Assalamalaikum n selamat malam…
Haaa kan dah kata..kalau tak update terus part 3 ni confirm ntah bila nam update nya. Busy bebenar hoi.
Haaa kan dah kata..kalau tak update terus part 3 ni confirm ntah bila nam update nya. Busy bebenar hoi.
Alhamdulillah dah masuk hari 21 ramadhan. Tu yang busy sikit. Ok jom sambung cerita pasal holiday Melaka haritu.
Ok, second day dekat Melaka. 1 Mei 2016, Ahad. Merupakan
hari pekerja. Public holiday n confirm Bandar Hilir akan sesak. Dengan orang
dengan kenderaan. It a holiday, beb. Hahaha…padan muka.
So, bangun pagi around 7.00 pagi, kejut Kak Yanti ajak
breakfast tapi dia taknak join. Jadi kita breakfast berdua dengan Rosma saja. Lepak
mamak dekat kedai hujung bawah hotel jek. Pekena roti canai dengan teh tarik.
It awesome beb. I decided (Yes, I am the one who make the decision) kita kena
gerak keluar awal sebelum jalan jem. 11.00 pagi check out hotel.
Pantai Klebang
Destinasi pertama, Pantai Klebang. Senang jek nak cari. Ikut
signboard. Since abang Ijan yang bawa memang senang jumpa la n since keluar pun
dah pukul 11 so jalan dah start jem. #*&%@#
Feelin so excited bila sampai Pantai Klebang. Kita pergi
area tepi tepi pantai jek. Tak dan nak pergi area yang ala ala padang pasir tu.
Yaaa sebab dah tengah hari n dah start panas. So acah acah tepi pantai jek la.
Selain boleh main lari lari dekat tepi pantai tu, korang boleh round round naik kuda, main layang-layang, main bubble, main teng teng pun boleh hahahah… sepanjang tepi pantai tu jugak ada gerai gerai makan gerai mainan. Ada juga disediakan tempat makan dalam bas. Alaa yang macam bustel tu. Kalau nak rasakan kelainan korang boleh cuba. Tapi kita tak cuba la. N at first planning ingat nak stay dekat bustle tapi mahal nak!!! Kita ni holiday with small budget jek kakaka… ohh kat situ pun ada jual coconut shake. Tapi bukan yang ori tu la. Yang ori tak silap dekat tepi jalan masa on the way nak ke pantai tu. Tapi nauzubilah ramai orang beratur n menyebabkan jalan sesak, so better tak payah mengada nak beli situ. Beli jek dekat tepi pantai tu. Pada kita rasanya sama saja hahaha..tapi kalau korang teringin jugak ikut korang la nak beli yang mana pun.
Dah puas bergambar, dah pekena coconut shake so next station
pergi Muzium Kapal Selam.
Muzium Kapal Selam
Tiket masuk RM3 (kalau tak silap). Lokasi dekat jek dengan
Pantai Klebang. Dekat sini tak ramai orang lagi. Besar woiii kapal selam tu.
Can’t imagine macam mana dia bila dalam lautan. Sangat besar. Tapi bila dapat
masuk dalam kapal tu. Fuhhhh tempatnya sangat sempit. Boleh buat seorang sahaja
untuk satu laluan. Dalam tu sangat penuh dengan mesin, wayar dan macam macam
lagi. Tak dapat bayangkan macam mana mereka kerja dalam tu stay berbulan bulan
dalam tu. Respek betul.
Kita memang suggest korang masuk muzium ni kalau korang
singgah sini. Pengalaman baru jugak. Kapal yang sebesar besar alam tu hanya
dipenuhi dengan wayar wayar n mesin.
Selain dari kapal selam, dekat luar ada juga dua buah kapal.
Macam jet pejuang gitu la. Kita pun tak pasti apa nama dia. Haaa macam kat
gambar bawah ni.
Dah puas bergambar so kita ke next station sebelum bertolak
balik.
Upside Down House | Rumah Terbalik
Planning baik punya nak pergi sini. Sekali bila sampai,
fuhhh beratur panjang kau. Dengan panas terik so tak mungkin sanggup la. Kalau
dapat masuk pun, for sure tak dapat enjoy lama lama sebab tengokkan kondisi
orang yang ramai n mesti kena rashing ambil gambar. Hah sungguh tak best. So we
decided tak payah la masuk. Lain kali saja.
Tiket masuk: RM20 untuk dewasa
Sebab hati hampa tak dapat masuk rumah terbalik, kita pergi
mencekik saja. Sebab jem memanjang dan malas nak pusing pusing cari tempat
makan best, kita orang terjah jek kedai Asam Pedas Mak Mah (seberang jalan jek
dengan rumah terbalik). Lapar punya pasal. Order nasi putih untuk 4 orang plus
lauk pauk. Harga RM50++. Mahal nauzubillah… nasib baik tengah lapar. Blurghhhh…
Kota A Famosa
Memandangkan hari pertama tak habis jalan kawasan dataran
pahlawan tu kita decide untuk habiskan pusing. Walaupun sebenarnya banyak
tempat tak pergi lagi!!!!
Since cuaca sangat la panas terik, so kita decide nak round
dataran pahlawan naik beca jek. Heee…seronok weh…last naik beca kalau tak silap
masa kita tadika sebab pergi sekolah sekali sekala pakcik yang ambil kita tu
kadang2 naik beca. So kiralah berapa lama tak naik beca dah. RM25 jek. So naik
2 orang share la dua kikikiki…
Yang bagusnya dah ramai anak anak muda yang bawa beca ni
sekarang. Bukan pakcik pakcik saja.
Beca ni akan bawa kemana saja korang nak pusing. So kita
orang minta pakcik tu bawa kita orang pergi kubu A Famosa tu dulu. Ambil gambar
sepukul dua. Tak dan nak naik sampai atas. Tenaga tak ada dah. So acah acah
mabil gambar dekat bawah jek la.
Pakcik tu pun tunggu la situ sampai kita orang siap.
The Pirate Adventure Park
Rupa-rupanya The Pirate Park tu dekat depan kubu A Famosa
jek kau. So konon-konon nak masuk la. Tanya dekat kaunter tu dekat dalam The
Pirate tu ada apa jek. Dia kata macam muzium lanun la. Ooooo…muzium lagi. Haha
so tak jadi masuk. Tiket RM20 kalau tak silap. Mahal nak! Kakaka… so kita acah
acah posing bergambar dekat luar saja la.
Berdepan dengan The Pirate ni pulak ada Memorial
Kemerdekaan. Tapi tak masuk situ pun.
Memandangkan kita lupa nak bagitau pakcik tu suruh bawa
pergi dekat bangunan merah so tak ada la bergambar dekat sana. Miss satu tempat
lagi!! Pakcik tu pun tak lalu area situ. So tak apa la. Boleh pergi second time
untuk honeymoon nanti wakaka…
So, lepas tu pakcik terus bawa kita singgah pergi dekat area
uptown tu. Nak beli something lagi hahaha… lepas puas shopping baru la terkedek
kedek pergi cari kereta parking kat mana. Its time to go back already. The
vacation is over, babe. On the way balik pun jem kaya nauzubillah. Tapi area Bandar
Hilir jek la. Lepas tu alhamdullilah selamat sampai dengan jayanya ke rumah
dekat tengah malam juga.
N so this is my story of our short vacation. Harap dapat
plan another trip. Genting Highland with darling, may be. Kikikikiki…. Can’t
wait!!!
Daaaa… XOXO
1 comment:
Post a Comment