Thursday, June 9, 2011

Mimpi dipatuk ular warna hijau

Assalamualaikum...


Malam semalam tiba2 saya terjaga daripada tidur sebab saya mimpi kena patuk or gigit dengan ular yang rasanya ular tu bersaiz kecil. Tapi saya kena patuk 2 kali. Tapi ular tu warna hijau. Masalahnya, ada ke ular warna hijau?


Orang tua-tua kata, mimpi kita ni ada tafsirannya. So, apa makna mimpi saya ni agaknya?


Nak kata sebelum tidur cuci kaki, memang tak pun. Tapi saya ada la jugak baca doa tidur dengan ayat kursi macam selalu. Tapi yang menjadi musykilnya, apa makna mimpi saya yang dipatuk ular hijau ni?


Bila bercakap pasal warna ular yang hijau tu, daripada sumber google yang saya cari...
Bila seseorang mimpi nampak warna hijau, seseorang itu akan merasa kebahagian dalam hidup. Rumput yang hijau di dalam mimpi menunjukkan kedudukan kewangan yang kukuh serta mempunyai anak yang ramai.


Kalau mimpi ular yang warna-warni pulak, 'bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda'. Maksud??? Kira akan hidup bahagia la kot.


Tapi, masalahnya sekarang nih....dalam mimpi saya bukannya ada rumput hijau. Yang ada cuma saya dan si ular hijau.


Tapi kalau dikelilingi ular yang banyak maknanya akan banyak orang yang memusuhi kita.


Kata orang tua-tua, kalau kita masih single, lepas tu mimpi kena patuk ular maknanya jodoh kita dah dekat. Alahaiiiii, nak percaya ke idak ye??? Ishhh3x


Dari google jugak, katanya bila dalam mimpi jumpa ular rasanya ada kaitan dengan sihir. Nauzubillah....mintak jauh la dari saya...saya takuttttttt :( Tapi bila kita mimpi dah kena patuk ular, bermakna sihir tu tak menjadi. Bila mimpi sebaliknya pula, niat jahat seseorang tu dah terkabul. Aduhhhh...sapa pulak yang dengki kat saya nih??? Saya tak kacau orang pun, kenapa orang nak kacau saya??? Tak baik tau...


Banyak betul tafsiran mimpi pasal ular ni sebenarnya. Tapi depends la pada diri sama ada nak percaya atau tak.


Huhuhu...takut bila teringat mimpi tadi. Mimpi saya kena patuk dengan ular hijau 2 kali owkey! Bukan sekali. Tapi apa maknanya???

14 comments:

Herman said...

Sat lagi org nak masuk meminang tu..tunggguuu..

DiLLaiLa said...

haha..nak LIKE abg man nye comment boley x siti?

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Sarahlaa... said...

abg herman ni xbaik tau...ct ni still single lg..cmne plak bleh ade org nk dtg minang...ishhh3

kak ila xbleh 'like' sbb xde button like kt sini...hihihi

Unknown said...

suami saya pn mimpi kene gigit ular ijau...risau juga..ari2 dia mengigau kene ggt jer

Sarahlaa... said...

owhhh..kalau suami awak yg mimpi kena gigit, xtau la saya tu sbb ape. tp xpela. mungkin tu sekadar mimpi jek. mainan tidur...insyaAllah xde pape

jack.zakaria.509.yahoo.com said...

asalammualaikum...?saya pernah bermimpi ular hijau bersaiz bulat 4inc berbelit di badan tp tidak ada unsur2 ancaman malah merenung menghadap muka saya,ular tu berkata(jangan banyak membuat pergerakan nanti saya patuk)persoalan nya apakah maksud mimpi tersebut?

Unknown said...

Saya mimpi dipatuk ular hijau hingga meninggalkan bekas sehingga sekarang ditangan kiri saya hingga sekarang..

Faizah said...

sy mimpi kene gigit ular ijau...ular tu besar lengan sy...mula2 dia nk gigit ayah sy,tp xboleh...pastu dia dtg gigit sy plak...pastu sy xtau nk buat apa...

Faizah said...

pliz help me...

Faizah said...

sy mimpi kene gigit ular ijau...ular tu besar lengan sy...mula2 dia nk gigit ayah sy,tp xboleh...pastu dia dtg gigit sy plak...pastu sy xtau nk buat apa...

Faizah said...

sy mimpi kene gigit ular ijau...ular tu besar lengan sy...mula2 dia nk gigit ayah sy,tp xboleh...pastu dia dtg gigit sy plak...pastu sy xtau nk buat apa...

Unknown said...

Assalamualaikum,saya ingin bertanya,mlm td isteri saya bermimpi saya di datangi 2ekor ular warna hijau,dn se ekor telah gigit kaki saya hgga bnyk keluar darah,ape kah maksud mimpi isteri saya.

Unknown said...

Bocoran tgel jitu