Tuesday, December 25, 2012

Allah's plan

Hai n assalamualaikum...

Wahhh rasa macam dah lama tak update blog. Sebenarnya banyak benda nak update tapi semuanya macam nothing jek plus i was sooooo busy lately. Hey, hari ni seharian terperuk dalam bilik dengan harapan nak study la konon. n seharian ni jugak i pakai sweater dalam bilik dengan hanya kelajuan kipas yg i bukak no 3 jek pun terasa sejuk kemain. [lately i used  'I' dalam ruang maya]

Sebenarnya dah 4 hari i balik BP. for study week actually. tapi ntah tak tahu bila nak balik KL semula. sebab for sure i takkan rajin study kat rumah. plus hadap tv 24/7 plus ada alif n adam kat rumah. owhhh dorang sangat comel. rindu sangat kat dorang. n sebab tu jugak la i balik kejap. 

Nothing to be share actually. cuma merajinkan jari menaip sesuatu untuk hilangkan bosan.

Oh yeahh, kita selalu dengar manusia merancang tapi Allah yang tentukan. Our plan was last minit cancelled. Sebenarnya bukanlah plan apa pun tapi it seriously buat i rasa nervous yang teramat. Mengikut plan i akan jumpa my future family..hahaha tapi my boyfie cakap mak dia kena pergi banyak kenduri pulak plus ada saudara dia punya weeding kat kedah. So, i tak jadi la pergi. Melainkan i nak la ikut my boyfie balik tapi duduk kat rumah ada ayah dia jek. Oh sangat tak perlu. Nampak sangat i yang kena masak n setel everything nanti. btw, im not their menantu yet...ececehh

but plus tetiba petang jumaat lepas my boyfie terpaksa balik kampung tetiba sebab kawan dia excident teruk [katanya otak sampai hancur] n meninggal. so, mak dia suruh balik sebab arwah satu kelas dengan dia dulu. n plus disebabkan semua tu cuti pun dah habis. n everthing was cancelled. ok takpe, alasan kukuh n boleh diterima. but then, i terfikir banyak plan kitorang rancang but was cancelled. bila i fikir negatif, macam ia satu petanda yang...urghhhhh...but i try to be positive..insyaAllah everythings gonna be fine....Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya


n yeahhh, haritu ada cerita yang sangat scary. i hampir jadi mangsa ragut. actually bukan ragut la cuma cubaan nak mencuri jek kot. tapi serius scary...i plan beli tiket untuk balik bp dengan kawan2 [3 of us]. So kitorang pergi TBS naik lrt jek. n dalam lrt i rasa tak sesak mana pun. n lepas tu pergi masjid jamek sebab haritu ada pasar malam. n i teringin nak makan uncle bob sebab dah lama tak makan. n bila sampai bilik dah siap2 makan around pukul 11 macam tu i nak check bag tetiba bag i koyak. besar. macam kena toreh dengan pisau. gila terkejut. jantung i terus dupdapdupdap. panik. i terus try toreh guna pisau n its worked. memang pisau. n memang ada orang nak rompak i. cuma maybe dia tak sempat. 

tapi logically kat pasar malam memang ramai orang n memang akan berhimpit dengan sapa-sapa pun n i takde la syak akan ada orang nak mencuri time tu.n my boyfie said taktik macam tu memang famous sekarang ni. n i kena dengar dia bebel..ohhh sangat tak best. fuhhhh...lega sebab takde apa yang hilang melainkan bedak maybelline i yang baru beli tu.mahal kot. tapi takpe janji wallet selamat. seriuosly memang takde duit langsung kat wallet time tu tapi banyak dengan kad. apa yang jadi tanda tanya time bila kejadian tu berlaku. kat tbs? dalam lrt? or pasar malam? nothing is impossible...semua kerja Allah...alhamdulillah sedikit trauma n fobia tapi insyaAllah akan lebih berhati2 lepas ni. lepas ni nak bawa beg silang yang kecik tu jek. senang. 


beg i kena toreh 3 tempat n koyak sangat besar.


lately i tersangat la busy dengan assignment n projek. sangat2 banyak. n i benci group assignment. leceh. perkataan kerjasama tu susah nak jumpa in a teamwork sebenarnya. wooo tiap kali sem pun sama jek. i busy dengan tarian untuk santai seni la dengan assignment yang melambak n projek yang superb susah. mungkin ramai orang kata dia bangga bila tengok hasilnya. tapi kalau la korang rasa penat lelahnya urghhhh nak pengsan wehhh..yup, its a group project too. stress berhari-hari. balik bilik dengan keadaan penat. n sorry to roomate sebab terkesan daripada mood i. bhahaha..i marah i diam. i penat i diam. being alone is the best. takde gangguan. 

cuba la korang bayangkan dari benda yang sebesar-besar masjid negara tu nak ditransferkan ke bentuk sekecil yang boleh. as a replika. mencabar kot. nak buat tang tiang, menara, kubah yang bukannya bulat serious sangat stress. tapi alhamdulillah Allah's plan is the best. kitorang berjaya siap tepat pada masanya. its Allah's plan... walaupun last2 minit tu gelabah tak siap apa lagi. tapi we kept on rushing cuba yang terbaik. n we're done. yeahhh...n lecturer dah publish markah kat spectrum. again alhamdulillah group kitorang dapat markah tertinggi. n sekarang just fokus on exam jek. tahniah kat fiza, diba n aishah n semua group lain jugak. im gonna miss my teman sestudio...[rindu gelak tawa korang]


our replika masjid negara


yeahhh..tetiba hujan turun dengan lebatnya pulak lagi menggalakkan i untuk tidur. [tolak nota ke tepi] so, korang yang nak exam jugak i wish u goodluck for final ya...



see you then xoxo
[with love-MAI'sarah]

Sunday, November 25, 2012

Bukan Senang

Assalamualaikum...

Hai, morning...

'Kasihnya ibu membawa ke syurga, kasihnya ayah sepanjang masa.'

Pagi yang diiringi dengan air mata tatkala mengenangkan dia yang tak lagi di depan mata. Sedih.

Baru jek lepas dapat call dari emak. Ok sentap tetiba mak call pepagi. Ingat nak kejut ke apa.Rupa-rupanya mak tanya, 'kau ada call saiful tak?' ok aku pun jawablah ada semalam tengah hari.

Lepastu terus mak start menangis. Kesian, mak.

Nak dipendekkan cerita, my adik bongsu (Saiful) baru jek dapat panggilan dari UiTM even tak jauh mana pun. Kat Segamat jek. Tapi alhamdulillah. Nak dicerita pulak, proses nak buat keputusan tu warghhhh gila migrain aku dibuatnya. Maklumlah akak sulung, semua tolak kat aku. Plus yang aku tak pandai nak tentukan pilihan yang baik. Antara KPTM or UiTM. Aku sangat kenal dia. Kalau dia nak itu, maka itulah yang akan dia pilih. So, untuk tak serabutkan kepala dia, aku kata pilih apa hati kau kata. Apa yang kau minat. Walaupun abah cakap 'terpulang la kau nak pilih yang mana' tapi ayat tu sendiri ada maksud tersirat. Aku kuat memikirkan yang abah memang nak dia pilih UiTM. Tapi pada masa yang sama abah tak halang kalau dia nak pergi KPTM. 

Cerita pendek, semalam mak, abah, ain plus syuhada pergi hantar my adik. Dia kata, 'syuhada ada sekali baru semangat sikit'...puihhhh tak guna punya adik. Apa guna mak abah yang hantar macam tu kan...bhahahha

Kembali pada tajuk asal, mak sedih. Kesian. Mak nak call my adik, tapi takut nanti mak tak boleh cakap (sebab mak for sure akan menangis). Tengok! gila manja tak my adik.tstttt....yelah mana taknya dari kecil kita orang adik beradik tak pernah berenggang dengan family. Ni tuptup dia dah masuk U. Tapi time aku 1st time masuk UM, takde la beria mak nangis.bhahahha...jahat gila aku kan. Takpe la. Apa yang mak abah bagi dah kira cukup besar bagi aku. Mak terus nangis dan menangis. Aku yang dengar tipu la kalau tak nangis. Aku kan perempuan air mata. Hmmm...mak sedih fikir ntah senang ke dia kat sana, cukup makan ke tak (sebab selalu kat rumah, kalau malam jek dia akan lapar n masak sendiri), selesa ke kat sana, ok ke kat sana. Aku cakap kat mak, 'takpelah mak, biar dia belajar berdikari kat sana. Dia ok jek kat sana. Mak takyah fikir banyak sangat. Mak janganlah nangis. Lepastu mak boleh pulak cakap 'macam manalah mak tak nangis, dia tu semalam cakap naik tanggan jek dah penat. Mak takut nanti malam-malam dia lapar macam mana?Dia tu kan selalu lapar kalau malam.' Tengok! kasih ibu walaupun berenggan jauh sikit pun hatinya tetap risau bukan kepalang. 



Bukan senang untuk jadi seorang ibu. Mengandung, melahir, dan menjaga kita sampai dewasa. Dan sampailah masanya kita akan berjauhan dengan mereka. Luar kata takpe, jangan risau. Tapi dalam hati hanya Allah yang Maha Tahu. 


Ya Allah, kau bimbinglah kami dalam melaksanakan amanah-Mu. Iringlah kami dalam menghadapi dugaan duniawi-Mu. Bimbinglah kami agar kami tidak lalai dalam menuntut ilmu-Mu. Bantulah kami ya Allah untuk membawa kejayaan kepada ibu bapa kami.


Ya, Allah. Kau tabahkanlah hati emak dalam menghadapi dugaan-Mu. Kuatkanlah hatinya untuk menunggu kejayaan anak-anaknya. InsyaAllah...




#gara-gara ais krim, aku diserang tebuan. habis jadi belon tangan kanan.
(Semalam join program 1 Hari 1 Felda anjuran PERSADA, UM kat Felda Lurah Bilut, Pahang)

Friday, November 2, 2012

Gold day ever


Hey, its November babe!

Alhamdulillah...dah almost dua bulan jugak.

Mengharapkan dua bulan itu akan berterusan dan terus kekal. Aminnn...

pssstttt...a big plan will be coming up, babe. Cuak kebebeh!!!

Mohon doa dari kalian [SENYUM]



hey, bulan lepas saya berjinak-jinak ambil berkat...

jadi pengapit untuk my roomate [PEACE]



my roomate's wedding...again, tahniah Hilal & Hana
(kalau sempat, akan update pasal wedding dia nanti)


??? next, turn siapa ???
-be ready girl-


Tuesday, September 18, 2012

Walimatul Urus: Rafika & suami

Assalamualaikum...


Cerita basi. Dua minggu lepas sebelum balik KL sempat jugak aku pergi weeding kawan. Rafika(Apit) Kawan time sekolah menengah. Alhamdulillah...lama kot deorang kenal-couple-tunang sampai la dah nikah ni. Kalau tak silap since kita orang form 3. Fuyooo...dah jodoh. Seriously excited sebenarnya nak pergi weeding dia sebab dapat jumpa kawan2 lama. Memang lama gila tak jumpa. Dah macam reunion pun ada jugak. Tapi kita merancang Allah yang tentukan. Tak ramai yang dapat jumpa, mungkin masing2 busy. Tak kisah. Yang tak boleh bla tu, soalan wajib tanya tu memang buat telinga berasap jek. Kau bila lagi??? sorang2 kena bantai dengan soalan tu. Tapi aku still mampu SENYUM jek. Fssstttt...



Tapi sebenarnya dalam2 excited ada juga rasa Ya Allah!!! tak nak pergi boleh tak??? Takut gila kot. Nervous. Mengada-ngada tak, rasa sampai macam tu sekali. Hahahaha...takut bukan apa, sebab beberapa minggu sebelum weeding tu terperasaan yang mr.E pun klik 'join' wedding tu dekat facebook. Rasa macam nak gugur jantung. Ceh, tipu sangat! Fakta, kawan aku kawan dia jugak sebab aku dan dia dari sekolah yang sama. LOL...macam2 dah fikir dalam kepala otak kot2 terserempak dengan dia ke apa kan. Dah siap doa banyak minta dielakkan untuk terserempak dengan dia. Takut wooo...buat apa nak takut kalau kau tak salah, kan??? Sorry that is not the real me. Salah ke betul ke biarlah aku tak jumpa dia n dia tak jumpa aku. At last, sampai2 jek rumah Apit mata terus melilau sana-sini kot2 ternampak dia kat situ. Tapi, keadaan selamat. Tarik nafas lega. [SENYUM]


Sorry. Intro panjang berjela plus tak ada kaitan. Heh!
Jom layan gambar jek.




thanks Apit for the gift =)


Planning pergi wedding Apit dengan Elyia. Tak tahu pulak dia dah deal dengan siapa lagi. Tuptup Jiji n Nas yang datang rumah ambil aku. Thanks.



dari kiri: Jiji, Izzudin, Epi, Nas


Perempuan wajib tangkap gambar. Wajib? tak la. Mesti jek. Macam biasa aku sebenarnya bawa jek kamera tapi memandangkan Sarah punya kamera lagi besar (DSLR) so tak payah la mengada nak tayang kamera kecik aku tu. Simpan jek. Dari awal datang sampai nak balik, sakan bergambar. Lantak situ.


gambar credit to Sarah

dari kiri: Sarah, Rahmah, aku, Faizah, Elyia n Dayah









Pergi weeding kawan tapi kamera penuh dengan gambar sendiri jek. Tak ada gambar pengantin. Apa kes? Maklumlah pengantin busy mekap tak sudah. Last2 tunggu time bersanding jek. Itu pun gambar pengantin jek. Gambar kita orang dengan pengantin langsung tak ada. Kesian. Kempunan nak ambil berkat. Bhahahaha....




pengantin lelaki



pengantin perempuan (Apit)
sweet gila kot plus baju dia cantik sangat. Lain dari yang lain.




guna tema purple pulak tu. my favourite colour sangat. Cantik =)
btw, siap ada hiasan landskap kat depan pelamin tu (sorry takde gambar)



sepanjang time bersanding aku dok tenung cik pengapit jek.
maklumlah empunya diri bakal jadi pengapit ni.
i cuak uolls ==' kalau fail, silap2 kena pecat nanti



tambah kawan




the ugly me...
sesetengah orang kata aku dah gemok & sesetengah orang juga kata aku makin kurus
so, mana satu betul???
rasanya dari dulu sampai sekarang aku memang macam tu jek
maintain jek. tak kurus tak gemok [hoiiiii perasan!!!!]
muahahahahaha


Selamat pengantin baru Apit n suami
insyaAllah kekal sampai ke Jannah

doa2 kan aku juga tau...bhahahaha


Wednesday, August 29, 2012

Senyum



[SENYUM]


"Orang yang kita sayang atau orang yang sayang kita... Pilihlah"

Saturday, July 28, 2012

Andai kau tahu



Andai kau tahu apa yang ada di dalam hati tatkala dia melepaskan segala
Andai kau tahu apa yang terluah tatkala dia huraikan semua
Andai kau tahu apa yang aku bayangkan tatkala dia ada dengan kau
Andai kau tahu diri ini tidak mudah untuk memadam secalit memori pun
Andai kau tahu hati ini sudah tidak mampu menangis bila mendengar semuanya
Andai kau tahu diri ini tak mungkin mengharapkan kau lagi
Andai kau tahu yang segalanya dah sampai ke titik akhir kini

Thursday, June 28, 2012

Cinta untuk Bella - Part 3



**sambungan
(baru ada idea nak sambung cerita :P)


Di dalam kereta masing-masing mendiamkan diri sehinggalah Aiman mula bersuara.
“Dah lama kita tak jumpa, kan?”
“Agaklah.”
“Bella macam mana sekarang? Study lagi or dah kerja?”
“Saya dah bekerja pun.”
“Kerja dekat mana?”
“Butik. My own boutique. Dekat Shah Alam.”
“Wow. Businesswoman la ni.”
“Yup.”
“Bella ni kenapa? Berpatah-patah saya tanya, sepatah-patah je Bella jawab. Bella masih marahkan saya ye? Saya tahu.”
Tau tak apa. Dah tahu orang memang tengah angin dengan dia, boleh pula dia tanya lagi. Orang macam ni pun ada ke?
“Saya nak marah awak? Awak ada buat salah dekat saya ke?”
“Bella, janganlah macam ni. Saya tahu Bella marahkan saya tapi tu kan cerita lama. Kisah yang lepas. Orang kata kisah yang lalu jangan dikenang.”
Ekeleh mamat ni. Nak buat lawak free pula. Tak kelakar langsung pun la.
“Sebab kisah lama la saya masih kuat sampai sekarang. Sebab kisah lama la saya tahu erti kehidupan sampai sekarang. Sebab yang lama la saya mampu jadikan ia pengajaran dan panduan untuk diri saya hari ini.”
“Ya. Itu saya tahu. Dan saya tahu yang Bella sebenarnya memang dah maafkan saya, kan?”
Ishhh. Confident gila mamat ni. Tak kuasa aku nak melayan.
“Saya ni bukanlah zalim sangat sampai tak boleh nak maafkan orang.”
“Alhamdulillah. Terima kasih Bella. So, kita berkawan balik?”
“Saya dah lama maafkan awak dan selama ni pun saya dah hanya anggap awak sebagai kawan saya. Sama macam Akmal dan Noni.”
“Tapi kalau lebih daripada seorang kawan?”
“Terima kasih sebab hantarkan saya balik ke rumah.”
Mereka sudah pun berada di hadapan rumah Bella dan persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan dari Bella. Itu membuatkan Aiman mengeluh panjang.
…………
“Siapa hantar kamu balik, Bella?”
“Orang gila, ibu.”
“Aik, ada juga orang gila yang berkenan dengan anak ibu ni, ya?”
“Aiman la, ibu.”
“Aiman kawan Bella yang dulu tu ke? Bella masih kawan dengan dia lagi ke?”
“A’ah. Dia la tu. Kawan biasa je. Tiba-tiba je dia muncul tadi dekat kafe masa kita orang tengah berbual. Rupanya Aiman tu kawan Akmal, satu tempat kerja.”
“Owh. Tiba-tiba dia muncul siap hantar anak ibu balik ni, kira macam cinta berputik kembalilah ya?”
“Ish ibu ni. Tak payah nak mengharap sangat la ibu. Bella malas nak fikir fasal benda ni. Lantak la dia nak buat apa. Tak kuasa nak layan dia, ibu. Luka lama belum pulih sepenuhnya, ibu.”
“Tak baik pendam perasaan macam ni, Bella. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana masa silam yang pahit tu, kamu tolak manisnya hidup pada masa depan kamu. Mesti ada sebab kenapa dia muncul dan jumpa dengan kamu.”
“Entah la, ibu. Bella tak tahu nak fikir macam mana lagi. Bella naik dulu, ibu. Penat. Nak mandi. Tak solat asar lagi ni.”
“Lepas maghrib nanti turun. Kita dinner sekali ya.”
………….
“Wah, banyaknya ibu masak. Nampak sedap. Kita ada celebrate apa-apa ke malam ni?”
“Ish, anak dara ayah seorang ni baru nak turun? Ingatkan tolong ibu masak dekat dapur tadi. Bertuah betul. Macam mana nak kahwin ni nanti.”
Alahai kalau ayah dah start membebel memang parah la. Habis ceramah jek time makan nanti. Confirm.
“Ayah ni kalau tak cakap pasal kahwin dengan Bella memang tak sah, kan. Tak nak makan la macam ni.”
Itulah Bella. Anak yang manja. Tetapi manjanya bukanlah terlampau dibiarkan oleh ibu bapanya. Maklumlah, anak tunggal.
“Ayah bukan apa. Ayah cuma risau. Umur Bella semakin hari semakin meningkat. Kalau lelaki tak apa la juga. Tak kisah kalau kahwin umur 30 tahun ke atas pun. Tapi awak tu perempuan. Tak elok dipandang orang.”
Arghhh..asyik fikir pasal orang je ayah ni. Perasaan anak sendiri tak pernah nak kisah. Geram je. Bukanlah aku tak mahu berkahwin hidup bahagia macam orang lain. Tapi, masa silam dan kenangan aku bersama lelaki terlalu pahit. Lepas apa yang berlaku membuatkan aku takut untuk berteman dengan mana-mana lelaki. Baik Nizam atau pun Aiman. Lelaki semuanya sama je. Fobia. Entah sampai bila aku nak jadi macam ni agaknya. Mungkin susah nak bagi peluang pada lelaki lepas semua tu.
“Sudahlah la tu. Makan cepat. Penat ibu masak semua orang macam tak lalu nak makan. Nanti kita bincang lagi pasal ni ye.”
Bincang lagi? Tak habis lagi ke? Adoiii…
Selepas habis makan Bella terus naik ke bilik. Lebih baik dia tidur. Malas nak menonton televisyen dengan ibu dan ayahnya.
……….
Kini sudah hampir dua minggu Bella tidak berjumpa Aiman selepas Aiman menghantarnya pulang ke rumah tempoh hari. Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini Bella asyik teringatkan Aiman. Teringatkan kisah mereka berdua suatu ketika dahulu. Kadang-kala sampai Aiman boleh termasuk sekali dalam mimpi tidur malamnya.
Ishhh Bela, kau ni dah parah sangat. Yang tiba-tiba kau asyik terkenang dekat mamat gila tu dah kenapa?
Seperti biasa, waktu hujung minggu Bella hanya di isi dengan terperap saja di dalam rumah. Bersama dengan keluarganya. Cuma kadang kala saja dia keluar jalan-jalan dengan rakan-kanannya. Tapi tidak untuk hari ni.
“Bella tak keluar hari ni?” tanya ayahnya sambil melihat Bella yang seperti tidak senang duduk di rumah.
“Malaslah ayah. Penat. Nak rehat je.” Jawab Bella sambil mencebikkan mukanya.
“Minggu depan ada orang nak datang meminang Bella.”
Bella yang sedang khusyuk member ikan makan di kolam terus berpaling melihat kea rah ayahnya.
“Orang datang meminang? Siapa pulak yang suka-suka nak datang meminang Bella ni? Siapa ayah?”
“Manalah ayah tahu. Bella seronok yang bercinta tanya ayah pulak siapa yang nak datang meminang dia. Ishhh…tak faham budak zaman sekarang ni.”
“Tapi ayah, Bella mana bercinta dengan siapa-siapa pun.”
“Ibu, siapa yang nak datang meminang Bella ni?” Bella bertanya kepada ibunya yag kebetulan muncul dari ruang dapur membawa sedulang minuman petang bersama sedikit kuih-muih.
“Ibu pun tak tahu. Tapi berani juga ye orang tu nak datang meminang anak ibu ni ye.”
Ish. Apa maksud ibu ni sebenarnya. Sampai tak tahu siapa yang nak datang ni. Setahu Bella, dia memang tidak bercinta dengan sesiapa sekarang.
“Ayah harap Bella tak tolak lamaran orang tu nanti. Bella terima ye? Lagipun Bella dah makin dewasa. Senang hati ayah dengan ibu kalau dah ada orang yang boleh tengok-tengokkan Bella nanti.”
“Ish ayah ni. Bella tak ready lagi la. Tak nak la.”
“Kalau nak ikutkan ready Bella tu, sampai bila-bila pun tak ready lagi. Sudah-sudah la tu ingatkan perkara yang lepas. Buka buku baru. Cuba belajar buka pintu hati Bella tu untuk orang lain.”
Ahh, ibu dah mula membebel.
“Hurmmm… tengok la macam mana nanti ayah, ibu.”
……….
Semalaman Bella tidak boleh tidur memikirkan siapa orang yang bakal datang untuk meminang dirinya. Mengingtakan perkara yang lepas membuatkan Bella takut untuk menghadapi masa depan. Terlalu takut. Kisah Bella dengan Nizam, kisah Bella dengan Aiman yang telah membuatkan dia tidak lagi mempercayai lelaki dalam soal perhubungan yang dijalin. Bagi dia sejak saat itu sehingga kini, kebanyakan lelaki sama saja. Bagi mereka sesuatu perhubungan itu hanya sekadar permainan. Tidak pernah serius. People’s perception never change.
Maafkan aku wahai kaum Adam kerana tidak mempercayai kamu. Pengalaman aku membuatkan aku begitu menghargai setiap inci kehidupan aku. Aku takut untuk terjerumus lagi dalam perhubungan yang sekadar permainan kamu.
Bella melihat pantulan dirinya di cermin.
Patutkah aku terima saja pinangan orang itu. Walaupun aku tidak tahu siapa bakal tunangku sendiri?
Arghhh…serabut!!!

Wednesday, June 20, 2012

Trip to Taman Botani Shah Alam

Assalamualaikum...



Just my shortly update pasal my weekend activity...



Bas port klang berwarna biru,
Menuju ke taman bersama SERUM,
Hajat hati saja-saja nak hilangkan celaru,
Gembira hati sentiasa tersenyum.



Last saturday, 16Jun saya join program lawatan SERUM, UM pergi Taman Botani kat Shah Alam tu. Just suka2 nak hilangkan stress...Jalan2 teroka tempat orang. Ni lah masanya nak luaskan pemandangan. Time dah kat alam kerja nanti sure susah nak cari masa kot. Lain pulak kalau dalam alam keluarga nanti...bhahaha...ok merepek...


Macam biasa, kumpul dekat bustop main library pukul 8.30 then tunggu budak2 lain lepas tu terus gerak...terkejut!!! sekali punya tengok, naik bas port klang. Dah kenapa??? hadoiii...masalah jiwa betul la kannn. Dalam bas tu dah dok berangan yang bukan2 jek. MasyaAllah...mengarut sangat kan. Tak perlu kot semua tu. Serious over terlebih kau minah. Sudah2 la tu, jangan dikenang orang yang tak kenang kita.


Sampai jek sana terus rasa excited gilak nak masuk dalam. Tunggu punya tunggu sebab kena setelkan pasal makanan dulu. Ok, bila dah setel terus gerak masuk. Beratur panjang ikut turn nak naik bas untuk ronda2 kat dalam tu. Seronok!!! actually sebelum pergi sini saya nak search kat pakcik google pasal taman botani ni. Macam2 ada...gambar kat bawa menunjukkan apa yang ada kat sana. serius best!!! sampai ada kawan2 jealous saya pergi sana dan terus rasa nak pergi sana jugak. Faktor rakan sebaya sangat kannn...bhahaha



sambil tunggu bas, kita snap gambar dulu
**ni jek ahli common room yang join
saya, Nad, Linda n Ain






feeling angin sepoi2 bahasa kat atas bas
**hoyeahhh dapat edit jerawat yang super duper besar...lalala



atas bas



tempat 1st pergi, taman cendawan
dapat naik pondok yang tinggi gilak tu. tapi saya naik setakat level 1 jek
tu pun dah gayat + cuak gilak
tapi dia orang naik sampai atas



laju buai ku laju...aku nak kahwin dengan anak raja
ehhh taknak ahhh kahwin dengan anak raja. tak best!!!


muahahaha...seronok gila main buai. teringat zaman kecil
maklumlah sekarang dah besar panjang
dah boleh kahwin pun..lalala
**abah dah bagi greenlight wooo



next station pergi...





sekarang tengah musim bunga...


sebenarnya sebelum pergi sini, saya terfikir yang mesti kat sini ada tunjuk semua 4 musim tu. rupa-rupanya just 1 musim jek. perghhh memang la hampa sikit sebab teringin nak merasa musim sejuk macam kat overseas tu :'(



owhhh posing sendirian yang failed!!!
ntah pape jek =='



yang ini tak failed...



again :D



again, its failed...

sebenarnya tangan tu cover jerawat yang super duper besar. dah la tumbuh betul2 kat temapt tahi lalat saya bawah bibir tu. seriously mencacatkan muka...bhahaha...tapi sekarang dah gone, hilang (time menaip entry)



our next station...



masuk2 jek situ, terus nampak kandang kuda.
feels like, wahhhh mesti boleh tunggang kuda tu. tapi sebenarnya tak boleh pun
elehhh...nak bergambar dekat dengan kuda pun cuak kebebeh lagi la nak naik atas kuda tu


nampak tak apa yang saya cuba kat situ???
wehuuuu nama kuda tu wehhh...tak boleh bla kot
dah la tadi naik bas port klang, lepas tu boleh pulak nama kuda ni don sayang. memanglah berlaku kesentapan hati dan jiwa raga saya ni ha...hadoilahaiiii



tak dapat bergambar dengan don sayang pun takpe la
tapi dapat gambar dengan golden horses yang kudung gituhhh...lalala
ok posing ni tak failed :D


dah puas hadap don sayang tu
terus jenjalan ke depan sikit. ada kolam ikan besar kat situ.



lepas tu plan nak pergi kampung idaman, tapi bila naik bas, bas tak berhenti pulak kat situ. dah kena turun kat tempat mula2 naik tadi. tunggu bas lagi. then naik bas lagi. menuju ke perkampungan budaya. kat sini sebenarnya ada banyak rumah tardisional. ada rumah johor, negeri sembilan, perlis, melaka dan banyak lagi. tapi time pergi tu tengah renovation, so rasa sunyi jek kat situ. rasa macam takde pape. terkilan jugak la.ingatkan boleh la tengok seni bina tiap2 rumah ti macam mana.takpelah, bukan rezeki.






owhhh masa tunggu bas, ternampak adik comel, Andrew...sangat comel
seriously sangat suka baby sebab comel gilak
**ada gaya teringin sangat nak kahwin + pregnant cepat2 tak??? bhaha melampau kau
ok kalau pregnant nak anak kembar la. sweet...amin :D



hokeyyy dah penat, pukul 3 kumpul then terus plan balik UM
sebelum singgah sekejap kat Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah



lagi gambar kat SINI


nak tidur, preparing myself untuk keluar jenjalan esok, insyaAllah
till then, bubye

Tuesday, June 5, 2012

Lemah

Dia lemah lagi
Semakin lemah
Dia seakan mahu berundur dari medan juangnya
Berkorban untuk orang yang lebih membutukan dia


Tidurnya malam tadi tidak lena
Tidurnya diganggu oleh esakan tangisan si ibu dan keluh kesah si ayah
Bangunnya subuh tadi diiringi air mata
Tak mungkin tidurnya akan lena kerana itu


Dia semakin lemah
Sanggupkah dia berkorban
Melepaskan segala titik mula yang hampir ke penghujungnya?
atau hanya duduk terpaku diam begitu saja melihat titis demi titis air mata itu turun jatuh ke pipi?
Ya...dia perlu dan harus rela berkorban
Ahhh dunia sangat kejam untuk dia
"Ibu, aku berhenti belajar saja la. Mahu cari kerja."
"Jangan! Teruskan belajar. Jangan berhenti."
"Tapi dia lebih perlukan wang."
Harapan dia cuma satu
Berharap dapat meleraikan masalah walaupun sekelumit
Tapi ternyata tidak
Itu hanya menambahkan linangan air mata si ibu
lagi dan lagi
Ahhh mengapa not warna-warni itu sentiasa menjadi percaturan dalam kehidupan?
Mengapa not warna-warni itu sentiasa membutakan mata
Mengapa not warna-warni itu sentiasa menimbulkan keresahan


Dia lemah lagi
Tak sanggup rasanya dia terus melihat pipi si ibu dibasahi dengan air mata
Si ibu tidak keseorangan
Dia bersama dengan si ibu
Dia berada dalam dunia ibunya
Tangisan ibunya tangisan seorang yang lemah
Tangisan yang tidak berdaya lagi yang tidak kuat
Dia menangis dan terus menangis
Tangisan dia tangisan seorang yang lemah
Sangat lemah


Tetapi dia sedar dia harus kuat
Kuat menjadi tunjang kepada yang memerlukan dia
Dia sedar dia perlu bangun bangkit dan terus berusaha menjadi lebih kuat dan kuat
untuk berada bersama dengan keluarganya
Di bahu dia kini terletak dua batu besar
Batu besar yang beralaskan tanggungjawab yang maha hebat
Tanggungjawab yang pasti memimpin dia tentang kehidupan





"Emak, doakan yang terbaik untuk saya. Doakan saya rajin belajar (walaupun saya malas). Doakan saya lulus periksa. Doakan saya dapat kerja. InsyaAllah nanti saya boleh tolong emak, abah dan adik-adik. Nanti mesti tak ada orang berani kutuk hina kita lagi kan, mak."



"Ya Allah, kau tabahkanlah hati ayah dan ibuku dalam mengharungi dugaan-Mu. Engkau lindungilah mereka dari segala musibah walaupun sekecil zarah. Bebankanlah ia kepadaku, jangan kepada mereka. Ya Allah, Engkau kuatkanlah diriku untuk terus berdiri dan melangkah terus ke hadapan bersama mereka."

Aminnn...

Friday, June 1, 2012

Perempuan itu





Perempuan itu tak secantik Balqis
untuk memilih jejaka sehebat Sulaiman

Perempuan itu tak setulus Zulaikha
untuk beriringan dengan jejaka setampan Yusuf

Perempuan itu tak sekuat Hajar
untuk memiliki jejaka seteguh Ibrahim

Perempuan itu tak sehebat Fatimah
untuk mendampingi jejaka sehebat Ali

Perempuan itu tak sehebat Khadijah
untuk memiliki jejaka semulia Rasulullah SAW


tetapi perempuan itu sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik


ya...sayalah perempuan itu

Sunday, May 27, 2012

Pesta Ko-k: Angklung


Assalamualaikum...

Program: Festival Kokurikulum UM
Tempat: Dewan Tunku Canselor, UM
Tarikh: 24 Mei 2012




Sebelum ni saya pernah post pasal subjek ko-k yang saya kena ambil semester ni kan? kat SINI Yang saya belajar main angklung tu. Hoyeahhh...its time to perform babe. Yup, last thursday kita orang dah pun dengan jayanya perform kat pentas DTC tu. Nervous sesangat. Maklumlah tak pernah perform kat pentas besar macam tu..bhahaha


selain angklung ada banyak lagi performance yang dinilai macam keroncong, gimrama, koir, tarian melayu dan macam2 lagi...


Mengimbau kembali time kuliah...
Kuliah kita orang diajar oleh Cikgu Sallehudin. Memang best la cikgu ajar. Tak marah2, sebab dia tahu kita orang ni bukan ahli muzik, bukan minat muzik pun. Ambil paper tu pun sebab paper wajib universiti jek...ngee~~ Tapi at least kami enjoy belajar benda baru. Dapat tahu pasal not2 lagu, dapat main angklung yang selama ni tak pernah pegang n tak pernah main langsung. Tapi sem lepas saya ambil jugak paper taklempong. Best jugak...



Cikgu tak pernah nak marah. Marah sikit2 tu biasa la kan. Every week akan practise main macam2 lagu. Tapi bila dah sampai lagi 2 3 minggu nak perform, terus stick practise kepada 2 lagu jek. Practise make perfect kan...
Kita orang bawa dua lagu. Lagu tinggal kenangan dengan Autum leaves...



Time reheasal, sehari sebelum performance kami dapat tahu yang kita orang tak disediakan note stand. Perghhh...gila ke hape? nak letak kertas lagu tu kat mana? atas lantai? kelakar weyhhh...even performance tu untuk penilaian jek, tapi kami nak la juga nampak macam pemuzik profesional kannn...bhahaha...pada saya la, even ni dah setiap tahun berlangsung, angklung pu setiap tahun perform, tak kan tak tahu alatan2 yang kami perlukan. Alasannya senang..sebab kami tak ada wakil yang pergi meeting. Masalahnya, panggil meeting pun last minit. Kuliah kami hari selasa, meeting hari rabu. Mana kami nak tahu...hadehhh...Tapi tak apa. Setiap masalah ada penyelesaiannya. Masa hari nak perform tu nasib baik krew dapat sediak note stand. Thanks...



gambar time selepas our performance jek

our angklung class dengan cikgu Sallehudian



si common room
*always together...bhahaha



the only boy


my classmate merangkap sebagai my roomate jugak



owhhh my!!! tak reti nak posing sendiri...malu nihh


terus tarik tangan cik fana...lalala

dengan wife-to-be...nge~~



dilarang pijak rumput!
*tapi rumput tu lawa, of coz nak take photo jugak



cover album
bakal terbitkan album baru berjudul kain batik dara versi akustik =='
bhahahah...



bila dah kepenatan, its time untuk balik.
sebelum tu, ke Bank Islam nak bayar hutang
*my adik call bising2 kata surat hutang UM dah sampai rumah n emak bising suruh cecepat bayar
sambil jenjalan menuju je bank, sempat2 kan diri tangkap gambar jugak...muahahaha





tempat keagungan UM



Sebenarnya nak upload video angklung time kami perform tu, tapi line slow banget, susah nak upload...so, mybe next time saya cuba upload...mybe on youtube jek ke..tengok la nanti macam mana..
till then, daaa...