Sunday, August 28, 2011

Day 10: A photo of the item you last purchased

30 Days blog challenge dah sampai hari ke-10...


n lagi 2 hari kita dah nak sambut Hari Raya Aidilfitri...

Kebetulan tadi baru keluar shopping raya. Perghhh..baru nak shopping ek! Teman mak memborong segala bagai khazanah yang diperlukan untuk raya. Memang jenuh la aku mengangkut semua tu. Sampai rumah memang lepak giler...report kat mr.E kesayangan aku nak tidur kejap. Penat woooo....


Ni nama dia tiket bas.
Yeahhh...aku balik KL naik bas jek.
Bakal mengangkut 1 luggage n beg baju & beberapa beg yang lain.
Bawak banyak barang hanya dengan naik bas jek??? Ape ada hal...cyek tak kisah non :P
Apa motif tepek gambar kat sini???
Ok fine..nak tunjuk muka raya sebenarnya.
Muka raya yang dah kurang dari segala makhluk perosak muka. Tapi still ada jugak bekas jerawat yang degil sangat. Degil nak tinggalkan muka ku yang dah licin lagi mulus. Wahhh...mulus? apakah?
Semua ni kesan dari aku makan VCO tu.
Pasal ada yang request suruh buat entry lepas ambil VCO tu, nanti kalau free insyaAllah akan dibuat. Sekarang agak M.A.L.A.S nak buat ...
Ok fine...dah berjela membebel.
Sebenarnya tepek gambar tu nak bagitau aku baru beli tudung syria hitam tu. Hahaha...tudung syria untuk pagi raya bagi orang pemalas yang tak ada mood raya macam aku.
Sekian itu saja pasal my last purchased before raya. Selamat Hari Raya blogger <3

Friday, August 26, 2011

Day 8: A picture of your favorite memory

30 days blog challenge dah sampai hari ke-8.

Memory = Kenangan




Gambar 1: Double memory ever. Memang kenangan sangat2...huhuhu...first n last. Hanya orang yang tahu jek kenapa double memory. 1st sebab ni my 1st trip dapat pergi cameron highland dengan kawan2. Trip ni masa aku lower 6 kat HSBP. Sangat2 hepi. 2nd memory sebab....ok tak nak story.




Gambar 2: Gambar degan Pn Teo (cikgu sejarah) masa upper 6 kat HSBP. Ni serious memang kenangan giler2. Berkawan + bersahat dengan mereka menjadikan kehidupan aku sentiasa hepi gembira. Sampai sekarang. Banyak sangat memori aku dengan mereka. Kami bersahabat dah macam 1 family sehingga sekarang. Love my 6 Atas Jati family <3





Gambar 3: Kenangan masa buat kajian pasal orang asli dekat Pahang. 10 orang dalam Gen2. Can you imagine that? Lelaki 3orang dekat seat depan. Perempuan 7orang kat seat belakang. (dalam gambar cuma nampak 6)





Gambar 4: Memori yang masih segar. Masa buat short sem dekat bengkel seramik kat IKN, Serdang bulan Jun lepas.

Thursday, August 25, 2011

Day 4: Your favourite photographof your bestfriend

Ni challenge hari ke-4 yang K.I.V. hari tu. Sebab laptop aku charger rosak. So, tak boleh la nak gode2 gambar my bestfriend.



aku, Akmar, Elyia n Fifi


Kteorang berkawan baik since lower 6 lagi kat HSBP. Masa upper 6 pulak kteorg la 4 gadis melayu terakhir kat kelas tu. Only...Alhamdulillah still kawan sampai sekarang even masing2 dah ada haluan kehidupan masing2.



Nad, aku n Diya

Ingat lagi...kteorang kenal sebab sama2 masuk nasyid masa MHS kat UM dulu. Kebetulan pulak satu kos (APM). Pergi kuliah sama2 shopping sama2 turun makan sama2 Kira banyak benda la yang sama2



aku, Nad, Ain n Diya

Ni kenangan masa sambutan hari raya dekat kolej last year...



Fana n aku

Kenal Fana pulak masa orientasi kat APM dulu. Sama2 tak ada kawan. Kebetulan pulak sama2 dari BP (Johor). Fana dari Parit Sulong jek.


Love korang sangat2 <3.


Mereka lah bestfriend aku insyaAllah sampai bila2...Aminnn.

Day 7: A photo of an animal you'd love to keep as a pet.

Birthday pun birthday jugak. Challenge kena buat jugak. Hari ke-7 pasal gambar haiwan peliharaan.




Nampak gambar kat atas ni? Yeahhh...kucing...Aku suka bela kucing.


Tapi jenis kucing yang macam mana? Aku suka kucing warna hitam yg pakai stokin putih jek, ok. Wakaka...kucing pon pakai stokin ke. Ehhh...mesti la, kan. Ingat orang jek pandai pakai stokin. Kucing hitam yang tak pakai stokin putih aku tak suka nak bela. Serius tak tipu. Sebab kucing tu malas nak pergi sekolah. Dia malas nak pakai stokin. Macam mana nak pandai...hahaha..dah start merepek.Bold


Tak tahu kenapa sejak dulu lagi memang aku suka sangat2 kucing hitam pakai stokin putih. Dulu rumah aku banyak bela kucing. Tak terkira kot. Tak kisah la kucing apa pun. Lepas mati satu beranak lagi satu. Lepas hilang satu beranak lagi banyak2. Perghhh... Pastu membuang sepah2. Aku pulak jenis tahu bela tapi malas nak bagi makan. Makan pulak demand tuuuu...Nak makan nasi dengan ikan. Ikan bilis tak nak. Memilih betul.


Ingat lagi kucing aku yang paling last sekali bela. Komeng kot nama dia. Buat hal jek. Sampai naik lemak dah dia tu...Perghhhh...abah dah tak tahan sangat. Kesian komeng kena buang kat pasar tau. Masa tu aku menangis gila2 komeng kena buang. Sedih tau. Aku siap doa2 kot-kot la komeng tahu jalan balik rumah. Huhuhu...Lepas komeng dah tak ada aku dah tak bela kucing lagi.


Seingat aku la dulu aku ada lebih kurang 3 4 ekor jugak kucing hitam berstokin putih ni. Tapi silih berganti la. Sebab aku suka kucing hitam jek. Ada gemol, Sitam, gemuk, putih pun ada jugak dan yang last sekali Sitam. Yang lain2 tu tak ingat nama dah.


p/s: sayang komeng sangat2...

Wednesday, August 24, 2011

Day 6: A Song That Match Your Mood

Dah masuk hari ke-6 pulak ni. Pasal lagu yang match dengan my mood. Mood time bila ek? Sekarang punya mood or mood yang sememangnya milik jiwaku ini?


Kalau mood sekarang...lagu ni sesuai




Dedicate khas lagu ni untuk Mr. E kesayangan. Dia baru jek balik kerja. Haruslah penat. So, tak nak kacau dia better suruh dia tidur jek event hari ni tak mesej2 dengan dia...huhuhu...



Biarkan berlalu

Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang
Woooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Selamat malam
Tidurlah sayangku

Tuesday, August 23, 2011

Day 5: What makes you different from everyone else?

Dah tak macam challenge rasanya. Sebab awal2 jek dah rasa malas giler nak update benda ni. Wakakaka...


Challenge hari ni...
apa yang membuatkan aku BERBEZA dari orang lain.



What do you think???


Aku rasa, I'm just an ordinary person macam orang lain jugak.
Rasanya tak ada kot extra ordinary pada aku.
Bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang. Bersyukur dengan tempat yang aku berdiri sekarang. Aku tahu aku bukan seorang yang ada impian yang hebat tapi untuk mencapai sesuatu yang hebat aku perlukan orang sekeliling yang hebat.


Mungkin di mata orang lain aku nampak hebat. Terpulang.
Tapi nothing special on me.
Sentiasa mencuba apa yang ada dihadapan.
Sentiasa jatuh dan bangun 'sendiri'.


Siapa yang kenal aku lebih tahu untuk menilai diri aku.
Yang tak berbeza langsung dari orang lain.

Apapun aku sayangkan orang yang sayangkan diri aku.

Monday, August 22, 2011

Day 3 - Your Idea of The Perfect First Date

Halluuu...sepatutnya dah masuk entry untuk day 4...tapi tak ada masa pulak nak online. Ok back to the topik...


My perfect first date???


Sebenarnya tak payah la nak perfect sangat pun. Janji si buah hati pengarang jantung ada dengan kita. Cewahhh...ayat bajet giler...Dulu la...My perfect first date was nak yang konon2 bajet romantic bagai. Of course dengan si buah hati pengarang jantung jugak yg ala2 romantic gitu. Ada candle light dinner. Berasmaradana di tepi pantai yang indah dengan hembusan angin pantai yang sepoi2 bahasa. Ditemani dengan kicauan burung yang perghhhh...hahaha...sangat kuat berangan giler aku ni...tapi tu semua duluuuuu.... Masa belum matang lagi...(ehh!!! sekarang dah matang ke?)


lebih kurang macam ni la kot
.
.
.








Tapi apa pun kita kena bersyukur dengan apa yang ada. Terima seadanya. Bukan demand giler2. Bajet semua dia jek yang ok. Hot..Memang serik dah. Sekarang punya perfect date pulak??? Tarak ada punya la.... ayoyo...Apa yang penting bagi aku sekarang ialah percaya antara satu sama lain. InsyaAllah..kalau dah jodoh tak akan ke mana nye.


'Tak kan lari gunung dikejar. Tapi kalau tak kejar pun gunung tu tak akan lari punya...'


Tapi korang kejar orang, kan. Bukan gunung...hehehe.



Aku bersyukur sangat sekarang ni dah ada Mr. E kesayangan. Alhamdulillah setakat ni hubungan dalam keadaan sangat ok. ngee... Tak tahu nak cakap my boy tu romantic or tak. Tapi pada aku boleh la daripada takde langsung...hehehe. Sweet2 jek die. Hensem pon boleh tahan. Segak bergaya ada la jugak kot. I love they way my boy talking to me. Love the way he said he love me. Love the way he call me 'syg'. So sweet. Sangat nakal. Kira ciri2 Mr. Right aku ade la kat my boyfie tu. Simple & Smart.


Masa first date hari tu nak tahu dia bawa pergi mana? Tengok futsal tournament...Lain dari yang lain kau tahu. Korang ada? Aku jek kot yang ada...Pelik bebeno bunyi nya kan... Tak kisah la.


Yang penting you sayang I yek bie...Kalau you tipu2, I tampar2 you...hehehe


Idea sebenarnya tak ada...So, my perfect first date ialah tengok futsal tournament jek...tapi aku sangat2 suka <3...Thank you so much my lovely boyfie.


*Nak habaq mai yang Day4 tu kena K.I.V. dulu. Ada teknikal problem sikit...hehehe

Saturday, August 20, 2011

Kerana Kasih Ku Relakan - Part 3


“Ada apa you nakjumpa I? Dah tak boleh nak cakap dekat rumah jek ke?”
“Hani, I nak bincang dengan you sesuatu yang penting.”
“Dalam hidup I dah tak ada yang penting melainkan diri I sendiri, Adam.”
“I tahu I salah.Tapi itu dulu, kan. I tahu you dah pun maafkan I. Thanks sayang.”
“Stop calling me sayang please. Meluat la.Huhhh…senangnya you cakap I dah maafkan you.”
“Hani, will you marry me?”
Hani kehairanan. Benarkah apa yang didengarnya tadi? Adakah Adam sedang melamarnya? Hani terus memalingkan mukanya. Marah.
“You jangan nak main-main dengan benda ni la. I tak suka.”
“Siapa kata I main-main? I tengah serious ni. Sudi tak you kahwin dengan I jadi teman hidup I?”
“I… i… I kena tanya my parents dulu.”
“Semalam I dah bincang dengan your parents pasal ni. Mereka setuju. Cuma tunggu jawapan daripada you jek, sayang.”
“Atas sebab apa yang I perlu terima lamaran you? Bukan ke kita tak ada apa-apa hubungan sebelum I kemalangan lagi.”
“Sayang, I tahu you masih sayangkan I, kan. I pun masih sayangkan you. Tak pernah berubah. Please give me your answer.”
“Tak pernah berubah? Huhhh… mulut manis memang pandai bercakap jek.”
“Hurmm…taka pa lah. I pun tak nak paksa you. You fikirlah baik-baik. Apa pun jawapan you, I akan terima. Tapi sekarang I macam dah tahu apa keputusan you. Thanks.”
Adam berlalu pergi begitu sahaja meninggalkan Hani keseorangan di tepi tasik itu. Bagi Adam, melihat kepada reaksi Hani dia sudah tahu apa jawapan yang akan didengar. Tetapi dia tidak mahu berputus asa. Adam masih memberikan Hani masa untuk berfikir. Bagi Hani pula, lamaran Adam seolah-olah permianan dalam kehidupannya. Hani tidak mahu lagi terluka. Tetapi sepertinya Adam kelihatan benar-benar ikhlas terhadap dirinya.
…….

‘I pun masih sayangkan you. Tak pernah berubah.’
Kata-kata itu asyik terngiang-ngiang di telinga Hani. Jika benar kasih sayang Adam tak pernah berubah, kenapa Adam sanggup putuskan hubungan mereka hanya kerana orang ketiga. Kenapa mesti dirinya yang menjadi mangsa lelaki sepertinya.
Pagi tadi Hani sudah pun sah menjadi isteri kepada Adam. Tidak tahu sama ada keputusan yang Hani buat itu betul atau tidak. Dia reda. Sekiranya benar Adam masih sayangkan dirinya, dia bersyukur atas segalanya. Tetapi untuk kali ini Hani perlu lebih berhati-hati dengan perhubungan dan ikatan yang telah sah dibina antara Hani dan Adam. Kini Adam adalah suaminya.
“Thanks sayang sebab terima I dalam hidup you. I janji akan jaga my lovely wife sampai akhir hayat I.”
Hani yang sedang duduk berhadapan dengan suaminya hanya mampu tersenyum gembira. Gembira kerana akhirnya kebahagiaan menjadi miliknya. Benar apa yang dikata setiap kesengsaraan dan kesakitan akan diikuti dengan kebahagian yang insyaAllah kekal abadi.
“Sayang kenapa senyum jek.”
“Senyum pun tak boleh ke?”
“Boleh, sayang. I janji dengan you yang I akan sentiasa buat you tersenyum manis macam ni. I suka.”
“You jangan nak berjanji jek. Buat tak tahu.” Lagak gaya katanya seperti merajuk.
“You can trust me, sayang.”
‘Ya Allah, jika inilah kebahagian yang Engkau janjikan untuk diriku bersama dengannya, aku bersyukur kepada-Mu.’
Hani masih ingat lagi saat Adam mengucup dahinya selepas akad nikah pagi tadi, Hani memanjatkan kesyukuran kepada Allah. Ketika itu jugalah Hani bertekad untuk memulakan kehidupan baru.
“I percayakan you, bie.”
“Thanks sayang. Sayang… jom.”
“Apa jom-jom! Nah, ambil bantal peluk ni tidur sendiri dekat situ diam-diam.”
T.A.M.A.T

Day 2: Your Favourite Movie

Dah masuk hari ke dua. Challenge pasal movie kegemaran pulak.


Ingat lagi aku start masuk wayang berfoya-foya dengan my bestfriends ever Elyia dengan Akmar. Masa tu tengok Upin & Ipin: Geng The Movie kot tajuknya (tahun 2009 kot). Lepas tu melarat la fenomena kegedikan tengok movie kat wayang. Tapi sebenarnya aku jarang sangat layan movie kat wayang tu. Beli CD jek. Cetak pon jadik jugak. Tak pun tunggu jek keluar kat tv or layan jek kat youtube. Banyak cara lain.


Alamak...terOVER pulak cerita...berbalik kepada tajuk...My favourite movie ever ialah...(bunyi drum roll sikit)


Laila Isabella


Boleh tengok kat youtube jugak...












Sinopsis:

Laila Isabella mengisahkan tentang seorang gadis biasa, lasak dan kasar ala-ala tomboy bernama Laila yang gemar bermain pool dan menaiki skuter. Laila berkawan rapat dengan Azam dan Azam menaruh hati kepada Laila tanpa pengetahuannya. Laila bertugas sebagai pembantu Azam di kedai menjual VCD. Kedai itu dimiliki oleh Azam, seorang graduan universiti yang tidak bergantung kepada kemewahan keluarganya. Mereka rapat tetapi kerap bergaduh. Laila dipaksa menjadi model kepada pereka fesyen dan menggunakan nama Isabella.


Ok fine...cerita ni memang dah berzaman lamanya. Tapi aku suka tengok cerita ni. Hero & Heroin yang bagi aku paling meletop la. Suka tengok Rosyam Nor dan Nasha Aziz berlakon. Nasha memang bagi aku macam natural beauty la.


Tak silap minggu lepas ada main kat astro. Aku dok syokk layan. Pastu siap search kat youtube lagi. Tengok ulang2 pun tarak bosan punye. Yang paling best...happy ending. Suka3...<3

Friday, August 19, 2011

Day 1: Your Favourite Song

Boring...better aku start 30 Day Blog Challenge yang sepatutnya dah start bulan lepas lagi. Tapi semua gara2 M.A.L.A.S. Ni pun tak sure 30 hari straight ke tak...



Biarlah Rahsia - Dato' Siti Nurhaliza




My All - Mariah Carey

Ok untuk first day challenge ni...Inilah my favourite song ever yaw...hehehehe...sebenarnya banyak sangat lagu yang aku suka. Lagi2 sekarang ni banyak lagu2 baru yang super2 best, kan. Tapi serious tak tipu memang aku minat sesangat dua lagu ni. Terutama sekali lagu Dato' Siti.


Boleh dikatakan semua lagu dia aku minat la. Bukan setakat lagu, dengan orang nya sekali aku minat. Dah la cantik + lawa + suara lunak + merdu + berbakat + kaya + penyanyi no1 +++ kira macam Dato' Siti ni perfect la. Nak kata as my role model pon boleh jugak kot...Boleh jekkkk


Wednesday, August 17, 2011

Kerana Kasih Ku Relakan - Part 2


Kini, sudah hampir setahun Hani mendiamkan diri tanpa berjumpa dengan sesiapa.Tetapi dia merasa hairan kerana setiap kali dia bangun tidur pada keesokan harinya pasti ada sejambak bunga ros dan sebungkus coklat Cadbury kegemarannya.Ditanya kepada ibu siapa yang memberi.Ibu hanya mendiamkan diri.Hani menyangka pasti ad yang datang melawatnya.Tetapi kenapa setiap hari?Tetapi tanpa berjumpa dengannya?Hanya bunga dan coklat sebagai pengganti diri.Mungkin.
Dia masih ingat lagi sejak kemalangan itu menimpa dirinya, dia berpesan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.Mungkin pelawat itu begitu akur dengan tindakannya.Tetapi kenapa?Persoalan itu dibiarkan sahaja tanpa sebarang jawapan.Tiada sebarang kepentingan untuk dirinya. Setiap hari juga bunga itu hanya menjadi habuan ke dalam tong sampah dan coklat itu akan disimpan oleh orang gajinya. Coklat itu sememangnya kegemaran Hani.Tetapi itu dulu.Tidak lagi sekarang. Sekarang coklat itu hanya akan mengikatkan Hani kepada Adam. Hani tidak mahu lagi ada apa-apa kaitan dengan Adam.Dia mahu melupakan lelaki itu.Buat selama-lamanya.
Hinggalah suatu pagi, Hani bangun seawal pagi untuk breakfast bersama keluarganya. Tiba-tiba Hani terdengar ibunya berbual dengan seseorang di ruang tamu.Mungkin kah itu orang yang sering memberikan bunga dan coklat setiap hari.Hani memberanikan diri menjenguk ke ruang tamu.Terperanjat dia apabila melihat Adam yang berada di situ.
“Ibu, apa dia buat dekat rumah kita ni? Kenapa ibu benarkan dia datang sini? Kan Hani dah beritahu…”
“Hani, bincanglah dengan Adam baik-baik.”
“I tahu you tak nak jumpa sesiapa. Lagi-lagi I, kan? Jangan salahkan your mom.I yang nak datang sini.I just nak tebus kesalahan I, Hani.”
“Kesalahan apa you dah buat?”
“Hani please jangan buat I macam ni. I’m sorry. I memang tak ada niat nak sakitkan hati you. Kalau la I tahu macam ni jadinya. I tak akan lepaskan you dulu.”
“You cakap apa ni? Memang la you tak tahu nak jadi macam, kan. Lepas tu you akan cakap sebab semua ni takdir Tuhan. Drama lebih la you ni.”
“Hani, I tahu I yang salah. Please maafkan I.”
“Kalau I maafkan you, apa yang I dapat? I akan dapat kecantikan muka balik? Or I akan dapat kaki I yang dah patah ni? Tak pun hati I yang dah hancur?”
“Hani, I dah sedar sekarang.You the only one that I love, sayang.The only one. Please maafkan I. I akui memang I tak dapat kembalikan diri you seperti dulu.Tapi I dah cukup terseksa selama you terlantar dekat hospital dulu.I putuskan hubungan dengan my girlfriend.Lepas tu I kena buang kerja.Hidup I tak tentu arah, Hani.”
“Setakat tu jek you kata you dah terima balasan? Senang, kan? Tapi semua tu tak setimpal dengan apa yang I rasa. Cacat yang I dapat sekarang ni siapa yang tanggung? Sakit dalam hati I ni siapa yang rasa? I sorang je yang rasa. Tak siapa pun tahu macam mana perit I tanggung sendiri.”
“I tahu semua tu Hani.Tapi bagi la I peluang untuk I tebus kesalahan I.”
“Sudah la, Adam. I penat la nak dengar you membebel pagi-pagi buta ni. You better go home.”
Selamba saja Hani berlalu menaiki tangga terus masuk ke dalam biliknya.Tinggalkan Adam sendirian. Kini, Adam tak tahu nak buat apa lagi. Hanya kata maaf yang diperlukan dari Hani.Adam inginkan Hani yang dulu.
…….
Di dalam bilik Hani hanya mampu menangis mengenangkan dirinya yang sebenarnya tidak mampu berhadapan dengan Adam tadi. Sebenarnya sudah lama Hani memaafkan Adam atas apa yang berlaku. Tetapi Hani mahu Adam tahu yang dia perlu merasa bersalah atas segala apa yang telah dilakukan. Biar Adam rasa apa yang Hani rasa selama ini.
Ketukan pintu melihatkan ibu Hani menjenguk Hani di dalam bilik.
“Kenapa Hani buat Adam macam tu, nak.Tak baik.Niat dia ikhlas.Nak tebus kesalahan dia. Dia dah menyesal.Hani maafkan la dia ye nak.”
“Ibu, kenapa semua ni jadi dekat Hani?Hani tak sanggup nak hadapi semuanya bu. Dulu Hani sayangkan dia tapi dia curang.Dia putuskan hubungan kami. Dia juga yang menyebabkan Hani jadi macam ni. Kemalangan sampai cacat macam ni. Kenapa ibu?Apa salah Hani dekat Adam?”
“Hani, setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.Kenapa Hani cakap dulu Hani sayangkan Adam?Sekarang dah tak sayang ke?”
“Hani benci Adam sejak dia putuskan hubungan kami, bu. Hani dah tak sayang dia lagi. Sebab dia dah sayangkan orang lain. Kenapa Hani mesti sayang dekat dia lagi, kan bu?”
“Betul tu. Tapi kalau Hani nak tahu sejak dari dulu lagi sampai la sekarang ni Adam masih sayangkan Hani. Hani nak tahu tak.Sejak Hani masuk hospital hari tu, Adam bergilir-gilir dengan ibu untuk jaga Hani.Siang malam dia ada dengan Hani.Sebab tu juga la Adam putuskan hubungan dengan girlfriend dia. Sebab tak tahan dengan perangai girlfriend dia dan yang paling penting Adam nak jaga Hani.Bila Hani dah sedar dah dapat balik rumah, Adam sedih.Sebab tak akan dapat jumpa Hani lagi sebab Hani kata Hani tak nak jumpa sesiapa termasuk Adam.”
“Tapi Hani tak suruh dia buat semua tu pun ibu.”
“Kita kalau dah sayangkan seseorang tu, apa pun kita sanggup buat Hani. Itulah apa yang Adam cuba buat. Percayalah cakap ibu.Adam masih sayangkan Hani. Bunga dan coklat yang hari-hari ada dalam bilik Hani tu pun Adam yang bagi. Setiap hari Adam akan datang melawat Hani sebelum dia pergi kerja. Dia gembira walaupun dapat tengok hari dari pintu bilik je.Hargailah kasih sayang dia. Maafkan dia, Hani.”
“Ibu, tapi Hani tak sayangkan dia.”
“Tak apa.Ibu faham.Cuma Hani perlu maafkan dia. Terima dia semula.Mungkin Hani boleh terima dia sebagai kawan.Mesti dia gembira.”
…….
Hari ini ibu Hani mengajak Adam makan tengah hari bersama-sama.Sudah pasti ini berita gembira untuk Adam.Mungkin kah Hani sudah memaafkan Adam.Itulah yang Adam harapkan selama ini.
Setelah mendengar segala apa yang diluahkan oleh ibunya semalam, Hani rasa tidak adil bagi dirinya untuk terus menyalahkan Adam. Hani bukanlah seorang yang kejam sehingga sanggup menyimpan dendam pada orang.
Di meja makan Hani hanya mendiamkan diri sehingga selesai menjamu selera. Adam percaya Hani masih lagi bersikap dingin dengan dirinya. Tetapi Adam tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya dia dapat bertemu muka dengan Hani. Mungkin ia tidak seperti dulu. Tidak semesra dahulu. Sejak hari itu juga ibu Hani sering saja mengajak Adam untuk makan tengah hari bersama. Kadang –kala juga untuk makan malam. Sehingga suatu hari ketika Hani telah masuk ke dalam biliknya seperti biasa menyembunyikan diri daripada Adam, Adam telah menyatakan hasratnya untuk melamar Hani menjadi teman hidupnya.
“Pak cik, mak cik, niat saya ikhlas untuk memperisterikan Hani. Saya masih sayangkan Hani sampai sekarang. Sana nak tebus kesalahan saya yang dulu. Mungkin dulu saya silap sebab putuskan hubungan kami. Mungkin dulu saya fikir kami sudah tak ada jodoh. Tapi sekarang saya sedar saya tak boleh hidup tanpa Hani.”
“Pak cik dan mak cik ni insyaAllah setuju sangat kalau kamu dah berhajat begitu. Cuma yang pak cik risau kan tu si Hani. Keputusan di tangan dia. Lagipun kami ni dah lama kenal kamu. Apa-apa pun kamu berbincanglah dengan Hani.”
“Terima kasih pakcik makcik. Saya janji tak akan lukakan lagi hati Hani. InsyaAllah.”
*bersambung...

Kerana Kasih Ku Relakan - Part 1


1 message received. From: my baby.
“Sayang, petang ni kita jumpa tau.Nanti I ambil youdekat rumah ok.”
Isyarat mesej masuk itu sahaja sudah membuatkan hati Hani berdenyut laju.Berdebar. Petang ini Adam akan berjumpa dengannya setelah hampir 2 minggu Adam out station.
.......
Seperti yang dijanjikan. Tepat jam 3 petang Adam sudah pun berada di hadapan rumah kekasih hatinya. Hani bagaikan tidak sabar untuk berjumpa dengan Adam. Dengan hanya menggayakan jeans dan dress yang sedikit terdedah di bahagian dadanya bersama handbag dari Gucci menampakkan keayuannya bak model yang sentiasa kelihatan cantik di mata orang ramai.
Di dalam kereta Hani seperti saja mahu memeluk erat kekasihnya kerana sudah lama tidak berjumpa.Tetapi kelihatannya Adam seperti hanya mahu berdiam diri. Itulah Adam. Sejak dikenalinya, Hani sudah masak dengan perangai kekasihnya.Adam lebih selesa memandu tanpa berborak tetapi apabila Hani ada bersamanya sudah pasti dia ingin meluangkan masanya dengan Hani.Bertanya khabar.Bergurau senda dan ketawa.Tetapi berlainan dengan hari ini. Hani pula jenis yang tidak akan mengganggu jika Adam berdiam diri.
Di Restoran Indah mereka mengambil tempat di bahagian tepi cermin yang menampakkan persekitaran jalan raya. Setelah waiter mengambil order masing-masing mendiamkan diri sehinggalah Hani memulakan bicaranya.
“Baby, I miss you so much.”
“ Hani, sebenarnya I nak jumpa you ni sebab nak beritahu you something yang penting.”
“Apabie.Cakap la.You dari tadi I tengok senyap jek.”
“Sebenarnya…I nak break dengan you. I’m sorry sayang. I tak bermaksud nak kecewakan you. I love you so much. Tapi…”
Mendengar penjelasan dari Adam seperti mendengar dentuman guruh di langit yang mampu menggegarkan dirinya.Tidak disangka selama ini Hani setia menunggu kekasih hatinya pulang dari outstation hanya membawa khabar buruk untuk dirinya.
Walau apa pun, Hani berlagak tenang di hadapan Adam.
“Tapi apa Adam? You nak cakap dengan I yang you dah jumpa orang lain, kan.” Tenang saja Hani melontarkan soalan. Setelah apa yang didengar, Hani terus menukar panggilan untuk Adam. Dalam diam hatinya bagaikan disiat-siat halus.
“Maafkan I, Hani. I tak bermaksud nak mempermainkan perasaan you.”
“Tak apa la. Mungkin I faham or I akan buat-buat faham situasi you.”
“I’m sorry.”
Rasanya tiada apa lagi yang perlu untuk Hani terus berada di meja itu sedangkan Adam sudah pun memutuskan perhubungan cinta yang mereka bina selama 3 tahun. Tak tahu mana silapnya. Akhirnya Adam melepaskan Hani hanya kerana seorang perempuan lain. Mungkin kah silapnya pada Adam.Atau Hani sendiri.Mereka tidak tahu.
Berlalu Hani pergi menuju ke pintu keluar restoran itu.Tanpa disedari air mata telah pun membasahi pipinya. Hani yang tadi kelihatan tenang di hadapan Adam akhirnya menitiskan air mata kecewa atas apa yang baru saja berlaku.
Tiba-tiba Adam terdengar bunyi satu dentuman kuat yang pastinya datang dari arah luar.Di jalan raya.Tiba-tiba Adam teringatkan Hani.Orang ramai terus mengerumuni tempat itu.Begitu juga Adam.
“Sayang!!! Please bangun, Hani. I’m sorry.”
Timbul penyesalan dalam diri Adam.Tetapi semuanya telah terlambat.
Adam hanya mampu menjerit nama Hani bila melihat Hani terbaring di jalan raya dengan berlumuran darah. Hani dilanggar sebuah kereta proton apabila Hani cuba untuk melintas menuju ke seberang jalan itu. Tetapi mungkin disebabkan masih lagi terngiang kata-kata Adam di dalam fikirannya, dia tidak mampu memandang persekitarannya.Dirinya ketika itu sedang kusut.
…….
Di luar bilik kecemasan itu terlihat wajah-wajah kerisauan kaum keluarga Hani.Adam masih berada di situ bersama mereka. Telah diceritakan segala-galanya apa yang berlaku sebelum Hani kemalangan. Namun, keluarga Hani tidak menyalahkan Adam atas apa yang berlaku. Mungkin sudah takdir Allah.
Setengah jam menunggu akhirnya seorang doktor keluar dari bilik itu. Doktor menerangkan tentang keadaan Hani.Hani kini masih belum sedarkan diri.Doktor memberitahu kaki kanan Hani patah dan bahagian muka sebelah kanan sedikit cedera.
“Ya, Allah.Maafkan hamba-Mu ini.Kerana aku Hani jadi begini.Aku berdosa ya Allah.”
Hanya penyesalan yang berada di dalam fikiran Adam ketika ini.Semenjak itu dia sering menyalahkan dirinya sendiri.
Selama seminggu Hani di hospital tidak jemu-jemu Adam menjenguk Hani.Tetapi Hani masih tidak sedarkan diri.Bersilih ganti dengan ibu Hani, Adam menjaga Hani.Walaupun pada hakikatnya dia tahu yang dia telah pun memutuskan hubungan mereka.
Dan sejak peristiwa itu juga lah Adam telah memutuskan hubungannya dengan kekasih hatinya yang baru itu.Dia tidak mahu berlaku kejam pada Hani.Adam sayangkan kekasihnya tetapi dia yakin yang dia juga masih sayangkan Hani.
…….
Adam baru saja mendapat khabar berita yang Hani sudah sedar.Mahu saja dia terus bergegas ke hospital menemui Hani tetapi dihalang oleh ibu Hani.
“Jangan, Adam. Hani cakap dia tak nak berjumpa dengan sesiapa sekarang ni. Lagi-lagi kamu.Mak cik harap kamu faham.”
Adam tahu pastinya kini Hani sudah benci ingin melihat dirinya setelah apa yang berlaku kepada diri Hani. Bagai sudah jatuh ditimpa tangga.Adam memutuskan hubungan cinta mereka.Kini, Hani menjadi cacat akibat kemalangan ekoran dari peristiwa itu. Ya! Pada Adam juga Hani bebankan dengan kesalahan itu.Bagi Hani semuanya kerana Adam.
“Aku benci kau!Aku benci kau!”Hani menjerit-jerit sambil mencampakkan segala barang yang ada.
Kerana Adam Hani menjadi cacat begini.Kerana Adam kakinya patah, mukanya berparut.Kerana Adam juga hatinya bagaikan hancur menjadi serpihan kecil.
“Sampai hati Adam buat Hani macam ni. Aku benci kau!!!”
Begitulah sejak keluar daripada hospital.Hani sering menjerit mengatakan bencinya kepada Adam.Sebulan Hani menjadi seperti itu.Keluarganya menjadi risau dengan keadaan Hani.Sehingga kini juga Adam tidak dibenarkan melawat Hani walaupun sekejap.Hani tetap tidak mahu berjumpa dengan sesiapa.Hidupnya kini hanya di dalam bilik tidurnya.Ditemani dengan kerusi roda yang memudahkan dirinya bergerak.Cuma sekejap-sekejap keluarganya menjenguk Hani dan menghantar makanan.Hani malu untuk berjumpa dengan orang.
Hani sekarang buka lagi Hani yang dulu.Hani sekarang sudah cacat.Dia tidak mahu orang memandang jijik padanya dan mengata perihal dirinya.Itulah sebabnya Hani memilih untuk mengurungkan diri di dalam bilik. Tiada siapa yang akan berjumpa dengannya. Termasuk Adam. Orang yang kini dibenci.
Adam hanya akan menelefon ibu Hani untuk bertanya khabar tentang Hani. Kehidupan Adam kini juga bukan seperti dahulu.Kini Adam kelihatan tidak terurus.Sentiasa memikirkan tentang Hani.Adam rasa bersalah terhadap Hani.Dia ingin menebus kesalahannya tetapi tidak tahu bagaimana.
*bersambung...

Thursday, August 4, 2011

Spontaneous Thursday - Perigi Cari Timba

FAKTA atau AUTA???


Artikel Perigi Cari Timba: m/s 89 Perenggan ke-4
Nisbah antara wanita kepada lelaki ialah 37 : 1

"Semakin ramai golongan wanita yang akan mengalami fenomena anak dara tua (andartu) menjelang tahun 2020" _ sumber: petikan daripada Filem 3, 2, 1 Cinta


Jom layan cerpen Perigi Cari Timba...