Wednesday, December 22, 2010

Cikgu kata...


Malam semalam…Tengah syok duduk termenung sebelum tidur ni, tiba-tiba teringat kisah2 lama…zaman2 sekolah. Alangkah indahnya. Macam2 ragam. The best memory ever ialah masa aku form 6 dekat HSBP. Terlalu banyak kenangan. Cikgu2 dekat sana sporting sangat2. Kami pun enjoy je belajar. Nak dipendekkan cerita, rata2 cikgu yang mengajar kelas kita orang mesti akan bagi ‘syarahan’ masa waktu mengajar. Wakakaka…syarahan tuhhhh!!! Opsss…jangan salah sangka…ianya cuma nasihat untuk kemudian hari.

Tak tahu la kenapa dalam banyak2 nasihat, yang satu ni jek terlintas dekat kepala otak malam2 buta ni. Let me share it here, owkeyzs…

Jom flash back sekejap.

Pn Asmah, our cikgu sejarah yang meletup comel lagi cun punyalah semangat berkobar2 ajar kita orang dalam kelas. Berceloteh panjang la senang cakap. Rasa macam comel sangat! Macam2 cerita keluar. Kadang2 tu sampai terkeluar topik. Suka sangat dengar. Macam2 nasihat cikgu bagi. Semuanya tentang kehidupan masa depan. Aku terlalu respect Pn. Asmah ni. Sayang sangat2 cikgu. Nak habak mai sat…ni lah the only cikgu yang panggil aku ‘Sarah’…haishhh… I like it

Satu hari tu, dua masa sejarah cuma habis dengan nasihat cikgu jek. Tapi…jangan tak tahu…satu kelas horayyyy!!! Sebab tak belajar..nakal kan kami? Topik nasihat hari tu? Of course tentang memilih pasangan hidup. Adushhh…pedih jek nak dengar…tapi kalau nak diikutkan, best juga slot macam ni. Menyejukkan halwa telinga. Pesan cikgu…sekarang ni tak payah la dok sibuk nak couple2 sana-sini, tup-tup…putus…tak ke hampeh namanya? Apa yang penting? Kerjasama…wakaka..dah macam wonderpet pulak…bukanlah, apa yang penting…just focus on study, then dapat result yang gempak…for sure ada je yang beratur depan rumah.

Cikgu kata kalau nak cari pasangan biarlah lebih kurang sama tarafnya. *thinking…betul jugak… jangan isteri lebih tinggi tarafnya daripada suami. Taraf kat sini maksudnya jawatan korang la yek..sebabnya…suatu hari nanti ‘taraf’ ni akan jadi isu dalam rumah tangga korang. Senang cakap jadi punca korang bertikam lidah. Tak pun…mungkin boleh jadi sebab berlakunya penceraian. Haishhhh…tak nak aku! Tapi…kalau lelaki pula…tak apa taraf lebih tinggi dan isteri tak kerja. Sebab memang dah tugas suami kena menampung segala makan pakai keluarga. Tak gitu???

Point yang ni agak penting… cikgu kata, kita ni janganlah dok kalut sangat nak cari pasangan yang terlalu cantik…terlalu hensem…semua yang ‘terlalu’ lah…sebabnya…yang hensem/cantik ni lah yang semua orang dok sibuk nak kejar. For sure la susah korang nak target orang tu kan. Cari yang sedap mata memang sudahlah. Janji…hati mahu baik!!!

Cikgu kata, kalau nak kenal dengan someone tu, cuba ajak makan dekat kedai mamak. Lepas tu, tengok reaksi dia macam mana. Kalau dia ok, just go on with the relation, tapi kalau jenis yang “hey, I tak suka la tempat ni. Boleh tak kita pergi tempat lain?” confirm orang ni jenis materialistik. Ehem…jangan ingat materialistik ni perempuan je, ok…tak baik tau…lelaki ke…perempuan ke…sama je…2 x 5. Lepas tu, test dia dekat restoran pula. Then, tengok reaction dia. Tengok dia pilih makanan apa. Kalau yang mahal2 tu of course awal2 dah korang akan reject. Betul tak? * thinking again…aku macam tu ke? Tak kot…makan kat warung2 pun ok jek… lagi best. Baru terangkat beb…

Cikgu kata…kalau perempuan ni kena pandai masak, buat kerja rumah, kemas2, & macam2 la. Senang cakap semua kerja perempuan. Cakap fasal ni…aku agak terasa la juga. Kenapa? Sebab…aku tak berapa nak pandai masak. Bukan tak pandai, ok…Cuma malas je. Hihihi…bilanya nak rajin entah. Cikgu pun cakap perempuan ni jangan terlalu percaya sangat dekat lelaki 100%. INGAT!!! Jangan bagi lelaki ‘semua’ hak milik kita… sebab ia akan merosakkan diri kita sendiri. Nanti dah terhantuk baru nak tengadah. Dah tak ada guna lagi. Ini peringatan untuk diri aku sendiri juga. InsyaAllah…

Cikgu kata lagi, kita ni jangan terlalu memilih sangat bila nak cari pasangan. Tapi…patut la kan? Kalau dah graduate dari universiti pun umur 28 tahun…tak ke desperate nama nya? Terpaksa searching for our Mr. Right…sebab (arghhh…paham2 sendiri sudah la ye)…andartu. Opsss.. tapi lelaki lain, umur makin tua pun masih laku. Orang kata, nampak matang la konon…hmmm…lelaki kaya? Of course senang dapat calon. Beratur lagi. Tapi, bila kahwin dua tiga bulan…cerai. Tak guna langsung.

Tapi, zaman semakin maju. Perempuan pun makin maju. Bertambah bijak. Boleh dikatakan hampir setaraf dengan lelaki. So, tak payah susah fikir. Perempuan boleh atur kehidupan sendiri. Sekarang pun dah ramai kat luar sana tu perempuan berkerjaya yang kahwin lambat. Yang tak nak kahwin pun ada. Tapi, kurang elok la kan…

Point yang ni aku suka. Cikgu kata, perempuan ni jenis yang setia. Kalau dah suka dekat seseorang tu, tu jek la yang dia suka. Aku? Arghhh..abaikan. tapi, kalau lelaki ada peluang yang luas. Kalau dia suka dekat si A, lepas tu duduk dekat luar negeri jumpa dengan si B yang lebih cantik, mesti dia suka dekat si B. tapi tak semua lelaki macam ni. Segelintir je…

Lastly, cikgu kata…PERSONALITI pun penting, ok! So, hiasilah diri, baikilah peribadi. Pasti sesuatu yang baik akan anda miliki.

Itulah saja apa yang cikgu kata…

Sayonara…

2 comments:

Syaza Raihana said...

bes nye ade yang cikgu yang sporting bagi nasehat mcm tu.=)

Sarahlaa... said...

hihihihi....mmg best sangat2...terbaik!!!