Dia lemah lagi
Semakin lemah
Dia seakan mahu berundur dari medan juangnya
Berkorban untuk orang yang lebih membutukan dia
Tidurnya malam tadi tidak lena
Tidurnya diganggu oleh esakan tangisan si ibu dan keluh kesah si ayah
Bangunnya subuh tadi diiringi air mata
Tak mungkin tidurnya akan lena kerana itu
Dia semakin lemah
Sanggupkah dia berkorban
Melepaskan segala titik mula yang hampir ke penghujungnya?
atau hanya duduk terpaku diam begitu saja melihat titis demi titis air mata itu turun jatuh ke pipi?
Ya...dia perlu dan harus rela berkorban
Ahhh dunia sangat kejam untuk dia
"Ibu, aku berhenti belajar saja la. Mahu cari kerja."
"Jangan! Teruskan belajar. Jangan berhenti."
"Tapi dia lebih perlukan wang."
Harapan dia cuma satu
Berharap dapat meleraikan masalah walaupun sekelumit
Tapi ternyata tidak
Itu hanya menambahkan linangan air mata si ibu
lagi dan lagi
Ahhh mengapa not warna-warni itu sentiasa menjadi percaturan dalam kehidupan?
Mengapa not warna-warni itu sentiasa membutakan mata
Mengapa not warna-warni itu sentiasa menimbulkan keresahan
Dia lemah lagi
Tak sanggup rasanya dia terus melihat pipi si ibu dibasahi dengan air mata
Si ibu tidak keseorangan
Dia bersama dengan si ibu
Dia berada dalam dunia ibunya
Tangisan ibunya tangisan seorang yang lemah
Tangisan yang tidak berdaya lagi yang tidak kuat
Dia menangis dan terus menangis
Tangisan dia tangisan seorang yang lemah
Sangat lemah
Tetapi dia sedar dia harus kuat
Kuat menjadi tunjang kepada yang memerlukan dia
Dia sedar dia perlu bangun bangkit dan terus berusaha menjadi lebih kuat dan kuat
untuk berada bersama dengan keluarganya
Di bahu dia kini terletak dua batu besar
Batu besar yang beralaskan tanggungjawab yang maha hebat
Tanggungjawab yang pasti memimpin dia tentang kehidupan
"Emak, doakan yang terbaik untuk saya. Doakan saya rajin belajar (walaupun saya malas). Doakan saya lulus periksa. Doakan saya dapat kerja. InsyaAllah nanti saya boleh tolong emak, abah dan adik-adik. Nanti mesti tak ada orang berani kutuk hina kita lagi kan, mak."
"Ya Allah, kau tabahkanlah hati ayah dan ibuku dalam mengharungi dugaan-Mu. Engkau lindungilah mereka dari segala musibah walaupun sekecil zarah. Bebankanlah ia kepadaku, jangan kepada mereka. Ya Allah, Engkau kuatkanlah diriku untuk terus berdiri dan melangkah terus ke hadapan bersama mereka."
Aminnn...
No comments:
Post a Comment