Monday, August 29, 2016

Ogos

Ogos
Kau datang lagi
Kali ini kau datang bawa berita
Berita tentang aku dan dia
Kenapa sedemikian rupa
Aku tak mahu fahaminya

Ogos
Kau datang tak kena masa
Kau calitkan satu rasa
Rasa yang dah lama aku tak sua
Rasa yang paling aku tak suka
Rasa yang paling aku tak pinta

Ogos
Kau palitkan cerita suka duka kita
Entah sudah berapa lama
Aku didusta
Aku tak kira
Aku tak tega

Ogos
Andai kau tahu
Hati aku terlalu nipis
Hati aku terlalu rapuh waktu kau bawa khabar berita

Ogos
Aku tak terdaya menanggungnya
Aku tak bisa memikulnya
Aku tak gagah untuk terus melangkah
Kau bantulah aku
Kau pimpinlah aku

Ogos
Aku tak kuat
Aku perlukan dia
Aku perlukan kita
Aku perlukan semua

Ogos
Tangan aku tadahkan
Minta keajaiban dari Tuhan
Agar dapat aku teruskan
Ubat hati yang keresahan