Saturday, June 11, 2011

Bakal Join venture 30 Day Blog Challenge jugak

Holla blogger sekalian :)


Sedang ber'blogwalking' tadi terjumpa satu entry pasal 30 day's blog challenge. Nampak gayanya macam dah ramai blogger yang join buat entry ni. Tiap2 hari saya dok terjah blog Cik Epal gonjeng ada ternampak Cik Epal pun join jugak.


Saya yang ber'blog' untuk suka2 ni pun ada la jugak feel nak join. Tapi nanti2 jek la. InsyaAllah Julai nanti saya join memandangkan Julai saya agak free sikit.


Jom tengok apa cabarannya.

.
.
.
.
.
.
.
Day 1: Your favorite song
Day 2 : Your favorite movie
Day 3 : Your idea of the perfect first date.
Day 4 : Your favorite photograph of your best friend.
Day 5 : What makes you different from everyone else?
Day 6 : A song to match your mood.
Day 7 : A photo of an animal you’d love to keep as a pet.
Day 8 : A picture of your favourite memory
Day 9 : Your current relationship, if single discuss how single life is.
Day 10 : A photo of the item you last purchased.
Day 11 : 5 facts about you.
Day 12 : A photo of something that makes you happy.
Day 13 : What kind of person attracts you?
Day 14 : Who are you?
Day 15 : A TV show you’re currently addicted to.
Day 16 : Something you don’t leave the house without.
Day 17 : How you hope your future will be like.
Day 18 : 5 things that irritate ME about opposite/same sex
Day 19 : A picture of something you want to do before you die
Day 20 : The meaning behind your blog name.
Day 21 : A photo of your favorite place to eat.
Day 22 : A letter to someone who has hurt you recently.
Day 23 : Your dream wedding.
Day 24 : A photo of something that means a lot to you.
Day 25 : Short term goals for this month and why
Day 26 : A photo of somewhere you want to go.
Day 27 : A picture of your favourite band or artist
Day 28 : In this past month, what have you learned?
Day 29 : Something you could never get tired of doing.
Day 30 : A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

Result dah keluar

Hollaaaa

Hati gumbira rasa bila result untuk semester 2 dah pun keluar. Haishhhh...lambat beben0 nye. Fakulti lain dah tau awal. Huhuhu....


Tapi tak apa. Penantian kini bukan lagi satu penyiksaan. Cewahhhh...


Hamboiiii...ayat semua ceria semacam jek,kan. Sebenarnya pointer saya naik sikit untuk sem nih. Alhamdulillah. Berkat usaha, kot. Hmmmm...usaha la sangat, kan!!! Study buat revision pun malas. Semuanya last minit punya revision. Hapo nak jadik pun tak tahu la dengan saya nih.


Pointer saya untuk sem ni alhamdulillah dapat 3.30 daripada yang lepas cuma dapat 2.84 jek. Huhuhu... tapi, saya tau pointer tu macam tak setimpal dengan usaha saya. Jujur ni saya cakap. Yelah, macam saya tulis tadi, study pun last minit dasar pemalas, kan.


Cuma saya rasa, paper teknik persembahan yang menyelamatkan saya dapat markah tinggi sikit kot. Thanks en Efendi :) Hahaha...dulu bukan main tak suka giler nak masuk kelas dia, nak pergi tarian. Last2 paper tu yang tinggi...


Apa2 pun untuk sem yang akan datang tak tahu lagi nasib saya. Susah ke idak paper2 nya? Red0 jek la cik Mai deh...nama pun study..

Thursday, June 9, 2011

Mimpi dipatuk ular warna hijau

Assalamualaikum...


Malam semalam tiba2 saya terjaga daripada tidur sebab saya mimpi kena patuk or gigit dengan ular yang rasanya ular tu bersaiz kecil. Tapi saya kena patuk 2 kali. Tapi ular tu warna hijau. Masalahnya, ada ke ular warna hijau?


Orang tua-tua kata, mimpi kita ni ada tafsirannya. So, apa makna mimpi saya ni agaknya?


Nak kata sebelum tidur cuci kaki, memang tak pun. Tapi saya ada la jugak baca doa tidur dengan ayat kursi macam selalu. Tapi yang menjadi musykilnya, apa makna mimpi saya yang dipatuk ular hijau ni?


Bila bercakap pasal warna ular yang hijau tu, daripada sumber google yang saya cari...
Bila seseorang mimpi nampak warna hijau, seseorang itu akan merasa kebahagian dalam hidup. Rumput yang hijau di dalam mimpi menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh serta mempunyai anak yang ramai.


Kalau mimpi ular yang warna-warni pulak, 'bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda'. Maksud??? Kira akan hidup bahagia la kot.


Tapi, masalahnya sekarang nih....dalam mimpi saya bukannya ada rumput hijau. Yang ada cuma saya dan si ular hijau.


Tapi kalau dikelilingi ular yang banyak maknanya akan banyak orang yang memusuhi kita.


Kata orang tua-tua, kalau kita masih single, lepas tu mimpi kena patuk ular maknanya jodoh kita dah dekat. Alahaiiiii, nak percaya ke idak ye??? Ishhh3x


Dari google jugak, katanya bila dalam mimpi jumpa ular rasanya ada kaitan dengan sihir. Nauzubillah....mintak jauh la dari saya...saya takuttttttt :( Tapi bila kita mimpi dah kena patuk ular, bermakna sihir tu tak menjadi. Bila mimpi sebaliknya pula, niat jahat seseorang tu dah terkabul. Aduhhhh...sapa pulak yang dengki kat saya nih??? Saya tak kacau orang pun, kenapa orang nak kacau saya??? Tak baik tau...


Banyak betul tafsiran mimpi pasal ular ni sebenarnya. Tapi depends la pada diri sama ada nak percaya atau tak.


Huhuhu...takut bila teringat mimpi tadi. Mimpi saya kena patuk dengan ular hijau 2 kali owkey! Bukan sekali. Tapi apa maknanya???