Thursday, January 11, 2018

Himalaya Herbals - My current skin care product

Assalamaualaikum! Selamat tahun baru 2018 guys!!!

Wah lama sangat tak coret sesuatu dekat blog. Rasa rindu pulak. Ni ada masa terluang sikit tu yang cuba rajin rajinkan diri share sesuatu.

and yes, harini nak share review aku produk himalaya yang totally aku dah pakai hampir lebih 6 bulan kalau tak silap. Semua orang tahu produk Himalaya ni sangat bagus dan sangat berkesan. Kisahnya sebelum ni pakai produk Safi Rania Gold hampir 3 tahun but then terpengaruh nak cantik kemain pergi gatal tukar Tati Skincare. and yes! aku pakai tati sangat berkesan. Tapi since ada berita Tati ni ada merkuri terus stop pakai. Tapi yang bersyukurnya masa aku stop tu tak ada pulak kesan kesan teruk yang macam media sosial viralkan tu. Alhamdulillah.

Tapi sebelum terlambat, better stop dulu, kan! Then saja try this Himalaya produk.





HIMALAYA PURIFYING NEEM FACE WASH


Aku start pakai dengan face wash dia. Best gila! Korang akan rasa fresh jek kulit muka bila lepas cuci. Face wash ni sangat sesuai untuk korang yang kulit muka jenis berminyak dan senstiif. Face wash ni ada dua jenis. Satu jenis foam satu lagi jenis gel. Aku pakai yang gel (macam gambar atas). Harga boleh kata mahal sikit, tapi worth it! Kadang kadang beli yang tube kecil jek. Kalau ada duit lebih beli yang besar. Lagi jimat dan tahan lama.



Aku beli dekat watson jek. Harga tube kecik (50ml) dalam RM11 macam tu la. Kalau yang besar 150ml harga lebih kurang RM34 macam tu. Tapi kalau jenis pandai jimat, belilah masa sale hehehe


Fungsi face wash ni? Ok sabajab!


Overall, fungsinya untuk membersihkan wajah dari lebihan minyak dan membantu mengurangkan jerawat jugak tau. Kalau korang nak tahu, face wash ni dia kurang berbuih. Korang picit sikit saja dekat tapak tangan dah mencukupi untuk satu kali cucian muka. Walaupun kurang buih tapi sebenarnya itu yang terbaik. Kadang kadang aku bilas dengan air 2 3 kali sebab rasa macam tak besih jek. Padahal muka dah bersih.

Jerawat cepat kering. Yang ni paling best. Aku pulak kalau jenis datang bulan tu memang jerawat akan naik dua tiga ketul. So standby dengan face wash ni jek la. Kadang kadang tu rasa nak cuci muka 2 3 kali sehari sebab nak cepat kecutkan jerawat punya pasal. Nasib bau dia wangi uollss hehehe


Jangan risau produk Himalaya ni dah terkenal dekat India dan ia dermatological tested. So sangat risau sebab ia setanding dengan produk produk antarabangsa yang lain. Tapi macam biasalah produk-produk macam ni akan ambil masa sikit untuk beri kesan yang terbaik. Bukan ke itu lebih baik? daripada pakai produk X tapi dah nampak kesan seminggu, rupa rupanya ada bahan bahan yang kurang elok. Kadang kadang beauty is pain tu tak boleh pakai jugak hehehe...


HIMALAYA NOURISHING SKIN CREAM 

Bahan dia: Aloe Vera dan Winter Cherry

Fungsi dia, "Nourishes, moisturizes and protects" haaa gituuu.

Harga kat watson kalau tak silap dalam RM19 macam tu.





Cream ni pun best jugak. Macam aku cakap dulu aku pakai safi rania gold (1 set tau, pencuci, kirm malam, krim siang). So sejak sejak dah tak pakai safi rania kena cari pelembab baru la kan. Yes sekali terjebak dengan cream himalaya ni. Bau dia masyaAllah wangi uolls. Yang penting dia tak melekit. Tapi kalau untuk yang jenis kulit berminyak, aku syorkan tak payah tepek banyak sangat. Nanti nampak lagi berminyak.

Fungsi cream ni dia memelihara dan melembabkan kulit kita sepanjang hari. Aku kalau pergi kerja bangun pun dah lambat memang tak dan la nak tepek foundation makeup bagai. Sapu jek cream ni lepas tu satu bedak compact. Siap. Wangi pun wangi. Sejuk jek muka. Sis suka!!

Ni nak share sikit khasiat bahan2 yang digunakan.

Aloe vera atau lidah buaya

  • Terkenal dengan sifat penyembuhannya, kaya dengan enzyme, polysaccharides dan nutrien yang mempamerkan tindakan antibakteria dan antikulat. Perencat UV semula jadi, ciri-ciri pelembab yang melembutkan, melembutkan dan menyerap menyerap kulit.


Pokok Kino India 
  • Mempunyai sifat astringent yang berfungsi sebagai tonik kulit untuk nada dan meremajakan kulit wajah.

Winter Cherry 
  • adalah agen anti tekanan yang berkesan. Dalam penjagaan kulit, tumbuhan ini digunakan untuk tindakan antioksidannya, yang membantu pertumbuhan semula sel kulit.

Pennywort India 
  • Dianggap sebagai ubat terbaik untuk masalah kulit seperti ulser kronik dan ekzema yang berterusan.

Cara guna?

Sapukan pada muka dan leher dua kali sehari, selepas cuci muka. Untuk hasil yang terbaik, boleh gunakan secara kerap. Haa itu best! wangi wooo

Jangan risau.  Cream ni sesuai untuk semua jenis kulit. Juga boleh digunakan sebagai asas untuk make-up. Macam yang aku cakap tadi malas nak pakai makeup, sapu jek cream ni. Selamat!


HIMALAYA NEEM FACE PACK

Apa pulak ni kan? 

Yang ini ialah mask. Best gila pakai dia. Aku suggest pakai seminggu dua kali jek. Tak payah pakai hari hari.



Sebenarnya aku pun keliru antara Himalaya Neem Fack Pak dengan Himalaya Purifying Neem Mask. Tengok ciri dan bahan sama jek. Mungkin face mask ni jenis packaging lama dan purifying mask tu packaging baru kot. 




Bahan dia Neem (daun herba Neem yang terkenal dalam perubatan India) dan Tumeric (kunyit). Daun neem tu dikatakan sangat bagus dan berkesan untuk membersih dan mencegah jerawat. Kunyit pulak membanu mencegah bakteria penyebab kepada jerawat. 


Sebelum ni memang pakai mask jenis biasa yang dok tinggal tepek kat muka tu jek. Ni mengada nak try jugak jenama lain nak bagi helokk sikit kulit muka ni haa. Try la beli. Mask ni baru jek pakai. Haritu window shopping dekat KLCC ternampak kedai Himalaya fuhhh seronok tengok melambak produk dia. Tu yang TER beli satu hehee takpe  pelaburan kecantikan gituuu

So far aku pakai nak habis setengah  tube la. Best sangat sangat mask ni. Tapi minta maaf cakap bau herba dia sangat kuat. Macam bau daun daun segar gitu haaa. Yelaa kan bahan dia tadi daun neem. Tapi bila kau sekali dah pakai rasa mask tu macam melekat habis kat muka. Tenang nau nau rasa nak bercakap pun payah hahahaha. Warna dia macam hijau lumut macam tu. Tapi so far memang puas hati pakai bau herba tu pun boleh terima lagi hehehe. Sesuai sangat untuk kulit berminyak 


Cara pakai mask ni senang jek. Sapu dekat bahagian muka, biarkan selam 10 - 20 minit lepas bilas dengan air. Bilas bersih bersih tau. Disebabkan mask ni tadi macam melekat habis kat muka kira macam cuci habis kulit kau tu yang kena cuci bersih bersih n opkos la cuci pakai face wash tadi. Lagi fresh muka kau! 


Sejak sejak dah kerja ni la baru mampu nak beli cleanser dan skincare yang mahal sikit. Bukan kata yang murah tu tak bagus, tapi kurang berkesan. Dah macam macam produk bertukar. InsyaAllah kalau konsisten dengan himalaya ni confirm kulit bersih. Tapi yang penting aku nak try usha produk untuk pudarkan bekas jerawat pulak. Haritu dah beli Hiruscar n sekarang dalam proses percubaan lagi. Kalau ok, nanti boleh update review berkesan ke tidak. 


Till then, Assalamualaikum 

2 comments:

Fatin Hanani said...

Eh mcm samalah kita😂 saya pn guna himalaya tua and try hiruscar utj pudarkn parut. Tpi bru pakai jgk. So far, awak pakai ok tk sarah?

Fatin Hanani said...

Tu*. Tua plk😂