Sunday, October 6, 2013

Cerita Hari Jubah: Kita Merancang Allah Menentukan

Assalamualaikum...


Bismillah...

Hari graduasi aku jatuh pada 03 Oktober 2013 bersamaan dengan hari khamis. Nervous. Takut. Gembira. Semua perasaan ada. 

Kita merancang Allah menentukan.

Hari ini, semalam, esok, lusa tak siapa pun tahu apa yang terjadi.

Simply said that sebelum kaki jejak atas pentas DTC, banyak dugaan aku. Boleh tak aku kata ia hari malang juga (walaupun hakikatnya ia hari gembira aku). Sighhh...

#Padah tak datang raptai

Hari raptai seminggu awal tapi aku tak datang. Sebab? Simply said, tak ada duit. Padahnya...tak tahu aturcara program. Padam muka. Lepas tu gelabah dua tiga hari sebelum tu tanya kawan-kawan. Ada yang kata kumpul pukul 7 ada yang kata pukul 8. Dengan gaya aku yang minta tolong orang untuk ke KL, for sure la kena ikut time dia. So macam mana nak sampai KL awal. Seriously stress sampai sehari sebelum hari graduasi. Tapi alhamdulillah Allah setel everything. Dapat gerak pukul 3 pagi dari BP.

#Tersesat 

Timing (masa) gerak dari BP dah cantik. Tapi kepala yang tak cantik. Tak berapa ingat jalan ke UM. Pehhh memang menggelupur. Bila dah lepas tol Sg. Besi memang gelabah tengok signboard sepanjang jalan. Dalam pada sesat dah tak ingat nak singgah RnR dengan tak breakfast langsung. Seriuos memang dugaan. Itu nasib baik aku siap terus pakai baju kurung dari rumah. Kalau diikutkan dari rumah nak pakai t-shirt dulu singgah RnR nanti baru nak dress up siap siap. Sighhh...

Masuk Bukit Bintang terus punya terus jumpa masjid negara tapi tersalah masuk jalan kena U-turn balik then masuk bukit bintang lagi lepastu tanya orang tepi jalan baru rasa confident sikit. Itu pun dah pukul 7.30. Bila dah nampak signboard UM barulah rasa lega. Nasib dalam UM tak jem sangat. Tapi tak selamat lagi rupa rupanya. Dugaan lagi.

#Tapak kasut tercabut

Tempat dituju dah pun sampai. So aku berhenti tepi jalan (fak. kejuruteraan) then kena jalan kaki sikit untuk ke DTC. Baru empat lima kali menapak tiba-tiba terasa macam ada benda melekat dekat kasut. Rupa-rupanya bukan benda melekat tapi tapak kasut dah tercabut. Apa korang rasa kalau korang mengalami situasi yang sama? Serious aku terus menangis. Emak pun menangis sekali. Dengan aku yang tak make up lagi muka sememeh tepek bedak johnson jek dengan tak sarung jubah lagi tu pun nasib baik dari rumah terus pakai baju kurung. 

Memang menangis jek. Gila tak nangis. Aku mana ada kasut lain. Dah la majlis konvo (yang kata formal sangat tu) for sure kena pakai "court shoe" katanya!!! Aku nak buat apa? Fikir dalam nangis tu. Dengan dekat dewan tu dah announc suruh masuk, memang Allah jek tahu apa aku rasa. Memang rasa nak redha jek apa jadi lepas tu. Kalau dah terpaksa naik pentas dengan kaki ayam pun aku rasa aku ken redha tebalkan muka. Kot kot boleh cipta rekod baru kan siap masuk paper 'Graduan UM berkaki ayam menerima Ijazah'. Pehhhh gempak kan...puiiii

Nasib aku sedikit baik. Allah tunjukkan jalan. Mak bawa kasut dua sebab kasut yang katanya "court shoe" tu ketat sikit so mak tak selesa then bawa kasut lebih. Then call abah nangis nangis suruh bawa kasut ke dewan tapi tak memasal aku yang kena marah. Blerghhh... Malas nak fikir panjang, aku terkejar-kejar cari abah kat parking kereta (nasib baik abah tak parking kat padang kawad yang 'dekat sangat tu'). Gigih pepagi nak naik pentas dah berpeluh satu badan. Memang celaka. 

Masa dah semakin suntuk,aku pun sarung kasut emak tu. Walaupun ketat sikit tapi aku dah tak ada pilihan. Kelam-kabut sarung jubah dengan menggelupur tak make up. Dok tenung muka kawan seorang-seorang muka cantik jek make up tapi aku... sighhh 


Apa korang rasa kalau benda yang sama berlaku pada korang. Memang beristigfar panjang. Mana taknya, planning kita dah cantik, semua benda dah prepare awal tapi apa yang berlaku pada hari kejadian kita pun tak jangka yang Allah ada planning yang lain untuk kita. Siapa pun tak nak ada benda buruk berlaku tapi siapa kita nak merungut. Tapi alhamdulillah semuanya dah berlalu. 

#Hari jubah hari bergambar 

Aku tak ada gambar dengan family dengan kawan-kawan. Tak sempat jumpa kawan-kawan. Parents kelam kabut nak balik plus siapa nak ambilkan gambar. Yang masuk dewan mak dengan adik. Yang lain mana??? Do they appriciate me??? Hahhhh nak ketawa guling guling jek rasa. So jangan tanya n marah2 kenapa la aku tak ada gambar dengan family n kawan. Rasa nak nangis bila teringat semua tu. They never understand me. Never! 

Dah la. Aku kena stop menaip sebab air mata dah berjurai-jurai ni. 

Tahniah untuk diri sendiri sebab dah bergraduasi. 

Wassalam.

No comments: