Assalamualaikum...
Hahaha tak habis habis dengan confuse, kan. Oh by the way, ahad lepas aku dah pergi ambil lesen P. Yuhuu...akhirnya dapat jugak setelah sekian lama menunggu.
Haritu aku confuse nak beli kereta myvi or saga, kan? So selepas bincang2 dengan adik aku dan survey2 dengan orang sekeliling maka aku putuskan nak ambil saga flx jek. Macam orang kata ukur baju dekat badan sendiri. InsyaAllah hanya ini yang termampu buat masa sekarang. Sekurang kurangnya boleh ringankan beban mak abah n diri sendiri.
Satu masalah setel, satu masalah timbul. Manual atau automatik hahaha...aku belajar kereta manual, test kereta manual, tetiba tak kan nak beli auto, kan? hahaha tapi aku ni dari time belajar kereta lagi memang tak pas bab nak guna gear. Sampai cikgu pun asyik marah. "Awak ni nak tukar gear pun masih tercari2 lagi gear kat mana, masih nak tengok gear tu lagi dah kenapa?" huh sesungguhnya aku sangat tak pas guna gear manual. Plus tak tahu nak adjust gear dengan kelajuan. Sampaikan dalam borang masa test JPJ tu kata kesalahan aku ialah tidak menggunakan/menukar gear mengikut kelajuan yang sesuai. Hah nampak tu?
Perempuan cukup sinonim dengan kereta transmisi automatik. Even aku tak tahu nak bawa auto, rasanya kena mintak tolong sepul n syuhada (gf sepul) tolong ajar n pinjamkan kereta untuk aku drive hahaha...ajar sekali dua jek dah ok kot. Walaupun aku rasa auto tu susah sebab kena belajar lagi tapi aku rasa aku boleh move on dengan auto kot hahahah jadahnya move on bagai ntah. Kalau tengah follow lori berat then aku bawa manual, tak ke kelam kabut plus dengan nak hadap bukit lagi. Tapi kalau auto, aku rasa aku boleh handle kot sebab cuma handle brek jek kot hahaha...ntah la confuse aku weh!!!!!
Lagi satu kelebihan kalau beli auto, sepul boleh guna sekali sebab aku kan tak berapa pro sangat hahaha...
Eh korang doakan lah aku untuk dapat buat keputusan nak beli mana satu ea hahaha...nervous iolls...ok aku nak tidur mengantuk plus penat banyak gila kerja kat ofis tadi plus sakit hati lagi. Bye. Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment