Assalamualaikum...
Hai korang. Siang tadi aku repeat JPJ test bahagian 2. First of all nak ucap syukur Alhamdulillah sangat2 sebab akhirnya aku lulus dengan berjayanya. Alhamdulillah. Terasa bahagianya memang tergambar bila lepas habis test jek senyum tu memang tak putus putus dari bibir. Cewahhh...
Ok memandangkan aku dah lulus nak jugak share moment2 sebelum-semasa-selepas test, kan. Malam sebelum test seriuos aku tidur tak lena. Tak tahu kenapa. Mungkin jugak sebab tak confident dengan test hari esok. Siap hafal nota *dah macam nak exam SPM. Pagi tu pulak boleh elok jek bangun awal n sampai awal kat kedai agen tu hahaha. Sambil tunggu yang lain2 n sebelum sampai ke pusat driving tu otak/kepala memang kosong tak fikir apa tak fikir macam mana nak lulus. Kosong. Seriuos weh. Hahahha redha barangkali. But then bila sampai jek pusat driving tu tetiba terjumpa Yullyana *kawan masa kat HSBP. Dia pun repeat test jugak tapi Alhamdulillah Yully pun dah lulus jugak.
Panjangnya intro...
Kali ni aku dapat giliran no. 5. Awal gila! Yully pulak no.4. Dari situ dah mula rasa cuak. Sampai jek turn aku, terus masuk kereta n buat part bukit. Percaya atau tak, aku buat 2 kali kot kat bukit tu. First try, tayar tu kena sikit jek kat line kuning. Lepastu tanya encik JPJ tu ok ke tak, tapi dia diam jek so aku cakap la "encik, saya nak repeat boleh" hahaha sengal pergi tanya patut buat jek. Maka aku pun ulang semula n Alhamdulillah kali kedua berjaya n encik JPJ tu kata "dah ok dah tu. Dah, jalan cepat". Time nak balance kan minyak dengan clutch tu pulak tetiba jadi lama kemain sampai meter minyak tu dah ke no.5 kereta tak berhenjut ke depan jugak. Aku dengan rasa cuaknya buat selamba jek buat macam biasa dan akhirnya berjaya jugak. Fuh lega.
Untuk yang side parking aku dapat buat macam biasa. Alhamdulillah.
Oleh sebab aku fail dekat parking 3 penjuru maka aku jadi tak confident nak buat. Tapi nasib baik pagi2 tu ada tanya cikgu macam mana nak buat. Alhamdulillah berjaya sebab aku buat memang slow motion gila hahaha kira manfaatkan 5 minit yang ada tu. Parking 3 penjuru tu kena ada 3 pergerakan jek 1) Pergerakan masuk *tanpa henti 2) Pergerakan reverse *tanpa henti dan 3) Pergerakan keluar dari litar. Aku masuk dah cantik parking baik punya. Tetiba nak reverse kereta aku tak bergerak2. Mulalah cuak. Tengok enjin hidup jek, gear dah ke reverse tapi apa yang tak kena. Lepaskan clucth pun kereta tak gerak2. Terus aku tengok abg JPJ *Abang la sebab ala2 muda hehehe, dia buat donow (tak tau) jek n tak angkat tanda merah, so kira masih ada peluang nak cilok2 sikit la kot2 enjin mati ke apa ke kan. Time tu dah tak fikir apa dah aku fikir redha jek minggu depan nak kena repeat lagi huhuhu...tetiba aku betulkan balik gear tu n aku fikir mungkin gear tu tak masuk betul2 kot. Tetiba kereta tu dah mula bergerak semula. Fuuuuuhhhhhhhhhhh.....memang mengucap panjang aku dalam kereta. Then terus fokus semula n alhamdulillah takde tiang yang bergoyang lagi and yeah!!!!!!!!!!!! Finally aku lulus dengan bergayanya.
Tapi cerita tak habis kat situ. Aku turun kereta n pergi ambil borang kat pondok JPJ tu. Pakcik kat bawah tu kata "Awak tak lulus awak langgar batu tadi" hah!!! tercenggang aku n terus naik jumpa JPJ. Encik n abg JPJ tu pun caka "Awak ni dah berapa kali test ni" aku jawap "ni yang kedua" encik JPJ cakap "Awak tak lulus ni. Awak langgar batu tadi. Ni masuk yg nanti ni dah tiga la ni. Macam mana awak bawak kereta ni" aku apa lagi cuak la dok fikir tang mana yang aku langgar batu ntah. Aku tengok borang tu elok jek bertanda betul (/) siap tulis lulus lagi. Abg n encik JPJ kemain lagi sok sek sok sek sambil gelak tanya kerja mana la itu la ini la ada pakwe tak pakwe orang mana la blablabla...last2 aku tanya "habis saya ni sebenarnya lulus ke tak" terus encik JPJ tu cakap "awak tak lulus sebab awak ada pakwe" berdekah abg JPJ tu ketawakan aku hahaha siot...Buat cuak aku. Terus aku turun n blah dari situ dengan ucapan terima kasih.
Dan akhirnya aku berjaya. Sekarang tinggal tunggu lesen P jek keluar n sambil2 tu boleh survey2 nak pakai kereta apa. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya boleh buat hantar mak abah ain pergi check up kat hospital n saiful jalan2 *minyak isi sendiri hahahaha...
Ada sesiapa tak nak bagi pinjam duit buat downpayment kereta hehehe...
p/s: Boleh baca kat SINI dan SINI untuk kisah yang sebelum sebelum ni.
No comments:
Post a Comment