Assalamualaikum
Lama tak update pasal diri. Kalau ikut kan hati memang nak update. Nak tulis semua cerita dari bangun tidur + makan + nangis + ketawa + membuang masa + sampai tidur semula. Cuma...bila sikap malas dah menguasai diri, satu apa pun tak jadi. Plus pulak time exam, memang tak kuasa nak update blog berjela.
So, sekarang ni baru ada feel nak update. Agak berjela jugak.
Al kisah...14Jan. Sabtu. Masa ada gap lebih kurang seminggu time exam tu, diri ni terasa amat bosan. Duduk terperap dalam bilik bajet nak study. Bajet jek. Tuptup si roomate ajak pergi jenjalan. Bukit Botak jom! Tengok sunrise. Apa lagi...layankan jek la. Plan nak pergi pagi jumaat tapi semua liat nak bangun. So, cancel. Plan semula. So, kali ni si ladies common room kena ikut plan. Pergi jogging pagi sabtu sampai lah ke Bukit Botak tu. Punya gigih dan excited 1 bilik bangun pepagi gigil2 mandi kuatkan semangat terus jogging. Slow2 jek. Serious dah lama tak jogging. Terasa penat sangat. Kaki? of course sakit2.
Planning nak sampai Bukti Botak tu sebelum pukul 7 sebab nak tengok sunrise. Gelabah masing2 jogging. Nak daki sampai atas lagi. Opsss lupa mention. Bukit Botak tu kat dalam UM jek. So, sampai kat sana dalam pukul 7.20 dan time tu matahari tak naik sangat. Kteorang pun terus jek daki bukit tu. Pengalaman yang sangat best! Time aku nak naik atas tu, serious tak boleh nak tengok bawah. Gayat wooo...plus dengan penat jogging tadi. Jadi dah takde banyak tenaga sangat untuk daki bukit tu. Siap kejap2 berhenti. Tak tahan penat.
Tapi at last, kteorang sampai jugak. Bila dah sampai atas, memang rasa macam tak nak turun. Sebab pemandangannya best sangat. Dapat tengok sunrise walaupun sipi2 jek. Dapat tengok pemandangan KL yang serabut dengan kenderaan. Yang paling penting dapat tangkap gambar banyak2.Sebenarnya ramai student tak tahu pasal Bukti Botak ni kat UM.
Dengan ini aku bangga dengan diri sendiri sebab berjaya mendaki bukit botak ni. Sebab? aku sebenarnya bukan seorang perempuan yang sukakan adventure macam ni. Tapi kalau sekali-sekala syiokkk jugak.
*gambar sekitar BB. banyak lagi kat
SINI
nampak sangat motif nak bergambar jek, kannn???!!!
Penat mendaki, terus balik. Naik teksi. Sebab masing2 dah penat guna kudrat kaki. Sampai kolej terus pergi breakfast kat DM. Makan nasi goreng + nescafe. Sedap sebab aku memang jarang breakfast kat DM tuh. Tak kuasa nak bangun pagi. Sesampai jek bilik, ingat boleh rehattttttttttt. Tetiba si roomate bagitau yang si jiran sebelah ajak pergi mandi2. Perghhh!!! syiokkkk jugak. Tapi serious penat. Tapi kalau dah ada orang ajak, on jek la.
Destinasi? tak tahu. Siap search pakcik google mana tempat best nak mandi dan area yang dekat2 jek. Cari punya cari, bebel punya bebel, ok set. Pergi Sungai Chiling. Kat Kuala Kubu Baru, lebih kurang 1 jam dari KL. Kteorang apa lagi. Lajulaju packing baju yang nak bawa, siapkan diri pukul 11 gerak.
Vrommmmmmmm....sampai kat tempat yang dituju. *tak kuasa nak cerita pasal perjalanan pergi. Jenuh nak taip.
Sampai sana kena check in dulu. Bayar RM1 per orang. Murah! tangkap gambar sikit. Terus mulakan perjalanan. Cari air terjun. Akak kat kaunter tu cakap, lebih kurang 45minit nak sampai ke air terjun tu. Fuhhh! sakan jauh kot... 1st lalu kat jambatan yang tak berapa nak gantung tu jek dah kena usha dengan mamat2 sekolah...hahaha*kata Aisya. Memekak jek.
Jalan punya jalan mengharungi semak samun seakan-akan hutan tu, tetiba "woiiiii, korang nak pergi mana tu ha?" Terkejut. Kenapa ada orang panggil2 macam tu. Kteorang salah jalan ke? Muncul lah segerombolan lelaki dari arah jalan kterorang masuk tadi. "Korang pehal wehhh?" tanya si perempuan2. si lelaki2 jawab "korang nak pergi mana? sana ada tempat lagi best ke?". Owhh..rupa2 nya si lelaki2 tak tahu jalan. Jadi, untuk keselamatan si perempuan, kteorang ajak la deorang jalan sekali. Hehehe~
Jalan punya jalan redah semak, air lecak dan sebagainya sampai terjumpa someone dalam perjalanan dan kteorang tanya jauh lagi ke nak sampai ke air terjun tu. Orang tu cakap, dah tak jauh tapi kena seberang beberapa anak sungai. Owhhh, takpe. dah dekat kejap lagi sampai*cakap dalam hati jek. Sampai jek anak sungai. Ya Allah!!! macam mana nak seberang ni? Dah la pakai selipar ala2 heel plus dengan bawa beg bajet nak pergi shopping plus lagi dengan air sungai yang agak deras. Fuhhh! redha jek la. Tapi kalau dah namanya tu perempuan, tak sah kalau tak jerit jek kerjanya sampai kat dalam air pun nak bebel2 takut nak lalu air tu. Dalam kepala dah terbayang macam2. Maklum la. Penakut punya orang.
Dengan keadaan diri yang macam tak ready nak jelajah ke air terjun tu plus plus tak berapa tahu jalan plus jugak dengan air sungai yang deras memang kteorang bersyukur yang teramat sangat dekat si lelaki2 sebab tolong si perempuan2 seberang sungai tu. Tolong pegangkan beg, makanan, kamera. Kalau takde si lelaki2, memang tak tahu apa jadi dengan si perempuan2. Silap2 tak sampai ke atas nun tu haaa...Thanks korang. Hanya Allah jek yang mampu balas budi baik korang *ikhlas dari hati. Maklum la, kenal pun tak, tapi sanggup tolong insan yang lemah macam kami ni. Nak mention jugak yg tikar kteorang tu sangat berjasa masa nak seberang sungai tuh. ngee~
Bila diri terasa penat, rasa macam nak give up jek. Tak sampai kat atas pun takpe la. Tapi bila tengok kawan2 lain masih bersemangat nak sampai ke air terjun, aku pun terus semangat. cehhh~ Banyak dugaan nak sampai ke atas tu. Bukan dugaan lapar atau haus. Sikit pun tak terasa macam tu. Tapi, ada yang nak terjatuh, kasut aku putus, lalu batu2, kayu2 besar macam2 lagi la. Plus phone cik Nad rosak sebab berendam kat air. Kesian~ Tapi berkat kegigihan sama kteorang si lelaki2 dan si perempuan2, sampai jugak kteorang kat air terjun tu.
Sampai jek situ, terus nampak air terjun. Cantik. Speachless. SubhanaAllah...rupanya ramai orang kat atas ni. Kteorang apa lagi, terus rendamkan diri dalam air. Tangkap gambar macam biasa. Pumpampumpam sampai la hari hujan, kteorang kena turun bawah semula.
Dalam perjalanan turun ke bawah, tetiba kat satu tempat kteorang kehilangan si lelaki2. Rupa2nya seorang si lelaki2 terjatuh. Kot. Hurmmm...kesian. tapi tu laa..dok sakan pekena kteorang insan yang lemah sangat. Btw, harap2 dia dah sembuh la sekarang ni. InsyaAllah...sebab korang dah tolong kteorang. Budi baik korang InsyaAllah Dia akan balas dengan kesihatan. Aku selalu doakan yang terbaik untuk orang sekeliling yang banyak bantu aku.
Sampai jek bawah, masing2 terus bersihkan diri. Nak balik dah. Lepas tu terus hilang jejak si lelaki2 tu. Dah balik kot. Btw, jutaan terima kasih jek untuk korang.
Dalam perjalanan balik kteorang singgah pulak kat empangan. Tangkap gambar jek. Alang2 dah sampai kat tempat cantik, kannn...
hokeyyy...bajet hot kejap
Dah penat seharian, singgah pulak kat restoran jejantas kat Sg Buloh. Makan kfc jek. Lepas tu terus balik. Sampai kolej lebih kurang pukul 9 lebih kot. So, overall hari tu memang best sesangat. At least ada pengalaman untuk dikenang nanti. Thanks to Aisya yang bawa kteorang and thanks to my roomate too.
*Memulakan tahun 2012 aku dengan aktiviti yg awsome! Semoga hari2 esok lebih baik dari hari sebelumnya...
till then, wasalam...-withlove:Mai-