Sunday, July 21, 2013

Minggu Ketiga | Rezeki Masing-masing


Bismillahirrohmanirrohim…

Sekarang ni baru seminggu puasa dan dah masuk minggu ketiga aku praktikal kat Galeri Seni Johor. Tengok kawan-kawan lain ada yang hari-hari praktikal mereka sangat busy, penuh dengan kerja. Orang kata betul-betul memanfaatkan waktu budak praktikal. Betul-betul timba pengalaman kerja. Ada yang perlu turun sama latihan bawah matahari semata nak dapat elaun. Kalau yang tu terasa melampau sikit. ada juga yang lepak-lepak saja kurang kerja kurang pengalaman. Bergantung pada tempat dan pengurusan sesebuah organisasi itu juga. Rezeki masing-masing orang kata. Kalau macam aku pun memang lepak juga. Busy pun bila ada program.


Tadarus al-Quran wa Ramadhan

Pagi Isnin hari tu ada tadarus al-Quran sempena bulan ramadhan ni. Giliran galeri. Setiap bahagian ada jadual tadarus tersendiri. Nak dijadikan cerita bila turn aku baca al-Quran tu tetiba sampai pulak ustazah yang memang pantau program tu. Ustazah tapi gaya tak berapa ala-ala ustazah. Gila tak cuak la baca depan dia. Takut kena attack salah baca main langgar baris atas bawah, kan. Tapi nasib baik masih selamat. Tapi cerita yang paling cuak bila lepas habis tadarus boleh aku dipanggil ustazah tu. ‘Saya nak masukkan awak dalam khatam al-Quran nanti’. Haaa…cuak tak cuak la. Ingat baca biasa-biasa jek. Tapi pesen ustazah ni memang baca ikut tarannum or lagu. Peh peh memang la aku reti sangat. Tapi taka pa nanti dia ajar. Kot ye pun diajar aku susah nak baca gaya-gaya qariah tu weh. Ni sampai sekarang tak call tak jumpa ustazah ambil cd record suara yang dia dah rakam. Cuak punya pasal. Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku. Amin…


Aplikasi apa yang kita belajar dekat universiti

Lepas habis tadarus terus balik ofis. Hari tu baru aku dapat thumbprint (biasa pakai punch card). Kerja haritu aku n diba kena semak kertas kerja Pertandingan Seni Khat Terbuka Johor Tahun 2013. Galeri nak organize pertandingan lagi. Yang kurang bernasib baiknya event tu nak buat bulan sebelas nanti. Time tu aku pun dah habis praktikal so tak dapat join la. Aku n Diba kena semak dan bandingkan hadiah-hadiah yang ada dalam KKD dengan pertandingan yang dah pernah dibuat sebelum-sebelum ni.

Lepas tu pulak kita orang kena perah otak nak kena fikir pasal tema pertandingan. Ah sudah. Memang la aku pandai bab-bab memerah otak ni. Lastly dapat idea nak buat sajak nurkilan Usman Awang. Baru dicadangkan kat bos terus di-reject. Kita orang tak habis explain lagi tu. Sentap tetiba. Lepas tu gigih la cari macam2 lagi untuk tema.

Lastly hari selasa pagi masuk ofis tanya lagi pasal sajak Usman Awang tu. Lepas tu baru diterima. Eiii tak faham betul. Hahaha…kelakar la. So, dah stick to that tema. Tapi kena masuk meeting dulu untuk confirmation. Peh peh dah macam hebat kan buat KKD. Kahkahkah…


Hari Rabu

Pagi rabu tu lepas datang galeri terus lepak kat bawah kejap macam biasa belek-belek surat khabar. Dapat call dari Encik Is baru la terhegeh-hegeh naik ofis. Hahaha…kalau dah kena panggil tu maknanya memang ada kerja baru yang menanti. Kita orang kena buka facebook Persatuan Seni Khat Johor then ambil gambar dekat dalam album semua tu lepas tu susun semua gambar tu mengikut event. Simple jek.

Hari rabu merupakan hari berita buruk sedunia. So sad. Sobsss…firstly, pagi tu aku dapat tahu yang markah exam paper pameran sangat tak memuaskan or boleh kata teruk sangat. Itu bak kata kawan2 lain la. Disebabkan rasa down gila-gila, aku tak nak check markah aku. Most of kawan2 aku bengang juga la dengan lecturer paper tu. Pungpangpungpang dalam facebook tak sudah sudah.

Lepas tu kena pulak sambung kerja key in maklumat lukisan hari tu tapi untuk tahun 2011-2012 sampai siap. Kena belek satu satu lukisan yang besar tu untuk segala detail yang diperlukan.

Tengah hari tu pulak dapat memo dari pentadbiran yang mengatakan aku n diba kena transfer ke bahagian pentadbiran di bawah unit ICT hari tu jugak. Warghhh…what a spoil day. Blerghhh…tapi atas sebab banyak kerja galeri tak siap lagi, diminta tunda sampai Isnin. Sedih wooo…dah baik-baik dengan staf galeri lepas tu nak kena pindah pulak. Kena bantu kerja-kerja sempena sambutan ulangtahun 25 yayasan katanya. Entahlah…dengar kata semua budak praktikal kena transfer. Macam bosan jek. Ya Rabb, Kau permudahkanlah segala urusanku. Aminnn…

Sepanjang hari tu dekat ofis memang tak ada mood gila. Serius!


Hari Khamis

Masuk ofis jek terus encik Is minta tolong taipkan laporan kewangan Persatuan Seni Khat Johor. main bantai jek buat. Maklumlah aku tak belajar akaun dulu, aku belajar ekonomi jek. So tak berapa tahu bab nak buat kredit debit tu. Cuma mampu bantu taip semula jek. Heee~~

Lepas setel semua tu macam biasa tak ada kerja dah. Melayan facebook jek la sampai waktu balik. Lepas tu la baru sempat nak check result final exam. Peh encik Is kata bagus jugak kita orang punya markah. Bagus tu memang la bagus tapi semput nak kejar pointer dekan tak dapat dapat sampai grad. But at least aku bersyukur dapat keputusan macam tu. Cuma tak puas hati dengan gred paper pameran. Tu jek. Nanti nak buat semakan semula. Geram gila. Hasil tak setimpal dengan usaha kita orang!!!


Last day dekat galeri

Pagi Jumaat macam biasa la pepagi ada tadarus dekat Rumah Limas. Lepas tu kena pergi Muzium Tokoh Johor untuk bungkus segala lukisan yang dah tamat tempoh pamerannya. Tak ingat pameran untuk apa. Tapi ala-ala pameran antarabangsa juga la sebab ada yang dari jepun. Peh peh penat jugak. Lepas siap kerja terus balik galeri n melepak la sampai waktu balik pukul lima.

Thanks to encik Is sebab bantu kita orang hari tu. Motif asyik mention nama encik Is jek dekat sini kan. Dah memang dia jek yang tolong kita orang, nak buat macam mana. Nak say thanks dekat siapa lagi kan. Oh lupa. Nak thanks jugak dekat Kak Limah sebab jadi kawan kita orang selama tiga minggu kita orang kat sana. Lepas ni mesti rindu Kak Limah, Encik Is, Kak Eli, Kak Pau, mesti rindu nak buli Yan dengan encik Is hahaha…budak praktikal buli bos…kikikikiki…. Hari Isnin nanti kita dah tak jumpa lagi. Kalau ada apa-apa event yayasan nanti mungkin dapat la jumpa dia orang semua. Tata kalian! Terima kasih untuk semua.

Next week kena adapt dengan new environment pulak. Semoga semuanya baik-baik saja. Daa~~



Sunday, July 14, 2013

Minggu kedua praktikal

Bismillahirrohmanirrohim…


Hai sekarang dah masuk minggu kedua aku praktikal. Saja nak mengabadikan kenangan pasal praktikal ni dekat blog. Disebabkan bosan tak tahu buat apa dekat rumah plus tak ada tv untuk ditengok maka adalah baik aku menaip. Wifi or internet memang kat rumah tak ada. Maka tunggu la sampai ofis baru boleh copy paste n terus update dekat blog.

Minggu kedua ni agak busy sikit berbanding first week hari tu. Boleh kata kita orang dah dibagi kerja.


Perhimpunan Pagi

Pagi Isnin hari tu ada perhimpunan. Haaa…ada gaya macam sekolah-sekolah tak? Dekat university pun tak ada perhimpunan. Tapi tak apa. Seronok jugak macam tu. Dalam kumpul satu kumpulan kerja Yayasan Warisan Johor. Kalau tak silap perhimpunan tu biasanya sebulan sekali kot. Buat dekat Dewan Muzium Tokoh. Pagi tu perhimpunan dikelolakan oleh Unit Pentadbiran & Kewangan. Style perhimpunan biasalah ada ucapan ada nyanyi lagu Negaraku, lagu negeri Johor dengan lagu Yayasan Warisan Johor. second time dengar n nyanyi lagu yayasan. Kikikiki…

Lepas habis perhimpunan ada penyampaian hadiah untuk staf yang sambut birthday dalam bulan Julai ni. Wah…gila seronok macam tu.

Lepas setel  jek semua, macam biasa la. Ada makan-makan. Standard yayasan ni memang lepas apa-apa majlis tak kira kecil besar memang ada makan-makan. Gemuk aku dengan Diba praktikal kat sini tiga bulan. Tak percaya nanti tengok la. Blerghhh…


Cabutan rumah sukan
Dah siap makan-makan kena masuk dewan semula. Ada acara cabutan rumah sukan. Ahaaa…kelakar tak? First time tu ingatkan ada hari sukan kea pa kan. Rupa-rupanya ada banyak program lain. contohnya program masak bubur lambuk sempena bulan puasa. Ada rumah sukan merah, biru, kuning dan putih. Setiap rumah sukan akan bergilir memasak setiap hari. Macam seronok jek kan bunyinya. Heee…yang paling kelakar ialah time cabutan rumah sukan tu. Kemain riuh rendah dewan tu dengan huru-hara suara orang. Dah macam bukan orang-orang besar yang kat dalam tu. Tapi seronok macam tu. Tak stress jugak kerja situ. Sebab staf-stafnya memang sempoi habis.
Yang best lagi, si budak-budak praktikal tak tersenarai pulak dalam acara cabutan hari tu. Hehehe…terlepas pandnag kot. Nanti confirm kena jugak. Blerghhh…

Hari Isnin dengan Selasa

Hari isnin masuk jek ofis terus lepak dengan Kak Limah dekat kaunter bawah sambil baca surat khabar. Lepas tu niat nak naik atas ke ofis untuk hantar buku log dekat Kak Lisa (a.k.a Puan Lisa). Tuptup sampai jek atas Pn. Lisa tanya bawa laptop ke tidak. Kebetulan masa tu kita orang memang bawa. So, terus jek dia bagi kita orang kerja.

Key in data lukisan
Kita orang kena daftar semua lukisan yang ada dekat galeri tu. Senang kata key in data.
Kesemua lukisan yang ada dekat galeri tu adalah hasil daripada pertandingan-pertandingan yang telah dianjurkan oleh Galeri Seni Johor. nak bagitahu yang galeri ni ada dua jenis ruang pameran. Satu ruang pameran tetap dan satu lagi ruang pameran berkala (tidak tetap). Jadi dekat ruang pameran berkala ni lah dipamerkan  semua lukisan pemenang pertandingan itu.


Masa dekat unversiti kat pernah ambil subjek Pengurusan Muzium, Arkib dan Galeri. So, mendaftar ini adalah salah satu daripada prosedur dalam pengurusan galeri jugak. Dalam kuliah Prof. Dato Dr. Othman Yatim ada diberitahu yang tugas pegawai muzium (arkib & galeri juga) ialah mendaftar dan menyimpan segala koleksi yang ada.

Key in semua data tu aku guna power point (sebagaimana yang diarahkan). Masukkan semua data tentang lukisan tu contoh seperti nama pelukis/pemenang, tajuk lukisan, media/bahan yang digunakan, tahun, ukuran lukisan, kategori pertandingan, nama sekolah dan nombor pendaftaran lukisan tersebut. Mula-mula buat memang susah sikit tapi dah dua tiga kali buat rasa senang jugak la. Lepas tu masukkan pulak gambar lukisan tu dalam data yang dah ditaip tadi.




Esoknya, hari selasa pun datang ofis kita orang buat kerja yang sama. Sambung kerja. Sebab banyak jugak la. Macam aku punya aku key in data lukisan untuk Pertandingan Melukisan Peringkat Remaja Negeri Johor dari tahun 2007 hingga tahun 2012. Haaa…siapa kata galeri tak berfungsi. Tiap-tiap bulan tiap tahun ada jek program yang berlangsung.



Hari Rabu kita orang cuti sebab awal Ramadhan.


Kerja hari Khamis

Pagi lepas masuk ofis macam biasa lepak baca surat khabar dulu lepas tu baru naik ofis bila dah kena panggil dengan Encik Is. Confirm ada kerja la tu. Kerja baru. Kita orang kena call tenaga pengajar yayasan yang buat kelas/tuisyen dekat sekolah tertentu. Macam aku, aku kena call tenaga pengajar kelas seni khat. Majoriti confirm ajar dekat sekolah agama n maahad. Aku kena update pasal kelas sama ada masih berjalan atau tidak n berjalan lancar ke tidak. Lepas tu kena update pasal laporan bulanan. Rupa-rupanya macam-macam masalah aku kena dengar. Yang itulah yang inilah. Peh peh…pengalaman jugak tu. Dalam tengah hari baru setel call semua orang tu. Lepas tengah hari lepak sampai balik tak buat apa.


Hari Jumaat punya cerita
Pagi jumaat semua warga yayasan bisanya akan berkumpul dan diadakan tadarus al-Quran. Pagi tu kami berkumpul dekat Rumah Limas (dekat Yayasan Warisan Johor). Sempena ramadhan ni jugak, pagi tu diadakan solat sunat tasbih beramai-ramai dan sebelumnya adalah baca al-Quran sikit. Bagus pihak yayasan ni buat aktiviti macam ni. Kalau dulu perkara macam tu cuma ada dekat sekolah jek tapi masih lagi wujud dan diteruskan oleh yayasan.

Kalau dulu masa aku sekolah rendah jek ada tadarus al-Quran, baca zikir-zikir n macam-macam (tiap Jumaat) macam ni. Tapi naik sekolah menengah dah tak ada. Cuma bulan puasa jek ada. Kalau perhimpunan tu memang setiap isnin sekolah akan ada.

Lepas habis tadarus n solat maka semua bertebaran lah pergi ke tempat kerja masing-masing. Yayasan ni ada banyak bahagian. Ada bahagian pentadbiran, kewangan, muzium dan galeri. Kalau muzium pulak ada dua tiga jugak dan macam aku ni dekat galeri seni. So, dalam setiap program yayasan, semua bahagian yanga da di bawahnya akan berkumpul sama-sama tak kiralah kalau tempat tu jauh contoh macam Muzium Kota Tinggi.

Macam biasa, hari jumaat galeri seni tutup untuk pelawat tapi staf bekerja. So, aku stay dalam jek la. Memandangkan semua staf ada meeting pukul 10 jadi aku dan diba terpaksa mengurungkan diri kita orang dalam galeri tu dengan tahap kebosanan yang amat tinggi. Lepas siapkan baki kerja yang tinggal sikit tu mula la ber-facebook, twitter ber-online sampai pukul empat. Lepas pukul empat turun bawah ready untuk balik. Haaa…hebat tak orang galeri style kerja memang gitu. Empat setengah dah terpacak dekat bawah ready nak thumbprint nak balik. Hahahaha…kelakar tengok dia orang macam tu. Budaya kerja masing-masing, kan.


Yang ni pulak budaya kerja aku n diba :p


Kesengalan tatkala kebosanan melampau telah menguasai diri. 
Gambar ni time semua staf ofis ambil cuti. So, ofis tu kami yang punya. ngeh3 =)




Wednesday, July 10, 2013

Minggu pertama menjalani praktikal

Bismillahirohmanirohim…



Hai hari ni dah genap seminggu aku jalani praktikal dekat Galeri Seni Johor. Macam biasa la cerita dah basi baru nak update. Semua ni gara-gara tak ada internet dekat sini. Wifi dekat galeri pun dah macam style wifi dekat UM jugak. Macam siput babi lembabnya. Plan macam nak kena beli satu jugak lepas ni. Baru seminggu praktikal dah terasa penat gila. Nak dikata bukannya ada kerja sangat pun dekat galeri tu tapi penatnya mengalahkan orang kerja kontrak. Tapi yang tak boleh bla tuh pepagi nak bangun pergi kerja masha Allah liat kemain. Pepagi masuk kerja jek gerenti mata tu kuyu jek. Mengantuk masalah!


First day praktikal

Aku satu tempat praktikal dengan Diba. Kita orang kena lapor diri dekat pejabat pentadbiran Yayasan Warisan Johor. Pepagi first day tu gila awal kita orang sampai. Yelah sampai awal takut tak jumpa tempat. Lepas tu ada jugak lagi tiga orang budak yang sama-sama nak lapor diri jugak macam kita orang. Dua orang dari IKBN lagi seorang dari UKM. Lepas tu jek barulah kita orang dihantar ke Galeri Seni Johor.

Sampai jek galeri, kita orang dikenalkan dengan kurator galeri tu sendiri, Pn. Nor Alisa. Kecil comel jek orangnya. Boleh jadi kemusykilan jugak macam mana dia boleh jadi kurator. Kata orang ‘kecil kecil cili padi’. Rupa-rupanya dia tu ada Degree dalam Fine Arts & Seni Reka. Lebih kurang macam tu la. Lepas tu dia explain la dekat kita orang pasal galeri tu n kerja-kerja yang ada dekat galeri ni. Lepas tu barulah kita orang dibawa ke ofis dan dikenalkan dengan staf kat situ. Masa tu yang ada dekat ofis Cuma Kak Eli jek. Lepas tu barulah Kak Fauza masuk. Staf lain ada Encik Is, Kak Limah, Kak Nurul, Yan dengan Zain.


Kerja first day

Memandangkan hari Khamis 04 Julai nanti ada majlis Perasmian Pameran Simfoni Warna 2013, jadi kena la buat segala persediaan untuk majlis tu. Kita orang diarahkan untuk menyediakan dan siapkan segala kad jemputan yang telah disediakan. Tampal sticker nama, masukkan kad dalam sampul, tampal nama dekat sampul dan sebagainya.




Lepas tu kita orang diajar untuk buat frame atau border bagi lukisan yang akan dipamerakan semasa pameran nanti. Border tu buat guna cardboard. Ukur sana ukur sini lepastu potong. Mula-mula tu blur la jugak sebab arahan pun gitu-gitu jek tapi last-last bantai jek buat janji tak salah. So far macam betul jek apa yang aku buat tu. Yelah, arahan pun gitu-gitu jek. Memang la kita orang pernah buat benda alah macam tu, kan. Blerghhh…dah siap kerja tu, kena pulak tampal lukisan dekat border tu mengikut saiz yang telah dibuat.



 
Hari kedua n ketiga praktikal

Hari kedua kerja kita orang cuma masukkan lukisan yang dah siap dipasang border tu ke dalam bingkai kaca yang sepatutnya n lepastu terus gantung semula frame tu. Tapi bukan kita orang la yang gantung sebab berat hoi frame tu. Aku serius fobia tahap gaban time nak buka frame kaca tu. Sebab teringat masa aku buat projek 2D kaca dulu yang sampai pecah aku punya kaca. Memang fobia gelabah habis la. Memang hati-hati sungguh buat benda tu. Takut hoi barang orang tu. Petang lepas rehat tu melepak jek tak buat apa. Sebab tak ada kerja.




Hari ketiga kita orang kena tampal caption pada lukisan yang dah digantungkan tu. Tampal ikut ukuran yang telah ditetapkan. 2 inci dari tepi frame dan 54 inci tinggi. Memandangkan esoknya ada majlis, so kita orang tolong-tolong la set up benda-benda yang patut. Tu pun sikit-sikit jek. Itu jek kerja untuk hari ketiga. Seronok tak? Seronok apa nya. Bosan jugak la. Tak bagus jugak kot macam tu. Hee~~




Hari keempat praktikal

Hari ke-4 ada program. Perasmian Pameran Simfoni Warna 2013. Kerjasama dengan Page One Academy.  Datang awal pagi tolong ready apa yang patut sikit angkat n susun kerusi segala bagai. Lepas tu dapat breakfast soto sekali dengan kuih muih. Hari tu kita orang kena jadi penyambut tetamu sepanjang majlis berlangsung. Tapi tak ada la sambut apa sangat pun sebenarnya. Buat-buat tayang muka jek dekat depan pintu tu. Lepas tu kita orang kena bagi pamplete pasal next pertandingan yang akan diadakan tu pada cikgu-cikgu sekolah.



Sebenarnya Pameran Simfoni Warna 2013 ini mempamerkan segala lukisan yang telah menang dalam pertandingan SImfoni Warna yang dibuat sebelum ni. Pertandingan ni melibatkan semua pelajar sekolah menengah (rendah & atas) dalam negeri Johor. So, masa majlis perasmian tu cuma sekolah yang menang jek akan datang. Ada juga penyampaian hadiah untuk pelajar yang menang. Dan aku ditugaskan untuk tolong beri hadiah time penyampaian hadiah tu. Kalau ikut standart varsity tu kita panggil usherer hadiah, tak pun gadis dulang. Bedekah la gadis dulang bagai. Blerghhh…

Macam biasa, lepas waktu lunch memang duduk melepak tak ada kerja apa.


Hari kelima praktikal

Bak kata staf kat situ, memang tiap hari Jumaat ada tadarus al-Quran. Semua staf Yayasan Warisan Johor akan berkumpul. Tapi hari tu special sikit. Ada majlis Perujian Seni Tarannum Al-Quran dengan Berzanji dan Majlis Ruahan sebab dah nak dekat sambut Ramadhan. Pertandingan tarannum ni terbuka kepada orang luar. Apa yang aku ingat pemenangnya ialah Cik Afifah Azizah binti Abd Aziz. Banyak jugak dia bawa balik hadiah kategori lain. Biasanya tadarus hari jumaat tu memang buat dekat Dewan Muzium Tokoh. So, kena pergi sana la. Dekat jek. Yang best tu dapat jugak masuk banyak muzium.



Macam biasa jugak lagi lepas waktu lunch n solat jumaat tu memang melepak jek. Plus lagi hari jumaat memang galeri tak dibuka untuk orang ramai. Staff datang kerja tapi galeri memang tak buka.

Dalam masa seminggu praktikal ni boleh kata kerja yang ada bergantung kepada program/majlis yang akan berlangsung. Kalau tak, memang lebih kepada lepak melepak sampai bengkak jangan sampai kena sepak. Ngeh3…

So, sekarang baru jek seminggu. Tinggal lagi dua bulan tiga minggu nak habiskan praktikal. Cepatlah!!! Tak larat dah nak hadap benda-benda ni semua. Nak konvo!!! Dengar kata 30 september dah start konvo tapi kita orang baru jek nak habis praktikal hoi. So sad. Sobsss…






*kadar kekerapan meng-update praktikal report lepas-lepas ni adalah bergantung kepada line internet yang diperoleh. Sekian.