Wednesday, September 21, 2011

Day 30 : A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

30 days blog challenge...

Akhirnya...last day punya challenge...hoyeahhh...tapi tak boleh hoyeahhh sangat pon...sebab??? sila renung betul2 gambar dekat bawah ni...yeahhh..ini adalah aku. Tak tipu. Tak ada sesi editing pon kat gambar ni. Kenapakah???



Pendek cerita...doktor kata aku kena alahan/allergic.


3 good things that have happened in the past 30 days??? apa ek???


- Someone said that he love me...yeahhh that is you my baby mr.E kesayangan. (tetiba malu sendiri) Harap2 you're the last one.


- dapat gathering dengan kawan2 form 6 bila kami berkonvo raya bersama. walaupun tak semua rumah kita dapat join sekaki beraya. sangat rindu family 6A Jati...


- errrr...banyak sangat happy story yang nak di story sampai lupa dah ni...hahaha...sangat tipu.



hallooo...challenge tamat sudah...bubye...

Tuesday, September 20, 2011

Day 29 : Something you could never get tired of doing.




My second last day untuk challenge. Benda yang tak pernah aku bosan/fed up or something yg suka sangat aku buat.





Sebenarnya memang sangat2 bosan tiap hari tiap masa tiap jam dok ngadap facebook jek. Tapi dah tak ada benda lain nak dibuat. Boring...So, facebooking jek la.




Sangat shopaholic! Pantang ada duit lebih sikit jek. Ada jek yang nak dibeli. Lagi2 stay kat KL ni. Asyik ke Masjid Jamek jek. Sogo pulak selalu sale. Tu pun tengok kalau ada yang betul2 berkenan. Tapi fikir jugak keperluan atau kehendak. Hehehe...




To be honest aku memang sangat suka baca novel yg cintan cintun sahaja. Mula minat baca novel bila baca keluaran Alaf 21 lepas tu Buku Prima dan sekarang ni macam2 dah ada penerbitan novel. Macam kaki novel. Sekarang kurang sikit baca sebab duit pun tadak nak beli. Masa tu tak ada lapang sangat. Aku lebih prefer baca novel/cerpen online jek.


So, what yours???

Monday, September 19, 2011

Day 28 : In this past month, what have you learned?



Apa yg dah aku belajar/dapat dalam bulan ni...itu lebih kurang la tajuk challenge hari ni.



- Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Salah satu peristiwanya bila masa cuti Hari Malaysia hari tu aku dok plan nak balik kampung dengan junior (sebab deorang first time nak balik tak tahu cara nak balik kot). Plan keluar dari kolej punya la awal pagi pukul 8 pagi. 5 orang 1 teksi sampai Terminal Bandar Selatan (TBS). Sampai2 sana terus nak beli tiket dengan bangganya la. Tiba2 tiket tak ada. Yang ada tengah hari pukul 12.30 dgn pukul 1ptg. Giler lambat. Kepala dah serabut gelabah tak tahu macam mana. Terus pergi kat kaunter TBS beratur punya panjang berjela.



Akhirnya redha jek dapat tiket ke Batu Pahat pukul 12 tengah hari. Melangguk la dalam surau sementara tunggu pukul 12 lepas tu melantak KFC dulu sebab masing2 tak breakfast lagi. Moral of the story nya...plan la apa juga perkara dengan sebaiknya untuk memudahkan urusan kita tapi the first think kita kena ingat...Allah SWT telah tentukan macam mana kita akan hadapi hari2 kita walau sebaik mana pun kita rancang. Kerana segalanya adalah atas kehendak-Nya.



- Memang senang untuk stress/tension/pecah kepala/bla bla bla. Masuk jek sem baru melambak kerja baru aku dapat. Assingment tak ada lagi tapi kerja lain yg menimbun. Sem ni banyak pegang projek banyak pegang jawatan (bajet ko bagus sangat la!!!). Aku sangat TAK BAGUS dalam benda alah tu semua. Tapi dah orang dok sebok jugak nak bagi aku macam2 jawatan. Penat weiyhhhh...Stress...aku tak berapa nak reti handle2 projek ni. Satu belum setel dah tambah 1 lagi kerja lain. Tak tahu la pointer sem ni macam mana.



Thanks kepada cikgu Hasmah sebab sudi dengar rintihan hati ini...dapat la release sikit stress tu. Apa pun, aku tak boleh berdiri sendiri mesti perlukan kawan2 + lecturer2 untuk bantu. Seriously!!! Mungkin ini adat orang belajar kot. Kalau aku tak boleh handle JANGAN nak maki2 aku pulak. Memang aku nangis jek depan korang nanti...Tak tipu ni.



- Percaya dan sayang pada si dia itu perlu. Saya kenal sayang saya. Cewahhhh...nak jugak poyo2 letak sini. Lantak lahhh sebab dah tak tahu nak bebel apa pasal apa yang aku dapat.


Ok bubye...malas nak bebel panjang2 even banyak giler yg naik share lagi.

Sunday, September 18, 2011

Day 27 : A picture of your favourite band or artist



Macam yang aku bebel kat SINI, aku memag minat dekat Siti Nurhaliza. Tapi tak ada la minat giler2 sampai fanatik sangat tu. Minat sebab dia cantik + suara sedap + lagu pun sodap jugak...



Dato' Siti Nurhaliza






Kalau yang international pulak...aku suka Taylor Swift. Memang tak payah cakap la dia ni cantik giler.


Sebenarnya ramai sangat artis yang aku minat. Tapi challenge ni pun dok suruh tepek 'A' means satu jek. ni pun aku tepek 2. Ngade...


*enrty last2 ni memang ciput2 jek. dah agak ke M.A.L.A.S an nak taip panjang2. Plus dah start busy dengan macam2 benda yang merepek. Challenge pun tinggal 3 hari jek ni.

Friday, September 16, 2011

Day 25: Short term goals for this month and why.

30 Days blog challenge...

'Goal' untuk bulan ni? Apa ye???


Aku dapat kembalikan gastrik aku yang dah lama tak muncul tuptup jek ada balik. Hahaha...patut ke ini dibanggakan? Belasah jekkkk. Gara2 itu aku kena stop makan VCO yang tujuan utama nya mesti la nak kurus. Buang segala lemak yang terkumpul tu. Tapi apa kan daya...hajat tidak kesampaian. Huhuhu...sedihhhh


Lagi??? Aku dapat handle banyak projek yang sememangnya suka sangat2 buat aku stress...Aku ni memang senang nak stress. Serabut kepala hotak dengan benda alah ni semua. Aku datang sini nak study la wokkk...tapi...sebeban kerja aku dapat. Memang korang nak buli aku ke hape ni ha??? sedih tau. Kalau mak aku tau ni memang disuruh nya aku resign jek. Tapi aku dah try nak resign tapi tak boleh!!! stress wokkk...takut jek pointer turun jek. Dah la pointer baru jek naik naik sikit2. Ya Allah, Tuhan yang mendengar rintihan ini...bantulah aku Ya Rabbi...aku tak mampu tanpa bimbingan Mu.


Ape kes? sentap tengok aku punya 'goal' ke? Hahaha...'goal' aku semuanya sedih2 belaka, kan. Redo jek la (aku memang redo jek kerja nya)...

Day 24: A photo of something that means a lot to you.

30 Days blog challenge...



My heart belongs to you...

Jaga lah hati saya sebaiknya supaya tidak akan berpaling dan

membenci awak seumur hidup saya.

Wednesday, September 14, 2011

Day 23: Your dream wedding.


30 Days blog challenge...

Nak kata 'dream' sangat tu tak ada la..cuma aku ni dok minat sakan dengan warna purple & pink. So, kalau my wedding tu harus la ada warna purple + pink, kan? Sangat cantik wooo...

Ok, sesi berangan sudah bermula.

Tepekan gambar menggambarkan segala-galanya pasal my dream wedding...Cuma angan2 jek..tapi kalau jadi kenyataan...Alhamdulillah...













Sangat cantik, kan awak2 semua.


Apa yang penting bagi aku...my Mr. Right must be YOU!!! yes you! you're the one that said you love me. I <3 U baby


*gambar ihsan atok google.
*gambar ihsan dari atok google...

Tuesday, September 13, 2011

Day 22: A letter to someone who has hurt you recently...




Cik Dotdotdot
18 Tmn Dotty
Malaysia

13 September 2011

Menemui cik Dotdotdot yang mungkin kini sedang berselang-lenang. Tak payah la nak bajet selfish sangat. Tak ada faedah pun. Menyusahkan aku lagi ada la. Kalau bajet dah bagus sangat, baik kau buat jek benda alah tu sendiri. Tak payah susah payah aku perah otak sampai stress giler nak fikir. Banyak benda lain lagi yang aku kena setel daripada kau seorang. Kalau nak selfish sangat, apa kata kau buatkan untuk aku. Kan senang. Tak payah la aku serabut kepala. Selfish tu tak menguntungkan pun macam orang jual ikan dekat pasar pagi tu.

Sekian. Terima kasih...

Yang benar,

MAI'sarah

Monday, September 12, 2011

Day 21: A photo of your favourite place to eat.




Hari ke-21 berkisah pasal tempat makan kegemaran. Tapi apa yang aku nak kisahkan kat sini bukannya kegemaran tapi THE MOST tempat makan yang aku pergi. Sebab aku & family jenis yang memang TAK makan dekat luar. So, tempat2 makan memang TAK la aku tahu sangat.




Yeahhh...aku memang sangat teramat kerap pergi makan dekat tempat atuk tua yg serba putih ni. Sebab??? sebab senang + cepat + sedap hingga menjilat hari. Lagi2 duduk KL ni. Time keluar shopping jenjalan ke Mid, TS ke mana2 jek la...memang KFC la yang paling senang. Sampai kadang2 dah naik muak rasa nak muntah asyik dok telan ayam kfc tu.


Sampai hari tu ada kfc dekat rumah memang aku buat donow jek. Dah tak lalu nak makan kfc lagi. Kalau teramat lapar sangat boleh la kot makan.



Kebiasaannya aku order snake plate jek...

tu pun kadang2 tak habis...



ni time jenjalan shopping dekat Masjid Jamek dgn roomate ku last year



ni pulak time sambut birthday kawan ku.

KFC dekat sebelah UM jek...tapi jauh jugak perjalanan.


Ok ceita kfc habis dah. challenge tinggal 9 hari jek ni.

Anda masih berhutang RM....


Tadi kawan bagitau yang duit PTPTipu dah masuk.

Terus aku cek akaun dekat umsisweb tu...

Aku berhutang weiyhhh..bukan sikit tapi sangat banyak.

Adoiii...apa pun tak boleh.

Memang PTPTipu ni bagi untuk bayar yuran jek la jawabnya...

So, pandai2 la berjimat cermat sem ni kawan2. Sangat kayap dah ni.




Semakan Baki Akaun

Maklumat Transaksi :-
Keterangan Akaun No. Dokumen Debit (RM) Kredit (RM)
OPENING BALANCE 0.00 14.00
7TH COLLEGE-ACCOMMODATION FEE - KK7 CAJ COLLEGE FEES SEM 1 2011/2012 20110813HSTL00101,210.00 0.00
7TH COLLEGE-JTK FEE - KK7 CAJ JTK FEES SEM 1 SESI 2011/2012 20110813HSTL001150.00 0.00
7TH COLLEGE-MISCELLANEOUS FEE - KK7 SERVICE CAJ SEM 1 SESI 2011/2012 20110813HSTL001210.00 0.00
ICT SERVICES FEE - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN0001100.00 0.00
INSURANCE - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN000112.00 0.00
WELFARE - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN000110.00 0.00
SPORTS AND RECREATION FACILITIES - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN000120.00 0.00
HEALTH SERVICES FEE - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN000120.00 0.00
LIBRARY MEMBERSHIP - STANDARD FEES SEM 1 2011/12 20110906STDN0001100.00 0.00
ENGLISH LANGUAGE PROGRAM FEE - TUITION FEES SEM1 2011/12 20110907TUTN0001150.00 0.00
OUTSIDE FACULTY ELECTIVE FEE - TUITION FEES SEM1 2011/12 20110907TUTN0001150.00 0.00
TUITION FEE - TUITION FEES SEM1 2011/12 20110907TUTN0001533.00 0.00
Jumlah
2,365.00 14.00
Jumlah Sebenar
2,351.00

Status :Anda masih berhutang : RM 2,351.00



siap tepek besar gedabak lagi ni hah...


Sangat mahal tak awak awak??? UM-Universiti Mahal. Hurmmm...

Sunday, September 11, 2011

Day 20: The meaning behind your blog name.

Assalamualaikum ^^



Tengah hari tadi selamat lah daku sampai KL dan menetap dekat KK7...lagi!!!


Kembali pada challenge...pasal maksud disebalik nama blog aku ni.

ok...ni header baru LAGI!!!...simple jek...tak serabut.

Blog ni tak ada yang special pon.

Blog ni wujud pun atas sebab suka suki jek...

Aku menulis bila aku suka dan free untuk menulis a.k.a merepek meraban

Apa yang ada dalam blog ni hanyalah cerita aku yang kadang - kala terlebih emosi, gembira, sedih, dan macam2 feeling yang rasa aku nak luahkan.

Kadang2 ada jugak share sesuatu yang rasa boleh di share

Siapa yang suka baca tu terima kasih diucapkan

Siapa yang tak suka tu silalah cau cin cau dari ini blog.

Sekian ^__^

Saturday, September 10, 2011

Day 19: A picture of something you want to do before you die.

30 days blog challenge...


Aku bukan buat 'A picture' tapi 'Banyak picture'...


insyaAllah lagi 2 tahun nak habis degree...aminnn



agak2 boleh ke???



kahwin...ni perkara wajib. tapi lagi 5 6 tahun kot...sangat lama =)


*sebenarnya banyak lagi...

Friday, September 9, 2011

7 Tips Beraya ke Rumah Si Dia

Assalamualaikum...


Sekarang ni tak tahu kenapa aku agak rajin nak share macam2 tips kat blog ni...Saja suka suki kot.


Tips ni untuk sesiapa yang konon nya tengah hangat bercintan cintun la, kan. Si dia ada mengajak awak awak ke rumah dia? Lagi2 time hari raya macam ni. Ada tak??? Kalau ada, apa perasaan awak awak sekalian? Nervous, takut, panik, gelabah, seronok atau apa??? Atau pun awak awak memang dah menunggu sekian lama detik hari untuk pergi ke rumah si dia? Maklum la...saat ni la awak nak diperkenalkan dengan keluarga si dia. Sama ada di reject atau tak.


Jaga penampilan.
Pakaian mesti la sesuai. Sebolehnya biar la berpakaian sopan sikit. Kalau biasa pakai t-shirt dengan jeans jek apa salahnya kalau ke rumah si dia kenakan pakaian yang sopan. Biar sejuk jek keluarga si dia tu tengok. Tak la awal-awal kena reject. Lagi2 ni tengah musim raya..apa salahnya pakai baju kurung ke kebaya ke atau apa2 fesyen baju raya awak awak tu. Kan manis dipandang.


Bawa teman.
Yang ni tak digalakkan sangat. Tapi kalau dah memang awak awak tu jenis yang nervous terlampau tu better bawa la teman. Tak la kaku sangat nanti bila dah sampai rumah si dia.


Kenal dengan ahli keluarga si dia.
Si dia mesti ada cerita pasal family dia kat awak awak, kan. Siapa ayah dia. Siapa emak dia. Berapa orang adik beradik. Siapa nama. Macam2 lagi la. So, untuk melihat betapa concern nya awak tentang perhubungan dengan si dia, awak kena lah ambil tahu sikit2.


Jaga adab sopan.
First impression teramat lah penting. Kalau baru first time datang dah nak tunjuk sombong, gelak tak ingat dunia, mencarut tak tentu pasal...style duduk pon dah sama macam duduk kat rumah sendiri...memang awal2 dah kena reject cik kak oiiiii.


Ramah mesra.
Mulakan perbualan dengan bertanya khabar. Tanya la mereka sihat ke tidak. Elakkan berbual kosong atau bertanyakan perkara yang boleh mengguris perasaan mereka.


Sentiasa tersenyum.
Senyum...tak perlu kata apa2.Ehhh...jangan macam tu. Jangan dok senyum jek memanjang. Sentiasa tersenyum tu maksudnya jangan la kita tunjuk muka masam or muka sedih or muka menyampah dekat mereka. Tunjukkan yang awak awak senang dengan mereka. Kadang2 senyum boleh menutup sikap malu dan pendiam dalam diri. Senyum tu kan sedekah.


Bawa buah tangan.
Ia tanda menghormati keluarga si dia. Sejuk jek mak ayah si dia bila tengok bakal menantunya sangat pemurah. Kan dah tak kena reject.


*kalau rasa nak follow tips ni...dipersilakan. Jangan jadi macam Mai bila mr.E ajak ke rumah dia..."Errrr....tak nak la." tu jek jawapannya.

Day 18: 5 things that irritate ME about opposite/same sex.



Same sex:


-Sangat bajet hot. Tak payah la nak tayang muka cantik ala ala diva kau kat aku. Memang menyampah aku tengok. Bajet macam kau sorang jek yang cantik. Tapi tang perangai...harammmm


-Banyak sangat tanya. Tanya itu tanya ini. Sound like macam concern giler tapi rupa-rupanya busy body.


-Gedik. Tak payah nak mengedik sangat konon nak test market sangat. Tapi kesian...tak ada yang layan. Situasi lain pulak...dok mengedik santai kat boyfriend/suami orang walaupun dah tahu lelaki tu dah berpunya dah tak suka kat dia dah tak sayang dia dah tak hingin dengan dia. Buang masa jek la weiyhhh...


-Emo. Sikit-sikit nak emo dah kenapa? Memang tak ada la orang nak geng dengan kau.


-Perampas.






Opposite sex:


-Pemarah. Kenal baru tak sampai seminggu lepas tu dok suka suki kau nak marah marah aku sebab tak angkat call kau. Memang selamat tinggal la jawapnya.


-Ego tak bertempat. Lelaki dan ego memang tak dapat dipisahkan.


-Mengongkong. Hoiii, kau tu belum confirm jadi laki aku lagi. So, tak payah nak kongkong hidup aku sangat. Mak abah pun tak pernah nak kongkong aku macam tu. Wahai lelaki di luar sana, janganlah jadikan alasan anda mengongkong pasangan anda sebagai tanda anda terlalu sayangkan mereka. Sangat tak patut, ok!


-Penipu. Tipah selalu tertipu yunk. Benci!!!


-Giler phone sex. Kat kepala hotak kau tu cuma fikir benda tu jek ke ha??? Sorry la...aku memang tak layan orang macam tu. Selamat jalan jugak ku ucapkan

Thursday, September 8, 2011

6 Langkah Mudah Rehatkan Perut

Memandangkan sekarang ni musim raya, sure la awak-awak semua dok balun jek makan melantak segala makanan yang ada depan mata. Tak cukup dengan kuih raya, dihidangkan pula dengan ketupat, rendang, kuah kacang yang sangat delicious. Tu baru satu rumah jek...kalau 5 6 rumah awak-awak pergi dalam satu hari, lepas tu dihidangkan pulak dengan makanan yang lebih kurang sama jek...mau tak meletup kebabommm perut awak-awak semua, kan.



So, nak share la jugak langkah mudah untuk rehatkan perut ni untuk saya dan awak-awak semua.


  • Makan secara sederhana. Boleh makan pelbagai jenis hidangan yang disediakan oleh tuan rumah, tapi kalau boleh biarlah bersederhana jek. Jangan dok tamak sangat sampai penuh pinggan dengan makanan. Dah macam esok tak nak makan lagi. Proses ni dapat membantu kantung perut awak-awak yang kecil tu supaya tak overloaded.

  • Pilih makanan yang kurang lemak, gula dan garam.

  • Banyakkan minum air kosong. Elakkan minum minuman yang bergas, bersoda, atau ais sebab ia mampu menghalang proses pencernaan.

  • Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Boleh dimakan bila perut kosong. Dikatakan dapat bertindak sebagai ejen nyah toksin.

  • Kunyah makanan secara perlahan-lahan. Proses ini akan memudahkan proses penghadaman. Ia juga merupakan sunnah Nabi mengunyah makanan sebanyak 40 kali.

  • Makanlah secara teratur. Ia dapat 'mengajar' badan untuk berfungsi dengan lebih baik dan cekap.

Day 17:How you hope your future will be like.



Masuk hari ke-17 bercerita tentang masa depan seperti apa yang diinginkan. (ok, ayat skema.)


Aku bukanlah seorang yang bercita-cita tinggi mengharapkan kesempurnaan yang terlampau dalam kehidupan tetapi aku juga mempunyai impian yang insyaAllah ingin ku capai bukan hanya untuk diri sendiri.


Sebagai anak sulung dalam keluarga, sememangnya adalah niat aku sejak dulu untuk membantu keluarga, mak dan abah supaya dapat hidup dengan suasana yang lebih baik. insyaAllah...tapi aku mesti habiskan belajar dulu. Macam mak cakap...apa2 pun belajar dulu. Lepas tu baru boleh dapat kerja baik. Bila dah ada kerja baik, hidup senang sikit, barulah 'orang' nak pandang.


Menjaga maruah keluarga adalah tanggungjawab aku.


Masa depan aku, aku tak tahu macam mana nanti. Apa yang penting aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Mungkin masa depan aku tu, dalam 3-4 tahun lagi aku dah pun bekerja. Kerja yang boleh membantu emak dan abah juga adik2. Nak jugak ada kereta sebuah, rumah sebuah dan macam2 lagi la...


InsyaAllah, kalau diikutkan perancangan umur aku 27 baru aku nak kahwin. Wahhhh...tetiba jek muncul pasal kahwin. Kenapa 27 ??? Entah...tapi kalau jodoh awal, Alhamdulillah...setiap manusia inginkan kehidupan sebuah keluarga yang bahagia, kan. Aku pun sama. Nak suami yang sayangkan kita. Nak anak2 yang comel comel. (ok, merepek!) Tapi tak salah merancang, kan.


Apa yang diharapkan...masa depan tu nanti akan dapat aku tempuh sebab aku tahu setiap hari berganti hari, cabaran semakin payah kita dihadapi.


Aku bersyukur atas segala apa yang aku ada hari ini.


mood: insaf <3

Wednesday, September 7, 2011

Day 16: Something you don't leave the house without.




Benda yang akan selalu dibawak bila keluar rumah/bilik/kolej dan yang sewaktu dengannya...


Handphone

Aku guna Sony Erisson S312 jek...tak secanggih korang yang guna C3 ke iphone ke.. janji boleh buat call + mesej. Wajib bawak sebab aku ni busy woman...busy la sebab kawan2 asyik dok mesej jek tiap2 hari.


Purse

Sangat wajib walaupun pulus tadak kat dalam.


Barang make up

Biasa aku just bawak Maybelline compact powder + Lip balm Nivea


enrty ciput jek...tengah feeling sakit perut berguling-guling...senggugut woooo

Tuesday, September 6, 2011

Day 15: A TV show you're currently addicted to.




Tak larat nak update panjang berjela...ciput jek la mampu. Penat...seharian bersama girlfriends tersayang. Tengok Karipap-karipap cinta. Nanti2 la baru update...


Sekarang aku tengah dok syiokk giler layan cerita ni.




Kasih Alia
Setiap Isnin - Khamis 7.oo malam



Sinopsis:


Mengisahkan tentang konflik dalam keluarga yang berpoligami. Yuhanis (Sheila Rusly) sebagai isteri pertama Shariff mempunyai anak iaitu Qausar (Shaarnaz), Qistina (Irma Hasmie) dan Qasrina (Yatt Hamzah). Manakala Zulaikha (Zarina Zainoordin) sebagai isteri kedua mempunyai anak iaitu Kasih (Fida Ibrahim) dan Qabil (Iqram Dinzly).


Full sinopsis tengok SINI jek ye...Penat taip pepanjang.




Aku pun dok layan giler2 cerita ni...sangat sangat sweet. Suka tengok Hariz Azhan (Kamal Adli) yang bajet comel jek bila layan Kiki tu. Ana Lu'lu (Nora Danish) pulak sangat sweet + cantik + comel jek...Pluto yang sangat comel.



Ana Lu'lu
Setiap Selasa 9.00malam





Sinopsis:


ANA LU’LU mengisahkan seorang gadis periang (Ana Lulu), sering tampil dengan cara berpakaian pelik dan menarik perhatian orang untuk memerhatikannya.
Ana bekerja sebagai pembantu jurujual di sebuah kedai bunga bersama seorang kenalan baru, Bunga. Konflik percintaan bermula apabila Harris telah jatuh hati dengan Ana. Walau bagaimanapun, Ana sedang menyulam cinta dengan Fadzil. Lulu tidak menyedari Fadzil sering mempergunakannya demi wang.

Habis sudah...bubye =)

Monday, September 5, 2011

Day 14: Who are you?

30 days challenge... tentang siapa saya.




Nama diberi Siti Maisarah. Kawan2 panggil Mai jek. Sedara mara panggil Siti.

Kak long dari 3 orang adik beradik.

Umur saya baru jek masuk 21 tahun. Baru jek??? sangat bajet muda, ok!

D.O.B saya pada 25 Ogos dan menetap di Batu Pahat, Johor since baby sampai la sekarang ni.

Perangai buruk saya..pemalu + pemalas + suka berangan + shopaholic +++ tapi sentiasa inginkan yang terbaik untuk orang sekeliling

Saya seorang yang sangat pentingkan kawan2. Sebab tanpa mereka siapalah saya.

Sayangkan mr.E kesayangan jugak <3

Suka baca novel cintan cintun jek! plus majalah Dara.com dll

Sangat tak suka dipuji.

Sangat tak suka bila ada yang kata 'awak terlalu baik'

Favourite warna harus la purple.

Makanan favourite saya ialah nasi lemak emak saya dan semua masakan emak. sangat delicious...yummy2 (sebab saya tak berapa reti nak memasak. pengakuan yg sangat jujur!)

Sekarang sambung degree dekat UM. InsyaAllah next week dah kena balik KL. cuti semester 4 bulan dah habis lol...



Style update entry ni serious macam buat biodata zaman sekolah kecik2 dahulu kala...hahaha...



p/s: nak tahu siapa saya. macam mana perangai saya. tingkah laku saya. kenalilah saya...baru korang tahu siapa saya yang sebenar-benarnya.


Day 13: What kind of person attracts you?

30 days challenge. Sepatutnya ni entry semalam...tapi agak busy bebeno dengan mengecat rumah mengemas rumah dan segalanya berkaitan dengan rumah...Yes!!! dah raya baru nak buat segala bagai kerja tu...sangat penat.


Challenge: orang yang macam mana boleh attracts atau menarik perhatian aku???


- seorang yang baik hati budinya


- seorang yang jujur ikhlas nak berkawan/berkenalan dengan aku


- seorang yang kelakar. Kalau kelakar mesti la dia tu pandai buat lawak, kan. Sebab aku perlukan gelak ketawa untuk kehidupan yang happy


- perempuan yang sangat cantik/gorgeous/comel/cun melecun...suka sangat nak tengok deorang lama2. contoh macam Dato' Siti Nurhaliza & Heliza Helmi



- lelaki pulak yang jenis simple n smart...they look very cool + hensem. macam Kamal Adli...ngee~



- orang yang sayangkan diri saya.


tu jek yang dapat di list kan..sebenarnya teramat banyak lagi...apa yang penting hati tu kena jujur ikhlas untuk berkawan dengan sesiapa pun. Barulah orang akan suka dengan kita.

Saturday, September 3, 2011

Nak update pasal raya jugak...

Tengok ramai blogger dok sebok update cecite raya mereka. Aku pun nak jugak...walaupun raya tahun ni seakan kurangnya mood raya...tak tahu kenapa..


Rutin di malam raya...


- dengar pengumuman raya pastu takbir raya


- dari yang kecik sampai la yang besar start dari cucu cicit anak beranak mertua menantu segala keturunan yang ada...dok pompam dumdam euuuu kebabommmmm...main mercun wooo...tiap2 tahun. sama jek! yang jadi leader si pakcik2 ku sekalian. mana tak yang kecik2 ngikut jek. si kecik2 harus la main bunga api jek. tapi yang si besar2 tu dok main mercun yang bunyi dah macam bom meriam semua tu la...adoiiii. Kadang2 siap berlawan2 dengan ntah jiran sebelah mana ntah...yang tahu bunyi2 serang balas jek... (tapi aku terkecuali dari segala permainan ni)


- yang pompuan pulak dok sopan jek kat dapur sambil buat 'ketupat' sambil jugak isi kuih muih raya dalam balang




Rutin di pagi raya...


- lepas subuh biasanya ada buat baca tahlil sikit. Tapi tahun ni macam tak ada...


- yang lelaki pergi solat hari raya kat masjid... Yang pompuan dok rumah sebok kan diri sediakan juadah as sarapan di pagi raya. Wajib ada ketupat + kuah lodeh + kuah kacang + serunding + rendang +++ sangat delicious...yummy2


- mula babak sentap...bermaaf-maafan dengan saudara-mara. yang penting aku dapat duit raya...yeahhh...atok bagi duit raya <3


- dulu siap ada sesi bergambar lagi. siap buat video. sekarang dah tak ada...pupus sudah. maybe sebab tiap tahun makin sikit yang wujud pagi raya ni.


- sesi paling best... "siapa nak duit raya beratur sini cepat!" sepantas kilat semua dok beratur depan my 2 org pak cik. Siap beratur nak bagi duit raya. Dari yang kecik sampai yang besar sampai pak cik mak cik aku pun join sekaki... mesti dapat punya duit raya dari cik Asid & cik Ya.


- pergi beraya ke rumah2 saudara mara atok2 sedara kat kampung tu jugak...


1st day raya: baju kale oren


ni turn aku dapat duit raya dari cik Asid





tetiba boleh sama kale plop baju kita ek...


2nd day raya: baju kale purple (baju raya last year)


3rd year raya: baju kale oren lagi



jom layan video celoteh sepupu kecik aku, Biha yang suka sangat bercerita...enjoy ^_^


video


eerrrr...aku dah ditinggalkan keseorangan di pagi buta ni...mr.E kesayangan dah membuta dulu...katanya penat sebab beraya sakan hari ni. so, aku pun semakin ngantok... mau tidur jugak...okbubye