang bergas, bersoda, atau ais sebab ia mampu menghalang proses pencernaan.

  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Boleh dimakan bila perut kosong. Dikatakan dapat bertindak sebagai ejen nyah toksin.

  • Kunyah makanan secara perlahan-lahan. Proses ini akan memudahkan proses penghadaman. Ia juga merupakan sunnah Nabi mengunyah makanan sebanyak 40 kali.

  • Makanlah secara teratur. Ia dapat 'mengajar' badan untuk berfungsi dengan lebih baik dan cekap.

2 comments:

echa takashimaya said...

perut ni tak nak ikut step masalahnya.mulut asek nak makan je!hehe.

Sarahlaa... said...

hehehe...tu la pasal..tp kesian dekat perut...penat die.dok bekerja jek 24/7.