Saturday, December 31, 2011

Terima kasih dua puluh sebelas


Assalamualaikum...


Detik 12.01 pagi bakal menandakan kita akan berganjak ke tahun 2012. Alhamdulillah...
Sama seperti Awal Muharaam, tahun baru Masihi ni aku sambut sekadar diperantauan.


2011. Tahun yang banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar. Erti kasih keluarga. Erti dalam bersahabat. Erti dalam perhubungan cinta. Erti dalam segala hal tentang diri sendiri.


Sebagai seorang pelajar, banyak perkara yang aku pelajari sepanjang 2011. Belajar bukan sekadar menelan segala isi nota kuliah yang disuap sepanjang kuliah-tutorial. Tetapi belajar mengurus dan mengendalikan sesuatu perkara yang mungkin berguna untuk dipraktikkan dalam dunia sebenar. Mengeluh. Benar itu tidak digalakkan. Tapi apakan daya. Aku tahu segala isi kehidupan kini amat memerlukan kesabaran yang terlalu tinggi. Mengeluh bukan tanda kesal tetapi cuba untuk redha menghadapi segala cabaran-dugaan yang diberi oleh-Nya.


" Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya." - Surah Al-Mukmin, ayat 64


Pelajar seharusnya belajar. Ya. Itulah yang sepatutnya aku lakukan. Menggarap harapan keluarga yang nun jauh di sana. Tanpa mereka tiada wujudnya aku kini. Tanpa mereka juga tiadalah aku yang diharapkan untuk menggalas tanggungjawab terhadap keluarga. Akulah kakak akulah abang kepada adik-adikku. Tapi kadang kala aku hanya sebagai kakak tatkala adik lelaki ku sebagai abang yang sentiasa tegur apa yang patut dan tidak patut aku lakukan. Terima kasih.


Buat abah-emak-adik2...insyaAllah Tuhan akan berikan kita yang terbaik untuk masa akan datang...


2011 datangkan kepada ku cerita-cerita yang tak elok didengar dek telinga ini. Ada insan yang dikira saudara dengan sikap berani matinya membuatkan air mata emak-abah menitis. Aku di mana??? Jauh...mungkin masih bersenang lenang. Beraninya kau wahai saudara/i yang aku anggap keluarga sebelum ini. Terima kasih. Akan ku pastikan tak ada lagi air mata yang akan tumpah dek kerana hinaan-cacian kalian kerana Tuhan itu Maha Mengetahui apa yang benar. Dan aku tahu kau bukan dipihak yang benar.



2011 mewarnakan hari ku dengan senyuman-gelak-tawa sekalian rakan. Aku tumpang gembira tatkala mereka gembira. Itulah aku. Hanya mampu menumpang barangkali. Tapi panas tak sampai ke petang kerana hujan di tengahari telah menyedarkan aku apa sebenarnya erti sahabat-kawan-teman. Tak semuanya semanis kurma. Ada yang jadi teman tika duka. Ada yang jadi teman hanya aku tertawa. Ada yang tikam dari belakang. Ada yang hanya mempergunakan aku (untuk kepentingan sendiri). Macam2 ragam. Tapi apa yang aku harapkan semuanya sentiasa diredhai oleh-Nya. Kerana tanpa mereka tidaklah aku belajar dari hari-hari ku. Terima kasih.





2011 tak boleh lepaskan aku dengan kisah yang satu ni. Kasih-sayang-cinta. Kenapa seperti ada rantaian??? Sebab dari kasih pasti timbul rasa sayang yang akhirnya mungkin ada rasa cinta. Terima kasih kepada yang cuba hadir dalam hidup aku. Walaupun perit untuk ditanggung. Sendiri. Tapi segalanya telah diatur oleh-Nya. Itu pasti. Jodoh. Itu kerja yang di atas. Aku faham dan redha atas segala yang berlaku. Walapun kadang kala aku seakan termenung-bersedih memikirkan apa yang bakal terjadi esok hari. Tapi sesungguhnya aku meredhai segalanya Ya Allah...insyaAllah



Dedikasi khas: Buat awak (saya tahu awak baca blog ni). Maafkan saya. Saya tahu-faham yang kita dah putus. Sejujurnya saya masih sayangkan awak. Dan saya tahu awak pun masih sayangkan saya. Tapi awak tak boleh nak sayangkan saya seorang saja. Sebab tu saya perlu undur diri. Saya dah tak mampu berkawan dengan awak. Sebab setiap hari saya berkawan dengan awak, setiap hari tu juga saya semakin sayangkan awak. Maafkan saya. Jangan risau. Saya tak akan membenci. Cuma perlukan waktu untuk kembali tenang. Sendiri. Saya akan sentiasa doakan kebahagian awak dengan sesiapa saja.




Buat diri sendiri...2011 sudah hampir labuhkan tirai. Muncul pula 2012. Yang pertama dan utama sudah pasti usia makin meningkat. Alhamdulillah kerana masih lagi aku bernasaf. Perjalanan usia sememangnya akan mematangkan kita dengan cabaran-dugaan kehidupan. Tanggungjawab pasti semakin bertambah. Mengurus diri sendiri dan keluarga. Belajar. Mengejar impian yang entah apa. Mengintai masa depan. Blogger tegar. Mencari kasih-sayang-cinta. Mencari Mr. Right. Selongkar identiti diri. Yang penting...jadilah diri sendiri.


" Just be yourself. There is something that you can do better than any other. Listen to the inward voice and bravely obey that."



Tahun baru bukan tidak ku pasangkan azam tetapi apa yang penting adalah seeloknya aku belajar dan terus belajar dari setiap detik waktu dan masa tentang setiap inci kehidupan supaya aku mampu terus berdiri teguh walaupun ditakdirkan berdirinya aku sendiri. Akan aku cuba perbaiki apa yang silap. Tambahkan apa yang sedia ada. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini.


Apa yang baik-indah-bermakna akan ku simpan. Apa yang sebaliknya akan ku simpan juga untuk panduan masa akan datang. Semoga 2012 datang bawakan aku seribu kenangan terindah. Amin...


Selamat mengahrungi tahun 2012...
Doakan yang terbaik untuk aku

48 Day Honesty Challenge - Day 28


  1. What would you do if you found out the person you like was in a relationship?

seriously...saya sayangkan dia...masih lagi...walaupun kami dah putus tapi masih berkawan...
tapi berbekalkan kisah semalam dan hari ni, saya nekad untuk pergi...jauh dari hati dia..yesss...saya tahu saya kuat...


dia tak pilih sesiapa...tapi...saya tamak...memang...saya nak dia seorang jek...saya tahu dia tak boleh sayangkan saya seorang jek..sebab tu saya perlu pergi...jauh...


hari ni memang saya geram giler dekat awak...untunglaaa saya tak reti nak marah2 orang...kalau tak memang saya sembur awak habis-habisan...segeram geram saya, saya dok bebel jek kat diri sendiri...


Image Detail

"redha itu ikhlas...pasrah itu menyerah.."


p/s: saya tahu awak baca apa yg saya tulis..sorry kalau awak tak suka saya cerita pasal awak dekat sini...tapi saya peduli hapee...ni blog saya...

Friday, December 30, 2011

Jom Tengok Teater Muzikal - Amuk Anak Zapin



Teater Amuk Anak Zapin
Anjuran: Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
Tarikh: 30-31 Disember 2011
Tempat: Panggung Eksperimen, UM
Penerbit: Prof. Madya Dr. Mohd Nor Hashim

artis undangan: Zaidi Omar, Mardiana Alwi dan ramai lagi...

48 Day Honesty Challenge - Day 27


  1. Ever cheated on someone?

pernah...
saya ni bukan baik mana pun...bukan Malaikat...sama jek macam manusia lain...
tipu la kalau saya cakap saya tak pernah menipu..bukan seseorang jek, berorang-orang lah...
tipu dari segi??? macam2 la kot


Image Detail

Thursday, December 29, 2011

Wednesday, December 28, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 25


  1. Can you honestly say you’ve had a sleepover with the opposite gender?

sejujurnya...T.I.D.A.K. nauzubillah...mintak dijauhkan...saya ada maruah diri...


Image Detail

Tuesday, December 27, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 24


  1. Do you have anything that belongs to your ex?


- ada...benda tu still aku simpan lagi sampai sekarang...walaupun dah lama...tak tahu kenapa...tapi sejujurnya, bukan kerana ada 'apa-apa' lagi...
*tapi ex yang mana satu tu biarlah rahsia...(errr bajet macam ramai giler ex aku nihhh)



Monday, December 26, 2011

Ilham Seni: Orang kahwin, aku pun sibuk nak kahwin jugak...


Assalamualaikum...


Barulah terasa nak update benda yang menyibukkan diri selama ni...fuhhh..berbulan-bulan planning sampai kena tunda my weeding ni...opsss...haruslaaa my wedding...kerlasss kau maria


Ke Jinjang Pelamin katanya...tema warna harus la merah hati yawww...minggu lepas dah selamat langsung...Alhamdulillah...hahaha...terima kasih kepada yang datang...makan free uollss tak datang, teramat la rugi hokeyyy...meh layan gambar jek dulu...nanti aku story lagi



design ditempat khas dari CD's...
(tetibe femes nama kau kak^^)



*kata my wedding...apa kes jadi pengapit pulak...layannn



eehhhh...dah jadi pengantin pulak...
(tak tahu mana kutip pengantin lelaki)...hohoho...sentap ayat



sudahhhh...bertukar pengantin lelaki pulak...
yang tak boleh bla...time bersanding pun boleh curang ni...hampehhh betul



dah curang, tahu pulak nak rujuk ye...siap nak bagi bunga ros...
lantak tak layan...
*mana satu nak pilih ni...eerrrr




stop it!!! berangan jek tau...lalalala



ok ni la pengantin sebenar...



aku cuma sebagai penari sahaja...CUMA??? banyak aku punya cuma...
ni yang nak OVER kat sini...
akulah pengarah...akulah AJK...akulah yg menari...akulah yg menyanyi...akulah yg itu yg ini...semua akulah...


bersama bakal artis terkenal...
th


lastly...inilah sebenarnya my big projek yg sangat membuat kepala hotak berserabut macam nak tercabut sejak berbulan2 yg lepas...thanks a lot kepada semua yang terlibat...terutamanya artis2 Jabatan Kesenian Melayu, APM,UM...
banyak pengalaman yg saya belajar...walaupun teramat seteresss


p/s: kau hengat nak kahwin tu senang??? lepas handle benda ni baru tau kahwin tu teramat la susah...so, memang tak la aku nak kahwin cepat2...wahai encik lelaki idaman, muncul la anda disaat2 saya betul2 ready untuk semua ni...serious tak ready (walaupun dah pergi kursus kahwin)

48 Day Honesty Challenge - Day 22, 23


  1. Does the last person you held hands with mean something to you?
  2. Describe yourself in one word.

- yessss...that person memang teramat bermakna untuk diri saya


- L.O.V.I.N.G

Saturday, December 24, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 20, 21


  1. How many people can you tell just about everything to?
  2. Have you ever wished on a shooting star?

melonggok challenge lagi...

- secara jujurnya...semakin hari semakin saya tidak percaya pada orang...even orang tu terlalu baik dengan saya...sekarang seolah-olah saya sukar untuk mempercayai semua orang...sebab pengalaman mengajar saya banyak benda untuk saya lebih berhati-hati...


- hmm...kalau dalam angan-angan ada la kot



p/s: pagi2 buta nanti saya nak balik BP sudah...untuk beberapa hari...horeyyyyy...akhirnya saya bebas dari segala kesibukan kampus ^^

Thursday, December 22, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 18,19


  1. What is your favorite song?
  2. Do you like Red Bull?

- lagu favorite saya banyak sangat...tapi yang paling saya suka mesti la...Biarlah Rahsia


- Red Bull??? serious tak pernah minum...

Tuesday, December 20, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 15,16,17

challenge memang dah tak serupa challenge...asyik kumpul selonggok jek challenge ni sebab cik puan punya diri teramat la busy mengalahkan menteri...sentap! memang sangat GK...

  1. When was the last time you cried really hard?
  2. Is there anyone you would do anything for?
  3. Who was the last person you talked to for more than 10 minutes on the phone?


- tak berapa ingat bila last time saya nangis sepuas hati...tapi rasa2 nya time-time ni kot ...sebab masa tu memang down gila la...tapi Alhamdulillah...sekarang kembali tenang sikit...


- saya cuma nak buat yang terbaik untuk abah, emak dan adik-adik saya...insyaAllah...


- hohoho...2 3 hari lepas emak saya call malam2 buta...tetiba mak cakap saya macam dah lama sangat tak balik BP...hadoiiii..memang itulah kenyataannya...motif??? teramatlah busy...takpe2, nanti sabtu ni saya nak balik BP sudah...study week dah start...maksudnya, exam pun dah dekat...tak tahu apa nak jadi dengan pointer sem ni...takutttttt =='

Saturday, December 17, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 12,13,14

  1. Is there anyone who doesn’t like you because of something you did?
  2. Angry at anyone?
  3. What’s stopping you from going for the person you like?


- ada orang tak suka saya??? ada saya kisah??? lantak la...saya tak kacau deorang...saya buat apa yang saya suka...apa boleh saya buat, kalau dah orang tak suka apa yang saya buat...kita memang tak akan dapat puaskan hati semua orang termasuk diri kita sendiri

- Saya tak pandai nak marah2 orang...tapi bila saya marah, i really mean it...

- saya seorang yang terlalu mudah untuk sayangkan seseorang...bila saya mula percayakan seseorang, itu bermakna saya mengharapkan sesuatu daripadanya...tapi bila kepercyaan itu beransur hilang, saya hanya mampu berserah dan just go with the flow..saya seorang yang easy to forgive but hard to forget...

Thursday, December 15, 2011

Spontaneous Thursday


Dah dia yang dok terhegeh-hegeh dekat aku...
nak buat macam mana...

Wednesday, December 14, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 11


  1. First girl you’d turn to?

kalau first women...harus laa emak saya...
hohoho...anak sulung yang bajet manja katanya

tapi, kalau first girl...kawan2 saya la
tapi saya ramai kawan perempuan...so, siapa yang lebih mengenali saya, dia akan tahu setiap apa yang saya buat setiap hari dan apa yang tak kena dengan saya sepanjang hari


Tuesday, December 13, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 10


  1. Something is wrong. First guy you turn too?

guy??? lelaki???
saya seakan membenci perkataan itu...


rasa2 sekarang ni saya cuma ada abah, adik lelaki saya, dan kawan baik lelaki je
for sure, saya cari adik lelaki saya dulu...hahahaha


can I just say i dont want any 'guy' in my life???
it hurts me...

Monday, December 12, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 9


  1. When was the last time you really laughed?


entah...tak tahu bila last saya senyum...

sebolehnya saya nak ketawa sepanjang masa untuk melupakan segala
kekusutan dan keserabutan yang melanda kepala otak...



Sunday, December 11, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 8


  1. Would you parents be mad if you were in a relationship?


Hohoho...mak dengan abah tak pernah marah pun kalau saya 'bercouple' dan ada boyfriend pun...
sebab sebelum2 ni masa saya 'tak single' deorang senyum jek, tak marah2 pun...
Janji pandai jaga diri sendiri dan maruah dah cukup...
(agak2 nya macam tu la yang mak abah fikir kot)

Saturday, December 10, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 7



  1. Think back to the beginning of 2011. Are you still dating the same person?


Jawapan paling jujur...saya single time tu...tapi saya dating dengan ramai orang...
saya dating dengan kawan-kawan saya yang sangat awsome yang penting deorang the best in the world!!!


Hohoho...saya single...dan saya suka riang gembira tanpa gangguan bila saya single...
i LOVE being single pretty girl (tetiba pretty tak boleh bla) =='




Friday, December 9, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 6



  1. Your relationship status?

single but not available...
not available sebab??? only one word...F.O.B.I.A.

Thursday, December 8, 2011

Spontaneous Thursday


Belajar diam dari banyak berbicara
Belajar sabar dari sebuah kemarahan
Belajar kesusahan dari hidup senang
Belajar menangis dari suatu kebahagiaan
Belajar keikhlasan dari kepedihan
Belajar tawakkal dari ujian
Belajar redha dari suatu ketentuan

48 Day Honesty Challenge - Day 5


  1. Do you smoke weed regularly?


eerrrr...saya tak merokok...dan saya tak suka orang merokok...kalau nak merokok pun, silalah jauhkan diri anda dari saya...sekian :P




Wednesday, December 7, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 4




  1. Have you ever lost a close friend?
saya tahu yang saya tak akan kehilangan mereka
kerana merekalah tempat saya bergembira tatkala air mata ini cuba untuk terus mengalir dan ketika jatuh bangunnya saya



Tuesday, December 6, 2011

48 Day Honesty Challenge - Day 2 & 3


  1. Has anyone told you “forever and ever” then left?
  2. Where did you meet your crush(es)?

>> someone said that to me tapi sampai sekarang that person macam "easy come easy go" (dah macam lagu bruno mars pulak) .It confusing me...if that person really stay there and never left me, i hope it will never end...perghhh!!! siapakah si bertuah itu??? hahaha...ce teka

>> hurmmm...dekat mana-mana pun boleh...yang penting hati mau baik





Sunday, December 4, 2011

Orang sibuk shopping kita sibuk siapkan assignment dekat KLCC

Assalamualaikum...hellooo...


Dalam kesibukan terkejar-kejar siapkan assignment sebab dah minggu last untuk hantar assignment, sempat jugak dok blogwalking plus meng'update' blog..maklum laa...kerja last minit...baru la nak tekan speed sampai 200km/j...sekarang baru dok kelam kabut nak buat...padan muka aku


Sabtu lepas kteorg 4orang pergi la menggagahkan diri yang sedia malas ke KLCC. Woww!!! KLCC yo! kebetulan hari tu ada PC Fair pulak. Memang la syiokkk la shopping sakan...nasib baik la tengah kayap bangkurap...kalau tak, memang satu KLCC aku ajak deorang round.


Macam biasa naik LRT terus sampai KLCC...fuyoo...ramai gila orang...boleh kata macam lautan manusia pulak. Tempat dituju?? Galeri Petronas (GP)...pekejadah nak pergi tu? dah tak ada tempat lain nak pergi ke kat KLCC tu??? hahaha...tak baik tau uolls ni cakap macam tu...disebabkan niat kteorang baik nak pergi belajar, hari tu je banyak perkara baik yang berlaku kat kteorang tau. Alhamdulillah...Kterorang pergi GP atas urusan belajar nak siapkan assignment pengurusan & pentadbiran. Baik kteorang tau...


Masuk jek GP, cuak pulak...nasib baik pak cik tu (penyelia) baik hati. So, senang la sikit kerja kteorang. Tak perlu buat appoinment terus je interview...tapi sebelum tu kena masuk GP dulu sebab that time ada pameran 'Irresistible Wear'.




Bila masuk tengok pameran tu...fuhhh!!! seram + kagum. sebab? style GP pamerkan tu sangat menarik. Nak tahu? pergi la GP...kalau boleh tangkap gambar lagi best.



interview time :)




pak cik tu kalau boleh, semua pamplet dia nak bagi kat kteorang



Siapa yang belum pergi GP, rajin2 kan la diri ke sana...pameran tu dari 15.10 sampai akhir tahun kot...jangan pergi KLCC asyik nka shopping jek. sekali sekala pergi la tempat2 ilmu ni...best jugak...


Selasa depan ni kteorang akan pergi GP lagi untuk lagi 1 appoinment...till then, time untuk siapkan assignment ni dengan gigihnya...cayok!!!

48 Day Honesty Challenge - Day 1


  1. Your ex texted you and wanted you back. Would you take him/her back?
Errr....no comment...tapi...arghhh!!! no comment laa


48 Day Honesty Challenge

Sedang aku berjalan-jalan dipagi hari...ternampak pulak this challenge dekat blog ni...macam biasa...just suka suki jek nak men'join' kan diri...so, selamat ber'challenge'!!!

  1. Your ex texted you and wanted you back. Would you take him/her back?
  2. Has anyone told you “forever and ever” then left?
  3. Where did you meet your crush(es)?
  4. Have you ever lost a close friend?
  5. Do you smoke weed regularly?
  6. Your relationship status?
  7. Think back to the beginning of 2011. Are you still dating the same person?
  8. Would you parents be mad if you were in a relationship?
  9. When was the last time you really laughed?
  10. Something is wrong. First guy you turn too?
  11. First girl you’d turn to?
  12. Is there anyone who doesn’t like you because of something you did?
  13. Angry at anyone?
  14. What’s stopping you from going for the person you like?
  15. When was the last time you cried really hard?
  16. Is there anyone you would do anything for?
  17. Who was the last person you talked to for more than 10 minutes on the phone?
  18. What is your favorite song?
  19. Do you like Red Bull?
  20. How many people can you tell just about everything to?
  21. Have you ever wished on a shooting star?
  22. Does the last person you held hands with mean something to you?
  23. Describe yourself in one word.
  24. Do you have anything that belongs to your ex?
  25. Can you honestly say you’ve had a sleepover with the opposite gender?
  26. Do you rebound?
  27. Ever cheated on someone?
  28. What would you do if you found out the person you like was in a relationship?
  29. Do you act differently around the person you like?
  30. Honestly, what guy’s number do you have memorized?
  31. Is it hard to make you laugh?
  32. Who was the last person to make you mad?
  33. Do you think your last ex will eventually want to be with you again?
  34. Have you ever fallen asleep in someone’s arms?
  35. Has anyone ever called you scrumptious before?
  36. Would you like to put a night on repeat and live it forever?
  37. Do you have a best friend that knows you inside and out?
  38. Is your best friend a slut?
  39. Is hard drugs a turn off?
  40. Are you happy with life right now?
  41. Are you still in love with your ex?
  42. Have you ever been the “other person” in a relationship?
  43. Have you ever had your heart broken?
  44. Have you ever broken someone’s heart?
  45. Is there anybody you’re really disappointed in?
  46. Where is your best friend?
  47. Something you’re happy about?
  48. How is your heart lately?

Thursday, December 1, 2011

Spontaneous Thursday


Waking up to a new day is a gift, appreciate it and do remember you are loved. Good morning and have a splendid day ^___^

Yeahhh!!! I try to smile :)