Assalamualaikum...
Alhamdulillah kedai Federal dah call isnin lepas bagitahu lesen aku dah siap. Tapi aku tak pergi ambil lagi. First target dah berjaya. Tapi masalahnya sekarang aku tengah confuse nak ambil kereta apa. Target bila hari raya nanti dah ada kereta bolehlah bawa family berjalan raya. Tapi masalahnya sekarang tengah confuse sama ada nak ambil myvi or saga jek. Memang la impian n target nak ambil myvi extrem kuning yang mengancam tu tapi kena fikir banyak benda.
First, dengan tingkat gaji aku cuma seribu jek takut tak lepas nak buat loan untuk myvi tu. Second, bila ambil myvi extrem tiap bulan ansuran aku anggarkan dalam empat ratus hingga lima ratus. Kalau ambil myvi se pun lebih kurang jek. Dengan nak bayar ptptn dua ratus tiap bulan, nanti balance aku tinggal seratus lebih jek. Tu tak bayar lagi bill wifi. Kalau ambil saga sekurang-kurangnya tiap bulan dalam anggaran tiga ratus lebih macam tu. So ada la balance banyak sikit gaji. Mana nak isi minyak n maintenance lagi, kan. Yang aku tak berapa nak paham tu pasal penggunaan/penjimatan minyak. Mana satu jimat? Myvi or Saga? Tapi ramai yang kata Myvi. Orang2 kata Saga banyak guna minyak. Tapi yang aku survey kat facebook n google rata-rata kata dia orang pakai saga ok jek minyak n overall saga pun ok. Entah la aku makin buntu. Next two week dah nak puasa. Maksud lagi 2 bulan nak raya hahaha...kalau ikut mak, suurh aku kumpul duit dulu beli tahun depan jek. Tapi macam mana nak balik raya tahun ni hurmmmm....plus sebagai keperluan harian aku nak pergi kerja. Sampai bila nak menumpang orang, kan. Tambahan pulak boleh buat tolong hantar mak pergi check up kat hospital, kan. InsyaAllah...
Takpe la nanti kena survey kat Proton n Produa macam mana process n semuanya pasal kereta. Maklum la biasanya most of the girl/women tahu bawa kereta jek tapi tak tahu pasal maintenance kereta...sama la macam aku hehehe...
Doa-doakan aku ye...
2 comments:
lama akak tak bukak and baca2 blog orang.. hehe..
good luck siti.. mudah2an Allah mudahkan proses siti beli kereta k! ;)
Hehehe thanks kak ila :P
Post a Comment