**sambungan
(baru ada idea nak sambung cerita :P)
Di dalam kereta masing-masing mendiamkan diri sehinggalah Aiman mula bersuara.
“Dah lama kita tak jumpa, kan?”
“Agaklah.”
“Bella macam mana sekarang? Study lagi or dah kerja?”
“Saya dah bekerja pun.”
“Kerja dekat mana?”
“Butik. My own boutique. Dekat Shah Alam.”
“Wow. Businesswoman la ni.”
“Yup.”
“Bella ni kenapa? Berpatah-patah saya tanya, sepatah-patah je Bella jawab. Bella masih marahkan saya ye? Saya tahu.”
Tau tak apa. Dah tahu orang memang tengah angin dengan dia, boleh pula dia tanya lagi. Orang macam ni pun ada ke?
“Saya nak marah awak? Awak ada buat salah dekat saya ke?”
“Bella, janganlah macam ni. Saya tahu Bella marahkan saya tapi tu kan cerita lama. Kisah yang lepas. Orang kata kisah yang lalu jangan dikenang.”
Ekeleh mamat ni. Nak buat lawak free pula. Tak kelakar langsung pun la.
“Sebab kisah lama la saya masih kuat sampai sekarang. Sebab kisah lama la saya tahu erti kehidupan sampai sekarang. Sebab yang lama la saya mampu jadikan ia pengajaran dan panduan untuk diri saya hari ini.”
“Ya. Itu saya tahu. Dan saya tahu yang Bella sebenarnya memang dah maafkan saya, kan?”
Ishhh. Confident gila mamat ni. Tak kuasa aku nak melayan.
“Saya ni bukanlah zalim sangat sampai tak boleh nak maafkan orang.”
“Alhamdulillah. Terima kasih Bella. So, kita berkawan balik?”
“Saya dah lama maafkan awak dan selama ni pun saya dah hanya anggap awak sebagai kawan saya. Sama macam Akmal dan Noni.”
“Tapi kalau lebih daripada seorang kawan?”
“Terima kasih sebab hantarkan saya balik ke rumah.”
Mereka sudah pun berada di hadapan rumah Bella dan persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan dari Bella. Itu membuatkan Aiman mengeluh panjang.
…………
“Siapa hantar kamu balik, Bella?”
“Orang gila, ibu.”
“Aik, ada juga orang gila yang berkenan dengan anak ibu ni, ya?”
“Aiman la, ibu.”
“Aiman kawan Bella yang dulu tu ke? Bella masih kawan dengan dia lagi ke?”
“A’ah. Dia la tu. Kawan biasa je. Tiba-tiba je dia muncul tadi dekat kafe masa kita orang tengah berbual. Rupanya Aiman tu kawan Akmal, satu tempat kerja.”
“Owh. Tiba-tiba dia muncul siap hantar anak ibu balik ni, kira macam cinta berputik kembalilah ya?”
“Ish ibu ni. Tak payah nak mengharap sangat la ibu. Bella malas nak fikir fasal benda ni. Lantak la dia nak buat apa. Tak kuasa nak layan dia, ibu. Luka lama belum pulih sepenuhnya, ibu.”
“Tak baik pendam perasaan macam ni, Bella. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Jangan kerana masa silam yang pahit tu, kamu tolak manisnya hidup pada masa depan kamu. Mesti ada sebab kenapa dia muncul dan jumpa dengan kamu.”
“Entah la, ibu. Bella tak tahu nak fikir macam mana lagi. Bella naik dulu, ibu. Penat. Nak mandi. Tak solat asar lagi ni.”
“Lepas maghrib nanti turun. Kita dinner sekali ya.”
………….
“Wah, banyaknya ibu masak. Nampak sedap. Kita ada celebrate apa-apa ke malam ni?”
“Ish, anak dara ayah seorang ni baru nak turun? Ingatkan tolong ibu masak dekat dapur tadi. Bertuah betul. Macam mana nak kahwin ni nanti.”
Alahai kalau ayah dah start membebel memang parah la. Habis ceramah jek time makan nanti. Confirm.
“Ayah ni kalau tak cakap pasal kahwin dengan Bella memang tak sah, kan. Tak nak makan la macam ni.”
Itulah Bella. Anak yang manja. Tetapi manjanya bukanlah terlampau dibiarkan oleh ibu bapanya. Maklumlah, anak tunggal.
“Ayah bukan apa. Ayah cuma risau. Umur Bella semakin hari semakin meningkat. Kalau lelaki tak apa la juga. Tak kisah kalau kahwin umur 30 tahun ke atas pun. Tapi awak tu perempuan. Tak elok dipandang orang.”
Arghhh..asyik fikir pasal orang je ayah ni. Perasaan anak sendiri tak pernah nak kisah. Geram je. Bukanlah aku tak mahu berkahwin hidup bahagia macam orang lain. Tapi, masa silam dan kenangan aku bersama lelaki terlalu pahit. Lepas apa yang berlaku membuatkan aku takut untuk berteman dengan mana-mana lelaki. Baik Nizam atau pun Aiman. Lelaki semuanya sama je. Fobia. Entah sampai bila aku nak jadi macam ni agaknya. Mungkin susah nak bagi peluang pada lelaki lepas semua tu.
“Sudahlah la tu. Makan cepat. Penat ibu masak semua orang macam tak lalu nak makan. Nanti kita bincang lagi pasal ni ye.”
Bincang lagi? Tak habis lagi ke? Adoiii…
Selepas habis makan Bella terus naik ke bilik. Lebih baik dia tidur. Malas nak menonton televisyen dengan ibu dan ayahnya.
……….
Kini sudah hampir dua minggu Bella tidak berjumpa Aiman selepas Aiman menghantarnya pulang ke rumah tempoh hari. Tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ini Bella asyik teringatkan Aiman. Teringatkan kisah mereka berdua suatu ketika dahulu. Kadang-kala sampai Aiman boleh termasuk sekali dalam mimpi tidur malamnya.
Ishhh Bela, kau ni dah parah sangat. Yang tiba-tiba kau asyik terkenang dekat mamat gila tu dah kenapa?
Seperti biasa, waktu hujung minggu Bella hanya di isi dengan terperap saja di dalam rumah. Bersama dengan keluarganya. Cuma kadang kala saja dia keluar jalan-jalan dengan rakan-kanannya. Tapi tidak untuk hari ni.
“Bella tak keluar hari ni?” tanya ayahnya sambil melihat Bella yang seperti tidak senang duduk di rumah.
“Malaslah ayah. Penat. Nak rehat je.” Jawab Bella sambil mencebikkan mukanya.
“Minggu depan ada orang nak datang meminang Bella.”
Bella yang sedang khusyuk member ikan makan di kolam terus berpaling melihat kea rah ayahnya.
“Orang datang meminang? Siapa pulak yang suka-suka nak datang meminang Bella ni? Siapa ayah?”
“Manalah ayah tahu. Bella seronok yang bercinta tanya ayah pulak siapa yang nak datang meminang dia. Ishhh…tak faham budak zaman sekarang ni.”
“Tapi ayah, Bella mana bercinta dengan siapa-siapa pun.”
“Ibu, siapa yang nak datang meminang Bella ni?” Bella bertanya kepada ibunya yag kebetulan muncul dari ruang dapur membawa sedulang minuman petang bersama sedikit kuih-muih.
“Ibu pun tak tahu. Tapi berani juga ye orang tu nak datang meminang anak ibu ni ye.”
Ish. Apa maksud ibu ni sebenarnya. Sampai tak tahu siapa yang nak datang ni. Setahu Bella, dia memang tidak bercinta dengan sesiapa sekarang.
“Ayah harap Bella tak tolak lamaran orang tu nanti. Bella terima ye? Lagipun Bella dah makin dewasa. Senang hati ayah dengan ibu kalau dah ada orang yang boleh tengok-tengokkan Bella nanti.”
“Ish ayah ni. Bella tak ready lagi la. Tak nak la.”
“Kalau nak ikutkan ready Bella tu, sampai bila-bila pun tak ready lagi. Sudah-sudah la tu ingatkan perkara yang lepas. Buka buku baru. Cuba belajar buka pintu hati Bella tu untuk orang lain.”
Ahh, ibu dah mula membebel.
“Hurmmm… tengok la macam mana nanti ayah, ibu.”
……….
Semalaman Bella tidak boleh tidur memikirkan siapa orang yang bakal datang untuk meminang dirinya. Mengingtakan perkara yang lepas membuatkan Bella takut untuk menghadapi masa depan. Terlalu takut. Kisah Bella dengan Nizam, kisah Bella dengan Aiman yang telah membuatkan dia tidak lagi mempercayai lelaki dalam soal perhubungan yang dijalin. Bagi dia sejak saat itu sehingga kini, kebanyakan lelaki sama saja. Bagi mereka sesuatu perhubungan itu hanya sekadar permainan. Tidak pernah serius. People’s perception never change.
Maafkan aku wahai kaum Adam kerana tidak mempercayai kamu. Pengalaman aku membuatkan aku begitu menghargai setiap inci kehidupan aku. Aku takut untuk terjerumus lagi dalam perhubungan yang sekadar permainan kamu.
Bella melihat pantulan dirinya di cermin.
Patutkah aku terima saja pinangan orang itu. Walaupun aku tidak tahu siapa bakal tunangku sendiri?
Arghhh…serabut!!!