Sunday, May 26, 2013

Dosa Semalam

Assalamualaikum...

Hai, dah lama tak update something. Kali ni aku nak share satu cerpen yang aku buat tapi sebenarnya bukan  100% aku buat. Idea search dekat google lepastu olah cerita then panjangkan cerita, tokoh tambah. So, inilah hasilnya setelah di hantar first draft ke Puan Nisah Harun. Oh, sebenarnya cerpen ni ialah tugasan untuk subjek Puan Nisah, Penulisan Kreatif: Teori & Praktikalnya. Selamat membaca. 


*******

Murni berteleku di tikar sembahyang. Dia mula menadah kedua belah tangan bagaikan pengemis meminta simpati orang yang lalu lalang. Dia menadah tangan tanda pengemis yang meminta simpati dari tuannya. Tuan yang empunya diri. Tuan yang berada di atas. Tuan yang sentiasa menghulur bantuan walau tidak dipinta oleh hambanya.

Pintanya dimula dengan basmalah. Baris doanya berbunyi sayu. Sayu memohon simpati. Memohon berkat dan taubat dari tuannya. Taubat atas khilaf dirinya. Terdengar sedu sedan dia memanjatkan doa. Bait-bait doa itu diucap satu persatu. Bimbang pintanya tidak diendah. Bimbang pintanya tidak dikisah.
Namun di hati kecilnya dia percaya tuannya pasti mendengar apa yang terbuku di hatinya. Baris doanya sayu. Sayu dalam tegar. Tegar dengan ketentuan yang telah dihampar untuk dirinya. Pintanya agar taubatnya diterima.

Khilafnya disesali. Dia menyesal atas kelalaiannya. Menyoal atas kekhilafan dia semalam. Ya, semalam. Dosa semalam. Benar kata orang. Semalam adalah sejarah untuk hari ini. Tapi, untuk dia, semalam adalah sejarah hitam.

Ada juga yang pernah berkata sejarah itu mungkin berulang. Entah. Tapi bagi dia sejarah hitam semalam itu tidak akan dia benarkan untuk diulang cerita lagi. Kalau ada piring hitam yang merekod sejarah semalam dia, tidak akan dibenarkan piring hitam itu diputarkan walaupun untuk tatapan pengajaran kepada umum. Biarlah sejarah hitam semalam hanya jadi benteng pemisah dalam diri dia. Dia mahu jauh dari sejarah hitam semalam. Ah, tapi tidak semudah itu.

Yang hitam jangan disangka kotor, yang putih jangan disangka bersih. Itulah perbandingan yang boleh dilabel pada diri dia.

Ungkapan doanya semakin perlahan, semakin tenggelam bak ditelan suaranya sendiri. Pintanya hanya ingin mendapat pengampunan dari tuannya.

Murni dan Mamat menuju ke sebuah rumah bidan yang dia kira amat terkenal di ibu kota. Mana-mana orang yang mempunyai tujuan yang sama pasti tempat itu jadi sasarannya. Mereka berjumpa dengan seorang kenalan. Biarlah kenalan itu digelar Melah. Tujuan mereka hanya satu. Melah menjelaskan bahawa proses pengguguran itu akan membuatkan dia merasa sakit tetapi sakit itu hanyalah seperti seorang perempuan yang mengalami senggugut apabila tiba masa haidnya. Setelah selesai proses pengguguran, dia akan mengalami haid yang akan mengeluarkan darah secara terus-terusan dalam jangka masa dua minggu. Selesai peringkat itu, dia perlu mengikuti siklus menstruasi yang bakal dilakukan oleh Melah.

Pada saat itu dia hanya mampu terdiam dan bimbang. Diam tanda keliru. Bimbang atas apa yang bakal berlaku. Diam dia sambil berfikir adakah benar apa yang bakal dia lakukan. Mamat sempat mengusulkan yang sebaiknya Murni hanya perlu pergi berjumpa dengan doktor yang sah, melakukan ujian ultrasound untuk mengenal pasti usia kandungannya yang sebenar. Namun, saat itu dia lantas dimarahi oleh Melah dan bertanya sama ada dia ingin menjaga kandungannya atau sebaliknya.

Melah cuba menerangkan cara-cara bagaimana nanti isi kandungannya itu akan mati dan cara meminum ubatnya. Keadaan itu sahaja sudah mengundang kerisauan kepada Murni. Dia sama sekali tidak tahu apa yang bakal terkesan kepadanya nanti. Entah mana silapnya entah mana fikirnya akhirnya Murni memutuskan untuk melakukan perkara itu.

 Melah menambah, apabila nantinya kejadian seperti ini akan berulang kedua kalinya, Melah tidak akan mahu menolong lagi. Pendek kata, kos pembiayaan kesemua proses itu hampir mencecah angka RM3000. Mamat langsung terus bersetuju dengan kos itu dan menyatakan bahawa keesokan harinya dia akan melunaskan bayaran tersebut.

Tiba hari esoknya selepas selesai membuat pembayaran. Murni dan Mamat pulang ke rumah Mamat yang kebetulan orang tua Mamat tidak pernah mempersoalkan tindakan dia yang sudah kerap kali datang ke rumahnya malahan adakalanya sehingga Murni turut bermalam di situ.

Dan malam itu Murni tekad untuk meminum ubat yang Melah berikan tanpa berfikir panjang. Ada dua jenis ubat yang dibungkus dalam dua paket yang berbeza. Yang satunya berbentuk segi enam dan yang satunya berbentuk serbuk (mungkin ianya ialah campuran ubat-ubatan yang telah dihaluskan).

Lantas ubat yang berbentuk segi enam itu dimasukkan ke dalam vagina manakala serbuk yang halus itu dicampurkan dengan air hangat setengah gelas, kemudian diminum sampai habis. Bersih.
Setengah jam kemudian dia merasa kedinginan yang luar biasa, tubuhnya seakan menggigil. Badannya berpeluh. Mamat yang melihat keadaan Murni mulai panik.

Mamat terus menghubungi Melah. Dari penjelasan Melah, keadaan dia yang menggigil itu adalah kesan daripada tindak balas ubat itu yang sudah mula menunjukkan kesan positif.
Dalam pada Murni menggigil kedinginan yang diikuti rasa sakit sedikit demi sedikit mencengkam dirinya itu dia mula berfikir tentang apa yang dilakukan ini sudah terlalu jauh. Jauh dari akal fikiran warasnya sendiri.
Pada malam hari dia dapat tidur dengan nyenyak sampai akhirnya sekitar dua pagi perut Murni seakan memulas-mulas.

Jam dinding telah menunjukkan tujuh pagi. Murni terbangun apabila dia merasakan kondisi otot perutnya tegang. Sakit.
Bibirnya terkumat-kamit. Berharap Tuhan mahu menolongnya yang melakukan dosa.

Tiba-tiba semburan air hangat keluar dari vagina. Banyak. Dia fikir mungkin itu darah. Lantas diperiksa. Tetapi warna berbeza. Lalu dia berfikir mungkin juga itu adalah air ketuban yang sudah mulai pecah. Semburan air itu keluar berselang seli dengan darah. Pada masa yang sama gumpalan darah berukuran besar sudah mulai keluar. Dia beranggapan bahawa kemungkinan isi kandungannya akan keluar dalam keadaan yang hancur, sampaikan dia sudah mulai tidak ambil peduli langsung. Redha.
Seharian keadaan dia seperti itu.

Keesokan harinya darah masih keluar seperti hari semalam. Dia sudah mula merasa letih dan lemas. Kesakitan yang dialami hari itu dua kali ganda daripada senggugut yang selalu dialaminya.
Murni hanya mampu menangis seharian sedangkan Mamat terus-terusan marah dan menyalahkan dia. Dia tidak tahu harus bagaimana lagi. Mamat juga tidak tahu harus bagaimana lagi. Dia juga keliru dengan tindakannya. Tindakan awalnya bersama Murni yang sehingga boleh menyebabkan berlakunya perkara jijik seperti ini. Nak disesal sudah terlambat nak diratap tidak terbuat.

Gumpalan darah yang keluar semakin banyak. Dia tidak boleh tidur terlentang. Hanya mampu tidur mengiring ke tepi. Rasa itu sangat menyakitkan. Perit. Malam itu mulalah dia teringat akan ibunya. Air matanya mulai jatuh ke pipi. Laju. Dia dapat membayangkan bagaimana perjuangan seorang ibu. Apa yang dikata orang, proses melahirkan adalah suatu taruhan nyawa seorang ibu yang hanya mampu memilih antara hidup dan mati.

Terlintas di benak fikirannya, adakah ini suatu bentuk teguran Tuhan kerana dia sudah terlalu jauh dari Penciptanya.

Pendarahan masih lagi berlaku. Murni hanya mampu berbaring ditemani Mamat di sisi. Secara tidak sengaja semasa Murni membasuh vaginanya, tangan dia merasakan ada sesuatu yang ganjil dari bibir vagina. Ternyata selepas diperiksa, tangan mungil yang jarinya sudah lengkap bersama kukunya keluar. Tangan itu tangan si kecil  yang selama ini ada dalam kandungannya.
Murni hampir pengsan. Dia langsung meraba ke dalam liang peranakan. Terasa tangan dan lengannya yang sudah bertulang kecil. Ya, sudah bertulang.

Dia menangis.

Mamat dimaklumkan. Daripada berterusan rasa sakit, Mamat menyarankan supaya dia menarik keluar isi itu perlahan-lahan. Tetapi dia tidak sanggup untuk melakukan itu. Mamat lantas menghubungi Melah tetapi dilarang oleh Murni. Takut-takut Melah akan menyuruh dia melakukan yang tidak-tidak. Tindakan yang diluar logik. Mungkin.

Petang hari, kesakitan yang dirasai  dirasakan sudah sampai ke kemuncaknya. Sakit yang teramat. Jauh lebih perit dari hari-hari sebelumnya. Murni menggigit bantal. Elak jeritan dia didengar orang.

Murni redha. Mamat pasrah.

Sampai-sampai seandainya ada perompak datang dan bertanya adakah dia mahu dibunuh, dia pasti akan menjawab ya. Sumpah dia sudah tidak mampu lagi bertahan menanggung keperitan itu sendirian. Walaupun hakikatnya dia sentiasa ditemani Mamat. Namun, hanya dia yang menderita. Dia tidak lagi mampu bertahan. Murni berbisik kepada Mamat, lebih baik orang tuanya tahu tetapi dilarang keras oleh Mamat. Bukan kerana rasa takut nanti dimarahi tetapi Mamat fikirkan cakap-cakap keluarga dan saudara-maranya yang terkenal. Malu. Itu keputusan yang tepat. Tambahan Mamat juga sudah buntu. Tidak tahu harus dilakukan apa pada Murni dalam keadaan begitu.

Keadaan terus diam.

Tiba-tiba.

Aduh. Sakit. Dia menjambak-jambak rambutnya sendiri. Tanda sudah tidak tahu harus bertahan bagaimana lagi. Mamat menangis. Mamat berbisik. Andai dia tahu kekasihnya akan menghadapi semua rasa kesakitan itu, pasti tidak akan diturut rencana gila itu. Mungkin ada sedikit penyesalan dalam dirinya. Namun ternyata semua itu sudah terlambat. Bagai nasi yang sudah menjadi bubur. Segalanya sudah pun berlaku. Hanya perlu dia dan Murni hadapi semuanya. Mungkin hadapinya sebagai balasan dari Tuhan.

Perit. Murni tidak mampu lagi bertahan. Dia terkejar-kejar menuju ke bilik air. Berlari anak sambil menahan sakit perut ditambah dengan pehanya yang berdarah ditahan-tahan supaya tidak menitik jatuh ke lantai.
Mamat panik. Dia mengikuti Murni dari belakang.

Murni terjelopok jatuh. Isi kandungannya jatuh. Sudah terkeluar. Lantas rasa sakit itu berhenti. Serta merta. Mamat ternganga. Dia hampir pengsan. Tidak sanggup melihat darah yang mengalir begitu banyak.

Isi kandungannya sudah tiada. Isi kandungan itu ialah bayi. Atau lebih tepat janin. Janin itu sudah mati. Mereka hanya mampu melihat dengan deraian air mata. Air mata tanpa suara. Kesal, mungkin.Murni keletihan. Keletihan yang luar biasa. Badannya sakit-sakit seakan baru sahaja selesai melahirkan bayi.

Malam itu Murni tertidur nyenyak. Tidur bertilamkan lengan Mamat. Mungkin dia beruntung kerana sehingga saat ini Mamat masih lagi mahu bersamanya. Sama-sama mengharungi detik getir itu. Bukan detik getir melahirkan tetapi detik getir menggugurkan bayi kandungannya. Bayi mereka berdua. Jika manusia lain, sudah pasti kekasih hatinya akan jauh pergi meninggalkan selepas bertindak tidak waras memaksa kekasihnya menggugurkan kandungan. Namun, dalam diri Mamat sebenarnya kosong, tidak tahu apa yang dilakukannya itu betul atau tidak. Apa yang dia pasti, dia seolah-olah menginginkan Murni selamat begitu juga dengan bayi. Tapi mana mungkin perkara itu berlaku kerana mereka masih belum ada apa-apa ikatan kerana masing-masing masih bergelar pelajar tahun pertama di salah sebuah universiti tempatan.

Sebelum tidur, dia memohon maaf kepada anaknya (bayi yang telah gugur). Di dalam hati.
“Ibu tidak mahu sayang menjadi bahan bualan orang-orang, sayang. Maafkan ibu. Maafkan dosa ibu. Maafkan ayah. Andailah sayang faham keadaan ibu kini, ibu yakin sayang adalah anak yang akan sentiasa berada dalam hati ibu, sayang.”

Pagi itu Murni bangun awal. Dia dan Mamat menyesali apa yang telah dilakukan semalam. Dia dan Mamat memutuskan supaya janin itu harus dimandikan dan dilakukan selayaknya seperti seorang bayi yang baru lahir. Agar nanti bayi itu tenang di alam sana lantas mahu memaafkan kekhilafan ibu ayahnya.

Mamat menyediakan air suam-suam kuku di dalam bekas yang sudah dicampur dengan wangian. Biar bayi itu nanti berbau harum semasa dikuburkan. Bayi itu harus dikubur selayaknya.
Mamat masih lagi panik melihat bayi itu. Tidak sampai hati rasanya diperlakukan seperti itu. Akhirnya, Murni membuka bungkusan itu dan ditimang-timang perlahan. Dia mencium pipi bayi itu, terasa dingin. Bayi itu sudah sempurna. Tinggal bentuk kepala yang belum sesuai dengan badannya. Tangan dan kaki sudah sempurna terbentuk. Hidungnya mancung persis hidung ibu. Bibir atas bak ibu juga sedangkan raut wajah bayi tidak jauh beza dengan wajah ayah. Dia merenung bayi itu buat kali terakhirnya.

Murni hampir pengsan menahan kesedihan, menyesal atas apa yang telah dilakukan.
Mamat bertindak untuk mula mengebumikan bayi itu. Saat itu hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Seakan turut meratapi pemergiaan bayi itu.

Murni menangis tidak henti-henti. Hanya mampu menyesali segalanya.
Mungkin andai nanti bayi itu hidup membesar pasti akan menjadi manusia yang berguna buat ibu ayah. Anak yang akan sentiasa mengangkat tangan mengirimkan doa untuk ibu ayahnya. Namun semua itu mustahil kini. Bayi itu sudah tiada. Pergi jauh. Tinggal kekal di syurga.

Hari ini sudah lima tahun kejadian itu berlalu meninggalkan Murni. Kejadian kali pertama dan akan dia pastikan bahawa ia adalah kali terakhir untuk dirinya. Pasti tidak akan diulangi lagi perkara seperti itu dalam dirinya. Itu pasti.

Dia masih setia di tikar sejadah itu. Masih setia mengharap pengampunan dari tuannya. Adakah dosa semalamnya diterima. Persoalan yang sukar untuk diberikan jawapan. Namun dia tahu tuannya pasti ada jawapan untuk persoalan dia itu. Itu juga pasti. 

Kedengaran tangisan bayi kuat kedengaran di ruang luar. Terus lamunannya terhenti. Pandangannya dilarikan ke arah tangisan bayi itu. Menitis air mata jatuh setitik demi setitik ke pipi melihat bayi itu menangis seakan mengingatkan Murni kepada bayinya. Lantas bayi itu diangkatnya dan didodoi-dodoi supaya bayi itu diam. Dicium pipi bayi itu. Berbau wangi. Wangi seorang bayi. Dalam dia mendodoikan bayi itu, tiba-tiba Murni dikerumuni oleh beberapa kanak-kanak kecil yang berlumba-lumba untuk bermain dengan bayi itu. Rasa gembira hatinya. Lucu melihat keletah kanak-kanak itu. Andai dosa semalam itu tidak berlaku, sudah pasti sekarang ini dia sudah mempunyai anak-anak sebesar itu.

Setelah lima tahun peristiwa itu berlaku, kini Murni sudah mula sedar atas dosa semalam yang dilakukan. Kini Murni telah hampir dua tahun berkhidmat sebagai pengasuh di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Nur Budi. Di pusat jagaan itu Murni dapat berjumpa dengan anak-anak kecil sedari umur satu tahun sehinggalah umur enam tahun. Hasratnya cuma satu. Ingin menebus semula kesilapannya yang lampau walaupun pada hakikatnya dia tahu dosanya itu terlalu sukar untuk dimaafkan oleh masyarakat sekeliling. Murni berharap dengan dia berkhidmat di situ dapat juga dia melepaskan rindunya kepada bayinya yang telah meninggal dahulu.

Puan Hajjah Mariam, selaku pemilik pusat jagaan itu sejak pertama kali Murni datang ke tempatnya lagi sudah dikhabarkan tentang perihal diri Murni. Dia turut bersimpati lantas diberikan Murni bekerja di situ. Setiap hari Murni akan bermain-main dengan kanak-kanak di situ melayan kerenah dan telatah mereka. Dia sangat gembira. Kerjanya ikhlas. Kanak-kanak di situ juga terlalu rapat dengannya.

Pada suatu petang, sedang dia mendukung seorang kanak-kanak di laman hadapan pusat jagaan itu dia terpandang ada sebuah kotak terletak elok di hadapan pagar pusat jagaan itu. Segera dia merapati kotak itu. Hampir menitis air mata apabila dia melihat di dalam kotak itu terbaringnya seorang bayi yang sangat comel berkulit putih sedang tidur nyenyak diselimuti dengan kain batik. Lantas dia teringat akan bayinya. Bayinya yang telah tiada. Dicium bayi kecil itu. beriringan pula dengan titisan air mata. Air mata penyesalan.

Habis cerita. =)


Friday, May 17, 2013

Yeah! Kita tempah nama tulisan khat

Assalamualaikum dan hai...


Sepanjang seminggu (13-17Mei) fakulti aku mengadakan Festival Akademi Pengajian Melayu. Banyak aktiviti berlangsung di samping ada juga jualan di booth di foyer fakulti. Jualan tulisan khat antara aktiviti jualan yang ada. Aku tertarik dan semangnya berminat tentang tulisan khat. Dan atas sebab itulah aku sanggup tunggu giliran petang rabu itu semata-mata nak minta pak cik Moonir buatkan khat nama untuk aku. 










Aku try jugak tulis sendiri. Ini hasilnya. Haha...last time belajar tulisan khat masa aku darjah dua sekolah agama. Peh peh dah berapa lama tinggal.



Ain pun try jugak


Meh aku share hasil khat pak cik Moonir. Ini yang aku tempah sahaja. Cuma RM1. Murah + cantik.


untuk boyfriend kita.heee...


ini nama aku. ce baca


ini nama aku berbinkan abah
Siti Maisarah binti Hambali. Perfecto!



ini pulak gabungan nama aku + jojo..ahaksss gediks 


Cantik kan??? Lepas ni nak liminate lepas tu nak frame kan...heee...
Bak kata encik Aziz, ARTS IS INVESTMENT. Tulisan khat juga cabang seni ye kawan-kawan.

=)

Iqra' - Bacalah | Kebesaran Al-Quran

Assalamualaikum...

Aku dapat ini daripada pak cik Moonir, si tukang penulis khat yang dijemput untuk Festival Akademi Pengajian Melayu sepanjang minggu ini.


Tulisan ini dalam jawi. Jom baca. Merangkak-rangkak tak apa. Janji baca. Pak cik kata, sebarkanlah. Insha Allah beroleh manfaat darinya.




=)\

Thursday, May 16, 2013

Ceramah Kesedaran Kanser Servik

Assalamualaikum dan hai...


Ini cerita minggu lepas.

Aku berpeluang pergi ke ceramah kesedaran kanser servik. Seriously memang teringin nak pergi. Teringin jugak nak dapatkan vaksin HPV. Mula-mula memang tak ada masa, but then interview dekat RTM tu habis awal so aku ada peluang lah untuk pergi ceramah tu.


Penganjur buka booth dekat Kompleks Perdana Siswa, UM. Singgah sekejap di booth. Cuma like facebook page May saja dah boleh dapat sample sabun May.



Free sample selepas klik 'like' di facebook page MAY



National Cancer Society Malaysia (NCSM) dengan kerjasama May telah berusaha menganjurkan kempen ini. Kalau tidak silap aku, ada pihak yang telah bermurah hati membeli vaksin HPV itu dan diberikan kepada setiap universiti yang terpilih (satu universiti diberi 5 vaksin HPV). Oleh itu, pihak pengajur kempen telah mengadakan kempen ini di setiap universiti terpilih. Ceramah disampaikan oleh Dr Dalilah. Tiz Zakiah sebagai duta May juga ada datang bersama.



Antara universiti yang terpilih adalah seperti yang tertera di brochure




Dalam pada itu, pihak penganjur telah menyediakan cabutan bertuah kepada hanya 5 vaksin HPV yang sedia ada. Cabutan bertuah itu memerlukan pelajar (universiti) membeli produk sabun May yang berharga RM10 dan barulah mereka boleh mengisi borang nama untuk tujuan cabutan bertuah itu. Pemenang atau pelajar yang akan mendapat suntikan vaksin HPV itu akan diketahui selepas kempen ini tamat. (Seperti apa yang dimaklumkan kepada aku pada minggu lepas). Mungkin juga akan diumumkan minggu ini. Oh aku pun beli sabun itu dan aku masuk dalam kategori cabutan bertuah itu. Tengah tunggu keputusan ni. Nervous...


Sabun mandian May yang berharga RM10 *untuk cabutan bertuah -menang suntikan vaksin HPV 


Disebabkan aku pergi dengar ceramah itu, pelajar juga diberikan goodies bag. Dalam tu ada tuala, sabun mandian juga brochure.






Sepanjang ceramah, slide-slide berkenaan kanser servik dipaparkan. Gambar-gambar tentang jangkitan viru juga ditunjukkan. Rasa meremang bulu roma. Takut pun ada. Sungguh minta dijauh semua itu. 


Antara artikel dan maklumat yang terdapat dalam pamplete






Konklusinya, sebagai wanita/perempuan kita perlu menjaga kesihatan tubuh badan kita tidak kira luar atau dalam. Kebersihan diri itu penting bagi mengelakkan daripada apa-apa jua jangkitan virus. Dari segi kebersihan dan kesihatan dalam, suntikan vaksin HPV ini boleh dikatakan sangat penting untuk masa depan diri kita sendiri.


Pernah dengar ayat ini? PREVENTION IS BETTER THAN CURE =)












Testimoni:

Setelah seminggu menggunakan sabun mandian May aku terasa macam nak mandi selalu. Sebab baunya wangi sangat sangat. Dan baunya memang melekat di kulit untuk jangka masa yang sama. Terasa nak cium badan ni selalu jek sebab baunya sangat wangi. Anda tak percaya? Cubalah. Memang tak tipu.


Aku gunakan May shower cream yang warna pink.
Diamond Dazzle -sea salt &diamond glitter 
for soft and luminous skin. Jom cuba.

Thursday, May 9, 2013

Temuduga di Angkasapuri | Pengalaman Pertama

Assalamualaikum dan hai...


Semalam bersamaan dengan 8 Mei 2013, aku dan beberapa orang kawan lain telah pergi ke Angkasapuri untuk tujuan temuduga untuk program latihan industri kami. Peh peh ayat skema. Kami dimaklumkan oleh senior, abang Kahar yang bahagian HR perlukan student untuk praktikal. So, disebabkan Angkasapuri tu dekat plus macam seronok jek kalau dapat kerja dekat sana dan kemudahan semua boleh dikira mudah diuruskan, maka aku plan memang nak pergi interview tu. Dengan harapan, confirm dapat. Peh confident level tinggi betul. 


But the worst part is... datang interview pagi pagi tapi tak bawa sijil-sijil sama ada original ataupun fotostat. Sengal kan? Bawa resume tapi renyuk. Ala-ala bawa kertas sehelai. Sengal kan? Dress up pun baju kurung jek macam nak pergi kuliah. Tak macam sesetengah student lain yang datang tu. Dress up macam officer dah. Tergugat tau. Sengal kan? Ah memang terasa sangat sengal. Bukan sengal sengal ubi dah ni memang sengal tahap vangang jugak. 


Kesengalan bermula bila nampak Rusdi (one of my friend) sampai bawa fail n of course berisi segala mala sijil. Seriously memang marah sebab tak inform aku. Even sepatutnya aku memang patut tahu untuk interview memang kena bawa semua tu. n tak patut juga salahkan Rusdi. Sengal lagi. Start dari situ dah rasa down gila. Rasa nak balik. Give up. Confident level dah turun satu tahap. Confirm kalau interviewer minta tapi aku tak bagi, mesti la tolak satu point dekat situ. Sengal kan? Satu point jek dah kena tolak gara-gara benda simple yang aku rasa aku ambil mudah. Haishhh...


Disebabkan dari awal dah rasa down gila gila, serius confident level makin lama makin jatuh teruk. Sangat teruk. Sampai satu tahap aku rasa memang betul betul nak balik. Give up! But then Diba n Fiza kata kita try jek our best. Dapat atau tak terpulang la. Sampai dia orang pun rasa fed up juga n Fiza dah plan nak sambung master jek lepastu nak jadi tutor or pensyarah yang si Diba pulak beria kata nak jadi cikgu jek. Semata mata sebab confident level kami dah memang corot habis. 


Its our turn. Tinggal kami bertiga. Tapi panggil dua orang. Fine. Aku tinggal seorang. Confirm kena interview seorang la, kan. Confident level turun lagi lagi dan lagi. Peh peh peh. Sampai turn aku, dengan pasrah dan redhanya aku melangkah kaki masuk ke bilik interview. Even confident level dah kurang tapi itu secara dalaman saja. Luarannya aku kena maintain confident. Kahkahkah nampak tak permainannya di situ. Muka maintain senyum jek. Interviewer, En Amir bagi sehelai kertas, perlu jawab semuanya. Soalan tentang RTM. Macam macam. Nasib aku baik sebab masa tunggu turn aku sempat belek belek majalah dekat luar tu. Dapat la juga bantu aku jawab semua soalan kecuali soalan pasal tahun RTM ditubuhkan. Confident level naik sikit. Satu point. Lepas tu baru en. Amir tanya soalan bertubi-tubi. Fine. Aku jawab dengan confident tapi sebenarnya main bantai jek janji buka mulut n cakap. Jangan diam. Itu kuncinya. Cakap. Dekat situ juga naik sikit confident level aku. Pungpangpungpang setel turn aku. Keluar bilik dengan hati yang redha dan pasrah tapi tetap confident. 


Selangkah aku keluar dari bilik itu memang aku serahkan semuanya pada yang atas. Nervous hilang. Confident tinggal ala ala jek. Seram sejuk pun hilang. Tapi muka maintain senyum. Maklumlah first time pergi interview first time pergi tempat famous. Kesian, kan?




Pengajarannya. Be prepared sebelum pergi interview. Prepare dari segi mental, fizikal dan segala kelengkapan dan keperluan yang wajib dibawa semasa temuduga. Keputusan temuduga dijangka akan keluar lagi seminggu. So, akan ku tunggu saat itu. Ini juga harapan dari emak. 


Ya Rabb...Kau permudahkanlah segalanya. Amin.



Wednesday, May 1, 2013

Last Shopping RM50 Voucher Buku | KLiBF A Place YOu Must Go

Assalamualaikum dan hai...

Selamat Hari Buruh, Malaysia.


Disebabkan hari ini cuti umum dan kuliah pun tak ada, maka aku berpeluang untuk pergi ke Kuala Lumpur Internantional Book Fair (KLiBF) yang bertempat di PWTC sejak 26 April sehinggalah 5 Mei nanti. Semangat waja betul nak pergi pesta buku. A place you must go. Wajib pergi.


Sebagai balas dendam untuk beli novel since hari tu cuma beli buku motivasi dan islamik. Macam biasa, hanya gunakan voucher buku. Berbaki RM50. Pada masa yang sama, aku tak nak lepaskan peluang merasa untuk menjejakkan kaki ke sana yang seingat aku untuk kali yang ke dua. Beberapa tahun lepas pernah pergi juga. Manfaatkan masa selagi masih ada di Kuala Lumpur.


Meh nak cerita sikit suasana di pesta buku. Speachless sebenarnya. Sangat sesak. Millions of people. Boleh aku kata mereka ini pengemar buku-ulat buku-love to read atau apa-apa saja. Allah pesan. Iqra. Bacalah. Bacalah selagi kita mampu untuk membaca. Tambahlah ilmu. Carilah ilmu. Semoga kita semua berada dalam lingkungan mereka itu. Mereka yang sentiasa mencari ilmu. Tidak kira apa-apa jua ilmu. Insha Allah...


Macam aku cakap tadi, nak balas dendam. So, hanya manfaat voucher yang ada. Dapatlah tiga buah novel yang sangat-sangat diidamkan (sebenarnya dua saja). Alhamdulillah.




Memang aku dah plan awal-awal nak masuk sini. Untuk novel yang diidamkan tu. Setiap novel dekat sini diskaun RM5. 




Akhirnya. Setelah bersesak-sesak. Yang atas dan bawah ialah novel yang diidamkan itu.



Harga: RM21

Disebabkan pengaruh kawan un tuk baca novel ni maka aku pun terpengaruh untuk beli. Sebab best plus menarik. Lain dari yang lain. ahaks...


Sinopsis sikit. Nanti aku buat priview sikit kalau sempat ye.


Harga: RM21

Dikhabarkan novel ni pun akan dijadikan drama or filem. Tnegok dekat bunting kat sana tadi macam Akim dengan Nad Zainal yang berlakon. Macam seronok. Harap-harap jangan indah khabar dari rupa ya. Harap harap la.


Maaf ini faktor kamera. Nanti aku buat priview sikit di next entry. Insha Allah


Harga: RM30


Ohhh sememangnya inilah novel yang paling ingin dimiliki. Setiap minggu menunggu nak tengok drama nya dekat tonton. Tapi sedih. Last week punya episod tak ada. Tak apa. Novel dah ada. Pasal lembab sangat nak tunggu drama. Haa padan muka.


By the way, Tiz dengan Izzue sangat sesuai pegang watak masing-masing. 



Dapat percuma kalendar.


Manfaat daripada voucher yang TERAKHIR.sobsss....


Entah bila dapat habiskan baca tiga-tiga ni. Sekarang tengah busy dengan assignment. Tak macam dulu. Se-busy mana pun tetap sanggup habiskan baca. Tapi tidak untuk masa sekarang. Ah bukan lagi peminat tegar rupanya.


Kepada sesiapa yang masih belum pergi ke Pesta Buku tu aku syorkan kalian jejakkan kaki ke sana. PWTC -KLiBF: A place you must go.


psttt: Aku masih berkira-kira sama ada mahu balik ke rumah atau tidak. Menangis telefon emak abah bertanya boleh atau tidak aku balik. Ada perasaan takut yang teramat tiba-tiba. Ah aku cuma rindu sebenarnya. Ini pengakuan. Titik.


Aku Tak Suka



Paling aku tak suka tugasan bersama
Kalau ada saja yang jadi sleeping partner
Lagi-lagi jenis yang tidur depan mata
Rasa macam nak tendang buat muka selamba
Tak kira la kawan atau saudara
Kau ingat aku suka
Dah selalu aku terkena
Dah selalu aku jadi mangsa
Macam kena buli saja rasanya
Rasa macam nak ku bunuh kau saja
Kau dah dewasa
Masih tak faham-faham lagi ke
Aku dah tak kuasa
Malas aku nak bersuara
Hidup itu kau yang rasa!!!


Paling aku tak suka kau buat muka
Macam kau tu banyak sangat buat kerja
Macam la orang lain goyang kaki saja
Ah kau memang gila