Sembang punya sembang sampai tak sedar yang sebenarnya mereka dah pun sampai di tempat yang dituju. Restoran Mak Nani. Order saja. Pasti semua ada. Itu yang membuatkan mereka selalu lepak di sana. Kenyang pun kenyang.Murah lagi.Memang tak rugi.Restoran itu sudah menjadi saksi persahabatan mereka berempat.
Seperti biasa, mereka mengambil tempat duduk di tepi yang indah dengan pemandangan air terjun.Mereka memilih menu seperti biasa.Begitu juga Bella.Oren jus menjadi pilihan.
“Mana kawan kau Akmal? Tak jadi datang ke?” tanya Noni dengan muka selamba.
“Entah la.Dia kata tengah on the way. Sekejap lagi sampai la tu.” Balas Akmal sambil melihat ke arah jam tangan Rolexnya yang diberikan oleh Bella sempena hari jadinya yang lalu.
“Kawan kau tu lelaki ke perempuan?” tiba-tiba Bella bertanya pendek.
“Kau ni pun satu la. Tadi kan aku dah cakap aku nak kenalkan dia dekat engkau. So, mestilah kawan aku tu lelaki.”Akmal membalas dengan dahi yang berkerut.
“Hoi…Tak kisah la kawan kau tu lelaki ke perempuan.Kenapa, kalau kawan kau perempuan kau tak nak kenalkan dengan aku ke?”Bella sengaja bertanyakan soalan yang menduga.
“Ekelehhh…kau ni. Aku nak kenalkan kau dengan member aku ni sebab kesian tengok kau ni ha. Umur dah meningkat tapi boyfriend pun tak ada.Mak kau siap minta tolong aku lagi. Tolong carikan calon menantu untuk dia. Kau nak tunggu apa lagi Bella? Kau dah habis belajar, kerja pun dah.Kereta pun dah ada.Bukan kecil.Tu huh, Honda City yang besar punya.Kau nak tunggu siapa lagi.Nak tunggu putera turun dari kayangan ke?Atau pun kau masih tunggu si jantan keparat tu?”
Akmal mula membebel panjang setelah melihat riak muka Bella yang berlagak selamba.Mana tidaknya, Bella sudahbosan mendengar orang sekelilingnya yang asyik bercakap tentang dirinya yang sampai sekarang masih lagi single. Tak cukup di rumah, ibunya sering bertanyakan bila agaknya Bella akan menamatkan zaman bujangnya. Di luar juga, semasa bersama-sama rakannya, sudah pasti topik itu akan menjadi perbualan antara mereka. Di tempat kerja?Sama saja.Di mana-mana pasti perihal dirinya yang solo menjadi perbualan.
“Amboi, kau Akmal! Berceloteh panjang mengalahkan mak nenek ea. Kau ni baru kenal aku semalam ke? tanya aku soalan-soalan basi macam tu. Penat la aku nak jawab. Jawapan aku tetap sama. Tak ready lagi.Lagi pun belum sampai seru.”
Akmal dan Noni mengajuk kata-kata Bella.“Tak ready lagi.Belum sampai seru.”
“Masa bila yang kau ni nak ready wahai Cik Isabella?Pasal jawapan belum sampai seru kau tu. Dulu aku nak dekat kau, kau tolak.Tengok la sampai sekarang kau tak ada siapa-siapa yang nak.”Tambah Akmal sambil tergelak nakal.
“Ewah ewah ewah. Leser betul mulut kau Akmal. Aku sumbat black paperni baru tahu. Kau tu kawan aku merangkap abang aku.Mana boleh ada feeling lebih-lebih. Sudah la, kita stop je cakap pasal benda ni. Rimas la aku.” tegas Bella.
“Tu pun member aku dah sampai.”Kata Akmal sambil melambaikan tangannya ke arah seseorang.
“Hai, lama tak jumpa kau.” suara itu datang dari arah belakang Bella.Sepertinya Bella seakan mengenali suara itu.Terus saja Bella menoleh tepat ke arah lelaki yang berdiri di hadapannya.Ternyata tekaannya tepat.
“Ni kawan aku merangkap best friends forever.Kenalkan, yang ini Noni dan ini Bella.” Reaksi Akmal memperkenalkan kami kelihatan seperti terlalu excited.
“Hai Bella. Tak sangka dapat jumpa awak dekat sini.”Sapa Aiman sejurus menghantar senyuman perkenalan kepada Noni.
Ya, Bella pasti dialah Aiman. Lelaki yang sebelum ini pernah meluluhkan hatinya dengan kata-kata puitis cinta. Lelaki yang cuba membuka pintu hatinya setelah dikecewakan oleh Nizam, kekasih pertamanya. Di saat Nizam meninggalkan dirinya dengan hati yang hampir hancur berkecai dek kerana cinta dan sayang yang dicurahkan setiap hari, kedatangan Aiman berupaya merawat hatinya. Tetapi tidak disangka bahawa Aiman juga sama seperti Nizam yang akhirnya pergi meninggalkan Bella di saat dia mula menyayangi Aiman.
Sejak itu dia menganggap bahawa semua lelaki sama sahaja. Tiada yang berbeza.Apa yang dikata wujudnya perempuan adalah daripada tulang rusuk lelaki sememangnya dikatakan sebagai pelindung. Tapi lihat saja apa yang terjadi dengan dirinya. Bella ditinggalkan oleh lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung bagi dirinya.Sejak itu juga dia mula mengatakan ‘tidak’ kepada lelaki. Kecuali Akmal dan Razif.
Kini, di hadapannya ada Aiman. Sekali lagi dia muncul dalam kisah hidup Bella. Tapi untuk apa? Untuk menambah luka yang kian sembuh? Tidak sama sekali Bella akan tunduk pada Aiman lagi.
Dek kerana serik diperlakukan seperti itu.Disayangi dan akhirnya ditinggalkan.Itulah sebabnya sehingga kini Bella masih solo.
“Bella?” tegur Akmal setelah melihat Bella terdiam tanpa membalas perkenalan Aiman.
“Oh, sorry. Aiman, right?” tanya Bella sambil menghulurkan tangan kepada Aiman.
“Yup. Saya Aiman. Awak apa khabar? Dah lama kita tak berjumpa, kan?” tanya Aiman tanpa mempedulikan sekeliling yang memandang.
“Bella macam ni la.Sihat.”Balas Bella ringkas sambil Aiman mengambil tempat duduk di sebelahnya.
“Can I ask you something, Bella?” tiba-tiba Aiman memberanikan diri.
“Sure.” Jawapan yang ringkas tapi penuh dengan tanda tanya.
“Bella, awak masih marahkan saya ke?Kalau awak masih marahkan saya, saya minta maaf banyak-banyak.Saya tahu saya yang salah.Saya tak patut tinggalkan awak hanya kerana Laila. Saya salah menilai antara intan dengan permata.Sekarang baru saya sedar yang Laila tak cintakan saya macam mana awak cintakan saya, Bella. Laila hanya cinta kan duit saya. Maafkan saya, Bella.”
‘Alamak, drama apa pula yang Aiman cuba buat ni? Kot ye pun nak minta maaf tak perlu nak open sangat dekat sini. Buat malu aku saja.Dah la siap meratap bagai. Pegang-pegang tangan aku pula tu. Huh, ini Bella la. Aku dah bosan dengan permainan lelaki macam kau ni. Macam tak ada modal lain jek nak mengayat orang. Bella mengomel sendiri.
“Sudah la tu Aiman. Awak ingat saya ni apa? Kayu tunggul yang suka-suka saja awak nak kutip buang.Kalau suka awak guna dah bosan awak buang.Saya benci orang macam awak.”Balas Bella memberanikan diri untuk bersuara.
Bukan niatnya untuk memarahi Aiman setelah melihat Aiman seakan beria meminta maaf. Bagi Bella, sejak dahulu lagi dia telah pun memaafkan Aiman. Tidak terniat langsung di hatinya membenci Aiman sekalipun menyimpan dendam. Cuma pertemuan mengejut pada hari ini mengingatkan kembali tentang apa yang telah berlaku antara Bella dan Aiman. Sangat pahit untuk ditelan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.Akmal dan Noni yang sememangnya mengerti kisah lampau yang dialami oleh Bella merasa kasihan melihat sahabat baiknya yang seakan merana ketika ditinggalkan oleh Nizam dan Aiman.
Tetapi tidak disangka Aiman yang selama ini menjadi kekasih hati Bella rupa-rupanya teman sekerjanya. Setiap kisah antara Aiman dan Bella diceritakan kepada Akmal. Sebagai rakan, Akmal nekad membantu Aiman setelah mendengar kekesalan Aiman terhadap apa yang dilakukan kepada kekasihnya. Akmal menjadi kasihan sehinggalah suatu hari Akmal terlihat gambar Bella di dalam laptop Aiman. Ketika itu dia sudah tahu caranya untuk membantu Aiman kerana Bella juga merupakan sahabat baiknya.
Oleh sebab itulah Aiman berada di hadapan Bella.Dengan tujuan untuk menjelaskan segala perkara yang sebenarnya berlaku.Pasti juga ini idea Razif supaya menemukan Bella dengan Aiman. Usaha seterusnya terpulang kepada Aiman sendiri.
…….
Sedang Bella menghirup sisa jus oren yang tinggal, kedengaran bunyi dari handphone Bella. Tertera ‘1 message receive’. Butang view ditekan. Mesej daripada ibunya. Mak Mah seperti biasa akan mengingatkan anak tunggalnya supaya jangan pulang lewat. Kini jam telah menunjukkan pukul 6.30 petang. Bella harus pulang.
“Korang aku kena balik, dah petang sangat ni. Akmal, tolong hantar aku balik.”Pertanyaan Bella seolah-olah dia ingin melarikan diri dari pada Aiman. Tetapi Aiman terlebih dahulu bertindak.
“Jom saya hantar awak balik.”Pelawa Aiman sambil menunjukkan riak muka gembira.
‘Ekelehhhh. Apa hal pulak mamat ni tiba-tiba nak hantar aku balik. Tak kuasa nak layan.’ Bebelan Bella seakan tidak terkeluar dari mulutnya.
“ Ahhh tak apalah. Akmal yang ambil Bella dekat rumah tadi. So, Akmal jugaklah yang kena hantar balik.” Jelas Bella.
“Sorry la Bella. Kalau kau nak balik sekarang aku tak boleh hantar. Aku ada nak pergi tempat lain lepas ni. Ada barang mak aku pesan.Kau balik la dulu dengan Aiman. Nanti aku hantar Noni balik.”Balas Akmal.
‘Kurang asam jawa betul la Akmal ni. Kau memang saja nak kenakan aku kan.’ Bebel Bella seakan sudah tahu perancangan Akmal.
“Jom Bella. Saya hantar Bella sampai depan rumah.” Ajak Aiman.
Terasa bengang dengan Akmal, Bella bangun meninggalkan meja itu dan berlalu pergi menuju parking. Lagaknya memang menunjukkan rasa tidak puas hati.
“Thanks Akmal, Noni. Aku gerak dulu.”Ucap Aiman atas pertemuan hari ini.
Bella berjalan laju di hadapan tidak mengendahkan Aiman. Padahal Bella tidak tahu di mana Aiman parking keretanya. Tiba-tiba Bella terlihat sekumpulan lelaki bermotor di hadapan itu yang lagaknya seakan lelaki macho mengganggu perempuan yang lalu-lalang di situ.Laju Bella mencari kelibat Aiman di belakang kerana takutkan kumpulan lelaki itu.Dari belakang Aiman hanya tertawa melihat gelagat gelabah Bella yang mencari dirinya.
‘Ingat berani sangat Bella ni. Penakut jugak. Sangkal Aiman dalam diam.
Terus saja Bella memaut lengan Aiman supaya dia terhindar daripada gangguan lelaki-lelaki itu.
“Sudah la tu. Dia orang tak kacau Bella pun.Tak payah takut sangat.”Kata Aiman sambil membukakan pintu kereta untuk Bella.
Terkejut dengan teguran Aiman, Bella terus melepaskan pegangan tangannya.
“Sorry. Tak sengaja.” Kata Bella.
No comments:
Post a Comment