Saturday, April 23, 2011

Siapa kata kursus Pengajian Melayu tak famous??? Lagi2 Akademi Pengajian Melayu kat UM,famous wa cakap lu!!!



Klik la link kat atas tuh...tak payah dok tengok jek...

Huh!!! siapa berani kata kursus Pengajian Melayu tak famous? Famous tahu tak! Tak percaya? Tengok je dekat UM nih..famous sesangat...tak payah cakap la famous pasal apa, kan. hihihihi...memang nak kena sembelih agaknya aku ni keluar kenyataan berani mati ni weiyhhh....ampun deh :)

Sekarang bukan nak cerita episod2 yang negatif ok kawan2. Nak habaq mai kat hampa semua yang Pengajian Melayu ni dah semakin famous bukan je dekat negara kita tapi kat luar negara pun sama. Tak percaya? Macam dekat UM sendiri Akademi Pengajian Melayu ada program pertukaran pelajar untuk ke Beijing (BFSU) tau..jangan jealous...

Tapi...saya memang jealous...sebab tak dapat pergi...Bukan pasal tak ambil borang. Saya excited hari tu pergi minta borang dekat pejabat...Tapi bila fikir keizinan dan jugak kekeringan fulus $$$ yang teramat, baik tak payah pergi. Kalau saya pergi, lagi 2 tahun study nak guna duit apa? Bukannya ada sugar daddy...huhuhu...So, sekarang ni hatiku pasrah merelakan mereka2 yang dapat tu pergi dulu...insyaAllah tahun depan macam nak join pulak ^__^

Owkey...berbalik kepada ke'famous'an Pengajian Melayu tu jangan korang ingin Pengajian Melayu jek, belajar nye senang yang teramat yek...Sama jek macam kursus2 yang lain...susah wa cakap lu!!! Sempot tau nak dapat pointer tinggi2 ni. Orang ingat, bila Pengajian Melayu jek, belajar senang maklumlah belajar dalam BM je...kepala hangguk kau...susah tahu tak!!!

Dalam Pengajian Melayu ni especially kat UM nih...macam2 kteorang belajar tau.Kteorang pun kena buat research macam bidang lain jugak. Jangan hingat kursus ni senang tau. Susahhhhh... Cuma yang beruntungnya kita belajar tentang kehidupan orang kita, orang Melayu sejak dari dulu sampai la sekarang ni.

Dekat luar negara terutamanya Beijing nih, kalau korang nak tahu bidang bahasa Melayu la yang paling popular kat sana tau. Macam tu korang kata tak famous??? ish3...

Ok la...dah tahu nak membebel apa... sebenarnya saya ni dah dijangkiti insomnia agaknya sebab tadi tak boleh tidur sampai la pagi ni. Huh! hambek kau, padan muka...So, now nak pergi membuta pulak...Bubyeeee ^___^




4 comments:

ZEHAN ZAIREENA said...
This comment has been removed by the author.
Hanna Illy said...

Entry ni dah lama, tp boleh tak share yang subjek apa paling susah? Nak study awal awal ni 😂 Kasihanilah sayaaa...

husna said...

Kak saya nak tanya bidang kerjaya untuk bidang ni lepas graduate macam mana pulak ye ?

husna said...

Kak saya nak tanya bidang kerjaya untuk bidang ni lepas graduate macam mana pulak ye ?