Sunday, January 22, 2012

Jenjalan ke Port Dickson tengok sunset

Assalamualaikum


Entry lepas dah cerita pasal daki bukit dengan time aku pergi mandi-manda kat Sg Chiling, kan. Sekarang ni nak kongsi pasal jenjalan tengok sunset pulak. Kat Port Dickson.


Kisahnya, hari selasa 17 Jan kalau tak silap. Lepas habis jek exam paper P&P terus lajulaju aku dan kawan merayap ke Midvalley. Cari kasut. Baruuuu...sebab semua kasut dah rosak. Selamat dikebumikan dalam tong sampah dah. Pergi exam pun pinjam kasut si roomate. Kesian, kan?! Hokeyyy takde kaitan langsung.


Tengah jenjalan shopping pilih kasut tetiba si roomate lagi sorang call. Katanya si jiran sebelah depan, jiran depan punya sebelah, ehhh~~ lantak tak kuasa fikir. Mention nama jek. Senang. si Aisyah ajak jenjalan pergi tengok sunset kat PD. Perghhh!!! syiokkk ni. Tetiba teringat yang kteorang nak pergi beli tiket balik kampung. Maklum la, nak cuti CNY. Lepas bebel2 bincang, cancel. Kena pergi PD jugak. Hohohoho....jenjalan syiokkk. jalan hape kebendanya! Orang drive aku duduk jek diam2 dalam kereta.


Lepas tu lelaju la kteorang balik kolej. Sampai jek, terus siap2 tukar baju ready nak pergi jenjalan pulak. Tengok!!! excited bukan main lagi kalau nak berjalan. Lepas semua siap, terus gerak.


F.Y.I. budak sorang ni sejak2 ni kaki rayap. Masalahnya merayap time2 exam. bukannya time holiday. Pantang jek habis exam, terus laju jek kaki ni men-follow-kan diri ikut orang jenjalan. Ntah ke mana2 jek aku pergi. Tak pun, pergi mall kejap. Haishhh~~


Vrooommmmmmm vrommm....pusing punya pusing main terjah jek mana2 jalan. Tapi ikut signboard hokeyyy. Terus sampai kat tepi pantai PD tu. Lupa plak apa nama tempat tu. Maklum la, aku ni kalau bab2 geografi nak ingat tempat2 ni, payah! Tujuan utama tengok sunset. Plus jugak sesi wajib. Tangkap gambar.


jenuh buat aksi lompat tu...2 3 kali shoot tau



ada tak ala2 ditiup hembusan angin senja...hikhik~~





aku paling suka shoot yg ni. kerlasss ko jah!
thanks to photoghrapher...ramai orang puji gambar ni



Sekarang ni dah pandai dah nak posing2 bagai...sentap!!!





*lagi gambar kat SINI


Lepas dah puas bergambar, perut masing2 pun dah lapar kteorang terus cari tempat makan. Medan ikan bakar. Makanan nya boleh tahan la. Orang kata kalau perut dah lapar, sumbat apa pun layankan saja, kan. Tapi yang tak puas hati tu, si abang kedai tu. Gatal merenyam.



Lepas makan terus masing2 dah penat. Terus balik kolej. Sampai bilik masing2 terbongkang.




Saturday, January 21, 2012

Daki bukit botak + Mandi-manda di Sg. Chiling

Assalamualaikum


Lama tak update pasal diri. Kalau ikut kan hati memang nak update. Nak tulis semua cerita dari bangun tidur + makan + nangis + ketawa + membuang masa + sampai tidur semula. Cuma...bila sikap malas dah menguasai diri, satu apa pun tak jadi. Plus pulak time exam, memang tak kuasa nak update blog berjela.



So, sekarang ni baru ada feel nak update. Agak berjela jugak.



Al kisah...14Jan. Sabtu. Masa ada gap lebih kurang seminggu time exam tu, diri ni terasa amat bosan. Duduk terperap dalam bilik bajet nak study. Bajet jek. Tuptup si roomate ajak pergi jenjalan. Bukit Botak jom! Tengok sunrise. Apa lagi...layankan jek la. Plan nak pergi pagi jumaat tapi semua liat nak bangun. So, cancel. Plan semula. So, kali ni si ladies common room kena ikut plan. Pergi jogging pagi sabtu sampai lah ke Bukit Botak tu. Punya gigih dan excited 1 bilik bangun pepagi gigil2 mandi kuatkan semangat terus jogging. Slow2 jek. Serious dah lama tak jogging. Terasa penat sangat. Kaki? of course sakit2.






Planning nak sampai Bukti Botak tu sebelum pukul 7 sebab nak tengok sunrise. Gelabah masing2 jogging. Nak daki sampai atas lagi. Opsss lupa mention. Bukit Botak tu kat dalam UM jek. So, sampai kat sana dalam pukul 7.20 dan time tu matahari tak naik sangat. Kteorang pun terus jek daki bukit tu. Pengalaman yang sangat best! Time aku nak naik atas tu, serious tak boleh nak tengok bawah. Gayat wooo...plus dengan penat jogging tadi. Jadi dah takde banyak tenaga sangat untuk daki bukit tu. Siap kejap2 berhenti. Tak tahan penat.



Tapi at last, kteorang sampai jugak. Bila dah sampai atas, memang rasa macam tak nak turun. Sebab pemandangannya best sangat. Dapat tengok sunrise walaupun sipi2 jek. Dapat tengok pemandangan KL yang serabut dengan kenderaan. Yang paling penting dapat tangkap gambar banyak2.Sebenarnya ramai student tak tahu pasal Bukti Botak ni kat UM.




Dengan ini aku bangga dengan diri sendiri sebab berjaya mendaki bukit botak ni. Sebab? aku sebenarnya bukan seorang perempuan yang sukakan adventure macam ni. Tapi kalau sekali-sekala syiokkk jugak.



*gambar sekitar BB. banyak lagi kat SINI




nampak sangat motif nak bergambar jek, kannn???!!!







Penat mendaki, terus balik. Naik teksi. Sebab masing2 dah penat guna kudrat kaki. Sampai kolej terus pergi breakfast kat DM. Makan nasi goreng + nescafe. Sedap sebab aku memang jarang breakfast kat DM tuh. Tak kuasa nak bangun pagi. Sesampai jek bilik, ingat boleh rehattttttttttt. Tetiba si roomate bagitau yang si jiran sebelah ajak pergi mandi2. Perghhh!!! syiokkkk jugak. Tapi serious penat. Tapi kalau dah ada orang ajak, on jek la.



Destinasi? tak tahu. Siap search pakcik google mana tempat best nak mandi dan area yang dekat2 jek. Cari punya cari, bebel punya bebel, ok set. Pergi Sungai Chiling. Kat Kuala Kubu Baru, lebih kurang 1 jam dari KL. Kteorang apa lagi. Lajulaju packing baju yang nak bawa, siapkan diri pukul 11 gerak.



Vrommmmmmmm....sampai kat tempat yang dituju. *tak kuasa nak cerita pasal perjalanan pergi. Jenuh nak taip.



Sampai sana kena check in dulu. Bayar RM1 per orang. Murah! tangkap gambar sikit. Terus mulakan perjalanan. Cari air terjun. Akak kat kaunter tu cakap, lebih kurang 45minit nak sampai ke air terjun tu. Fuhhh! sakan jauh kot... 1st lalu kat jambatan yang tak berapa nak gantung tu jek dah kena usha dengan mamat2 sekolah...hahaha*kata Aisya. Memekak jek.




Jalan punya jalan mengharungi semak samun seakan-akan hutan tu, tetiba "woiiiii, korang nak pergi mana tu ha?" Terkejut. Kenapa ada orang panggil2 macam tu. Kteorang salah jalan ke? Muncul lah segerombolan lelaki dari arah jalan kterorang masuk tadi. "Korang pehal wehhh?" tanya si perempuan2. si lelaki2 jawab "korang nak pergi mana? sana ada tempat lagi best ke?". Owhh..rupa2 nya si lelaki2 tak tahu jalan. Jadi, untuk keselamatan si perempuan, kteorang ajak la deorang jalan sekali. Hehehe~




Jalan punya jalan redah semak, air lecak dan sebagainya sampai terjumpa someone dalam perjalanan dan kteorang tanya jauh lagi ke nak sampai ke air terjun tu. Orang tu cakap, dah tak jauh tapi kena seberang beberapa anak sungai. Owhhh, takpe. dah dekat kejap lagi sampai*cakap dalam hati jek. Sampai jek anak sungai. Ya Allah!!! macam mana nak seberang ni? Dah la pakai selipar ala2 heel plus dengan bawa beg bajet nak pergi shopping plus lagi dengan air sungai yang agak deras. Fuhhh! redha jek la. Tapi kalau dah namanya tu perempuan, tak sah kalau tak jerit jek kerjanya sampai kat dalam air pun nak bebel2 takut nak lalu air tu. Dalam kepala dah terbayang macam2. Maklum la. Penakut punya orang.






Dengan keadaan diri yang macam tak ready nak jelajah ke air terjun tu plus plus tak berapa tahu jalan plus jugak dengan air sungai yang deras memang kteorang bersyukur yang teramat sangat dekat si lelaki2 sebab tolong si perempuan2 seberang sungai tu. Tolong pegangkan beg, makanan, kamera. Kalau takde si lelaki2, memang tak tahu apa jadi dengan si perempuan2. Silap2 tak sampai ke atas nun tu haaa...Thanks korang. Hanya Allah jek yang mampu balas budi baik korang *ikhlas dari hati. Maklum la, kenal pun tak, tapi sanggup tolong insan yang lemah macam kami ni. Nak mention jugak yg tikar kteorang tu sangat berjasa masa nak seberang sungai tuh. ngee~



Bila diri terasa penat, rasa macam nak give up jek. Tak sampai kat atas pun takpe la. Tapi bila tengok kawan2 lain masih bersemangat nak sampai ke air terjun, aku pun terus semangat. cehhh~ Banyak dugaan nak sampai ke atas tu. Bukan dugaan lapar atau haus. Sikit pun tak terasa macam tu. Tapi, ada yang nak terjatuh, kasut aku putus, lalu batu2, kayu2 besar macam2 lagi la. Plus phone cik Nad rosak sebab berendam kat air. Kesian~ Tapi berkat kegigihan sama kteorang si lelaki2 dan si perempuan2, sampai jugak kteorang kat air terjun tu.











Sampai jek situ, terus nampak air terjun. Cantik. Speachless. SubhanaAllah...rupanya ramai orang kat atas ni. Kteorang apa lagi, terus rendamkan diri dalam air. Tangkap gambar macam biasa. Pumpampumpam sampai la hari hujan, kteorang kena turun bawah semula.







Dalam perjalanan turun ke bawah, tetiba kat satu tempat kteorang kehilangan si lelaki2. Rupa2nya seorang si lelaki2 terjatuh. Kot. Hurmmm...kesian. tapi tu laa..dok sakan pekena kteorang insan yang lemah sangat. Btw, harap2 dia dah sembuh la sekarang ni. InsyaAllah...sebab korang dah tolong kteorang. Budi baik korang InsyaAllah Dia akan balas dengan kesihatan. Aku selalu doakan yang terbaik untuk orang sekeliling yang banyak bantu aku.



Sampai jek bawah, masing2 terus bersihkan diri. Nak balik dah. Lepas tu terus hilang jejak si lelaki2 tu. Dah balik kot. Btw, jutaan terima kasih jek untuk korang.







Dalam perjalanan balik kteorang singgah pulak kat empangan. Tangkap gambar jek. Alang2 dah sampai kat tempat cantik, kannn...



*lagi gambar kat SINI



hokeyyy...bajet hot kejap


Dah penat seharian, singgah pulak kat restoran jejantas kat Sg Buloh. Makan kfc jek. Lepas tu terus balik. Sampai kolej lebih kurang pukul 9 lebih kot. So, overall hari tu memang best sesangat. At least ada pengalaman untuk dikenang nanti. Thanks to Aisya yang bawa kteorang and thanks to my roomate too.


*Memulakan tahun 2012 aku dengan aktiviti yg awsome! Semoga hari2 esok lebih baik dari hari sebelumnya...


till then, wasalam...-withlove:Mai-

Friday, January 20, 2012

48 Day Honesty Challenge - Day 48


  1. How is your heart lately?

Alhamdulillah..my lovely heart kembali tenang sejak akhir2 ni. Walaupun pada hakikatnya saya tahu realiti sebenar yang terjadi.


Saya tahu saya hanya diperbodohkan. Tapi saya suka game ni. Seronok. Thanks to you.


Jangan ingat saya diam, saya tak tahu apa sebenarnya yang berlaku. Sebab satu hari nanti Allah pasti akan tunjukkan saya apa yang benar.


48 Day Honesty Challenge - Day 47


  1. Something you’re happy about?

Saya gembira bila keluarga saya gembira.
Saya gembira bila orang yang saya sayang gembira.

*aku seperti hanya mampu menumpang kegembiraan mereka


Sunday, January 15, 2012

Saturday, January 14, 2012

48 Day Honesty Challenge - Day 45


  1. Is there anybody you’re really disappointed in?

Entah


Friday, January 13, 2012

48 Day Honesty Challenge - Day 44


  1. Have you ever broken someone’s heart?


Pernah. Tapi seriously saya takde niat pun macam tu. Sorry sesangat.


Bercinta aku mahu...tapi tidak denganmu...ku sudah ada satu...kekasih yang menunggu
*lelaki seperti aku



Thursday, January 12, 2012

Wednesday, January 11, 2012

48 Day Honesty Challenge - Day 42


  1. Have you ever been the “other person” in a relationship?

Haishhh...rasa macam takde.
Jujur saya cakap. Saya ni setia orangnya. *tak payah nak promote diri sangat ye cik kak
Baik-jujur-setia-dengar cakap dan dot dot dot
Kira macam semua yang baik2 la sampai kadang2 kena pijak kepala aku ni haa. Sedih T_T


Dah aku yang dok setia sakan bajet macam love you forever gitu tetiba dia pulak yang buat hal. Ape kes??? sila jawab...


Aku ni pulak jenis orang yang kalau dah sayang memang sayang betul2. Kalau dah benci, sorry bubye. Tapi kalau orang buat jahat kat kita, takkan kita nak balas balik, kan? Tak elok


Tuesday, January 10, 2012

Senyum jek jawab exam


Assalamualaikum


Pagi tadi exam. Bajet nak pergi awal nak study. Tetiba bangun lambat plus sakit perut. Disebabkan dah lambat dan exam hall yang TERamat jauh terpaksa-rela la duduk kat bustop tunggu bas UM datang pungut student2 yang nak pergi exam ni *pungut? dah macam pungut sampah jek



Nak mention...malam tadi tak study apa2 pun untuk paper hari ni. Dengan kesedihan yang melanda diri tetiba. Plus lagi dengan stress memanjang. Pening kepala lagi. Memang aku banyak penyakit. Bajet nak pergi awal ingatkan boleh study sikit kat sana. Rupa2 nya bangun lambat. Hampehhh...tapi dapat la selak2 nota sikit.



Masuk jek dewan exam...
Nervous semacam jek. Padahal nak exam jek kot. Kot? Exam tu penting hokeyyy. Final lagi. Walaupun sebenarnya lecturer dah bagi pun soalan apa yang keluar exam ni. Cuma aku jek tak berapa nak rajin nak cari jawapan. Dapat cari sikit jek lepas tu give up. Bagus sangat perangai aku nihhh...





Candidate may start writing now



Tengok soalan. Senyum. Terus start jawab. Dua tiga minit lepas tu datang my lecturer bawa sehelai kertas. Dari satu meja ke satu meja hokeyyy. (13orang jek ambil paper tu). Gigih dia berjalan. Bajet macam nak bagi support la konon. Dia siap tulis


"tembak sampai kena...kalau tak kena takpe"


Serious tengah dok excited tulis jawapan terus tergelak. Nasib baik gelak slow jek. Lepas tu aku apa lagi. Dok tersengih jek menjawab walapun tak tahu nak tulis apa. Dah dia cakap macam tu, terus aku goreng jawapan tu sampai hangus. Tak cukup dengan tu...si lecturer2 sekalian boleh pulak bersembang kat sebelah kami2 yang tengah exam nih. Ouhhh!!sentap. Lima minit lepas tu my lecturer stop kat tempat depan aku siap cakap, "korang jawab baik2, saya nak pergi minum kejap." Boleh pulak macam tu ea? Haruuu hidup.



Sekembalinya my lecturer, dia buat hal lagi. Dia bawa kertas tadi lagi. Tapi tulis benda lain pulak.


"Kalau diberi pilihan nak gred apa?"
A A- B+ B B- C+



*laju2 aku tunjuk huruf A tu sambil tersengih-ketawa slow2 sampai orang sebelah menyebelah sebok pandang. Jealous letewww...



Time dah announce lagi 15minit, aku tak siap lagi soalan last partB plus soalan partA ada yang tak setel lagi. Gelabah gila. Time ni pulak la my lecturer buat hal lagi. Dia bawa kertas yang sama jugak. siap tulis...



"Kalau tak sempat jawab nanti sambung kat office saya."



Justify Full
Perghhh!!! baca tu jek terus aku senyum memanjang. Lega. Terus rileks gila. Bajet macam give up nak habiskan jawab. Seriously. Tapi still cuba sedaya upaya tulis sebanyak yang boleh. Mana yang sempat siap jek la. Time2 last minit ni pulak takde idea nak tulis. Geram jek...



Candidate may stop writing now...


Dok tersengih2 jek aku kat seat tu. Buat muka kesian dekat my lecturer. Tanya betul ke apa yang dok dia tulis tu. Aku nak menuntut janji. Siap my lecturer cakap.



"Takpe awak email jek kat saya."


Hurghhh!!!! rupanya hanyalah gurauan tika exam jek. Gurauan ea? dalam exam hall? bagus!!! Memang la dok tersenyum jek aku sepanjang exam tu. Betul ke tak apa yang aku jawab, aku redha jek. Redha tu kan ikhlas. Walaupun awalnya ingat memang nak send jawapan kat email dia jek. Tapi takpe la.



Keluar exam hall dengan muka penuh senyuman. Bajet bahagia. Tak sangka malam tadi dok bersedih sakan tapi hari ni dapat senyum sakan. Mungkin sebab aku selalu mengharap yang hari esok akan lebih baik daripada hari sebelumnya. Mungkin laaa...





Next plan. Tak terus balik kolej. Singgah APM kejap. Ambil ni *tengok bawah



voucher buku hokeyyy...kau ade???



*tengah dok fikir nak beli buku apa sampai rm200 tu. Beli novel pun ok jugak kot.

48 Day Honesty Challenge - Day 41


  1. Are you still in love with your ex?

ehhh?! soalan ape ni?! takde soalan lain ke?! *rasa macam taknak jawab



tapi ex yang mana satu ek?! *bajet macam ramai sangat ex
kalau ex yang tu... dah jadi kawan sekarang ni. kira dah reda la sekarang.
kalau ex yang tu...hurmmm. no comment
kalau ex yang tu...lagi no comment
kalau ex yang....hurghhhh!!! tak kuasa nak fikir.



p/s: tadi tetiba sentap bila ada orang tanya. "kau tak gila talak, kan?" *terus zip mulut tak cakap apa-apa =='

48 Day Honesty Challenge - Day 40


  1. Are you happy with life right now?

Alhamdulillah.

Sesungguhnya saya teramat bersyukur dengan kehidupan sekarang. Bersyukur tak bermaksud berhenti mencuba untuk peroleh yang lebih baik. Berusaha berjalan setapak demi setapak dan kadang kala terpaksa berlari selaju mungkin untuk mengejar apa yang diingini.




Hidup itu seperti ais krim. Nikmatilah ia sebelum cair.



p/s: insyaAllah doa kita akan dimakbulkan wahai adik2 ku

48 Day Honesty Challenge - Day 39


  1. Is hard drugs a turn off?


Eeeuuwwww...soalan apa nih??? tak nak jawap. *tak memasal meroyan


Saturday, January 7, 2012

48 Day Honesty Challenge - Day 38

  1. Is your best friend a slut?

Nope. There are my best-good-gorgeous- friends ever. insyaAllah.

Friday, January 6, 2012

48 Day Honesty Challenge - Day 37


  1. Do you have a best friend that knows you inside and out?


Yuppp. Ada. Kadang kala mereka terlalu mengetahui apa yang terisi di hati aku. Seakan aku tak mampu untuk sembunyikan lagi.


48 Day Honesty Challenge - Day 36


  1. Would you like to put a night on repeat and live it forever?

Kalau ia suatu yang indah, pasti aku menginginkannya. Selamanya. Mengharapkan supaya siang tak akan muncul untuk bawa ia pergi. Tapi andai ia suatu yang membuatkan diri aku seperti tak sudi, apakan daya. Hanya mampu merelakan ia pergi. Berlalu pergi. Jauh.


48 Day Honesty Challenge - Day 35


  1. Has anyone ever called you scrumptious before?

entah. tak tahu.

48 Day Honesty Challenge - Day 34


  1. Have you ever fallen asleep in someone’s arms?

lengan jek kan? hurmmm...entah la.


baby, can i borrow your shoulder to cry on?

48 Day Honesty Challenge - Day 33


  1. Do you think your last ex will eventually want to be with you again?

no comment.


Wednesday, January 4, 2012

48 Day Honesty Challenge - Day 32


  1. Who was the last person to make you mad?

Rasa macam nak mention jek nama kau kat sini, gila!
Tapi seriously kau memang buat aku angin jek hari tuh. Geram gila sehhh aku dengan kau.
(sorry. bukan dituju kpd someone yg pernah aku sayang.eh?)


Tuesday, January 3, 2012

48 Day Honesty Challenge - Day 31


  1. Is it hard to make you laugh?

Tak susah pun. Korang gelak. Aku follow gelak. Thats it. Senang.

Monday, January 2, 2012

Jenjalan di petang hari cari mood nak exam...

Assalamualaikum...hye uollss


Hari ni teramatlah bosan duduk menghadap laptop ni. Dari tengah hari (sebab bangun lambat - perangai buruk). Kejap buka facebook. Tutup. Buka twitter. Tutup. Buka blog orang. Tutup. Ulang benda yang sama jek sepanjang hari. Bosan hokeyyy...


Sedang aku cuba tidur2 ayam di atas katil yang tak empuk. Roomate aku siap boleh ajak keluar. Jenjalan jek katanya. Bosan duduk dalam bilik. Baru kau rasa bosan ea? Hahaha. sama la kita, awak. Bergegas aku bangun siapkan diri (padahal malas giler nak keluar).




Arah tuju utama: Tasik Varsiti, UM jek
(gambar di sekitar tasik)

cik rumate saya


ni aku. wee~~

apa yang awak2 nampak?
aku nampak benda yang positif + negatif (eh? lantak deorang la nak buat apa pun)





Hokeyyy. Bosan giler duduk kat tasik tu. Tak tahu nak buat apa. Cuma bergambar sakan jek. Angin pun tak rasa.






Tempat seterusnya. Exam hall (yang baru)


cehhh. semangat betul pergi sana. Semangat tak semangat la. Tempat exam baru hokeyyy. First time jejak kaki. Baru siap katanya. So, perlulah aku menapak guna kudrat kaki berjalan ke exam hall tu. Jauh hokeyyy. Gigih. Dah la time exam pepagi buta. 8.30 pagi.

Hadoiii. Kena set alarm sebelum tidur. Tidur ke?



(gambar sekitar exam hall)


posing jap




Hokeyyy. Penat pusing2 kat situ. Penat posing jek.



Next station. Pasar malam kerinci. Here I come!!!


aku berjaya mentedarah nih. setelah 3 hari tak makan nasi. eh? diet katanya (padahal makan hati berulam jantung jek sekarang nih)









akhir sekali. good luck untuk semua student UM. terutama yang start exam esok hokeyy. Good luck untuk aku jugak. padahal tak study lagi ni.

48 Day Honesty Challenge - Day 30


  1. Honestly, what guy’s number do you have memorized?


dulu ada jugak saya ingat no.phone kawan. Lelaki. tapi since phone dah mainkan peranan nya untuk simpan semua no.phone my 'boyfriends' so, tak perlu la nak ingat no.phone mereka2 hokeyyy. saya cuma ingat no. abah dgn my adik jek.


Image Detail

Sunday, January 1, 2012

48 Day Honesty Challenge - Day 29


  1. Do you act differently around the person you like?

Tak perlu kot. Jadilah diri sendiri. Itu yang terbaik...


" Just be yourself. There is something that you can do better than any other. Listen to the inward voice and bravely obey that."